Aku Manusia Biasa. Hati Aku Pun Boleh Koyak


Bismillah

Let's talk about internal feelings today.

Dulu-dulu aku ni sejenis manusia yang ambil serius apa saja yang orang cakap, berkaitan apa saja tentang diri aku.

-Kau gemuk
-Kau tak lawa
-Kau mulut takde insurans
-Kau belajar pandai 
-Gaji kau sikit
-Kau pakai kereta buruk
-Kau sambung master tapi tak kerja

It matters!

Aku akan jadi down, takde semangat, dan tak yakin dengan diri sendiri. Tapi aku tak tau di mana turning pointnya, aku rasa aku dah bertukar menjadi seorang Dhiya yang baru. Aku ambil keputusan untuk tutup telinga dari cakap-cakap orang, baik mahupun yang buruk.

Tapi sesabar mana pun, aku tetap manusia. Aku ada perasaan. 

Recently,
Quite recent.
Ada seorang budak sekolah yang aku tak tahu siapa dia, BABI dan BODOH kan aku. 
Aku agak budak ni adalah geng budak-budak wechat yang belajar tak ke mana tapi samseng tahi kucing di media sosial. 
Mula-mula aku abaikan je budak tak cukup kasih sayang ni. Tapi lama-lama perkataan BABI tu terngiang-ngiang dalam telinga aku, membuatkan aku rasa terganggu.

In the end, aku mengaku yang aku pun manusia biasa dan hati aku pun boleh koyak. Aku menangis dan peluk suami aku. Aku cakap:
"D penat macam mana pun kat pejabat, kat rumah- D tak pernah menangis. Tapi kerana ini, D menangis" Am I too fragile?
Dia diam (and indeed he suppose to) sambal terus peluk aku kuat-kuat telling me literally that 'I'm here for you'

Weh
Kau budak
Muda dari aku
On whatever reason pun, kau tak boleh attack orang macam tu. Sesiapa pun. I wonder kalau kau boleh buat kat aku macam tu, kau pun mesti boleh buat macam tu kat cikgu kau kan? Mak bapak kau siapa sampai teruk sangat perangai kau ni?

Deep inside, aku kecewa dan menyesal kerana kenal dan terjumpa budak ni. Dari hati lapang, aku jadi naik radang sampai tersebut benda-benda tak wajar. Lantak kau lah, budak. Kau menang tang babikan orang je. Aku nak tengok macam mana kehidupan kau di depan. Jauh lagi perjalanan kau. Esok silap-silap kau interview kerja dengan aku. Hah, tulislah BABI besar-besar dalam CV kau.

Kepada mak bapak kau, inilah calon masa depan benih kau. Yang kalau dicampak ke mana-mana, tak boleh jadi apa. Maaf kasar. Tapi sebab aku rasa aku macam kenal kau, jadi mesej dan entri ini khas untuk kau je.

Thanks atas apa yang terjadi
Aku manusia biasa
Hati aku pun boleh koyak
Tapi takpe
Aku kuat
Bukan macam kau
Lembik

Dhiya
Bad Mood

No comments