Assalamualaikum
Hai helo hai helo
Saya geram lagi cemburu melihat rakan-rakan blog mengemaskini cerita, sedang saya kelam kabut menguruskan banyak hal. Minggu lepas adalah minggu yang paling sibuk. Jangan ingat wanita macam saya ni boleh goyang kaki, flip hair, kilatkan kuku sambil tengok tv. Tuduhan liar tu salah dan mulut yang menuduh perlu dihukum cili!
Dalam misi peningkatan kerjaya, saya banyak juga grab peluang kalau ada ternampak iklan kekosongan jawatan yang berkaitan. Dan sebenarnya, minggu lepas menjadi minggu yang sibuk kerana saya ada empat temuduga yang perlu dihadiri. Dalam keadaan ekonomi yang kusut ni, memang susah sebenarnya nak menempatkan diri di kerusi yang lebih baik. Susah. Tapi saya yakin dalam banyak-banyak yang saya mohon atau yang mereka iklankan, pasti ada satu habuan untuk saya :)
Cuaca panas sekarang memang bikin saya tak senang duduk. Kesian sangat dengan kipas-kipas di rumah ni yang terpaksa bekerja teruk. Saya yang bukan kaki kipas (saya tahu istilah ni salah) pun sekarang sudah pandai berebut kipas dengan suami saya. Hujung minggu lepas kami ke tapak rumah dan jumpa pemaju, duduk bawah panas sama macam pekerja kontrak. Sebaik masuk ke dalam kereta, hidung saya berdarah. Itulah penangannya. Tapi syukurkah dua tiga hari ini tempat kami dah ditimpa hujan. Paling tidak dapat hapuskan debu dan sejukkan sedikit malam kami.
Isu terbaru; D dah mengandung ke?
Saya jawap dengan selamba; Mengandungi air dalam badan. Ini punch line Wani yang saya pinjam sebab rasa macam berguna.
Saya yakin, Aidilfitri nanti saya terpaksa buka kaunter pertanyaan untuk soalan-soalan klise pasca perkahwinan ini. Saya pun malaslah nak hurai panjang tentang isu ini. Rasanya semua pun dah bijak dan tahu adab-adab dalam berbual tambah-tambah hal yang sebegini.
Kalau ada juga yang tanya waktu raya nanti, saya jamu dengan kulit durian. Oh ya, durian rumah abah sedang berbunga sekarang~!
Waktu masih berjalan, mencari sebuah kemaafan. Alangkan Allah itu pun Maha Pemaaf, kenapa mesti saya menyimpan dendam? Entahlah. Saya tiada jawapan. Orang yang tahu kelukaan saya saja akan faham kenapa saya masih membiarkan waktu yang menentukannya. Kisah saya tu terlalu dramatik. Saya rasa macam cerita drama tapi tak sangka ianya betul-betul berlaku kepada saya. Kasihan emak dan abah yang dihina. Kasihan lagi saya yang dikata sedemikian rupa. Mungkin orang kaya-kaya memang begitu sikapnya. Suka pandang rendah kita yang tiada apa-apa.
Maafkan saya...Biarlah waktu yang mengubat luka saya.
Kalau dilayan, sebenarnya saya mampu menulis panjang lagi. Banyak sangat bahan di dalam otak saya ni untuk diterjemah menjadi cerita. Tapi (alasan) maklumlah, saya ini manusia dua tangan yang punya banyak tugas yang hendak diselesaikan. Jadi kenalah beragak-agak. Kalau dilayan sangat blog ni, jadi blogger terkenal- Susah pulak. Erkkkkk~!
Nanti saya tulis lagilah!
Dhiya
Dhiya
No comments