Bismillah
Minggu baharu. Selasa dah pun~
Minggu lepas dan minggu sebelumnya saya sangat-sangatlah sibuk. Banyak ke hulu ke hilir atas macam-macam urusan. Paling macam-macam adalah pada Jumaat lepaslah. Malamnya, suami saya 'belanja' tiket Batman vs. Superman. Tapi tiket jam 11.45 malam. Huwaaaa~! Ceritanya seronok, penuh aksi...Tapi sebab mengantuk, saya terlelap beberapa kali. Mungkin dia tak perasan kut sebab dalam tu kan gelap. Kalau dia nampak saya tidur pun lantaklah~ Siapa suruh beli midnight movie. Hhahahahaha!
Sudah beberapa kali hujung minggu, kami hanya memilih untuk berada di rumah. Sabtu baru-baru ni, kami memang betul-betul be lazy di rumah. Keluar pun dah petang sebab nak makan. Kali ni sengaja kami pilih untuk makan di luar sebab dah lama sangat tak dating berdua begitu. Kami makan di Keramat (makanan sedap dan harga reasonable). Kemudian kami merayap ke Uptown Danau Kota sampai ke tengah malam (jarang-jarang sangat buat kerja gila macam ni) walhal tak ada apa pun yang dibeli.
Ahad; jam 10 pagi je dah ke nursery pokok bunga di SS2. Nak beli benih pokok untuk rumah baru kita (katanya). Dia ingat lawak la tu. Tapak baru je siap holding, piling pun belum. Eh takpelah...Berangan tu percuma~ Kami menjejak pokok sampai ke Sungai Buloh. Akhirnya dapatlah satu polybag pokok selasih untuk kami bawa balik dan tanam di rumah emak di Pahang.
Pokok selasih aje kisahnya. Bukan pokok bonsai~
Saya memang dah jatuh gila rambang mata tengok pokok-pokok di Sungai Buloh tu. Tak dapat tunggu, saya pun mulalah berangan teruk untuk ada pokok itu, pokok ini dan landskap begitu begini untuk rumah sendiri. Wahwahwah. Parahnya!
Bila dah sakan berjalan di hujung minggu, mulalah Monday Blues kan. Hari ni pun agak bad mood sebab air tak ada! Sejak tinggal di sini, adalah dalam dua kali kami tak ada bekalan air. Tapi kali saya tak alert sangat hingga terlupa nak tadah air. Mujur ada empat tong air dalam stor. Jenuh jugalah untuk diangkat keluar!
Minggu ini memang motivasinya dah lain. Sebab apa? Sebab Jumaat ni kami akan balik Pahang. Huhuhuhu~! Luggage dah siap kemas! (Amboi gelojohnya~) Baju pun malas nak basuh (sebab rasa semua nak basuh kat kampung), makan pun rasa nak kat kedai je, dan semua pun rasa malaslah!
April yang bakal tiba nanti juga sudah penuh dengan agenda. Harapnya saya sempat kongsi dan tulis di blog ni dengan lebih kerap. Ketahuilah, mejadi saya adalah sangat sibuk~! Huuuu
Salam sayang
Dhiya
No comments