Wedding Review: Akashadin Photography (FB)


Bismillah

Sudah masuk bulan ke-6 berkahwin, saya masih malas-malas untuk menunaikan hutang review perkahwinan saya. Macam yang saya tulis dulu, sindrom ke-ISTERI-an sangat kuat menguasai diri. Tapi mengenangkan janji saya pada penyedia-penyedia perkhidmatan semasa majlis saya dulu, maka saya tulis juga sebagai tanda penghargaan saya yang seinfinitinya.

Kali ini saya ingin menulis tentang penyedia perkhidmatan jurugambar yang saya ambil iaitu Akashadin Photography. Nama inilah yang telah bertanggungjawab 'menghentikan masa' dalam majlis saya- Supaya pada usia tua nanti, saya masih boleh melihat memori perkahwinan saya yang kelihatan selamanya muda :)
Sebaik bertunang, saya sudah bekerja untuk majlis perkahwinan saya sendiri. Enam bulan tempoh persiapan bukanlah masa untuk bersenang lenang. Abah sakit, saya pula sibuk dengan tesis Sarjana- Siapa lagi yang saya nak harapkan kalau bukan diri saya sendiri. Jadi sebaik mendapat tarikh nikah dan persandingan, saya terus beritahu tunang saya dan dia bersetuju untuk saya handle bab ni. Maka saya pun terus mendapatkan beberapa sebut harga servis jurugambar ini. Tapi sebelum itu, saya sudah aim Akashadin Photography hasil review dari seorang pengantin yang telah menggunakan khidmatnya juga. (Jadi macam tak adil je saya ambil sebut harga tu sebab dalam hati sudah tekad mahukan khidmat Akashadin Photography. Hahahaha!)

Pertama kali saya berkomunikasi dengan pihak Akashadin Photography, saya bercakap dengan Abang Din. Masa itu saya dalam kereta di Pasar Malam SS1 Bangi sambil minum ayaq cendoi saja. Sembang, tanya lebih kurang- Dah. Itu saja
Hidup saya masa itu banyak just do it. Hidup gamble saja dan tak sempat nak jadi manusia cerewet dan mengada sebab masa tu otak saya sibuk dengan tesis dan memanjat Tingkat 3 bangunan Fizik melawat solar collector saya.
Tapi sebaik membandingkan semua sebut harga, Akashadin Photography lah penyedia servis fotografi yang paling berbaloi dalam banyak-banyak yang saya ada. Saya akhirnya membayar wang deposit sebanyak RM300 kepada Abang Din sebagai tanda komitmen. Masa tu rasa takut sangat. Feel like; Ya Allah betul ke aku nak kahwin, ni?

Dipendekkan cerita, saya menzahirkan komitmen saya kepada Akashadin Photography dengan membuat beberapa kali bayaran mengikut terma yang ditetapkan. Seingat saya, bayaran dibuat sekali sebelum majlis nikah, sekali sebelum majlis bertandang dan bakinya ketika menerima album. Komunikasi saya dengan Abang Din masa itu sangat mudah dan hanyalah melalui email, FB dan WA sahaja.

Pertama kali kami berjumpa adalah sehari sebelum majlis nikah saya. Dia sampai sudah hampir petang kerana majlis nikah akan diadakan pada malamnya. Masa itu saya sedang memasang signage di simpang rumah. Kelihatan sebuah BMW melintasi kami.
"Abil, tu sepupu aku yang duduk Kapar tu. Dah sampai, dia" Kata saya dengan penuh yakin sambil  menoleh ke arah kereta tadi . Saya masih buat muka tak malu sebab tangan dah merah berinai tapi masih gigih memasang pancang kayu~
"O..yang kau cerita pada aku yu, eh?" Sahut pengapit yang sama 'gila' dengan saya itu.
Sesampai di rumah, abah bising-bising cakap yang jurugambar saya sudah sampai.
Haa..itulah kali pertama saya jumpa jurugambar majlis kahwin saya.
"Oh..rupanya BMW tadi tu, Abang Din la ya?" Masih buat muka tidak malu lagi :p
Dalam hati, alamak...aku ambil photographer artis ke photographer diraja ni~? Kawan Saiful Nang ke kot?
"D, aku rasa betul la..Photographer kau ni geng SN" Abil menambah perisa!

Ah lantaklah~!

Secara keseluruhannya, Akashadin Photography (Abang Din dan Ady) telah melakukan tugas mereka dengan penuh dedikasi. Saya tidak menyesal memilih mereka tetapi saya menyesal kerana saya tidak pandai senyum di hari bahagia sendiri. Argh!
Mereka sangat cemerlang bekerja sejak pada malam majlis nikah, hinggalah ke majlis sanding keesokan harinya, malah sangat sporting ketika saya mengajak mereka ke Gunung Senyum yang agak jauh ke dalam ladang sawit. Jauh di dalam hati, kasihan juga sebenarnya. Tapi mengenangkan ini hajat yang sudah lama saya pendam, saya ajak mohon juga agar outdoor kami diadakan di sana.
Sesi outdoor di Gunung Senyum. Masya Allah mereka sangat sangat sabar dan sporting!
Majlis bertandang. Abang Din tidak dapat menjadi VIP saya kerana ada sedikit pertukaran. Ady dan Fika (betul ke nama dia) yang bersama saya. Mereka sangat cool dan sporting sampai tak tahu nak puji macam mana lagi dah!
Album kami mengambil masa 2-3 bulan juga untuk disiapkan. Hal itu sudah diberitahu awal-awal lagi. Saya faham dan dalam tempoh itu, saya tidak pernah bertanya melainkan sekali sahaja, itupun ketika sudah hampir mencecah tempoh yang dijanjikan.

Alhamdulillah saya menerima album sehari selepas majlis konvokesyen saya pada bulan November. Tengok-tengok saja album, saya menangis. Antara seronok, terharu, dan gembira. Terasa baru saja close deal dengan Akashadin Photography, tapi kini semuanya telah selesai dengan penuh gembira. Komunikasi dan urusan yang sangat mudah, memudahkan lagi dipermudahkan Allah Taala.

Tips memilih jurugambar (Transformed kepada seorang kakak yang garang):

1. Dalam konteks pemilihan jurugambar ni, saya pegang konsep alah membeli, menang memakai. Anda pernah terbaca tak kisah seorang pelanggan yang kecewa dengan khidmat jurugambarnya yang dikatakan buat kerja sambil lewa yang viral baru-baru ini? Album yang diberi tak sempurna dan kelihatan sangat menyedihkan. Apabila saya further read kisah ini, jurugambar tu mendakwa bajet pelanggan hanyalah RM500. Bila saya congak balik, RM500 tu adalah pakej shoot and burn sahaja. Please don't expect to get crystal album with beautifully edited photos with arts and designs.
Adik-adik, (sudah kena terima hakikat yang aku makin dewasa~) tak salah kalau kau nak berjimat. Tapi tolong spend lebih sedikit kepada perkara yang kau rasa penting demi memori. Kau makin tua dan berkedut sedangkan gambar yang diambil oleh jurugambar akan buat kau kelihatan kekal muda, jelita dan cantik. Gambar tu lah yang akan jadi kenangan kau dengan pasangan kau atau untuk ditunjuk kepada cucu cicit nanti
"Nenek nampak muda lah"
See? Kau tak bangga ke?
Kesimpulannya, carilah jurugambar yang berkaliber dan ada portfolio yang jelas. Kalau pick dari FB, pastikan bisnes mereka ini jelas. Cubalah selidik sedikit sebanyak review hasil kerja mereka di internet. Jangan main tangkap muat saja.

2. Simpan semua komunikasi yang berlaku. Simpan sebut harga, bukti bayaran, dan apa-apa juga persetujuan bersama. Ini bukan soal tidak percaya. Tapi ini SOP orang berurusniaga. Tak ada sesiapa akan teraniaya kalau kita semua jujur, kan? Tapi kalau terjadi apa-apa pun, sekurang-kurangnya- Bukti semua ada.

3. Jangan berlagak dengan mereka. Memanglah anda itu client yang membayar mereka. Tapi jangan ingat kita boleh buat apa saja kepada mereka. Kalau nak demand sekali pun, cakap baik-baik, mintalah elok-elok dan biarlah berpada-pada.

4. Jangan desak-desak jurugambar anda siapkan album anda dengan segera. Sekali lagi, memanglah anda client yang membayar mereka. Tapi tahukah anda bahawa tugasan menyunting dan menyiapkan album sangat memerlukan fokus? Jadi bersabarlah. Mereka juga manusia dengan dua tangan dan sepasang mata.

5. Jangan lupa ucap terima kasih walau berulang kali. Tak rugi pun bercakap baik dengan orang lain kerana percayalah, balasan baik akan berpatah balik kepada diri kita juga. Kalau ada sedikit terlebih atau terkurang tu, adatlah. Jurugambar anda bukan robot. Mereka juga tidur apabila penat dan makan apabila lapar.

Sekian nasihat akak yang baru berkahwin dan menggunakan khidmat jurugambar profesional malah tak kisah membayar lebih asalkan semuanya nampak sempurna dan tidak berkokok sakan di kemudian hari :p

Kepada Akashadin Photography (Abang Din, Ady dan Fika), saya ingin mengucapkan seinfiniti terima kasih kerana sudi bekerja dengan saya. Wallahi berurusan dengan kalian adalah sangat mudah, enjoy dan tak stress. Saya (dan seluruh ahli keluarga) ingin memohon maaf atas apa-apa kekurangan semasa majlis berlangsung dan mohon dihalalkan apa-apa hak yang tidak tertunaikan.
Terima kasih sekali lagi kerana menjadi sebahagian dari team yang menjadikan majlis perkahwinan saya tampak sempurna lagi meriah. Doa saya, semoga Akashadin Photography terus maju dan dimurahkan rezeki.

Adik-adik yang mahu melihat hasil kerja Akashadin Photography, bolehlah like FB mereka:

FB: Akashadin Photography. Akashadin Photography. Akashadin Photography

Semua maklumat ada di situ. Kalau nak minta sebut harga pun, email kan saja. Jangan lupa beri salam.
Blog ini memang tak ada muka pengantin. Hahahah!

Dhiya

No comments