Bismillah
Marriage doesn't have to be perfect to be beautiful
Sindrom ke-ISTERI-an
Sindrom ke-ISTERI-an ini mungkin sudah lama ada dalam diri anda, anda dan anda. Tapi bagi saya yang masih baru dalam bidang rumah dan tangga ini, sindrom ini agak memberi kejutan budaya buat saya. Menjadi isteri tidaklah susah, tetapi sifat kita yang super perfectionist itu kadang-kadang menyusahkan diri sendiri. (Hahahah gelakkan diri sendiri!)
Tak boleh tengok bakul laundry ada kain baju
Penyakit apalah yang saya hidapi ini. Setiap kali lalu dekat dengan bakul laundry, saya jadi sakit mata kalau ada kain baju di dalamnya. Bukan saya tak basuh, tapi adatlah ada kain baju di dalamnya sementara menunggu muatan penuh.
"Takkan ada 2-3 helai pun nak dibasuh, D. Tunggulah load penuh" Bebel suami saya.
"Entahlah...Rasa tak selesa tgk ada baju kotor dalam bakul laundry. Takat 2-3 helai je, baklah D basuh tangan"
"Hek eleh...jual balik mesin basuh tu~"
Tak suka tengok tempat tidur berselerak
Bantal dan selimut tak boleh bersepah. Ini- Siapa siapa pun setuju, kan? Masa bujang tak kisahlah katil kau nak kongsi dengan kucing atau arnab sekali pun. Tapi apabila dihinggapi sindrom ke-ISTERI-an, bab ini kena kemas.
Jangan membebel kalau pasangan bawa beg-beg dokumen atau beg laptop atau toolbox dia masuk ke bilik tidur. Itu tandanya barang-barang tersebut adalah aset kesayangannya. Bantulah susun dengan kemas. Tangan je 'jalan'. Mulut diam~
Suka tengok barang dapur lengkap
Momen paling membahagiakan adalah sebaik kami membeli barang dapur. Bukanlah kami membeli sakan pun, tapi rasa seronok apabila tengok bakul bawang penuh, kentang ada, rempah ratus semua lengkap, dan buah-buahan elok dalam bakul. Itu belum cerita lagi yang dalam peti ais. Bahan mentah dah siap cuci dan dibekukan elok-elok, sayur ada- Huh! Terasa sangat bersemangat untuk memasak.
Motivasi tu kena ada. Kemahiran memasak tu boleh diasah kemudian :p
Sayang nak guna dapur sebab baru lepas kemas
Ini biasa. Terasa macam; Lepas guna barang, kena letak tempat dia balik. Jangan tangguh-tangguh sebab kalau bertangguh, di situlah tempat barang tadi untuk 2-3 hari akan datang. Hahaha!
Tapi kadang-kadang saya lantakkan saja samada memang sebab saya tengah terlalu rajin (atau terlalu malas) atau kadang-kadang suami saya yang ambil alih dapur. Kalau dia yang menjadi chef di dapur, janganlah ditegur kalau setakat dia tak basuh pinggan mangkuk atau lepas guna tak letak balik barang ke tempat asal. Orang lelaki ni tak hirau sangat hal-hal kecil tu. Mereka sangat fokus kepada matlamat: MEMASAK---> MAKAN. They don't bother side issues macam mana orang perempuan kisahkan sangat tu. Jadi, marilah belajar untuk tidak ambil hati sebab mereka memang macamtu. :p
Dapur, tandas & bilik air yang berkilat
Ustazah saya dulu pernah berpesan- Kalau nak lihat gaya hidup sesebuah keluarga, nilailah pada tandas, dapur dan susunan kasut di luar rumahnya. Tandas dan dapur yang bersih dan kemas mencerminkan kekemasan empunya rumah. Betullah kan~ Cuba kalau kita ke rumah orang yang dapur bersih, tak melekit, sinki clear- Apa persepsi kita?
Susunan kasut di luar pintu yang kemas pula menunjukkan bagaimana hatinya. Selipar yang bersepah- Kirinya entah di mana, kanannya terlempar jauh dari muka pintu-Itu tandanya hati kita juga 'bersepah-sepah' dan tidak lurus.
Thanks for the syndrome. Surely he also get husbandism syndrome too :)
Dhiya
ecah yang bujang ni pun ada sindrom tu. macam mana ni T_T?? hahaha kena kahwinn ni
ReplyDelete:)
ReplyDeleteSindrom tak boleh tgk baju kotor dlm bakul tu mmg plg win..sampaikan husband jadi berkerut2 muka mcm tertanya2 apa salahnya klu setakat 2-3 helai je baju kotor dlm bakul..hahaha..agaknya bila dah kawen ni, mata kita jd nk tgk smua benda kemas n bersih kan..baru la nk tido ada senyum..hehe
ReplyDelete