Bismillah
Assalamualaikum!
Siapa dapat panggilan peperiksaan PTD 19 Januari nanti? Tahniah ya. Untuk first timer, I wish you all the best dan jangan seronok sangat. Baru periksa je, dik. Long way to go. Anda mungkin berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan ni, tapi boleh jadi syahid berdarah-darah waktu temuduga nanti. Percayalah! Hakak ni dah 3 kali temuduga PTD. 2 kali lagi jawatan pegawai MOSTI. Masih bermain cak-cak dengan mereka. Masih belum berjodoh lagi. Ada yang dah 7-8 kali tu, apa lagi nak dikata~
Kenapa jawatan PTD ni susah sangat nak dapat?
Not really. Ramai je kawan-kawan saya yang sekali je cuba- Terus dapat. Itu rezeki namanya. Dalam pada kita dok tunggang terbalik membaca Malaysia Kita, surat khabar bagai- Jangan lupa pada keimanan kita bahawa rezeki itu Allah yang punya.
Namun tak dinafikan, usaha tu memang penting :) As for this coming exam, saya agak gementar. Saya tak pernah menjalani peperiksaan dalam talian ini. Peperiksaan PTD saya dulu dibuat secara manual di sebuah sekolah di Segambut. Harapnya tak ada masalah teknikal yang mengganggu. Saya proceed sajalah dengan pembacaan saya yang sangat perlahan ni. Sejak habis pengajian, kemahiran speed reading sudah expired :p
Contoh soalan matematik. Insya Allah matematik mudah saja. Tak perlu differentiate atau integrate :p |
Yang ni GILA susah. Khairul dan Laila tak ada kaitan. Macam mana saya nak tahu berapa untung Laila kalau Khairul yang menjual? Hahahahahha! |
Dhiya
All the best sahabat ahli syurga...semoga ada rezeki utk kamu & family..muahx!
ReplyDeleteselamat menjawab soalan2 PTD!
ReplyDelete