Monday Blues


Bismillah

Puas dihembus kiri dan kanan, tapi semangat masih tak kunjung tiba walaupun sudah masuk tengahari. Begitulah Isnin saya- selalunya~
Sabtu dan Ahad sibuk merempan tak ingat dunia. Datang saja Isnin, kami berdua terus flat! Padan muka kita.

Sabtu lepas kami ke Bangi. Suami saya bawa keretanya ke bengkel untuk tukar absorber.
"Kenapa sampai ke Bangi? Dekat-dekat rumah kita kan ada."
"Sajaaaa nak bawa D mengimbau kenangan"
"Cis!"
Tapi memang betul. Dia bawa saya makan tengahari di Sungai Ramal, kemudian kami solat di Masjid UKM dan lalu depan KTHO serta fakulti. Kemudiannya kami ke Warta dan petangnya kami ke pasar malam Seksyen 1! Menitis air mata (tipu) sebab saya betul-betul teringat kenangan sewaktu belajar Bangi.
Malamnya kami tiba-tiba ada di AEON BIG Subang. Barang dapur semua sudah dibeli minggu lepas. Tapi nak buat macam mana. Kami berdua memang tak boleh duduk diam. Lagi pula ada CNY SPECIAL SALE. Terperangkaplah juga apabila saya membeli sabun basuh TOP 2.5kg pada harga RM8.88 dan beberapa barang lagi untuk stok simpanan sebulan ke hadapan. Argh!

Ahad
Kami berdua mereput di pejabat suami saya. Ada perkara penting yang perlu disiapkan dan dihantar pada hari ini. Mujurlah SE suami saya pun ada dan bawa 3 orang anak dalam umur 5-9 tahun. Maka bergembiralah kami di dalam pejabat kosong itu di saat suami saya dan ayah mereka bekerja!
Sebaik selesai, kami makan malam di Shah Alam dan 'merangkak' naik ke rumah dalam keadaan  sangat penat. Rasakan!

Itulah antara faktornya kenapa kami sangat Monday blues hari ini. Rasanya saya perlu cadangkan kepada kerajaan Malaysia supaya hari bekerja bermula hari Selasa. 4 hari bekerja. 3 hari bercuti. Itu paling ideal.
Tapi malangnya, sudah 6 tahun menunggu- SPA masih belum sudi mengambil saya masuk ke dalam badan kerajaan. Minggu hadapan saya akan menduduki peperiksaan M41 kelolaan SPA. Semoga panjanglah jodoh saya dengan SPA ini. Amin :)

Dhiya

3 comments