Resepi Daging Masak Hitam


Resepi Daging Masak Hitam (Ala-ala lauk kenduri kahwin)

Bahan-bahan untuk merebus & memerap daging:
1.500 gm daging - dipotong nipis
2. 4-5 sudu kicap manis 
3.1 sudu besar lada hitam serbuk
4. Kulit kayu manis 2-3 potong saja
5. Buah pelaga+cengkih+lawang
6. Bawang merah+bawang putih+halia
* Tumbuk bahan #6, tumiskan dengan #4 dan #5 dan sebaik naik bau, masukkan daging dan renehkan dengan air yang banyak. (Air rebusan adalah untuk ditambah semasa memasak daging, membuat sup dan memasak nasi)
*Sebaik empuk, keluarkan daging, toskan dan perap seketika dengan kicap dan serbuk lada hitam.
Perap daging
Bahan memasak:
1. 5 sudu cili kering yang dikisar dengan 2-3 biji bawang merah
Cili kisar cara saya
2. Kicap - Saya guna Jalen + ABC
3. 2 Tangkai daun kari
4. 2 batang serai (dititik)
5. Biji ketumbar + jintan manis (ditumbuk)
6. Minyak untuk menumis
7. Bahan tumis : 3 biji bawang merah + 2 ulas bawang putih + 2 hirisan halia = ditumbuk
Bahan-bahan
Cara-cara : 
1. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bahan tumis + daun kari + serai dan biarkan sehingga wangi.
Ditumis

2. Masukkan cili kisar + ketumbar + jintan manis. Kacau sehingga cili kisar masak
Masukkan cili kisar + rempah
3. Masukkan daging yang telah diperap tadi bersama air rebusan dalam 1 mangkuk.
Masukkan daging
Masukkan air rebusan daging lebih kurang sebanyak ini. Insya Allah rasanya lebih hebat sebab guna air rebusan daging.
4. Masukkan kicap dan biarkan sehingga kuah sedikit kering dan pekat. Perisakan dengan garam dan gula. Tapi saya tak letak pun sebab kicap yang diletak sudah mengelokkan rasanya.
Masukkan kicap ikut kepada rasa dan warna yang anda mahu

5. Boleh hiris daun limau purut dan kacaukan sekali sebelum diangkat.
* Rahsia daging lembut: Saya tumbuk sedikit dengan lesung batu sebaik selepas direbus. Huhu!
Masak sehingga sedikit kering dan pekat
Resepi nasi: Tumis bawang merah + bawang putih + halia + kulit kayu manis + lawang + pelaga dengan planta. Masukkan beras yang telah dibasuh dan masukkan air rebusan daging dengan sedikit serbuk kunyit dan garam seperti sukatan memasak nasi biasa. Masak dengan rice cooker :)

Resepi sup: Baki air rebusan tadi saya perisakan dengan sedikit garam dan kiub ayam saja. Hidangkan panas dengan hirisan daun bawang :)

Selamat mencuba!
Dhiya

No comments