Orang Malaysia dan Sikapnya


Orang Malaysia ini banyak ragam. Salah satu yang saya paling perasan adalah tidak cakna terhadap kemudahan awam terutamanya tandas. Ya, kali ni saya nak emphasize pada tandas. 
beautiful-toilet-8


Suatu masa dulu, saya pernah ke satu pusat membeli belah yang agak terkenal di KL ni. Bila dah berjalan dalam air-cond, minum pula macam-macam- Mulalah seruan alam bergema. Sebaik masuk, saya dapati tak ramai orang. Tapi apabila saya masuk hampir ke semua ruang tandas, keadaannya sangat menjijikkan.

* Tisu bersepah di lantai
* Sanitary bin terbuka luas dan anda boleh lihat apa yang anda akan nampak
* Bau yang tidak menyenangkan
* Air di lantai bergenang tanda tidak dimop

Ada satu tandas yang bertutup. Saya fikir ada orang di dalamnya dan mungkin itulah tandas yang paling bersih kut. Saya pun menunggu dengan sabar.
Tidak lama kemudian, seorang wanita keluar dari tandas tu tanpa ada bunyi flush pun. Dia berlalu di depan saya dengan wajah penuh confident.
Saya masuk ke dalam. Geli~

Saya: Excuse me, you ada tinggal something ke dalam toilet? Saya 'menjerat'
Dia kelihatan terkejut mungkin terfikir dia tertinggal telefon atau barang berharga dan terus masuk ke tandas tadi
Saya: Boleh tak you flush tandas tu? Jangan tinggalkan untuk orang lain buatkan untuk you
Dia nampak malu, tapi tak berkata apa-apa. Sebaik flush, dia terus meninggalkan tandas.

Garang? Kasar? Kurang ajar? Yes I did. Tapi kalau fikir logik, tergamak tak kita nak masuk ke dalam tandas yang kotor begitu. Kalau di rumah semuanya perlu bersih, kenapa tidak di tempat awam? Adakah hanya kerana tandas itu "BUKAN AKU PUNYA?"

Emak saya pernah berkata, tandas itu cermin kepada ketamadunan seseorang. Kalau berlumut, berlendir dan tak semenggah, begitulah cara hidup pemiliknya. Sebab itu sejak duduk sendiri sebaik berkahwin ni, bahagian itulah yang paling saya concern.
Selama di Korea dulu, saya cukup kagum dengan attitude mereka di tandas. Tandas mereka memang tiada hos. Tapi mereka sangat menjaga kebersihan tandas tanpa ada setitis pun air yang membasahi lantai tandas. Pernah sekali tu, saya tertumpahkan air paip yang saya tadah dari sinki di dalam tandas. Rasa bersalah tu memuncak sangat sampai saya keluarkan tisu saya dan lap lantai tu sampai kering.

So dear Malaysians, marilah kita ubah sikap kita di tandas awam. 
* Jangan ada orang lain yang flush kan untuk kita.
* Jangan buang tisu merata-rata (aku sumbat dalam mulut kau, baru tahu!)
* Jangan hentam pintu tandas kuat-kuat sampai tercabut pintu tu :p

Jadilah rakyat Malaysia yang bertamadun.
Contoh tandas awam terbaik di dunia. Maaf, Malaysia tiada dalam senarai

Oh My Husband: Bagaimana Nak Lipat Baju macam PRO - 3 Cara


Random chat dengan suami sewaktu menonton TV selepas makan malam, sambil saya melipat kain...

Saya: Abang, D ada satu permintaan
Dia: Apa dia?
Saya: D nak tengok macam mana abang lipat baju masa bujang-bujang dulu
Dia: Abang tak lipat
Saya: Habis tu? Biar je membukit, bergumpal macam tenggiling?
Dia: Abang gantung. Life is simple, D. Buat apa nak make it complicated

Saya: Pandai laaaaa. Cepat la..D nak tengok~


Dia capai sehelai T-shirt nya dan dia terus lipat guna cara #1 macam dalam video tu. Saya tak boleh tahan dan terus tergelak besar.
I was like; Seriously abang lipat macam tu? Ya Allah!

Dia: Kan abang dah cakap..Life is simple~
Saya: Ok then. D tak tanya dah sejarah bujang abang lepas ni.

Dhiya

Random


Lazy Thursday.

Tak tahulah kenapa malas nak buat semua. Astaghfirullah.
Yang sebetulnya, saya tak sabar menunggu cuti 3 hari berderet hujung minggu ini. Walaupun masih belum ada apa-apa perancangan khusus, tapi saya suka cuti. 
Kami tak balik ke Pahang sebab emak dan abah akan ke KL minggu hadapan. Jadi kami hanya tunggu di sini sajalah.

Kehidupan sekarang baik-baik saja. Kami tak banyak keluar sebab sekarang ni musim panas. Ekonomi negara pun panas, jadi kita tak mahu menambah aliran wang keluar kepada negara bagi menampung 2.6 bintang~
Cuma yang pasti, dua minggu akan datang kami akan sedikit sibuk dengan beberapa perancangan termasuklah short getaway yang dihadiahkan oleh SE suami saya. Kalau nak plan sendiri, memang tak terbuatlah. Kami lebih rela meluangkan masa balik ke kampung atau kawasan di sekitar KL dan Selangor saja. Tapi memandangkan sudah fully sponsored, kita hahahaha kan saja!

Momentum menulis pun lemah. Rasa nak hire pekerja untuk update blog hari-hari. Satu hari, enam entri. Siapa nak?

Hari ini nak masak apa pun tak tahu. Tapi saya sudah rendamkan bihun. Apa akan jadi dengan bihun tu nanti, tunggu saja masa makan malam. Kadang-kadang menu bertambah sebab suami saya akan bawa balik buah tangan. Rezeki pot luck lah, SE belanja lah, beli tepi jalan lah~

Entri yang sangat random. 

Doakan sekejap lagi saya dapat idea dan dapat menulis dengan lebih baik dan kurang merepek :(

Dhiya

Wedding Review: Akashadin Photography (FB)


Bismillah

Sudah masuk bulan ke-6 berkahwin, saya masih malas-malas untuk menunaikan hutang review perkahwinan saya. Macam yang saya tulis dulu, sindrom ke-ISTERI-an sangat kuat menguasai diri. Tapi mengenangkan janji saya pada penyedia-penyedia perkhidmatan semasa majlis saya dulu, maka saya tulis juga sebagai tanda penghargaan saya yang seinfinitinya.

Kali ini saya ingin menulis tentang penyedia perkhidmatan jurugambar yang saya ambil iaitu Akashadin Photography. Nama inilah yang telah bertanggungjawab 'menghentikan masa' dalam majlis saya- Supaya pada usia tua nanti, saya masih boleh melihat memori perkahwinan saya yang kelihatan selamanya muda :)
Sebaik bertunang, saya sudah bekerja untuk majlis perkahwinan saya sendiri. Enam bulan tempoh persiapan bukanlah masa untuk bersenang lenang. Abah sakit, saya pula sibuk dengan tesis Sarjana- Siapa lagi yang saya nak harapkan kalau bukan diri saya sendiri. Jadi sebaik mendapat tarikh nikah dan persandingan, saya terus beritahu tunang saya dan dia bersetuju untuk saya handle bab ni. Maka saya pun terus mendapatkan beberapa sebut harga servis jurugambar ini. Tapi sebelum itu, saya sudah aim Akashadin Photography hasil review dari seorang pengantin yang telah menggunakan khidmatnya juga. (Jadi macam tak adil je saya ambil sebut harga tu sebab dalam hati sudah tekad mahukan khidmat Akashadin Photography. Hahahaha!)

Pertama kali saya berkomunikasi dengan pihak Akashadin Photography, saya bercakap dengan Abang Din. Masa itu saya dalam kereta di Pasar Malam SS1 Bangi sambil minum ayaq cendoi saja. Sembang, tanya lebih kurang- Dah. Itu saja
Hidup saya masa itu banyak just do it. Hidup gamble saja dan tak sempat nak jadi manusia cerewet dan mengada sebab masa tu otak saya sibuk dengan tesis dan memanjat Tingkat 3 bangunan Fizik melawat solar collector saya.
Tapi sebaik membandingkan semua sebut harga, Akashadin Photography lah penyedia servis fotografi yang paling berbaloi dalam banyak-banyak yang saya ada. Saya akhirnya membayar wang deposit sebanyak RM300 kepada Abang Din sebagai tanda komitmen. Masa tu rasa takut sangat. Feel like; Ya Allah betul ke aku nak kahwin, ni?

Dipendekkan cerita, saya menzahirkan komitmen saya kepada Akashadin Photography dengan membuat beberapa kali bayaran mengikut terma yang ditetapkan. Seingat saya, bayaran dibuat sekali sebelum majlis nikah, sekali sebelum majlis bertandang dan bakinya ketika menerima album. Komunikasi saya dengan Abang Din masa itu sangat mudah dan hanyalah melalui email, FB dan WA sahaja.

Pertama kali kami berjumpa adalah sehari sebelum majlis nikah saya. Dia sampai sudah hampir petang kerana majlis nikah akan diadakan pada malamnya. Masa itu saya sedang memasang signage di simpang rumah. Kelihatan sebuah BMW melintasi kami.
"Abil, tu sepupu aku yang duduk Kapar tu. Dah sampai, dia" Kata saya dengan penuh yakin sambil  menoleh ke arah kereta tadi . Saya masih buat muka tak malu sebab tangan dah merah berinai tapi masih gigih memasang pancang kayu~
"O..yang kau cerita pada aku yu, eh?" Sahut pengapit yang sama 'gila' dengan saya itu.
Sesampai di rumah, abah bising-bising cakap yang jurugambar saya sudah sampai.
Haa..itulah kali pertama saya jumpa jurugambar majlis kahwin saya.
"Oh..rupanya BMW tadi tu, Abang Din la ya?" Masih buat muka tidak malu lagi :p
Dalam hati, alamak...aku ambil photographer artis ke photographer diraja ni~? Kawan Saiful Nang ke kot?
"D, aku rasa betul la..Photographer kau ni geng SN" Abil menambah perisa!

Ah lantaklah~!

Secara keseluruhannya, Akashadin Photography (Abang Din dan Ady) telah melakukan tugas mereka dengan penuh dedikasi. Saya tidak menyesal memilih mereka tetapi saya menyesal kerana saya tidak pandai senyum di hari bahagia sendiri. Argh!
Mereka sangat cemerlang bekerja sejak pada malam majlis nikah, hinggalah ke majlis sanding keesokan harinya, malah sangat sporting ketika saya mengajak mereka ke Gunung Senyum yang agak jauh ke dalam ladang sawit. Jauh di dalam hati, kasihan juga sebenarnya. Tapi mengenangkan ini hajat yang sudah lama saya pendam, saya ajak mohon juga agar outdoor kami diadakan di sana.
Sesi outdoor di Gunung Senyum. Masya Allah mereka sangat sangat sabar dan sporting!
Majlis bertandang. Abang Din tidak dapat menjadi VIP saya kerana ada sedikit pertukaran. Ady dan Fika (betul ke nama dia) yang bersama saya. Mereka sangat cool dan sporting sampai tak tahu nak puji macam mana lagi dah!
Album kami mengambil masa 2-3 bulan juga untuk disiapkan. Hal itu sudah diberitahu awal-awal lagi. Saya faham dan dalam tempoh itu, saya tidak pernah bertanya melainkan sekali sahaja, itupun ketika sudah hampir mencecah tempoh yang dijanjikan.

Alhamdulillah saya menerima album sehari selepas majlis konvokesyen saya pada bulan November. Tengok-tengok saja album, saya menangis. Antara seronok, terharu, dan gembira. Terasa baru saja close deal dengan Akashadin Photography, tapi kini semuanya telah selesai dengan penuh gembira. Komunikasi dan urusan yang sangat mudah, memudahkan lagi dipermudahkan Allah Taala.

Tips memilih jurugambar (Transformed kepada seorang kakak yang garang):

1. Dalam konteks pemilihan jurugambar ni, saya pegang konsep alah membeli, menang memakai. Anda pernah terbaca tak kisah seorang pelanggan yang kecewa dengan khidmat jurugambarnya yang dikatakan buat kerja sambil lewa yang viral baru-baru ini? Album yang diberi tak sempurna dan kelihatan sangat menyedihkan. Apabila saya further read kisah ini, jurugambar tu mendakwa bajet pelanggan hanyalah RM500. Bila saya congak balik, RM500 tu adalah pakej shoot and burn sahaja. Please don't expect to get crystal album with beautifully edited photos with arts and designs.
Adik-adik, (sudah kena terima hakikat yang aku makin dewasa~) tak salah kalau kau nak berjimat. Tapi tolong spend lebih sedikit kepada perkara yang kau rasa penting demi memori. Kau makin tua dan berkedut sedangkan gambar yang diambil oleh jurugambar akan buat kau kelihatan kekal muda, jelita dan cantik. Gambar tu lah yang akan jadi kenangan kau dengan pasangan kau atau untuk ditunjuk kepada cucu cicit nanti
"Nenek nampak muda lah"
See? Kau tak bangga ke?
Kesimpulannya, carilah jurugambar yang berkaliber dan ada portfolio yang jelas. Kalau pick dari FB, pastikan bisnes mereka ini jelas. Cubalah selidik sedikit sebanyak review hasil kerja mereka di internet. Jangan main tangkap muat saja.

2. Simpan semua komunikasi yang berlaku. Simpan sebut harga, bukti bayaran, dan apa-apa juga persetujuan bersama. Ini bukan soal tidak percaya. Tapi ini SOP orang berurusniaga. Tak ada sesiapa akan teraniaya kalau kita semua jujur, kan? Tapi kalau terjadi apa-apa pun, sekurang-kurangnya- Bukti semua ada.

3. Jangan berlagak dengan mereka. Memanglah anda itu client yang membayar mereka. Tapi jangan ingat kita boleh buat apa saja kepada mereka. Kalau nak demand sekali pun, cakap baik-baik, mintalah elok-elok dan biarlah berpada-pada.

4. Jangan desak-desak jurugambar anda siapkan album anda dengan segera. Sekali lagi, memanglah anda client yang membayar mereka. Tapi tahukah anda bahawa tugasan menyunting dan menyiapkan album sangat memerlukan fokus? Jadi bersabarlah. Mereka juga manusia dengan dua tangan dan sepasang mata.

5. Jangan lupa ucap terima kasih walau berulang kali. Tak rugi pun bercakap baik dengan orang lain kerana percayalah, balasan baik akan berpatah balik kepada diri kita juga. Kalau ada sedikit terlebih atau terkurang tu, adatlah. Jurugambar anda bukan robot. Mereka juga tidur apabila penat dan makan apabila lapar.

Sekian nasihat akak yang baru berkahwin dan menggunakan khidmat jurugambar profesional malah tak kisah membayar lebih asalkan semuanya nampak sempurna dan tidak berkokok sakan di kemudian hari :p

Kepada Akashadin Photography (Abang Din, Ady dan Fika), saya ingin mengucapkan seinfiniti terima kasih kerana sudi bekerja dengan saya. Wallahi berurusan dengan kalian adalah sangat mudah, enjoy dan tak stress. Saya (dan seluruh ahli keluarga) ingin memohon maaf atas apa-apa kekurangan semasa majlis berlangsung dan mohon dihalalkan apa-apa hak yang tidak tertunaikan.
Terima kasih sekali lagi kerana menjadi sebahagian dari team yang menjadikan majlis perkahwinan saya tampak sempurna lagi meriah. Doa saya, semoga Akashadin Photography terus maju dan dimurahkan rezeki.

Adik-adik yang mahu melihat hasil kerja Akashadin Photography, bolehlah like FB mereka:

FB: Akashadin Photography. Akashadin Photography. Akashadin Photography

Semua maklumat ada di situ. Kalau nak minta sebut harga pun, email kan saja. Jangan lupa beri salam.
Blog ini memang tak ada muka pengantin. Hahahah!

Dhiya

Sindrom Ke-ISTERI-an


Bismillah

Marriage doesn't have to be perfect to be beautiful 

Sindrom ke-ISTERI-an

Sindrom ke-ISTERI-an ini mungkin sudah lama ada dalam diri anda, anda dan anda. Tapi bagi saya yang masih baru dalam bidang rumah dan tangga ini, sindrom ini agak memberi kejutan budaya buat saya. Menjadi isteri tidaklah susah, tetapi sifat kita yang super perfectionist itu  kadang-kadang menyusahkan diri sendiri. (Hahahah gelakkan diri sendiri!)

Tak boleh tengok bakul laundry ada kain baju
Penyakit apalah yang saya hidapi ini. Setiap kali lalu dekat dengan bakul laundry, saya jadi sakit mata kalau ada kain baju di dalamnya. Bukan saya tak basuh, tapi adatlah ada kain baju di dalamnya sementara menunggu muatan penuh.
"Takkan ada 2-3 helai pun nak dibasuh, D. Tunggulah load penuh" Bebel suami saya.
"Entahlah...Rasa tak selesa tgk ada baju kotor dalam bakul laundry. Takat 2-3 helai je, baklah D basuh tangan"
"Hek eleh...jual balik mesin basuh tu~"

Tak suka tengok tempat tidur berselerak
Bantal dan selimut tak boleh bersepah. Ini- Siapa siapa pun setuju, kan? Masa bujang tak kisahlah katil kau nak kongsi dengan kucing atau arnab sekali pun. Tapi apabila dihinggapi sindrom ke-ISTERI-an, bab ini kena kemas. 
Jangan membebel kalau pasangan bawa beg-beg dokumen atau beg laptop atau toolbox dia masuk ke bilik tidur. Itu tandanya barang-barang tersebut adalah aset kesayangannya. Bantulah susun dengan kemas. Tangan je 'jalan'. Mulut diam~

Suka tengok barang dapur lengkap
Momen paling membahagiakan adalah sebaik kami membeli barang dapur. Bukanlah kami membeli sakan pun, tapi rasa seronok apabila tengok bakul bawang penuh, kentang ada, rempah ratus semua lengkap, dan buah-buahan elok dalam bakul. Itu belum cerita lagi yang dalam peti ais. Bahan mentah dah siap cuci dan dibekukan elok-elok, sayur ada- Huh! Terasa sangat bersemangat untuk memasak. 
Motivasi tu kena ada. Kemahiran memasak tu boleh diasah kemudian :p

Sayang nak guna dapur sebab baru lepas kemas
Ini biasa. Terasa macam; Lepas guna barang, kena letak tempat dia balik. Jangan tangguh-tangguh sebab kalau bertangguh, di situlah tempat barang tadi untuk 2-3 hari akan datang. Hahaha!
Tapi kadang-kadang saya lantakkan saja samada memang sebab saya tengah terlalu rajin (atau terlalu malas) atau kadang-kadang suami saya yang ambil alih dapur. Kalau dia yang menjadi chef di dapur, janganlah ditegur kalau setakat dia tak basuh pinggan mangkuk atau lepas guna tak letak balik barang ke tempat asal. Orang lelaki ni tak hirau sangat hal-hal kecil tu. Mereka sangat fokus kepada matlamat: MEMASAK---> MAKAN. They don't bother side issues macam mana orang perempuan kisahkan sangat tu. Jadi, marilah belajar untuk tidak ambil hati sebab mereka memang macamtu. :p

Dapur, tandas & bilik air yang berkilat
Ustazah saya dulu pernah berpesan- Kalau nak lihat gaya hidup sesebuah keluarga, nilailah pada tandas, dapur dan susunan kasut di luar rumahnya. Tandas dan dapur yang bersih dan kemas mencerminkan kekemasan empunya rumah. Betullah kan~ Cuba kalau kita ke rumah orang yang dapur bersih, tak melekit, sinki clear- Apa persepsi kita?
Susunan kasut di luar pintu yang kemas pula menunjukkan bagaimana hatinya. Selipar yang bersepah- Kirinya entah di mana, kanannya terlempar jauh dari muka pintu-Itu tandanya hati kita juga 'bersepah-sepah' dan tidak lurus.

Itu antara hal yang saya alami. Tapi keseluruhannya saya bersyukur sebab pasangan saya sudah tahu perangai saya. Kadang-kadang dia akan masukkan siap-siap baju kotor  ke dalam mesin basuh supaya bakul laundry nampak kosong dan psikologi saya tak terganggu. Hahahaha! I am not perfect. We are not perfect. We just complete each other, in our own way.

Thanks for the syndrome. Surely he also get husbandism syndrome too :)

Dhiya

Contoh Soalan Peperiksaan PTD yang Susah + Tak Masuk Akal + Kelakar


Bismillah
Assalamualaikum!


Siapa dapat panggilan peperiksaan PTD 19 Januari nanti? Tahniah ya. Untuk first timer, I wish you all the best dan jangan seronok sangat. Baru periksa je, dik. Long way to go. Anda mungkin berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan ni, tapi boleh jadi syahid berdarah-darah waktu temuduga nanti. Percayalah! Hakak ni dah 3 kali temuduga PTD. 2 kali lagi jawatan pegawai MOSTI. Masih bermain cak-cak dengan mereka. Masih belum berjodoh lagi. Ada yang dah 7-8 kali tu, apa lagi nak dikata~

Kenapa jawatan PTD ni susah sangat nak dapat?
Not really. Ramai je kawan-kawan saya yang sekali je cuba- Terus dapat. Itu rezeki namanya. Dalam pada kita dok tunggang terbalik membaca Malaysia Kita, surat khabar bagai- Jangan lupa pada keimanan kita bahawa rezeki itu Allah yang punya.
Namun tak dinafikan, usaha tu memang penting :) As for this coming exam, saya agak gementar. Saya tak pernah menjalani peperiksaan dalam talian ini. Peperiksaan PTD saya dulu dibuat secara manual di sebuah sekolah di Segambut. Harapnya tak ada masalah teknikal yang mengganggu. Saya proceed sajalah dengan pembacaan saya yang sangat perlahan ni. Sejak habis pengajian, kemahiran speed reading sudah expired :p
Contoh soalan matematik. Insya Allah matematik mudah saja. Tak perlu differentiate atau integrate :p
Yang ni GILA susah. Khairul dan Laila tak ada kaitan. Macam mana saya nak tahu berapa untung Laila kalau Khairul yang menjual? Hahahahahha!
Ok. Just for fun. Saya sendiri pun tengah tenangkan diri sebab gelabah sangat untuk jawab peperiksaan ni. Selamat berjaya!

Dhiya

Resepi Kuih Getas/ Lidah Buaya


Bismillah

Salam Jumaat :) Hari ini saya nak kongsikan resepi kuih. Asyik kongsikan resepi lauk saja, boring pulak dengan diri sendiri :p
Bahan-bahan:

1. 1 1/2 cawan tepung pulut
2. Kelapa parut/ kelapa mesin (sebelah saja)
3. Secubit garam
4. Air suam
5. Bahan sira: 5 sudu gula

Cara-cara:

1. Masukkan tepung pulut, kelapa dan garam ke dalam bekas
2. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga boleh dibentuk. Jangan lembik sangat
3. Bentukkan dan goreng dalam minyak panas
4. Gula sira: Masakkan gula sehingga likat. Saya tambah air sedikit, kemudian terus masukkan kuih tadi dan dikacau rata :)

*Adunan saya buat ni dapat 13 ketul kuih getas
Goreng sehingga kekuningan
Habuan minum petang!
Misi berjaya!

Dhiya

Di Hari Jadiku


Bismillah

Alhamdulillah yesterday was my birthday!
Ini adalah birthday celebration yang pertama sejak kami bernikah. Saya memang tak expect apa-apa pun sebenarnya. Iyalah, at this age, saya dah tak rasa potong-potong kek, tiup lilin and whatsoever tu adalah satu kewajipan dalam meraikan. Banyak cara lain yang boleh dibuat. Tapi saya tak sangka yang suami saya insist untuk melakukan sesuatu sempena ulang tahun saya.

Balik dari kerja hari Selasa lagi, dia sudah belikan saya kek. 
Sambil mata berair;
"D tak suka kek ni"
"Laaaa...kenapa?! Kek kegemaran D ni" Muka agak terkejut. Siapa tak suka SR memang mental~
"Tak suka laa....Sebab makan je habis. Makan je habis. Tak ada ke kek yang makan tapi tak luak dan tak habis? Kek ni sedap sangat!"
"Terima kasih, D. Lawak sangat!"

Malam semalam pula, saya dapat pelepasan gantung kuali sebab kami makan di luar! Hoyeah! Makan di mana, dapat hadiah apa, saya tak mahu cerita di sini. Tak penting.

Sejak dari bujang lagi, saya selalu rasa yang hari jadi saya adalah sepanjang bulan Januari, bukan 1 hari itu saja. (Gila tamak,kan?) Saya akan gembira, senyum dan bersemangat setiap kali Januari datang dan selalunya momentum itu akan terbawa hingga ke bulan-bulan berikutnya. Inilah untungnya lahir di awal tahun. Motivasi tinggi!

Terima kasih kepada semua yang mengirim doa. Macam-macam doa yang baik-baik hingga tak tahu nak balas bagaimana. Doa saya kembali, semoga Allah membalas segala doa baik itu kembali ke atas kalian.

Tak nak sebak-sebak. I enjoy myself on my birth-month!

Dhiya 

Resepi Daging Masak Hitam


Resepi Daging Masak Hitam (Ala-ala lauk kenduri kahwin)

Bahan-bahan untuk merebus & memerap daging:
1.500 gm daging - dipotong nipis
2. 4-5 sudu kicap manis 
3.1 sudu besar lada hitam serbuk
4. Kulit kayu manis 2-3 potong saja
5. Buah pelaga+cengkih+lawang
6. Bawang merah+bawang putih+halia
* Tumbuk bahan #6, tumiskan dengan #4 dan #5 dan sebaik naik bau, masukkan daging dan renehkan dengan air yang banyak. (Air rebusan adalah untuk ditambah semasa memasak daging, membuat sup dan memasak nasi)
*Sebaik empuk, keluarkan daging, toskan dan perap seketika dengan kicap dan serbuk lada hitam.
Perap daging
Bahan memasak:
1. 5 sudu cili kering yang dikisar dengan 2-3 biji bawang merah
Cili kisar cara saya
2. Kicap - Saya guna Jalen + ABC
3. 2 Tangkai daun kari
4. 2 batang serai (dititik)
5. Biji ketumbar + jintan manis (ditumbuk)
6. Minyak untuk menumis
7. Bahan tumis : 3 biji bawang merah + 2 ulas bawang putih + 2 hirisan halia = ditumbuk
Bahan-bahan
Cara-cara : 
1. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bahan tumis + daun kari + serai dan biarkan sehingga wangi.
Ditumis

2. Masukkan cili kisar + ketumbar + jintan manis. Kacau sehingga cili kisar masak
Masukkan cili kisar + rempah
3. Masukkan daging yang telah diperap tadi bersama air rebusan dalam 1 mangkuk.
Masukkan daging
Masukkan air rebusan daging lebih kurang sebanyak ini. Insya Allah rasanya lebih hebat sebab guna air rebusan daging.
4. Masukkan kicap dan biarkan sehingga kuah sedikit kering dan pekat. Perisakan dengan garam dan gula. Tapi saya tak letak pun sebab kicap yang diletak sudah mengelokkan rasanya.
Masukkan kicap ikut kepada rasa dan warna yang anda mahu

5. Boleh hiris daun limau purut dan kacaukan sekali sebelum diangkat.
* Rahsia daging lembut: Saya tumbuk sedikit dengan lesung batu sebaik selepas direbus. Huhu!
Masak sehingga sedikit kering dan pekat
Resepi nasi: Tumis bawang merah + bawang putih + halia + kulit kayu manis + lawang + pelaga dengan planta. Masukkan beras yang telah dibasuh dan masukkan air rebusan daging dengan sedikit serbuk kunyit dan garam seperti sukatan memasak nasi biasa. Masak dengan rice cooker :)

Resepi sup: Baki air rebusan tadi saya perisakan dengan sedikit garam dan kiub ayam saja. Hidangkan panas dengan hirisan daun bawang :)

Selamat mencuba!
Dhiya

Monday Blues


Bismillah

Puas dihembus kiri dan kanan, tapi semangat masih tak kunjung tiba walaupun sudah masuk tengahari. Begitulah Isnin saya- selalunya~
Sabtu dan Ahad sibuk merempan tak ingat dunia. Datang saja Isnin, kami berdua terus flat! Padan muka kita.

Sabtu lepas kami ke Bangi. Suami saya bawa keretanya ke bengkel untuk tukar absorber.
"Kenapa sampai ke Bangi? Dekat-dekat rumah kita kan ada."
"Sajaaaa nak bawa D mengimbau kenangan"
"Cis!"
Tapi memang betul. Dia bawa saya makan tengahari di Sungai Ramal, kemudian kami solat di Masjid UKM dan lalu depan KTHO serta fakulti. Kemudiannya kami ke Warta dan petangnya kami ke pasar malam Seksyen 1! Menitis air mata (tipu) sebab saya betul-betul teringat kenangan sewaktu belajar Bangi.
Malamnya kami tiba-tiba ada di AEON BIG Subang. Barang dapur semua sudah dibeli minggu lepas. Tapi nak buat macam mana. Kami berdua memang tak boleh duduk diam. Lagi pula ada CNY SPECIAL SALE. Terperangkaplah juga apabila saya membeli sabun basuh TOP 2.5kg pada harga RM8.88 dan beberapa barang lagi untuk stok simpanan sebulan ke hadapan. Argh!

Ahad
Kami berdua mereput di pejabat suami saya. Ada perkara penting yang perlu disiapkan dan dihantar pada hari ini. Mujurlah SE suami saya pun ada dan bawa 3 orang anak dalam umur 5-9 tahun. Maka bergembiralah kami di dalam pejabat kosong itu di saat suami saya dan ayah mereka bekerja!
Sebaik selesai, kami makan malam di Shah Alam dan 'merangkak' naik ke rumah dalam keadaan  sangat penat. Rasakan!

Itulah antara faktornya kenapa kami sangat Monday blues hari ini. Rasanya saya perlu cadangkan kepada kerajaan Malaysia supaya hari bekerja bermula hari Selasa. 4 hari bekerja. 3 hari bercuti. Itu paling ideal.
Tapi malangnya, sudah 6 tahun menunggu- SPA masih belum sudi mengambil saya masuk ke dalam badan kerajaan. Minggu hadapan saya akan menduduki peperiksaan M41 kelolaan SPA. Semoga panjanglah jodoh saya dengan SPA ini. Amin :)

Dhiya

Resepi: Ayam masak kicap segera lagi mudah


Bismillah

Alahai...Semua orang pun boleh buat menu ni. Siapalah saya nak berkokok sangat kongsi resepi begini.
Tak apalah. Sekurang-kurangnya, ini adalah greatest achievement of the day saya. Lantak pi laaa orang nak kata apa :p

Jadi marilah tengok bagaimana caranya. Percayalah menu ini tidak memerlukan anda perlu jadi chef yang hebat untuk memasaknya. Saya pun bukanlah pakar dalam bab masak memasak ni. Sebelum kahwin bukan main lagi kekoknya (pemalas). Tapi betullah, pengalaman mendewasakan.

Adik-adik yang baru kahwin (saya pun muda lagi sebenarnya), terimalah. Semoga memberi inspirasi. Kehkehkeh!
Ayam masak kicap


Bahan-bahan (2 orang makan):

1. Ayam dipotong sedang- digoreng separuh masak (tak garing sangat)
Goreng separuh masak
2. Bahan tumis: bawang putih+halia+kulit kayu manis+lawang
3. Bawang besar dihiris kasar
4. Lada merah dipotong serong
5. Kentang dipotong 8 juga digoreng separuh masak
6. Sedikit air
7. Serbuk lada hitam dan perasa
8. Kicap jangan dilupa!
Bahan
*Gambar botol kicap tak sempat snap

Cara-Cara:

1. Tumis bawang putih+halia+kulit kayu manis+lawang hingga naik bau
Tumis
2. Sesi campak mencampak bermula!
3. Masukkan kicap (cair dan pekat). Maukkan serbuk lada hitam, perisakan jika perlu. Kicap tu dah sedia manis. Kadang-kadang tak perlu tambah apa-apa lagi dah :)
4. Masukkan kentang dan air (jika perlu)-biarkan sekejap
5. Sebaik agak pekat, masukkan ayam. Biarkan sehingga masak
6. Bolehlah ditabur dengan cili potong dan hirisan bawang. Nak letak daun sup pun boleh :)
Siap. Nasi, mana nasi?
Siap! (sambil flip hair like a diva~)

Dhiya

Segmen Jom Tambah Follower


Bismillah

Marilah kita beramai-ramai sertai. Untung-untuk kita dapat membina jaringan blogger yang lebih rapat sekaligus menambah pengikut dengan jayanya :)


Penyertaan by Dhiya Dahlia
409 Followers

Terima kasih

Bawa Bekal + Memasak di Pejabat + Kongsi Kereta


Assalamualaikum


Semalam saya ada terbaca satu cerita tentang saranan penjimatan. Bawa bekal atau memasak di pejabat. Memasak di pejabat???!!! Hoi!
Kalau saya bos;
"Aku sediakan fasiliti untuk kau komited pada kerja sebab aku bayar gaji kau. Bukan aku suruh kau bawa ayam, daging, sayur mayur masuk dalam peti ais dan buat pantri tu macam dapur kau sendiri!"

Orang kita sekarang bukan nak dengar cadangan-cadangan tak bijak sebegini. Kita nak penyelesaian. (Mengeluh~)
Sekarang ni ada pula saranan baru untuk kita berkongsi kenderaan terutamanya ke tempat kerja. Tapi rasanya pak menteri paling tak suka trick ni sebab mereka rugi. Sebab???

Ali bawa Kancil 660 
Abu bawa MyVi 1.3 
Ahmad bawa Kelisa 1.0
kerja di Shah Alam. Tiap-tiap pagi bertembung di tempat letak kereta pukul 7.30 pagi.

Lalu tol RM1.10
Tol dapat RM3.30

Cuba carpool (sebab konon-konon mereka ni jiran laaa)
Ali+Abu+Ahmad naik Kancil 660 Ali
Lalu tol RM1.10
Tol dapat RM1.10 je

Padan muka tak, tol tu?

Hahahahah!

Saya yakin anda suka tips penjimatan ini. Cuma menteri kita macam tak suka la..Jadi jangan beritahu mereka, ya!

Rahsia
Dhiya :p

Resepi: Bihun Goreng Singapore


Bismillah

Mod rajin tengah meresap. Apa boleh buat. Marilah kita lihat apa yang saya dah masak. Semoga dapatlah memberi idea kepada anda.

Menu ni sangat mudah. Baguslah untuk orang yang mengejar masa, stok bahan memasak yang terhad dan tak lalu hari-hari makan nasi. Cubalah. Nescaya kau akan berselera. Hahaha!

Bahan-bahan:

1. Bihun direndam semalaman
2. 1 biji bawang merah + 2 ulas bawang putih + 1 biji cili kecil- ditumbuk
3. Serbuk lada hitam
4. Kiub pati ayam Knorr (jika perlu)
5. Perasa
6. Ayam/ sotong/ udang/ fishcake/ fishball
7. Daun sup
8. Lobak merah disagat halus (kesan warna yang menarik)
9. Tomato atau taugeh untuk hiasan
10. Minyak untuk menumis

Cara-cara:

1. Tumis bahan tumbuk sehingga naik bau
2. Masukkan ayam dan kacau sehingga sedikit masak
3. Tambahkan sedikit air
4. Masukkan serbuk lada hitam, dan kiub Knorr atau perasa. Masa inilah perlu alter rasa tu sebaiknya sebab kalau dah masuk bihun nanti, susah nak kacau.
5. Masukkan air, supaya jangan kering sangat. Sebelum tu masukkan lobak merah
6. Sebaik mendidih, masukkan bihun dan kacau
7. Kalau lagi sehingga air kering dan bihun lembut serta masak
8. Potong daun sup dan tomato. Taburkan ke atas bihun tadi
9. Enak juga kalau dimakan dengan taugeh rangup
Selamat memasak!
Dhiya

Resepi Mudah dan Sihat: Salad


Bismillah

Sungguh lama saya tak ketuk bontot kuali. Minggu lepas kan banyak cuti. Selalunya kalau cuti, memang suami saya yang akan ambil alih dapur. Sebab itulah saya tak cerita apa-apa pasal makanan! Hhahahaha!

Hari ini pun- Kira nasiblah. Saya nak kongsikan resepi mudah yang aci main campak-campak saja. Orang demam tak boleh nak fikir banyak.

Salad sukahati
Bahan-bahan

1. Sebiji kentang direbus dan dipotong 8
kentang rebus
2. Sebiji tomato dihiris nipis
3. Sebiji timun dihiris
4. Salad iceberg saiz kecil diracik halus
Salad, tomato dan timun
5. Sebiji tauhu digoreng dan dipotong kecil
Tauhu goreng
6. dua biji telur direbus
Telur rebus

7. Sekeping dada ayam diperap kunyit+garam+madu+serbuk lada hitam dan digoreng sehingga masak, dipotong halus
8. Seasoning: Jus lemon+serbuk lada hitam+minyak zaitun+sedikit gula dan garam

Cara-cara

Tidak lain dan tidak bukan, campurkanlah semua bahan ke dalam mangkuk, kacau sehingga sebati dan bersedia untuk makan!
Selamat!

Masih demam
Dhiya

2016


Bismillah

Entri 2016 saya agak lewat. Biasalah. Sengaja saya lengah-lengahkan supaya dapat tunaikan hutang-hutang 2015. Tapi yang sebenarnya saya sangat sibuk di ambang tahun baru.

31 Disember, kami balik ke Pahang. Hanya 1 Januari sehari sahaja kami di rumah emak dan abah. Itu pun kami bantai tertidur di depan TV hampir separuh hari. Menyesal! 2 Januari (Sabtu) kami bergegas ke KKB dengan emak dan abah saya ke rumah bapa saudara saya kerana melawat isterinya yang diserang strok. Baru dua minggu lepas kami ke sana, dia masih sihat. Tak sangka tahun baru dibuka dengan ujian yang agak berat buat bapa saudara saya sekeluarga. 

4 Jan, saya hantar emak dan abah ke stesen bas untuk pulang ke Pahang. Semalam saya mengemas rumah dan baju-baju dari dalam beg. Malamnya kami keluar membeli barang dapur. Hari ini ligat mengemas barang belian sambil hidung saya srotttt sroooot diserang selesema! Itulah bingkisan seminggu kisah saya.

[06.01.16 08:57] tolong update blog
[06.01.16 08:57] i'm bored

Sempat hang boring no? Aku sibuk macam isteri Perdana Menteri sampai nak update blog pon tak sempat plus malas!

2016 saya mulakan dengan yang baik-baik sahaja. Banyak rencana dan harapan peribadi yang saya tanam niatnya di dalam hati. Tak perlulah saya tuliskan di sini kerana ia lebih bersifat peribadi. Namun seperti orang lain, saya menyimpan azam untuk membuka 'buku baru' dalam kehidupan di tahun baru. 
Blog DDD akan terus menjadi medium dalam banyak perkara- Menyebar ilmu, berkongsi rasa dan pengalaman dan pastinya passive income source saya yang paling lumayan! 2015 menyaksikan DDD mendapat imbuhan yang menggembirakan, cuma saya yang tak mahu bising-bising kerana saya ada banyak sumber. Tak adil kalau saya hebahkan nanti ada yang bias.

Juga, DDD diazamkan untuk istiqamah menjadi sumber ilmu yang bermanfaat kepada semua. Biar apa-apa yang berguna itu boleh menjadi saham untuk saya bawa sebagai pemberat timbangan. 

Ketahuilah bahawa sungguh payah menaip sambil selesema kau sungguh parah. Sekejap-sekejap bersin dan tisu bersepah-sepah. Itulah tandanya saya tidak boleh menulis panjang. Mungkin esok saya akan menulis lagi. Doakan DDD ini terus aktif dan tidak terkubur menjadi usang begitu sahaja.


Achooom!
Dhiya