Selesai Satu Lagi


Bismillah

Alhamdulillah

Hari ini selesai satu lagi tugasan. Tiga laporan bertulis, dan satu pembentangan untuk seorang pensyarah yang sama. (-.-). Tarikh pembentangan dan penghantaran adalah hari ini. Memang masak juga dibuatnya. Tapi itukan sudah permintaannya~

Jam 8 pagi, saya sudah keluar menuju ke kedai fotokopi di fakulti. Dari tempat letak kereta, saya lihat abang kedai tu sedang menutup pintu kedai. Saya lihat jam, baru 8.20 pagi. Ehh? Berdesuplah saya mendapatkannya.

"Abang, kejaaaap!!!" Saya menjerit dari jauh. Peh...Memalukan je
Abang tu berhenti dari mengunci kedainya.
"Dah tutup ke bang? Cuti ke?"
"Taklah...abang nak pergi minum." Tapi saya lihat tangannya membuka semula kunci mangga kedainya
"Terima kasih bang, Terima kasih banyak banyak...Saya ada kelas pukul 9...Sorry la susahkan abang" Saya berbasa basi. Selebihnya saya hanya syukur sebab dapat tahan abang tu dari lesap ke cafe. Jadi satu hal pula saya nak menunggunya~

Tak sampai 10 minit, urusan binding dan printing saya selesai. Baguslah. Pagi-pagi lagi sudah efisyen. Selepas itu, saya terus bergerak ke SERI untuk sesi pembentangan. Dr. H sudah sampai. Kemas duduknya di atas kerusi depan. Ergggh~
Saya tidak mahu jadi yang terakhir. Jadi selepas Ana, saya terus ke depan dan masukkan pendrive untuk membuka slide pembentangan.Penuh yakin. Kemudian baru saya teringat yang saya lupa pindahkan fail tersebut ke dalam pendrive. Semuanya tersimpan dalam Dropbox! Alahai...Cuai oh cuai!
Mahu tidak mahu saya terpaksa biarkan pelajar lain dahulu membuat pembentangan. Lesson learnt, Dhiya!

Setelah berhempas pulas di depan membentangkan isu GBI dan menjawab soalan-soalan Dr. H, akhirnya saya boleh menarik sedikit nafas lega. Alhamdulillah. Paling tidak saya sudah langsaikan 'hutang' untuk subjek ini dan saya sudah boleh remove tugas ini dari to-do-list saya. :)

Green Building Index (GBI) in Malaysia. Setahun lepas, saya hanya dengar dari mulut pakar dalam EETD sahaja. Sekarang saya buat semua ini untuk diri saya sendiri!
Ilmu saya masih cetek. Tapi saya harus tepuk bahu sendiri dan ucap tahniah atas usaha ini. Bukan sedikit tekanan yang saya hadapi. Banyak tugasan lain yang menunggu ketika itu. Apabila saya berjaya buat apa yang saya kira mustahil, bukankan itu satu pencapaian peribadi?
Oleh yang demikian, kepada sesiapa terutamanya pakar dalam bidang ini yang ingin mendapatkan slide di atas, bolehlah tinggalkan komen ye. Semoga perkongsian itu akan memperbaiki diri saya dan memberi ilmu kepada orang lain juga. Amin :)

Tinggal satu lagi, 
Dhiya Dahlia

No comments