Bismillah...
Tiga tahun lepas, saya berada dalam atmosfera yang sama- Tekanan yang sama, malah lebih teruk saya boleh katakan. Saya menjawab soalan peperiksaan akhir dengan hati galau. Isu diri dan keluarga benar-benar menjadikan saya tidak stabil. Dua jam menjawab soalan, dua jamlah air mata mengalir hingga kembang dakwat pen atas kertas jawapan saya.
Pada ketika itu, saya tidak boleh fikir apa-apa kecuali mahu bergraduasi bersama rakan-rakan. Bolayan tentang keputusan, asal lulus dan tamat!
Ya, tahun akhir saya sangat penuh dengan kesakitan. Sangat...
Hari ini suasananya sedikit berbeza. Minggu peperiksaan yang tanpa rakan-rakan BbEng, malah tiada tempat untuk berkampung siang hari malam untuk menelaah pelajaran... Saya hanya bertapa di bilik menyudahkan baki tugasan dan ulangkaji seadanya. Saya rindu suasana yang dahulu...
Khamis ini saya akan turun ke medan peperiksaan pertama dalam pengajian Msc saya, selepas tiga tahun meninggalkan buku-buku ilmiah. Gementar!
KPI saya kini bergantung kepada apa yang akan saya tuliskan di atas kertas jawapan. KPI yang dipanggil CGPA itulah yang saya perlukan untuk menebus segala apa yang saya telan dan hadapi selama tiga tahun ini!
Demi Allah, CGPA ini bukan setakat lambang ilmu yang ditimba, tetapi lambang kemahuan saya. Saya lakukan semua ini demi emak dan abah yang saya mahu mereka gembira dan senang hati. Lillah...
Setakat ini saya berpuas hati dengan apa yang saya pilih. Tidak sama sekali ada nada kesal. Saya yang mulakan, jadi saya akan akhirinya dengan baik. Doakan.
Semoga cemerlang!
Dhiya
No comments