Bismillah...
Ini cerita yang saya janjikan- Peperiksaan kedua saya yang agak mencabar- 21/6/2013. Tapi memandangkan saya sudah ada pengalaman menjawab soalan kertas Dato', jadi saya sudah boleh agak situasinya.
Malam sebelum peperiksaan, seperti biasa saya ke hulu ke hilir. Apa yang hendak dibaca pun tak pasti, sebab esok boleh bawa 'pawang'~
Tapi saya cuba rancang baik-baik peperiksaan kali ini. Punya sedikit pengalaman buat saya sedikit yakin untuk menebak soalan. Bagi mendapatkan juga aura peperiksaan tu, saya buatlah senarai apa yang perlu dibawa. Penting juga...Kalau tertinggal apa-apa yang penting, kan naya!
Sungguh saya tak tahu apa yang hendak dibawa. Kami tidak ada silibus yang khusus. Jadi memang senjata paling berkesan adalah laptop dan segala alat yang boleh menembusi internet :P |
Dipendekkan cerita, jam 9 pagi bermulalah peperiksaan Pengurusan dan Penilaian Teknologi. Calonnya masih 4 orang, cuma berlainan orang kerana subjek ini adalah subjek elektif.
Kali ini rasanya saya lebih stabil dan boleh mengagak masa. Saya juga tidak lagi mengambil masa yang lama untuk screen maklumat dalam talian. Mana yang rasa betul dan relevan, salin je cepat-cepat!
Soalan kali ni ok sikit. Sudah ada pembahagian markah. Jadi kita tahu macamana nak cari markah :) |
Saya sertakan disclaimer awal-awal ye. Anda mungkin sebahagian dari junior saya yang terjumpa blog dan entri ini. Apa yang saya kongsikan ini adalah apa yang saya hadapi. Soalan yang saya dapat mungkin tidak sama, tapi barangkali boleh dibuat panduan dan idea bentuk soalan. Dato' mungkin ada banyaaaaak stok soalan untuk pelajar-pelajarnya. :p
Jadi dapatlah saya simpulkan bahawa peperiksaan jenis ini (open book/ open access) tidaklah semudah yang disangka. Bacalah buku sampai koyak helaiannya pun, belum tentu boleh jawab.
Kalau dah nama open book, saya nasihatkan baca secara screening (rawak) dan gariskan atau warnakan fakta-fakta penting. - Supaya semasa menjawab peperiksaan nanti, kita hanya perlu mencari sahaja, bukan membaca.
Kalau open access (internet dibenarkan), jangan buang masa membaca banyak sumber kalau sudah diyakini jawapannya. Kalau rasa macam dah tahu jenis-jenis soalan, buka browsing page siap-siap- Banyak-banyak tab pun tak apa. Dan paling penting, cas bateri laptop atau jangan lupa bawa wayar kabel laptop. Kalau elemen terakhir ni terabai, memang bye bye dan ucapkan saja see you next semester.
Betul. Tak tipu~
Alhamdulillah. Peperiksaan bertulis secara rasminya sudah selesai. Cuma yang tinggal sekarang ni adalah titipan terakhir beberapa orang pensyarah yang masih tak boleh terima hakikat anak buahnya nak bercuti lama. Jadi saya perlu siapkan semua ini terlebih dahulu sebelum boleh berehat sedikit. Sedikit sahaja :(
Cuti yang akan datang, saya sepenuh harapan berharap agar punya masa untuk menulis dalam DDD ini. Saya rindu. Sangat!
Salam sayang,
Dhiya
No comments