Bismillah
Isnin yang lunatik!
Indahnya berada di desa masih terasa. Walaupun hanya dua
hari bercuti di kampung, tapi ia sudah cukup untuk mencorak rindu dendam dalam
diri. Tapi apa boleh buat, dunia kerjaya saya bertapak di Kota Mega ini. Ada
harga yang perlu dibayar demi sebuah matlamat!
Suasana di pejabat juga sejuk dan tenang. Tidak banyak perkara sampah yang menyesakkan jiwa. Kalau tidak, ada saja isu yang timbul. Kadang-kadang jadi kes naya- Orang lain punya hal, orang lain yang dipersalahkan. Memang terasa dunia tidak adil, tetapi saya belajar banyak cara bagaimana untuk menghadapi kerenah manusia. Apa yang jelek dibuat sempadan, apa yang baik dibuat tauladan.
Secara peribadi, saya sangat gembira bekerja di sini.
Suasana kondusif dan independent. Saya
masih ingat, baru tiga hari bekerja di sini, saya sudah mula penghadiri
mesyuarat dan pulang pada jam 10 malam. Biarpun pada awalnya agak tertekan dan
terkejut, tetapi saya tidak tahu bagaimana saya boleh melaluinya. Hingga hari
ini, saya wajar berbangga dengan diri sendiri. Saya kini tahu dan mengerti
untuk menangani hidup dengan lebih baik.
Akan tetapi, saya manusia biasa ini tidak dapat lari dari
lumrah kehidupan yang biasa. Sikap manusia yang pelbagai ini selalu sahaja
menimbulkan daya kontra antara insan dan tidak terkecuali di tempat kerja.
Sekali lagi saya menganggap dunia ini tidak adil.
Saya tidak kisah dan tidak takut apabila dituduh kurang ajar
tempoh hari. Walaupun agak menyentap perasaan, tapi saya teguh dengan pendirian
saya- Sikapnya yang mendesak dan menekan itulah yang menjadikan saya kurang
ajar dengannya. Ya, itu bukan nature
saya- bersikap tidak sopan dan melawan bukan apa yang emak dan abah ajar.
Tetapi fitrahnya saya berhak untuk mempertahankan diri apakala rasa dianiaya.
Orang di luar sana bijak menilai. Saya tahu kemenangan berpihak kepada siapa.
Terima kasih atas nasihat dari insan-insan yang prihatin. Diam itu emas,
berkata-katalah dengan hikmah!
Kalau apa yang orang lain katakan itu memang benar,
terimalah dengan hati terbuka walaupun sakit dan pedih. Tak perlu menampar
wajah orang lain sedang wajah sendiri yang wajar dielus supaya sedar akan silap
perlakuan. Memang sukar untuk menepis ego sendiri, tetapi belajarlah untuk
menerima hakikat. Tak guna bercakap sambil menongkat langit kalau hasilnya
hanyalah sebuah tin kosong yang berbunyi kuat tanpa isi. Paling penting, jangan
melihat orang lain kecil sedang diri sendiri pun masih kerdil dan perlu banyak
belajar.
Mengenangkan dua insiden itu, saya terasa serik. Semangat
sedikit merudum. Tapi apabila dikenangkan balik, saya sedar di mana letak
duduknya perkara sebenar dan timbang tara telah membuktikan siapa yang benar
dan siapa yang salah. Saya tidak rugi sedikit pun dengan sikap segelintir
manusia seperti ini. Cuma yang penting, saya perlu lebih bijak mengawal emosi
agar saya tidak disamakan dengan sikap sampah mereka.
Berani perlu bertempat. Bukan dituju semberono sahaja.
Mungkin itu sifat yang dididik oleh keluarga. Tapi bijaklah dalam mengaplikasikannya.
Saya maafkan kamu. Semoga kamu juga memaafkan saya. Kita sudah dewasa untuk
menilai buruk baik masing-masing. Kuncinya, matanglah dalam menjalani hidup. Titik.
Peace No War :)
Salam Optimis,
Dhiya
No comments