Travelog Dhiya: Port Dickson


Assalamualaikum

Sejak sambung belajar ni, aktiviti melancong agak berkurang sedikit. Iyalah...kedudukan kewangan yang agak terhad dan komitment yang makin bertambah.
Tapi rasanya destinasi yang dekat-dekat ni tak ada masalah untuk dijejaki. We had fun exploring all the new places around . Cuma tak adalah istilah check-in hotel dan makan sedap-sedap. Semuanya balik hari, di hujung minggu sahaja.

Sebenarnya bukan sekali dua saya jejak tanah pantai PD ni...Hujung minggu kalau dah tak tahu nak ke mana, memang bungkus kain baju, lipat tikar, bawak bekal ala kadar, PD lah destinasinya. Adalah dalam tiga ke empat kali. Tapi seingat saya, inilah visit yang paling puas hati sebab sampai awal dan dapat pergi banyak tempat. Paling istimewa, dapat jumpa tempat sendiri, we name it as Private Island. Hahahaha!
Idaklah private sangat...Cumanya kawasan tu tak ramai orang yang datang sebab tak ada jalan yang boleh bawa masuk kereta...
Trip ni was on Mei 2013 kalau tak silap. Bukan dalam bulan puasa ni ye. Cuma terpaksa update dalam bulan puasa sebab sekarang sedang bercuti. :)

Entri kali ni ada banyak sangat gambar. Implicitly I would like to encourage Malaysians to explore Malaysia and see how wonderful Malaysia is!

Masa ni dalam pukul 3 petang. Air laut membiru je. Cantik sangat. Dekat sini ada tempat duduk menghadap laut, jadi boleh duduk sambil relaks dan disapa angin.
Pandangan kiri saya. Ada hotel. Tapi tak tahulah apa namanya. Kat sini memang banyak hotel...
Pandangan kanan saya: Tu ada pulau buatan. Basically pulau tu tak ada apa-apa pun, kecuali ada pathway untuk tengok dari dekat pokok-pokok bakau dan hidupan sekitarnya.

Boleh nampak ada jambatan tu kan? Ha itulah jambatan yang menghubungkan kawasan yang saya duduk ni ke pulau tu. Tapi ni panas terik lagi. Tak mampu lah nak menghadap matahari tu semata-mata nak ke sana. Duduk bawah pokok ni pun sebenarnya menunggu reduplah ni...
The Scene
Tengahari rembang pun ada yang gigih main Banana Boat. Sampai sekarang saya tak faham apa yang seronok sangat benda alah ni. Buat saya mabuk dan pening kepala adalah. Lepas tu masa jatuh tu buat sesak nafas je. Ke ada yang lagi best dari diterbalikkan ke laut tu ha?
Ok sekarang kita dah sampai kat jambatan tu. Pemandangannya sangat cantik. Jadi tak peliklah kalau banyak sesi fotografi pengantin-pengantin di sini, dan tak kurang juga untuk orang yang nak test power lens macam saya ni. Tapi saya secara peribadi tak enjoy sangat fotografinya. Lebih kepada tengok sekeliling sebab kagum dengan pemandangan kat sini. Cantik!
Jangan tak tau, jauh juga nak berjalan ke pulau tu. Masa ni agak awal juga. Jadi orang masih tak ramai. Petang lepas Asar tu kami tengok pengunjung dah mula ramai.
Ini sedikit info untuk dikongsi. Pulau Burung @ Pantai Cahaya Negeri, Port Dickson.  Memang kawasan ni sesuai untuk hari keluarga dan memancing, sebab kereta tak dibenarkan masuk. Tempat letak kereta disediakan di bahagian luar kawasan pantai ni. Jadi kawasan tu sangat aman, cuma sekali sekala pakcik jual ais krim lalu lalang dengan bunyi locengnya. Ah...Dia cari rezeki tak apalah...Pernah juga saya tahan dia sekali dua. Heheh!
Ini layout kawasan pulau. Boardwalk tu panjang juga, melalui tepi-tepi pokok bakau.
Pandangan dari pulau
Masa kami datang tu, air surut. Jadi boleh nampak dasar dan akar-akar pokok bakau yang tinggi. Kami juga dapat tengok haiwan-haiwan yang menjadikan paya bakau sebagai habitat. Kalau nak lagi, boleh je turun ke bawah, sebab ada tangga disediakan macam dalam gambar tu. Tapi idakle berminat pula. Takutlah kalau jadi apa-apa nanti.
Lebih kurang sejam juga kami di pulau tu. Ni menghala balik ke pantai. Kami pun dah penat dan redup-redup macamni, mulalah nak cari tempat nak landing.
And yes, we managed to find a good place. Pemandangan pun cantik. Cuma satu kelemahan paling jelas di kawasan ini adalah tandas yang kotor dan rosak serta ketiadaan surau.  Terpaksalah berjalan jauh ke hotel yang saya tunjuk dalam gambar pertama tadi untuk tumpang tandasnya. Solat pun kami buat atas tikar tempat duduk sahaja. Air paip ada dalam bonet kereta, kompas memang dah ada. Jadi tak ada masalah nak solat kat situ. Cumanya agak terbuka dan mungkin agak tak selesa walaupun kawasan tu tak ramai orang sangat. Tapi itu jelah cara terbaik dari tak solat langsung kan. Lagi hina. Hahaha!
Pasir yang best. Cuma kotor sikit lah~
Selepas Asar, dalam pukul 5.30 petang ni. Sempatlah berjalan-jalan sekejap di persisiran pantai ni. Tak panjang mana pun, dia macam tanjung yang terlindung. Jadi pantainya kecil sahaja.
Playing around with the stuffs
:)
It's Sunday @ PD. Memang best sangat!  Tapi agak-agak nak best lagi, check-in lah dengan pasangan (halal) di mana-mana hotel. Boleh pilih sebab banyaaaak sangat pilihan. Kami ni tak mampu. Jadi dekat-dekat Maghrib, kami dah kemas-kemas dan bersedia untuk solat Maghrib di Petronas berhampiran dan makan malam.
Ok. Bersedia untuk balik.
Selepas solat Maghrib, kami tak terus pulang. Perut perlu diisi terlebih dahulu.

Kami buat keputusan untuk ke Jimat Tomyam! Ini pun selepas terbaca reviews dari bloggers yang dah pernah ke sana. Meh nak tengok jimat sangat ke sampai nama kedai korang Jimat Tomyam kan...~ Hahaha

Kedai ni tak dibuka pada waktu siang. Masa mula-mula sampai tadi kami dah datang, tapi tutup..Jadi kami makan tengahari di kedai sebelahnya, iaitu kedai asam pedas. Hurm..sedap juga. (tapi tak ingat nama).
Malam tu kami sampai agak awal, jadi orang tak ramai lagi. 
Ingat-ingat lupa, kami pesan makanan yang paling asas- Nasi putih, tomyam campur, daging goreng kunyit, kailan ikan masih, keropok goreng dan teh o ais. (tak ada gambar lah...sebab kepalaran sangat!)
Rasa makanan- 7/10
servis- 7/10
Harga- 8/10 (berbaloi lah)
Tempat letak kereta- (6/10) disediakan, tapi sempit sikit
Tandas- Satu tandas kampung je, share, tapi bersih.

Ampun sangat sebab sikit pun tak ada gambar makan. Kalau yang ingin mencari, kedai ni terletak lebih kurang 1km je dari Pantai Teluk Kemang, berada di sebelah kiri. Kalau malam, nampaklah nama restoran ni dihiasi dengan lampu terang benderang. Insya Allah tak akan sesat. Pandu perlahan dan jangan gopoh.

Lepas makan, kami terus balik KL. Esoknya Isnin oi...Kembali serabut, kembali pening kepala!
Kembali ke alam realiti!

Salam sayang,
Dhiya

Wanita Lemah Baca Map?


Assalamualaikum...

Ok. Tajuk untuk diri sendiri. 
Ini kisah sebaik saya selesai peperiksaan haritu. Kebetulan saya ada hal dan perlu jumpa kawan dengan segera. Meeting konon. Masa suntuk, sampai nak cepat. Haruslah mencari jalan singkat!

Saya tanya salah seorang classmate saya, Zahid. Bukan main bersemangat lagi dia bercerita. Tapi...Tapi saya memang tak boleh figure out langsung apa yang dia cakap tu. Simpang yang mana, traffic light yang mana, susur kiri yang mana dan pendek kata saya memang blur apa yang dia cakap tu. Kesian kau, Zahid!

Akhirnya dia ambilkan tisu dan minta saya pen.
Nah...

"Awak ikut je peta yang saya lukis ni...Ikut je!" Itu pesan dia. Mungkin dah penat nak memahamkan manusia yang tak boleh faham pandu arah macam saya ni.
Gigih sangat sampai lukis peta...Guna tisu pulak tu! Kalau la tiba-tiba tisu tu terbang keluar kereta masa memandu nanti, memang sahlah...Hilang arah tuju. Sangat!

Masa memandu, saya letak tisu ni depan steering. Saya ikut betul-betul pesan Zahid. Tak kisahlah orang nak gelak ke nak apa. Janji usaha nak sampai ke destinasi tu ada. Yang di sana pulak, sekejap-sekejap telefon, sekejap-sekejap SMS...Tanya dah sampai ke...Dah kat mana~
Panas je hati melayankan manusia yang tau fikir naaaak je, tapi tak fikir masalah dan susah payah orang lain. Kut ye pun optimis sangat sampai taknak fikir masalah, jadilah bertimbang rasa sikit dengan masalah orang lain. Tahu?
Dah sampai ke destinasi, saya ada masalah pula untuk cari pusingan U pula sebab rupanya jalan yang Zahid tunjuk tu adalah bertentangan dengan destinasi saya. Dalam pada dok terkial-kial tu, adalah beberapa kali kereta belakang sound dan angkat lampu. Benci tau. Dah la gelabah tak tahu jalan, lagi buat gelabah dengan bunyi-bunyian!
Sampai betul-betul di petak letak kereta, saya mesej Zahid:
"Thanks Zahid, dah sampai after 35 minit. Peta awak susah!"
"35 minit? You're so funny! Tu paling ringkas saya buat untuk awak. Kekeke" Dia membalas. Cis kau.

Sebaik duduk, saya 'kena' lagi.
"Hek eleh...Jalan tu pun kau tak tahu ke D?" Sedaplah kau nak meng-hek-eleh-kan aku.Bebel saya dalam hati. Cakap memang senang. Cuba kau duduk dalam kasut aku.

****************
Memang. Memang saya sangat lemah dalam menterjemah peta dan petunjuk. Bukan setakat lemah, memang tak suka, sebab selalunya mesti terlajak atau salah jalan!
Berapa kali saya dan Elis tersesat jalan sebab saya salah alert dia simpang semasa dia drive dan saya kena pegang map. Rasa sangat loser. Eh, bukan tak pernah usaha nak belajar jadi fokus dan precise untuk mengagak jarak peta tu. Tapi memang tak boleh. Tolong faham.

Baru-baru ni saya terbaca satu tajuk buku yang sangat menarik. Rasa macam tepat sangat dengan saya. Sangat nak tahu kenapa, kenapa dan kenapa saya tak boleh baca peta!

WHY MEN DON'T LISTEN & WOMEN CAN'T READ MAPS

 

Saya berjaya download e-book ni, tapi masih belum berkesempatan untuk mambacanya. Saya dapat tahu ada versi Bahasa Melayu. Kat mana saya boleh dapat?
Saya dapat rasakan buku ni sangat menarik dan akan sangat kena dengan batang hidung saya. Hahaha!
Tunggulah, saya akan mula membaca sebagai bed-time-story-book dalam tempoh cuti ni.

Tapi saya yakin kegagalan saya mengenterpretasi peta bukan disebabkan kebodohan. Banyak juga info yang saya baca tentang ringkasan buku ini, dan kebanyakannya memang tepat (berdasarkan kajian).

A quote of a lady in her blog:

Perempuan jugak selalunya mempunyai kemahiran spatial yang lemah. WTH is kemahiran spatial? Kemahiran spatial adalah kemahiran yang berkait dengan keupayaan untuk mengenal pasti masalah yang melibatkan physical spaces, shapes, or forms. Sebab tu lah perempuan selalunya lemah driving sebab driving memerlukan kemahiran spatial and sebab tu jugaklah perempuan selalunya tak reti baca map sebab map direka dalam bentuk 2D. Tapi kalau GPS perempuan takde masalah nak tengok. Antara pekerjaan yang memerlukan kemahiran spatial yang tinggi adalah motor mechanics, architects, engineers or airline pilots. Dat's why la tak ramai perempuan menceburi bidang2 tu.

sumber: Sini

Well said and indeed, it is true! GPS memang tak memberi masalah. Sebab dia tunjuk satu persatu jalan tu, in real time. Dan sebab tu juga wanita lebih selesa dan rasa selamat memandu kalau ada orang dalam kereta tu yang tunjuk arah semasa dia memandu. Contoh: WAZE (yang kadang-kadang buat saya sesat jugak!)
Tapi nama kata untuk dengar orang cakap dan bagi arahan beforehand...Sori. Otak kaum hawa ni memang punya kemahiran imiginasi yang rendah untuk membayangkan jalan-jalan, simpang-simpang yang orang dok cerita tu.

Ini satu lagi blog yang saya dah baca, dan saya rasa sangat betul. Haha. Insya Allah saya akan tulis pengalaman dan review saya sendiri selepas baca buku tu. 

Salam Sayang
Dhiya

5 Ramadhan


Bismillah

Saya cuma membaca tatkala semua orang- Tak kiralah di FB, Tweeter, Blogger dan pelbagai media sosial lain bercakap tentang Ramadhan. Dua minggu bercuti, saya masih belum sempat untuk betul-betul menulis. Sungguh janji tak ditepati. Gagaga!

Alhamdulillah, sudah 5 hari Ramadhan.  Saya teringat kata-kata ustaz saya dulu. Ramadhan akan datang dan masuk tepat pada waktunya. Habis bulan Sya'ban, datanglah ia. Apa yang paling penting, pastikan kita juga 'masuk' ke dalamnya dengan penuh ikhlas dan keazaman yang tinggi. 
Betul
Kadang-kadang kita (saya sendiri juga) menanti Ramadhan hanya pada adat, bukan pada ibadat. Memetik kata Ustazah Jem, kalau dah puasa hanya pada adat...Jadilah puasa yang sia-sia. Orang tak makan, dia pun tak makan. Tapi bila orang dapat pahala, dia tak dapat apa-apa. :|

Ramadhan kali ini agak berbeza pada saya. Kebetulan bertembung dengan cuti semester, jadi saya dengan gembiranya dapat berpuasa di kampung. Agak lama juga saya tak lalui momen ni. Rasanya zaman undergrad saya dulu pun masih berpuasa di kampus...
Syukur rasanya tahun ni tak perlu rasa kesesakan lalu lintas di KL terutamanya di Lebuharaya Persekutuan tu. (Eh, sesak tu boleh sampai tahap keluar pejabat jam 4.30 petang dan sampai Masjid Negara lagi 3 minit nak berbuka tahu!)
Insya Allah tahun ini juga saya tak akan berebut-rebut di tol Gombak dan Lebuhraya KL-Karak untuk balik ke kampung berhari raya. Sungguh azab apabila kereta banyak dan terpaksa main clutch di kawasan slope sebelum Terowong Karak tu. Lagi-lagi kereta kecil macam Baby K ni...Memang selalu kena buli je dengan kereta-kereta mewah. Kebetulan tahun ni juga tambang bas naik 10%...Jadi neither car nor bus. Cukup. Tak nak fikir. Saya sudah di rumah!

Puasa tahun ini menyaksikan saya dapat bersama dengan keluarga sepenuhnya. Dapatlah bersahur dan berbuka puasa dengan emak dan abah, tolong-tolong di dapur dan jadi 'anak lelaki mereka'.
Erm...Saya sudah lama tak menangis kerana keluarga. Entah...Mungkin dah tough kut...Kehidupan saya di Kota Mega banyak buat saya jadi kuat. Banyak hidup dan survive sendiri. Kadang-kadang setakat masalah yang kecil-kecil tu, saya malas nak cerita sangat dengan mereka. Buat hati mereka rusuh je.

Dan ya, masalah tetap masalah. Kalau saya lari beribu batu sekali pun, masalah tu takkan selesai melainkan saya hadapinya dan cuba untuk selesaikannya. Semoga Ramadhan ini menjadi sekolah terbaik untuk saya didik diri jadi sabar, lebih bijak dan kuat pergantungan dengan Tuhan.
Masih banyak kekurangan pada diri saya. Jadi dengan penuh harapan saya berdoa agar saya dibantu untuk menjadi seorang yang lebih baik natijah dari Ramadhan kali ini.

Rasanya masih belum terlambat untuk ucap selamat berpuasa kepada seluruh rakan-rakan blogger dan keluarga tercinta.

Sebulan yang indah,manis dan penuh dengan janji-janji Tuhan. Alangkah bagusnya kalau Ramadhan itu datang dan tak akan pergi!

Salam sayang,
Dhiya

MENARIK: Torowong SMART dwifungsi


Keadaan Di Dalam Terowong SMART Ketika Banjir

Sumber: wowberita.org

Pernahkah anda melalui terowong SMART ini? Terowong SMART ini salah satu teknologi yang telah dibangunkan bagi mengatasi masalah banjir di kawasan terbabit. Masalah banjir di kawasan ibu negara merupakan salah satu perkara yang perlu diambil serius. Maka, kami mahu berkongsi beberapa keping gambar keadaan dalam terowong SMART ketika banjir. Mesti anda tidak pernah tengok kan? Jom layan gambar di bawah ini.
And this is the power of technology :) Semasa bekerja di syarikat kejuruteraan dahulu, saya sempat berkenalan dengan Y. Bhg. Dato' Paduka Ir. Keizrul Abdullah- antara orang yang banyak memberikan saya idea dan pengetahuan tentang pembinaan Terowong SMART ini. Hey, great people always do great things!

Sharing with love,
Dhiya

Reminiscing the Memory...


...of the Bio-mechanics study during my Engineering course.


The book that brings me to the end point of my Final Year Project- which was full with blood and tears~

Thanks Dr. NAAO for the kind advice, motivation and what not. You have create this girl to become strong, passion and brave.

BBEng 2006-2010 in memories... <3

Love, 
Dhiya


Rindu Dalam Diam


Bismillah

Kawan-kawan, adik-adik, kakak-kakak, abang-abang,
Siapa rasa pernah ada buku ni sila angkat tangan!

Minggu lepas, saya agak rajin mengemas bilik saya ni. Iyalah...sudah berapa tahun tak buat operasi, anak tikus pun ditemui mati. Balik kampung sekali sekala, tidur pun satu malam je. Jadi apa sangat nak kisah tentang bilik lawa ke tak.
Sekali apabila dikemas, punya laaaa banyak baju-baju lama sejak zaman SPM dulu. Nota-nota SPM dan PASUM saya pun ada yang terselit dalam bilik ni bersama dengan buku-buku Engineering saya. Punyaaalah lama. Sekarang sampai dah sambung belajar Msc dah :|

Geledah punya geledah, saya terjumpa ni:

Buku Peraturan dan Undang-Undang Pelajar Kolej Islam Sultan Alam Shah, Pindaan 2000
Saya senyum sendiri. Cepat-cepat memori sepuluh tahun lalu menerpa saya.

Ya, saya rindu sekolah tu. Sekolah yang beri saya peluang untuk dapat banyak benda, bukan sekadar pengisian ilmu di dada. Saya rindu suasana sekolah tu. Dapat berkawan dengan kawan yang baik-baik, bijak dan dalam ilmu agama. Suasana itulah yang buka minda saya untuk fikir lebih dari apa yang saya rasa saya patut ada masa tu.

Baju sekolah cuffed dengan stokin tangan, tudung labuh... :) Selepas sepuluh tahun, secara penampilan fizikalnya saya tak banyak berubah. Cuma saya tidak mengenakan baru kurung (setiap masa), stokin tangan dan tudung labuh berjahit lagi. Itu bukan tanda apa-apa, tapi saya yakin dengan apa yang saya ada sekarang cukup syarat tutup aurat. 

Teringat masa di kolej, setiap malam sebelum light-off, setiap dorm wajib berkumpul dan membaca Al-Mulk dan mendengar tazkirah yang digilir-gilirkan kepada setiap ahli dorm. Ini tak pernah berlaku di Seri saya. Tapi saya suka dengan perkara baru yang lama-lama jadi habit tu. Disebabkan itu jugalah, saya dapat memperbaiki mutu hafalan ayat lazim saya.

Di sana juga saya banyak survive mencari informasi baru untuk dikongsi dengan rakan. Kami seakan-akan berlumba-lumba untuk memberikan info tazkirah yang unik, istimewa dan lain dari yang lain. Dengan itu memang banyak usaha yang saya buat termasuklah membaca, berbincang dan menghadiri usrah.

Oh ye. Usrah :)
Salam rindu buat dua kakak usrah saya, Kak Su dan Kak Syida. Usrah ini memang benda baru dalam hidup saya. Mula-mula memang blur dan tak tahu apa tujuannya, walaupun faham konsep usrah itu datang dari maksudnya sendiri iaitu keluarga.
Lama-lama saya sudah jatuh cinta. Seronok dan selalu tidak sabar untuk berjumpa ahli usrah. Banyak yang kami bincangkan baik dalam silibus ataupun sebaliknya. Jauh dari keluarga buat kami sangat rapat dan saling tolong menolong antara satu sama lain. Sepuluh tahun berlalu, saya sangat rindu suasana itu- Dalam diam...

Sekarang banyak berubah. Keluar dari pagar sekolah itu selepas tamat SPM buat saya berusaha keras mengimbangi diri sendiri. Banyak kejutan budaya yang saya hadapi. Banyak konflik diri yang berperang dalam hati. Tapi itulah cabaran yang dihadapi oleh anak-anak bumi bertuah itu. Saya cukup bernasib baik, hanya survive di dalam negara. Cuba bayangkan rakan-rakan saya yang terbang ke luar negara?

Lantaklah. Alma mater yang seorang ini cukup tenang menjadi apa yang dia jadi sekarang. Cumanya rindu itu kadang-kadang, di saat rasa jatuh, putus asa dan banyaknya kesal. Tapi saya cuba optimis...Tak ada apa yang perlu dikesalkan. Setiap anak Adam sudah ada jalannya sendiri. Buruk baik perjalanannya adalah apa yang Allah beri untuk menguji.

Jauh dari dalam hati, saya sangat rindu untuk melangkah kembali ke bumi itu, memutar masa dan kembali belajar di situ. Rindu!
Untuk yang bakal ke sana atau bercita-cita ke sana, teruskan. Jangan undur, kerana saya ke sana pun bermula dari sebuah cita-cita dan harapan. :)

Salam rindu dalam diam,
Dhiya

Resepi Chocolate Moist Cake


Ya Allah...

Tengah-tengah puasa kau boleh cerita pasal makan, Dhiya?

Sebenarnya saya dah lama berhajat nak buat kek ni. Beli satu bekas kecil tu memang tak puas. Tak best lah nak menghayati...
Jadi saya rasa lebih berbaloi untuk invest sikit beli bahan  mentah dan masak. Dapat sebiji kek yang boleh dimakan sampai lebam.
Banyak juga resepi-resepi yang saya baca. Tapi yang saya kongsikan ini adalah yang terbaik, termudah dan terpaling faham.

Thanks to sis Namee atas perkongsian resepi ini di blog beliau. Nyuummm!

Insya Allah saya akan usahakan dalam bulan puasa ni. Kalau berjaya dengan cemerlang, saya akan kongsikan pula dalam DDD untuk anda.

Resepi: Sini

Salam sayang, 
Dhiya

Pegawai Penyelidik Q41


Bismillah...

Momentum sudah ada. Apa kata saya sambung terus cerita temuduga Q41 saya :)
(Mintak maaf awal-awal kalau bahasa yang digunakan sedikit bercampur dan tak tersusun)

It was really a surprise. Saya tak pernah sangka diberikan peluang sebegini. Walaupun hanya temuduga, tapi saya tahu peluang tu ada. Pada mulanya saya hanya fokus pada temuduga PTD sahaja. Alih- alih, petang Jumaat 21 Jun, saya menerima email panggilan temuduga untuk satu lagi jawatan lain.

Masa tu saya rasa macam blur sikit, walaupun baru habis peperiksaan. Ada beberapa isu lain yang perlu saya selesaikan waktu tu.

22 Jun- 25 Jun
Saya sudah block tarikh ini untuk bercuti. Kalau dah namanya bercuti, segala macam tugasan tertunggak, assignment Pak Arab (yang baru dapat), kemas barang untuk check out semua saya tolak ke tepi. Perkara ni saya dah rancang awal. Jadi tak molek kalau tiba-tiba batal. Ok, cerita ni akan ada entri lain.

26 Jun
Pembentangan Dr. Hafidz. Tiga reports, dan satu slide presentation. Tapi semua ni saya dengan cemerlangnya dah siapkan awal-awal lagi. Semasa saya bercuti, saya dah off-mode untuk subjek ni, sebab saya dah siapkan semua, tinggal nak review sahaja pada malam terakhir sebelum pembentangan. Hah, GBI saya dalam subjek ni lah!

Lepas habis pembentangan, ada pulak orang nak slot in meeting yang tak macam meeting. Saya dah malas nak bagi alasan.Nanti apa-apa binatang lagi dinamakan kepada saya. Datang jelah tunjuk muka, walaupun tak ada jiwa. Dan ya, datang pun memang untuk jadi bahan je. Sinis.

27 dan 28 Jun
Dua hari ni je saya ada untuk siapkan assignment Pak Arab yang diberi pada saat-saat akhir minggu sebelumnya. Alasan yang paling selamat adalah "ini arahan jabatan". Tak aci sangat. Tapi Alhamdulillah, dua hari ni saya memang jadi orang bertapa. Tak makan tak apa...betul-betul menghadap laptop tua ni demi Pak Arab.
Agak memberi tekanan apabila saya juga dalam masa yang sama kena mengemas barang-barang yang banyak tu sebab tarikh akhir check-out adalah 29 Jun 2013.Tarik rambut!

29 Jun 
Jenuh juga ulang alik dari bilik ke kereta mengangkut barang. Di pejabat kolej, saya berbasa-basi minta izin untuk tinggal lebih lama, hingga hari temuduga saya, 4 Julai. Ada juga tempat untuk menumpang tidur dan mandi. Tapi malangnya, tak boleh. 
Dan sahlah saya kena balik Pahang dulu, dan datang balik pada 3 Julai- Tidurlah kat mana-mana kemudian hadir temuduga 4 Julai, dan balik Pahang semula. Phew!



3 Julai
Setelah disepakati dan dipersetujui, saya menumpang tidur di bilik Fa. Syukurlah rakan seuniversiti saya ni masih ada di KL dan boleh dijejaki. Kalau tak, memang saya tidur di Masjid Negara!
Itu pun petang saya sampai, dia ada kelas. Jadi saya letak kereta dan berpusing-pusinglah dengan Elis menghafal tempat temuduga.
Selesai makan malam dan kebetulan Fa sudah pulang dari kelas, saya terus ke biliknya dan check-in lah saya satu malam di situ.

4 Julai
Saya keluar dari rumah tu seawal 7 pagi. Maklumlah, trafik di KL ni kan gila. Gila sangat. (Berlagaknya sejak dah tak duduk KL ni kan). Dan memang betul, saya sampai di kawasan letak kereta Tanglin jam 7.20 pagi- Satu petak pun dah tak ada. Ada satu dua kereta yang keluar selepas bersarapan Nasi Lemak Tanglin, tapi yang menunggunya tiga empat buah kereta.
Puas saya pusing, akhirnya dapatlah satu di hujung. Pada fikiran saya: 'Masaklah aku nak berjalan jauh dengan kasut tumit tinggi nih!'

Dengan rupa dah macam pegawai kerajaan, saya control juga diri supaya gagah melangkah. Dalam hati saya terfikir macamana la kaum hawa yang lawa-lawa tu gigih sangat berjalan tawaf satu Mid Valley pakai kasut tumit tinggi ha? Eh mengaku je la yang beauty is pain kan? kan?

Masuk saja kawasan pusat temuduga, saya terus disapa oleh pakcik jaga yang ramah tu. Dia terus bagitahu saya yang calon temuduga boleh terus ke tingkat 3 untuk urusan ambil nombor giliran dan temuduga. Masa tu dah pukul 8. Walaupun dalam surat tulis pukul 9, tapi adalah dinasihatkan datang awal sebab masalah tempat letak kereta dan calon pun memang dah ramai menunggu sejak 8 pagi. Cuba datang pkul 9 pagi...Agak-agak pukul berapa temuduga? Ha. Jawab sendiri.

Ini adalah proses dan pengalaman baru pada saya. Harapnya pengalaman yang saya kongsikan ini dapat membantu calon lain dan tak rasa sangat blur dan gemuruh macam yang saya rasa. Hope it helps~ :)

**************************
Saya masuk ke bilik untuk ambil giliran. Ada kaunter dengan beberapa orang kakitangan. Saya tanya seorang brother ni macamana nak ambil giliran. Dia kata, bagi surat panggilan kepada pegawai bertugas tu dan dia akan panggil nanti.

Setelah beberapa ketika menunggu, nama saya dipanggil. Pegawai tu bagi nombor 404 kepada saya. Maksudnya bilik D, calon keempat. Kemudian dia bagi senarai semak dokumen yang perlu disusun ikut susunan dan sijil-sijil berkaitan hendaklah disusun dalam folder kasi cantik. Hey, ini baru cara betul nak jual diri tahu. Bukan bagi nombor telefon melata. Itu murah namanya. Hahah!

Selesai urusan dengan pegawai di kaunter, saya ke kawasan menunggu di bilik temuduga. Oho. Ini rupanya temuduga kerajaan. Tak banyak benda yang boleh dibuat di sini. Kalau ada bahan bacaan, bacalah. Study lah mana yang patut. Calon yang keluar dari temuduga tu semua psiko. Keluar je cerita macam-macam.
Pada saya, dengar boleh...Untuk persediaan. Tapi kita tak boleh agak perkara yang sama berlaku pada dia akan berlaku pada kita. No! Penemuduga kan orang yang berlainan, jadi cara kita ditanya sudah pasti berlainan juga.

404 dipanggil masuk jam 9.15 pagi
Ada dua orang penemuduga. Seorang lelaki, sebaya Pak Arab, macam abah-abah tapi lebih rendah, kurus dan kacak. Saya agak dua mesti pegawai tinggi dah. Seorang lagi perempuan, sebaya akak tapi sedikit berisi. 
Belum duduk lagi dah tanya apa yang saya belajar dalam Msc sekarang. Ahai!
Awal-awal lagi- tak ada taaruf terus tanya apa fungsi jabatan berkenaan, apa kepentingan jabatan tu dan sebagainya.
Kemudiaaan barulah sesi berkenalan. Fuh. Untuk part ni, saya ditanya dalam Bahasa Inggeris dan Alhamdulillah tak ada masalah sangat pun :)
Penglibatan sukan saya
Hobi
Sempat baca surat khabar? Cerita apa ye hari ni? And please la jangan baca Harakah Daily ke Suara Keadilan ke okay~ Walaupun anda memang pelanggan setia, tapi for the sake of your career, baca la akhbar arus perdana untuk hari tu je. Hahaha. (Bukan nak tiaw mana-mana pihak ye)
Saya juga ditanya tentang Projek Tahun Akhir saya. 
NKRA- Soalan wajib ni oi
Dasar-dasar kerajaan
Hukum Fizik ada 3 kan? Ha sebut satu-satu
Apa kaitan panjang gelombang dengan... (tak ingat)
Apa itu antena? Kalau anda datang untuk jawatan Q41 Bio, bacalah apa-apa tentang bidang anda.

Dan dari penilaian saya yang tak berapa reti ni, please be careful on whatever you are talking about. Kalau ada tercakap pasal Fizik, mereka akan tanya Hukum Fizik (macam saya kena la). Kalau ada tersebut pasal sel, mereka akan tanya further on that. Jadi berhati-hatilah dengan fakta atau apa saja yang keluar dari mulut anda. Saya yakin dua orang penemuduga ini salah seorangnya datang dari SPA dan seorang lagi dari jabatan yang menawarkan kekosongan tersebut and they must be very expert in their field.

Selesai temuduga sekitar jam 10 pagi, kasut tumit tinggi saya simpan terus dalam kotak. Jumpa nanti masa temuduga PTD Insya Allah. Saya pecut ke Serdang. Jumpa Wani untuk ambil bunga-bunga saya. Galak sangat dengan bunga-bunga, saya sekarang (sewaktu entri ini ditulis) sedang merana kerana research paper saya tertinggal di sana, lupa nak ambil! Nampaknya Wani hanya akan tolong bawakan semua tu apabila dia balik raya nanti. Harap-haraplah dia larat lagi. Sori Makyong!

Sebelum pulang, saya jumpa Elis. Terima kasih atas upah semangat Nasi Arab Saba'. Nanti boleh belanja lagi ye. Saya suka!

Kami berpisah di Duke. Seorang ke PJ, seorang ke Gombak. Sedang elok pun hari mendung dan hujan. Sedang memandu di Lebuhraya KL-Karak, hujan lebat dan saya tersadai di Petronas Bentong sambil melayan mata mengantuk. Masa tu pukul 4 petang. Sejam juga saya melayan perasaan. 24 jam yang penat....
Saya sampai di rumah dekat Maghrib juga. Usai Isyak, saya terus tertidur dengan lampu bilik terbuka dan beg yang tak sempat dikemas. Penat ya ampun. Huuu

Atas daya usaha itu, secara tidak langsung saya sangat berharap untuk terpilih dan berjaya dalam temuduga Q41 ni. M41 mungkin agak susah dan pesaingnya pula hebat-hebat. Apalah saya yang anak bilis ni :(
Apa pun, mana-mana pun terbaik...Semoga Allah redha dan mengurniakan salah satu sebagai jalan hidup saya. Doakan...Doakan saya berjaya dalam salah satu temuduga yang saya hadiri.

Salam sayang, 
Dhiya

Pegawai Tadbir Diplomatik


Bismillah

Entri kali ini sedikit berangka. Dah lama saya niatkan untuk berkongsi cerita, cuma asyik- asyik sibuk dan tak sempat.

April lalu saya telah dipanggil untuk menghadiri sesi ujian bertulis untuk calon Pegawai Tadbir Diplomatik. M41. Saya pun tak sangka juga. SMS dan email yang diterima buat saya agak teruja. Iyalah...sejak tamat pengajian pada tahun 2010, saya tidak pernah dipanggil untuk sebarang temuduga atau ujian Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Saya pun dah tak ingat berapa kali maklumat saya di laman web SPA dikemaskini dalam tempoh tiga tahun tu.

Mungkin ada betulnya juga cakap-cakap orang- Memang susah nak masuk perkhidmatan awam ni. Bergantung kepada rezeki dan kekosongan. Itu pun bukan terus boleh masuk dan duduk silang kaki. Pelbagai ujian, temuduga dan kursus yang perlu dihadiri.

Ok balik kepada cerita saya. Sebaik menerima SMS jemputan temuduga, saya terus menyemak laman web SPA. Segala maklumat telah dikemukakan. Kebetulan, pusat ujian yang saya pilih adalah di Kuala Lumpur, bukan di Pahang. Jadi tidaklah ribut sangat untuk balik ke kampung, berperang dengan kesibukan kerja sekolah dan sebagainya. Ujian bertulis merangkumi empat bahagian:

A. Pengetahuan Am
Saya taklah ingat satu satu soalan yang ditanya. Tapi seingat saya soalannya lebih kepada isu semasa tempatan dan sedikit pengetahuan am luar negara. Yang pasti, calon perlu familiar dengan NKRA, KPI, dasar-dasar negara Malaysia serta sistem pentadbiran negara. Soalan tak susah. Jawapan disediakan, cuma kena pilih yang betullah~ Itu yang susah kalau tak baca. 

Antara soalan yang ditanya adalah nombor telefon 1MOCC, Sukan Komanwel Malaysia, negara ASEAN, sistem pentadbiran negara dan banyak lagi. Untuk cemerlang dalam bahagian ini, saya rasa memang kena selalu dengar radio, tengok berita dan baca akhbar. Bahagian ni tak ada silibus, melainkan kekuatan pengetahuan am individu itu sendiri.

Tapi saya akui, saya sendiri agak tunggang terbalik di bahagian ini. Soalannya boleh tahan juga mencabar. Mana yang tak tahu jawapan, memang pejam mata dan tembak sahaja. (TT)


B. Daya Menyelesaikan Masalah
Secara peribadi, saya agak yakin di bahagian ini :) Banyak soalan pengiraan mudah, tetapi masih memerlukan kemahiran. Sebagai pelajar bidang kejuruteraan, saya menganggap ini sebagai satu kelebihan. Soalan tidak akan melepasi silibus SPM dan kalkulator tidak dibenarkan. Maka jelaslah soalan yang dikemukakan adalah mudah. Mudah. Tak tipu.

C. Esei Bahasa Melayu
Aha. Sekali lagi, saya menganggap bahagian ini sebagai satu bonus kepada saya sebagai seorang blogger yang peduli bahasa. 
Apa yang mencabar hanyalah soalannya. Tiga soalan, pilih satu. Dalam tiga soalan yang diberi, semua isunya berkisar tentang negara kita. Jadi jika tiada fakta dan huraian, memang susah juga. Salah satu soalan yang saya rasa selamat adalah " Kesan penggunaan media sosial terhadap rakyat Malaysia" (lebih kurang begitulah tajuknya). Gigih jugalah menggoreng dan menggoreng, asalkan tidak hangit. Seingat saya kali terakhir saya mengarang sesempurna itu adalah pada peperiksaan SPM 2004.
Lenguh tangan oi~
Kena banyak membaca, membaca dan membaca. Masa ni barulah menyesal yang FB tu tak memberi manfaat sangat. Tahu?

D. Esei Bahasa Inggeris
Sama seperti bahagian Esei Bahasa Melayu, pengetahuan dan fakta adalah sangat penting di samping kemahiran dan pengetahuan tatabahasa dan perbendaharaan kata Bahasa Inggeris yang baik. Ada isi, tapi tiada kemahiran Bahasa Inggeris atau sebaliknya adalah satu sisi rompong yang akan dikesan dalam bahagian ini.
Saya bukanlah pengguna Bahasa Inggeris penuh dalam perbualan harian.Jadi agak mencabar juga untuk siapkan satu ayat sempurna, yang difahami maksudnya. Tempoh satu jam yang diberi sangat tidak mencukupi. Tapi saya buat sehabis baik. Oh ya...Masih tiga soalan, pilih satu tajuk sahaja. Dan tajuk yang paling selamat yang saya pilih adalah dalam bentuk perbincangan terbuka yang bertajuk (lebih kurang): "What do you mean by job satisfaction"
Heh. Memang kenaaaa sangat dengan situasi saya pada ketika itu. Jadi jujur saya menulis dari hati dan berdasarkan pengalaman sendiri. Antara isi yang saya paling ingat, job satisfaction (kepuasan bekerja) adalah apabila kita dihargai oleh pihak atasan tanpa ada sikap pilih kasih. PILIH KASIH. Mohon terasa.

Berbaloi rasanya keluar dari kolej seawal 6.50 pagi dan sesat barat di seluruh pelosok Sentul. Terima kasih pakcik jaga yang tolong tunjukkan jalan di saat saya rasa Waze sangat WASTE. Susah juga mencari tempatnya. Elis pula tak dapat menolong sebab dia sendiri pun dipanggil untuk ujian yang sama, tetapi di Sekolah Sukan Bukit Jalil. Tempat dia senang nak cari, tempat saya susah woo!

Pada hari menyemak keputusan iaitu pada 17 Mei 2013, saya sangat gigih menunggu di lamat web SPA. Gelojoh ok~Bukan seronok nak tahu dapat atau tidak sangat. Cuma teruja nak tahu pencapaian peribadi saya yang tak pernah menghadapi ujian sesusah itu.
Malangnya SPA telah mengeluarkan tarikh baru pengumuman keputusan iaitu pada 23 Mei. Hahaha. Padan muka


23 Mei selepas 12 tengahari, saya dengan penuh semangat menunggu. Pada hemat saya, saya mesti gagal ujian tu, sebab bahagian Pengetahuan Am sangat susah dan saya tak yakin langsung untuk skor di situ. Itu sahaja bahagian yang saya terkilan sangat. Salah saya juga sebab tak banyak buat persediaan dari segi pembacaan. Tak sempat kut~


To my surprise, saya LULUS. Lama saya termenung...macam tak percaya. Mengenangkan balik soalannya yang susah tu, saya betul-betul tak percaya. Tapi secara peribadi, Alhamdulillah. Kalau ini lorongnya, saya akan berusaha yang terbaik. 
Ini bukan soal kerja kerajaan dan jadi macai (macai tu ape?) mana-mana parti politik. Ini soal peningkatan kerjaya saya. Memang ada yang sinis mengatakan saya akan menjadi hamba abdi di Nepal Timur (merujuk kepada Putrajaya) dan macam-macam lagi. Tapi saya bolayankan saja. Dia sendiri pun kakitangan kerajaan. Jadi apa yang dia katakan tu adalah untuk dirinya sendiri. Selesai :p 


Berdasarkan pembacaan saya, calon yang lulus ujian akan dipanggil untuk PAC di mana-mana INTAN, dan kemudiannya baru dipanggil temuduga . Tapi untuk kali ini, menurut laman web SPA, calon akan terus dipanggil untuk temuduga. Orang kata untung, tapi saya ada tanya kakak senior saya yang sekarang bertugas sebagai PTD. Katanya tidaklah untung mana pun~ Kalau lulus temuduga, calon tu akan dipanggil untuk program kadet pula. Sama saja. Mungkin mereka pilih yang betul-betul layak sahaja untuk ujian mental kut.Kuikui~

SPA sekarang sedang giat menjalankan temuduga untuk calon yang lulus ujian 13 April lalu dan kumpulan pertama telah berakhir 28 Jun lepas. Saya tak tahu saya dalam kumpulan yang mana...Kena selalu semak laman web SPA bahagian jadual temuduga.

Kebetulan, sewaktu rajin-rajin menyemak tarikh temuduga PTD hujung Jun lalu, saya mendapat satu lagi panggilan temuduga SPA untuk jawatan Pegawai Penyelidik MOSTI pada 4 Julai. Allah...Besarnya peluang dan nikmat yang Dia bagi pada saya. Persediaan ala kadar sahaja, kerana ketika itu saya sibuk dengan peperiksaan akhir dan perlu berkemas pulang dan keluar dari asrama. Kelam kabut. Cerita Pegawai Penyelidik ni saya akan kongsikan dalam entri lain ok :)

Kepada rakan-rakan yang sama haluan dengan saya, selamat maju jaya. Doakan juga saya boleh menghadapi semua ini dengan baik, tenang dan gwiyomi. Ohohoh!~

Salam optimis, 
Dhiya


Hek Eleh


Assalamualaikum...

Agak sinis. 
Tapi apa boleh buat. Saya hanya ada telinga untuk dengar, hati untuk terima dan otak untuk fikir apa yang orang cakap- Baik atau buruk, benar atau salah tentang saya.

Adalah beberapa keping lidah yang sinis dengan keputusan saya untuk pulang ke kampung selama cuti semester ini. Katanya kenapa saya perlu balik, sedangkan saya ada komitmen di sana. Meruap juga saya apabila ditanya sebegitu. Elis pun tak pernah mempersoalkan keputusan dan pendirian saya yang satu itu. Inikan pula entah sesiapa!

Tak kisahlah orang nak 'hek elehkan' kepulangan saya ke kampung bercuti semester. Hanya yang tahu saja akan faham kenapa saya tak boleh tinggalkan emak, abah dan akak. Saya tiada adik beradik lelaki. Susah senang keluarga, saya berasa amat dipertanggungjawabkan sampai satu ketika- apa yang anak lelaki buat, saya sanggup buat atas nama keluarga. Jadi kalau rasa belum cukup tahu siapa saya dan apa cabaran hidup saya, lebih baik diam sahaja.

Dia boleh cakap apa saja.

Katanya saya biawak- kuat memberi alasan
Katanya saya terlalu fikirkan masalah- tak tahu selesaikan
Katanya saya perlu belajar urus masa- terlalu sibuk tanpa sebab
Katanya saya perlu multitasking- perlu sangat
Katanya saya ada kereta- jadi saya boleh ke mana-mana!

Cakaplah
Tapi saya ada sebab untuk menjadi apa yang saya pilih sekarang.
Saya bukan budak-budak lagi untuk dipaksa.
Dan pada pandangan peribadi saya, wang ringgit telah buat manusia jadi tamak dan lupa matlamat utama.
Betul wang itu yang mengubah persepsi kita. Dan manusia ini hatinya berbolak balik. Mungkin nak jadi Qarun~

Mereka pandang zuhud itu dengan cara yang berbeza. Ada semua, baru zuhud. Bukan zuhud semasa ada dan tiada. Kan?

Jangan sindir saya lagi,
Dhiya

Hari Sukan 2013


Bismillah

Ahad, 7 Julai 2013.

Hari Sukan Sekolah. 

Hari ni agak macam ribut petir. Pagi pagi lagi Nabiha sudah bising di telinga saya. Hari sukan katanya. Eleh...macamlah dia yang bersukan. Sekolah pun belum, dik...

Saya pun bersiaplah. Mamanya sibuk menyiapkan bekal. Rasa bukan nak ke hari sukan sangat...Lebih macam nak berkelah!

Banyak beza sukan sekolah zaman dulu dengan zaman sekarang. Rasa macam seronok pula jadi kanak kanak. Melompat bergembira tak ada masalah. Huhu. 

Dahulu

Masa zaman saya dulu, kami bersukan sehari suntuk. Seminggu sebelum temasya, guru-guru, anak murid dan ibu bapa (PIBG) sudah keributan membuat persiapan. Ada empat buah rumah sukan. Merah, biru, hijau dan ungu. Paling seronok masa tu, rumah-rumah sukan ini didirikan scara tradisional menggunakan buluh yang ditebang secara bergotong royong. Masa tu kami rasa ayah-ayah adalah hero kami. Emak-emak pula menggunakan kemahiran seni mereka untuk menghias rumah sukan masing-masing. Ada yang sukarela bawa tikar, pasu bunga, langsir dan macam-macam lagi untuk mencantikkan rumah sukan!
Kami pelajar pun seronok juga. Buku-buku boleh diberi cuti rehat. Latihan sukan setiap petang, walaupun penglibatannya tak seberapa sangat. Mana yang baik dengan cikgu, berkampunglah di bilik guru menolong cikgu membungkus hadiah dan sebagainya. Huu.
Saya dulu tak minat sangat outdoor, jadi saya tak ada acara balapan. Lagipun berlari separuh padang dah merangkak. Tak gwiyomilah kan..Hari sukan saya lebih kepada sukaneka sahaja. Selebihnya menolong cikgu.
Rumah Ungu adalah juara bertahan dan saya berada dalam rumah itu sejak tahun satu. Rakan-rakan saya yang jaguh di balapan banyak menyumbang mata untuk rumah kami. Petang sewaktu kemuncak pengumuman juara, saya selalu tumpang sekaki bersorak.

Sekarang

Pukul 8 sampai di astaka, tempat duduk masih banyak yang kosong. VIP datang, rompongnya masih kelihatan.Sedih juga. Saya tak pasti di mana ibu bapa dan penjaga serta komitmen mereka di awal pagi. Mungkin masih di rumah, menyiapkan sarapan. Tempat duduk hanya penuh pada jam 10 pagi, sama seperti watu operasi Mid Valley. Sedang waktu itu acara anak anak mereka sudah bermula.
Rumah sukan juga hanya ada tiga buah. Merah, biru dan kuning. Pelajar sudah makin berkurang. Jadi kalau banyak rumah sukan pun, kualitinya tiada. Rugi pun iya juga.
Tiada lagi khemah buluh yang megah berdiri. Hanya tiga buah kanopi putih didirikan. Tinggal guru guru dan ibu bapa yang berkelapangan untuk menghias. Itu pun hanya sehari sebelum hari sukan.

Haziq masuk acara balapan. Pergh. Hebat juga hero mama dan Cikdi ni apabila berjaya mendapat pingat gangsa. Bagus Angah. Kasi nampak jantan sikit. Jangan jadi mereka itu...Pengecut dan perosak. Tahu.

Adik Nabiha pula asalnya tak mahu ambil bahagian dalam kutip gula gula. Tapi apabila dia nampak cikgu sedang meletakkan gula gula, dia terus turun ke padang. Eh jaguh juga anak dara seorang ni ye. Banyak juga hasil tuaiannya. Tak tahulah berapa ramai kawan kawan yang disikunya. Hahaha

Hero Mama dan Cikdi yang berjaya meraih tempat ketiga acara balapan. Wah hebat juga!
The hero
Biha Babana

Eh jadi budak-budak memang seronok. Gelak dan kadang-kadang jadi bahan gelak. Tak kisahlah semua tu, tapi mereka tak ada dosa dan tak ada masalah. Huhuu

p/s: Sekarang dalam cuti semester. Insya Allah mahu menulis panjang. Doakan ada momentum!

Salam sayang
Dhiya

Dari Dalam Hati


Jangan ucap 'selamat tinggal'
Tapi ucaplah 'sehingga berjumpa lagi'
Seandainya tidak di bumi Tuhan
Mudah- mudahan di SyurgaNya nanti

Baru beberapa hari saya tinggalkan tempat itu,
Bermacam rasa bercampur aduk perbagai perisa,
Gembira berada di desa bersama ayah bonda
Puas meninggalkan beban yang bukan saya punya
Sedih kerana tidak boleh bawa si dia bersama

Haih...
Jatuh mengeluh

Ya Allah
Hanya Kau yang Maha Tahu
Apa yang ada dalam hatiku
Pujuklah
Supaya jangan kalah
Agar tidak menyerah
Sebelum tenaga dikerah

Salam Dari Dalam,
Dhiya