Bismillah
Selama hidup, tak pernah aku buat benda alah nama panna cotta ni. Tapi kerana Nuha, aku sanggup buat apa saja. Hahahahha!
Kali ni aku nak share resepi yang aku try semalam. Nama sangat gah; panna cotta. Tapi bila dah lihat kejadiannya, panna cotta ni dalam Bahasa Melayunya adalah agar-agar atau jelly je. Tapi takpe lah. Nama kena canggih, barulah bersemangat nak masak dan makan.
Bahan-bahan
1. Agar-agar tali
2. Air
3. Susu full cream
4. Unsweetened chocolate power (aku guna Van Houten). Dalam 2-3 sudu je. Jangan banyak, takut pahit.
5. Madu (1 tahun ke atas)
*Aku tak ada sukatan specific tau. Semua main agak-agak je. Tapi kalau guna agar-agar ni, satu benda yang kau kena selalu ingat adalah; biar banyak air, jangan kurang air. Kurang air akan jadikan agar-agar tu keras dan tak sedap / tak feel untuk dimakan.
Cara-cara
1. Rebus agar-agar tali dengan air. Air sikit pun tak apa masa ni? Eh tadi cakap kena banyak air? Ye betul. Tapi ingat, kita ada susu yang nak dimasukkan kejap lagi. So air + susu untuk dapatkan agar-agar yang just nice. Kalau tak ada intention nak letak susu, tak apa lah nak letak air banyak :)
2. Dalam bekas lain, bancuh susu + serbuk coklat + madu hingga sebati
3. Masukkan bancuhan susu, coklat dan madu tu ke dalam periuk yang tengah merebus agar-agar tu.
4. Kacau beberapa ketika hingga agar-agar hancur dan Nampak smooth
5. Biar mendidih, tutup
6. Biar sejuk sikit dan masukkan dalam bekas. Simpan dalam peti dan boleh dimakan sejuk!
Malam tadi jugak kami dua beranak bedal satu bekas. Tak lena tidur aku dibuatnya sebab teringat panna cotta sendiri. Satu sudu masuk mulut Nuha, separuh bekas amak yang punya. Ups sorry Nuha sayang :p
Hahahahah!
Mommies, panna cotta ni sesuai untuk minum petang time cuaca panas. Indahnya hidup jadi Nuha!!!
Insya Allah senang je nak buat. Tak renyah mana pun.
Dhiya
nak cuba juga :)
ReplyDeletesgt sesuai dibuat sbg pencuci mulut..
ReplyDelete