Bismillah
Lately panas bahang betul tentang isu vaksin. Aku 'terpaksa' ambil cakna dan baca apa saja komentar dan info yang reliable di FB (sorry for the cheap info source, but I read the credible one) sebab aku seorang ibu sekarang. Aku ada anak yang masih kecil dan fragile. Dan yang paling penting, aku sayang anak aku.
Sabtu lepas, Nuha demam sampai cecah 39 Degree C. Dua kali dalam kurang sebulan. Aku sebagai emak, haruslah ralat. Dan kami sepakat nak dapatkan Pneumococcal untuk dia. Aku dah set appointment dengan klinik kawan baik aku nun di Sepang. Tapi instead of getting Pneumococcal, Nuha dapat ubat demam je. Kawan aku tu taknak bagi Pneumococcal sebab Nuha demam. Katanya bagi sihat dulu.
Pneumococcal ni tak ada dalam senarai vaksin di Klinik Kesihatan (KK). Memang nurse ada bagitahu dulu. Kalau nak, kena ambil dengan kos sendiri. Harga 3 kali dos (sesuai dengan umur Nuha) boleh tahan juga, RM5XX. Tapi tak apalah. Semua yang terbaik untuk Nuha. Lagipun kami memang plan nak ambil tapi sebab asyik tangguh-tangguh, sampai dah nak masuk 9 bulan pun belum buat lagi. Sorry Nuha.
Update:
Ahad (semalam), Nuha was getting better. So harini dia ke rumah mama macam biasa. Aku dah standby, kalau masih demam aku akan ambik EL harini tapi Alhamdulillah. Kita boleh guna AL tu nanti ke Cameron Highland, ya. (eh)
Dan sekarang ni tular kisah kanak-kanak meninggal dan ada yang dikuarantin disebabkan difteria di JB. Yang meninggal tu katanya tak pernah divaksinkan oleh ibu bapa. Apa kaitan vaksin dengan penyakit-penyakit ni?
Bak sini aku cerita dalam bahasa layman.
Badan kita ni ada sistem pertahanan dalaman. Tapi kadang-kadang (atau at a certain condition) sistem ini tak boleh malawan penyakit-penyakit tertentu. Oleh sebab itu kita perlukan vaksin untuk perlindungan tambahan.
Perlindungan 100%?
Kalau anak kita diberi vaksin difteria pada usia 2,3 dan 5 bulan dan seterusnya booster pada usia 18 bulan, anak kita akan dilindungi dari jangkitan difteria lebih pada 90%. Dan ini taklah bermakna anak tidak akan kena langsung difteria tu.
Dalam dunia ni tak ada yang ideal dan sempurna. Tapi sekurang-kurangnya kita berusaha melindungi dan mencegah anak kita dari bahaya. Betul kan?
Cuma masalah sesetengah ibu bapa ni ada yang terlalu 'keras' dalam memegang sesuatu prinsip. Mereka mendakwa vaksin ini melawan fitrah, kotor, sumber diragui atau tidak halal dan banyak lagi yang pada aku banyak mengaitkan agama.
Malah ada yang cakap vaksin ini adalah jarum halus Yahudi untuk merosakkan orang Islam dan sesiapa yang memilih vaksin adalah penunggang agama.
Dey
Dey
Aku tak berani nak cakap lebih sebab kalau jauh sangat dah jadi berkait dengan akidah pulak. Yelah. Mana taknya. Ada yang cakap provaksin ni bertuhankan vaksin. Bergantung sangat pada alat. Tak percaya dengan Tuhan yada yada. Pro-choice ni pulak cakap tak payah vaksin-vaksin ni, cukup dengan amalkan makanan sunnah. Zaman nabi dulu tak ada pun penyakit-penyakit macam ni sebab mengamalkan makanan sunnah dan makanan sihat.
Kalau nak argue, banyak. Tapi aku percaya tindakan aku memvaksinkan anak adalah salah satu bentuk ikhtiar untuk aku elak sebarang kemudaratan terhadap anak aku. Aku tak boleh berserah je kalau ada penyakit hinggap. Lagipun mencegah lebih baik dari mengubati, kan?
Lagipun tindakan aku dah align dengan ijtihad mufti yang menyatakan hokum memberi vaksin kepada anak adalah WAJIB. Dulu hukumnya jatuh HARUS, tapi sekarang dah ditukar menjadi WAJIB mengenangkan keadaan outbreak yang sangat berbahaya sekarang.
Kawan-kawan,
Semua mak ayah nak yang terbaik untuk anak-anak mereka. Kalau nyawa sebagai galang ganti pun, kita sanggup kan? Aku yakin dan percaya keputusan aku untuk mengikut plan vaksin kebangsaan dengan KK dan memberi vaksin tambahan adalah sebagai ikhtiar untuk mengelakkan sebarang penyakit hinggap pada Nuha. Kalau masih kena, at least the symptoms tak lama dan dia boleh recover lebih cepat berbanding dengan kanak-kanak yang tak divaksin.
Anak ini bukan hak milik. Ia adalah amanah. Memberi vaksin adalah salah satu cara aku memelihara amanah ini. Apabila dia sihat, dia boleh jadi khalifah yang bermanfaat pada orang lain. That's it.
Salam sayang,
Mak Nuha
Vaccinated
No comments