99 Wonderland Park


Bismillah

Cuti CNY baru-baru ni, kami tak ke mana-mana sebab suami aku kerja tapi masih dapat spend masa bersama keluarga. Suami aku bersungguh-sungguh mencari aktiviti untuk kami bertiga. Dia kan suka meng-Google, jadi dia ajak aku pergi ke 99 Wonderland Park ni.

Aku pernah nampak sekali imbas entri pasal tempat ni viral di FB tapi aku tak appreciate sangat. Sekali bila suami aku nak bawa, barulah aku terkial-kial nak ambil tahu. Haih too bad.

Tempat ni terletak dekat dengan Pasar Borong Selayang. Dekat sangat tau! Parking pun luas. Dibuka jam 9 pagi sampai ke malam. Masa kami sampai dalam pukul 10 pagi tu, orang masih tak ramai. Tapi hari dah panas. Orang kata datang petang bawa ke malam best sebab ada lampu-lampu dan pertunjukan bunga api sempena CNY. Tapi sebab kami datang hari Ahad, esoknya dah nak kerja- Jadi kami terjah je lah pagi pun.

Bayaran masuk during peak season: RM10 / pax, dan kanak-kanak 4 tahun ke atas, RM5. Tambahan RM10 kalau nak beli satu bekas makanan haiwan dan dua paket makanan ikan/itik yang sangat berguna untuk tarik perhatian anak.
Few years back, aku rasa tapak 99 Wonderland Park ni adalah tasik biasa-biasa je. Tapi sekarang dah jadi tarikan baru di KL. Apa yang menarik adalah; 99 Wonderland Park adalah tasik yang di sekelilingnya ada mini zoo yang ada pelbagai jenis burung, itik, ular dan ada juga rusa. 
Keadaannya memang agak panas sikit. Jadi tips untuk mak-mak:
1/ Letak baby dalam stroller. Jangan guna baby wearing. Panas weh
2/ Bawa kipas bateri tu
3/ Bawa air mineral, makanan baby, pakaian baby dan pampers siap-siap.
4/ Bawa makanan atau jajan untuk korang juga. Dalam tu ada food court tapi tak banyak lagi yang buka
5/ Tempat duduk banyak. Boleh je berhenti duduk-duduk. Kalau ikut ekstrim aku, nak je bawa tikar. Serius boleh!
6/ Surau dan tandas ada disediakan
7/ Bawa payung sebab agak panas
Tempat ni agak baru. Katanya baru dibuka April tahun lepas. Masa kami masuk pun, masih ada kerja-kerja upgrading di bahagian burung masih dilakukan. 
Tasik ni pun agak luas. Boleh naik cruise RM10 untuk dewasa (kalau tak silap). Oh ya, perkhidmatan buggy pun ada tapi kena bayar lah ye. Kami jalan je perlahan-lahan sambal layan pemandangan.
Nuha sampai ternganga-nganga bagi makan rusa ni. Pelik agaknya tengok binatang tu mengunyah (macam dia) Hahahahhah!
Tengok gambar pun dah tau panas kan? Tapi dengan bayaran murah, aku rasa berbaloi lah kalau nak dibandingkan dengan Farm in the City atau pun Zoo Negara.
Nanti kalau ada peluang, kami nak pergi waktu malam pulak. Katanya suasana waktu malam pun not bad sebab ada banyak lampu-lampu. 

Heh siapa cakap kat KL tak ada tempat menarik untuk anak-anak? Asyik mall je, kesian lah jugak. So boleh la bawa anak-anak korang datang sini ye. Insya Allah tak menyesal.

Dhiya

1 comment