Surau Mall at A Glance


Bismillah

Hari ni aku nak cerita pasal surau mall. Sekilas dan sedetik di surau mall. Mana-mana mall lah~
Try masuk pukul 6.45 pm untuk solat Asar (atau kau memang tak sempat solat sebab tadi stuck dalam jem). Masuk-masuk je, kau akan nampak kasut lawa-lawa tapi bersepah. Bau kepam toksah cakap. Kau akan nampak masing-masing sempurna bertelekung, kaku seperti beri'tikaf tapi hakikatnya khusyu' menghadap skrin telefon. Rupanya sambil menunggu azan Maghrib sekejap lagi.

Di belakang kau ada dua-tiga orang yang tergesa-gesa masuk, cepat cepat ambik wudhuk dan terus melilau mencari telekung untuk solat Asar yang dah nak habis waktu. Tanya orang tu, tanya orang ni; "Ni telekung sini ek? Pinjam jap boleh? Saya tak solat Asar lagi."
 Jadi orang yang tengah pakai telekung tu terpaksalah tanggalkan dan beri pada gadis tu dengan ucapan:"Nanti pulang balik. Saya nak solat Maghrib pulak"

Masuk je Maghrib- tak dan habis azan lagi, ada yang dah masuk rakaat kedua. Gile solat guna enjin bot! Habis je salam, bukak telekung separuh. Masih duduk atas sejadah, belek muka kat cermin kecik dulu. Kena letak balik make up yang dah dicuci tadi. Orang belakang dah tunggu nak guna telekung. Di sudut lain, ramai yang beratur di cermin surau untuk pakai tudung. Ada yang berdecit geram sebab tudung tak jadi. Tu belum kes kerongsang atau jarum peniti hilang depan cermin yang sesak tu. 

Dalam perjalanan keluar dari surau, kau nampak banyak tisu berlonggok kat tempat ambil air sembahyang. Tisu yang orang gosok muka buang make-up. Tak buang dalam tong sampah. Atau kalau tak ada tong sampah, boleh je simpan sendiri dulu.

Sebaik keluar dari surau, cuba tarik nafas. Kau akan rasa dapat udara segar berbanding udara dalam surau tadi. Nak bagitau punyalah ramai orang. Ramai tu takpe. Adatlah. Nampaklah kita ni solat walau di mana-mana. Cuma ada la beberapa attitude gadis-gadis cantik ni yang agak hodoh kalau di surau. Let me tell you the sad truth.

Satu yang aku paling benci sikap orang dalam surau perempuan ni adalah apabila mereka mengumpulkan waktu solat terutamanya waktu Asar dan Maghrib. Aku memang la dah sedia asal pantang dengan perangai macam ni sebab nampak sangat perangai melekakan solat tu. Asar masuk pukul 4.30 atau 5.00 petang. Kenapa pukul 7 malam jugak yang kau pilih nak buat? Kalau dekat mall, selalunya orang akan berkejar nak solat Maghrib sebab waktu solat Maghrib kan pendek. Tapi disebabkan adanya golongan yang solat Asar lambat sekali buat dengan Maghrib tu menjadikan surau sangat cramp dari segi ruang dan kemudahan telekung.
Tu belum cakap lagi pasal surau sempit. Dah sempit, yang tak sembahyang pun tumpang duduk di dalam dengan beg shopping besar-besar dengan alasana tunggu kawan solat, tolong jagakan barang dia.
Aku personally selalu solat Maghrib di mall sebab lepas ambik Nuha, kami kadang-kadang akan terus dinner di mall terdekat. Nak pergi solat Maghrib tu memang rasa macam nak pergi berperang. Tapi sebab aku dah tahu aku banyak jumpa spesies ini, aku akan bawa telekung sendiri. 
Hah. Bab telekung sendiri ni pun satu hal. Pernah beberapa kali lepas solat, tak dan habis istighfar lagi- Dah ada cuit bahu aku. Lepas aku pusing tengok; dia cakap : "After ya"
Wehhh hang ingat ni asrama ke after after? Hang tak tanya pun telekung ni telekung surau ka telekung sendiri, terus nak after? Pantang tengok telekung helok kan.
Bab telekung surau pun satu. Telekung surau tak pernahnya semenggah. Tak termasuk lagi dengan attitude pengguna telekung wakaf ni. Kadang-kadang, lepas ambil wudhuk, terus sarung telekung. Kau first user, sedaplah. Next user kadang-kadang solat sambil buat muka loya sebab pakai telekung lembap, berbau dan ada kesan bedak foundation kat muka telekung tu, sebab cuci make up tak bersih. Hey aku pernah tengok juga ada sorang hijabista ni lap muka (lepas cuci make-up dia) dengan telekung surau tau! Adoilahai! Pengotor teruk! Masa masuk surau kemain lawa; muka dengan make-up tebal, tudung lilit jarum pin sana-sini, baju branded segala. Kiri kanan beg shopping berjenama. Sampai bab solat, gitu perangainya~

Kasarnya aku boleh cakap orang kita tak ambil berat tentang tanggungjawab solat dan tak menghargai fasiliti yang disediakan. Kita patut kena banyak-banyak bersyukur sebab kat Malaysia ni ada surau dalam mall. Masa aku kat Korea dulu, solat tepi escalator, tahu! Kalau di luar, aku akan cari baby room.Nak ambik wudhuk kena guna sebotol air je atau dalam tandas dan lepas tu tak boleh basahkan lantai tandas. Seksanya nak solat! Ini, semua dah ada. Surau di mana-mana, dalam surau dah ada disediakan telekung. Masihhhhh lagi tak dihargai.

Saranan aku kepada rakan-rakan Muslimah;

1/ Nak berjalan-jalan di mall boleh. Solat awal waktu pun tak ada salahnya. 
2/ Kalau cuci make up guna tisu, buanglah tisu tu dalam tong sampah atau kalau tak ada tong sampah, simpan dulu dalam beg sendiri. Geli lah kadang-kadang tepi dinding nampak tisu yang ada kesan coklat-coklat tu.
3/ Tak baik tau kumpulkan dua solat. Solat Maghrib awal waktu tapi apalah gunanya kalau solat Asar di hujung waktu.
4/ Lepas guna telekung wakaf, lipat atau gantung elok-elok. Kalau dah ada orang tunggu nak guna, bagi la elok-elok. Sebab tu kalau boleh sebelum pakai tu lap muka bagi kering sebab orang lain pun nak guna juga telekung tu.
5/ Lepas solat, jangan duduk lama-lama atas sejadah sambil pakai make up lagi-lagi kalau waktu puncak solat atau ruang yang terhad. Kesian orang lain menunggu dan mencari ruang.
6/ Kalau guna cermin, bertimbang rasalah. Bagi ruang kat orang lain juga.

Maaflah kalau korang rasa penulisan aku ni bunyi garang sikit dari biasa. Tapi inilah apa yang tersimpan dalam hati aku sejak dulu, setiap kali aku ke mall.
Marilah kita berubah ok.

Salam sayang
Dhiya
Cleaner mall

No comments