Tips Travel dengan Bayi


Bismillah

Aku ada terima satu email dari seorang reader:

"Salam sis, boleh share tips macam mana nak bawa baby yang masih menyusu atau makan porridge berjalan? Saya selalu overthinking dan susah hati nak bawa baby saya berjalan sebab fikir renyah. Last-last tak ke mana pun saya ni. Sejak ada baby (6 bulan), kami tak pernah bercuti"

Meh sini Kak Siantan reply

Sis, saya pun first time mother dan bukanlah berpengalaman luas pun dalam membesarkan anak ni. Semuanya masih dalam proses pembelajaran juga. Btw, baby saya si Nuha al dedobot tu pun lebih kurang je usia dengan anak sis. Don't worry, apa yang saya boleh kongsikan, saya akan kongsikan okay.
Nuha ni dah berjalan sejak dari dalam perut lagi sebenarnya. Naik kereta, motor, bot, kapal terbang, keretapi semuaaaaaa dah rasa. 
Basically saya pun macam mak-mak yang lain. Over protective dan selalu fikir anak dulu. Kami memang tak bawa Nuha keluar ke mall sampailah umur dia 7 bulan lebih. Sebelum tu memang life Nuha di rumah, dalam kereta pergi dan balik ke dan dari rumah Mama. Balik kerja, masak dinner atau kalau malas, beli je bungkus. Tapi mesti balik makan di rumah. Kalau beli barang dapur pun, suami akan pergi sendiri je dan balik cepat-cepat. Dry gileeee masa tu~ Hhahhahaha!

Apabila Nuha masuk 7 bulan lebih, kami baru berani bawa dia keluar. Itu pun tak bawa ke tempat yang sesak dan ramai orang. Open restaurant memang tak jejak sebab masa tu penguatkuasaan merokok masih belum dikuatkuasakan. Kami pilih mall yang tak ramai orang dan selesa. Memang korban sikitlah keseronokan untuk diri sendiri, asalkan anak selesa.

Bahagian 1
Keluar harian contoh ke shopping mall
Hujung minggu duduk rumah je? No No. Pagi Sabtu mungkinlah di rumah. Berkitai menguruskan rumah tangga; buat sarapan, masak bubur Nuha, mendobi, lipat kain, dan mengemas sikit-sikit. Siap je kerja rumah, selalunya kami akan keluar juga untuk makan tengahari di luar. Duduk hutan batu ni, tak betah rasanya berkurung di rumah je. Kalau rumah kampung tu lainlah. Ada halaman dan ada je aktiviti yang nak dibuat.
Meniarap dalam stroller. Sabarrr jelah~
Basically untuk Nuha, kami akan siapkan dia sejam sebelum keluar. Selalunya kami keluar lepas solat Zuhur. Lepas mandikan dia dalam pukul 12 tengahari tu, dia akan makan siap-siap dan menyusu lepas tu tidur qailulah sekejap. Masa tu boleh la kita bersiap pulak. Lepas solat, just nice dia bangun dan boleh terus gerak.

Persiapan nak keluar:
- Porridge dia kami tak bawa sebab dia dah makan tengahari di rumah. Tapi kalua dia belum makan, kami letak dalam bekas kecil siap-siap dengan air masak dia sekali
- Pampers dan wet tissue dia letak dalam beg kecil. Selalunya benda ni dah ready dalam kereta. Bukak je stroller, terus letak beg ni di bawah stroller.
- Susu, direct feed je. Bawa nursing cover just in case tak ada nursing room. Tapi kebanyakan mall di Malaysia ada je nursing room yang selesa.
- Baju spare, handkerchief kut-kut nak tukar baju atau termuntah ke; bergantung lama mana korang nak keluar tu. Kami selalunya akan balik dalam pukul 5 petang macam tu, untuk memasak dinner di rumah. Jadi tak lama pun outing.

Bahagian 2
Keluar bercuti, raya atau balik kampung
Part II ni lebih ekstrim kononnya. Pengalaman perjalanan jauh Nuha adalah ke Melaka masa umur dia sebulan lebih. Tapi that was okay sebab dia masih belum makan. Kerjanya tidur dan susu je.
Waktu umurnya 6 bulan lebih, kami bercuti ke Ipoh. That was the very first time Nuha mengembara.

Persiapan:
- Pakaian, pampers, tuala, napkin, reben, baju sedondon, toiletries dia kena lengkapkan. Kalau tidur hotel, bawalah baju tidur lengan panjang. 
-Bawa slow cooker untuk masak bubur dia. Kami tak bawa pre-cooked atau frozen food sebab kadang-kadang minibar hotel tak cukup sejuk untuk simpan makanan dia. Jangan lupa bawa sekali beras dia dan sayur yang tahan lama seperti carrot. Kalau boleh beli kat kedai runcit pun takpe. Kalau balik kampung, bawalah periuk kecil sendiri dan tumpang dapur di kampung. Hehehe!
-Mangkuk makan dia, sudu, bekas kecil untuk letak makanan supaya senang boleh grab satu bekas tu je untuk sekali makan, sabun, berus dan segala kelengkapan untuk makan dia.
-Stroller, baby wearing (kami guna Ergobaby Adapt) untuk mudahkan pergerakan.
-Breast pump accessories mommy jangan dilupa! Kalau di hotel, boleh tumpang di kitchen mereka. Kalau di kampung, freeze kan dalam peti ais je.
-Ice box, kami ada jenama Coleman just in case ada susu beku yang nak dibawa balik.

Renyah?
Yeah. Tapi inilah harga yang perlu dibayar demi yang terbaik untuk anak. Kami tak rasa pun semua ni sebagai beban. Seronok lagi adalah! Apa yang penting, cara mengurus masa. Packing barang tak boleh last minute. Kena plan elok-elok dan bertenang supaya tak ada barang yang tertinggal.
Si suami pun kenalah tolong. Kalau tak boleh tolong mengemas, tolonglah mengasuhkan anak yang tengah melasak tu okay~

Sekian tips dari mak muda
Pengalaman masih sedikit
Tapi passion tu ada
Insya Allah :)

Hugs,
Ummi Nuha

No comments