Vaksin: Ikhtiar


Bismillah

Lately panas bahang betul tentang isu vaksin. Aku 'terpaksa' ambil cakna dan baca apa saja komentar dan info yang reliable di FB (sorry for the cheap info source, but I read the credible one) sebab aku seorang ibu sekarang. Aku ada anak yang masih kecil dan fragile. Dan yang paling penting, aku sayang anak aku.

Sabtu lepas, Nuha demam sampai cecah 39 Degree C. Dua kali dalam kurang sebulan. Aku sebagai emak, haruslah ralat. Dan kami sepakat nak dapatkan Pneumococcal untuk dia. Aku dah set appointment dengan klinik kawan baik aku nun di Sepang. Tapi instead of getting Pneumococcal, Nuha dapat ubat demam je. Kawan aku tu taknak bagi Pneumococcal sebab Nuha demam. Katanya bagi sihat dulu. 
Pneumococcal ni tak ada dalam senarai vaksin di Klinik Kesihatan (KK). Memang nurse ada bagitahu dulu. Kalau nak, kena ambil dengan kos sendiri. Harga 3 kali dos (sesuai dengan umur Nuha) boleh tahan juga, RM5XX. Tapi tak apalah. Semua yang terbaik untuk Nuha. Lagipun kami memang plan nak ambil tapi sebab asyik tangguh-tangguh, sampai dah nak masuk 9 bulan pun belum buat lagi. Sorry Nuha.
Update:
Ahad (semalam), Nuha was getting better. So harini dia ke rumah mama macam biasa. Aku dah standby, kalau masih demam aku akan ambik EL harini tapi Alhamdulillah. Kita boleh guna AL tu nanti ke Cameron Highland, ya. (eh)

Dan sekarang ni tular kisah kanak-kanak meninggal dan ada yang dikuarantin disebabkan difteria di JB. Yang meninggal tu katanya tak pernah divaksinkan oleh ibu bapa. Apa kaitan vaksin dengan penyakit-penyakit ni?
Bak sini aku cerita dalam bahasa layman.
Badan kita ni ada sistem pertahanan dalaman. Tapi kadang-kadang (atau at a certain condition) sistem ini tak boleh malawan penyakit-penyakit tertentu. Oleh sebab itu kita perlukan vaksin untuk perlindungan tambahan.
Perlindungan 100%?
Kalau anak kita diberi vaksin difteria pada usia 2,3 dan 5 bulan dan seterusnya booster pada usia 18 bulan, anak kita akan dilindungi dari jangkitan difteria lebih pada 90%. Dan ini taklah bermakna anak tidak akan kena langsung difteria tu. 
Dalam dunia ni tak ada yang ideal dan sempurna. Tapi sekurang-kurangnya kita berusaha melindungi dan mencegah anak kita dari bahaya. Betul kan?
Cuma masalah sesetengah ibu bapa ni ada yang terlalu 'keras' dalam memegang sesuatu prinsip. Mereka mendakwa vaksin ini melawan fitrah, kotor, sumber diragui atau tidak halal dan banyak lagi yang pada aku banyak mengaitkan agama. 
Malah ada yang cakap vaksin ini adalah jarum halus Yahudi untuk merosakkan orang Islam dan sesiapa yang memilih vaksin adalah penunggang agama.

Dey
Dey

Aku tak berani nak cakap lebih sebab kalau jauh sangat dah jadi berkait dengan akidah pulak. Yelah. Mana taknya. Ada yang cakap provaksin ni bertuhankan vaksin. Bergantung sangat pada alat. Tak percaya dengan Tuhan yada yada. Pro-choice ni pulak cakap tak payah vaksin-vaksin ni, cukup dengan amalkan makanan sunnah. Zaman nabi dulu tak ada pun penyakit-penyakit macam ni sebab mengamalkan makanan sunnah dan makanan sihat. 
Kalau nak argue, banyak. Tapi aku percaya tindakan aku memvaksinkan anak adalah salah satu bentuk ikhtiar untuk aku elak sebarang kemudaratan terhadap anak aku. Aku tak boleh berserah je kalau ada penyakit hinggap. Lagipun mencegah lebih baik dari mengubati, kan?
Lagipun tindakan aku dah align dengan ijtihad mufti yang menyatakan hokum memberi vaksin kepada anak adalah WAJIB. Dulu hukumnya jatuh HARUS, tapi sekarang dah ditukar menjadi WAJIB mengenangkan keadaan outbreak yang sangat berbahaya sekarang. 

Kawan-kawan, 

Semua mak ayah nak yang terbaik untuk anak-anak mereka. Kalau nyawa sebagai galang ganti pun, kita sanggup kan? Aku yakin dan percaya keputusan aku untuk mengikut plan vaksin kebangsaan dengan KK dan memberi vaksin tambahan adalah sebagai ikhtiar untuk mengelakkan sebarang penyakit hinggap pada Nuha. Kalau masih kena, at least the symptoms tak lama dan dia boleh recover lebih cepat berbanding dengan kanak-kanak yang tak divaksin.

Anak ini bukan hak milik. Ia adalah amanah. Memberi vaksin adalah salah satu cara aku memelihara amanah ini. Apabila dia sihat, dia boleh jadi khalifah yang bermanfaat pada orang lain. That's it. 

Salam sayang,
Mak Nuha
Vaccinated

Surau Mall at A Glance


Bismillah

Hari ni aku nak cerita pasal surau mall. Sekilas dan sedetik di surau mall. Mana-mana mall lah~
Try masuk pukul 6.45 pm untuk solat Asar (atau kau memang tak sempat solat sebab tadi stuck dalam jem). Masuk-masuk je, kau akan nampak kasut lawa-lawa tapi bersepah. Bau kepam toksah cakap. Kau akan nampak masing-masing sempurna bertelekung, kaku seperti beri'tikaf tapi hakikatnya khusyu' menghadap skrin telefon. Rupanya sambil menunggu azan Maghrib sekejap lagi.

Di belakang kau ada dua-tiga orang yang tergesa-gesa masuk, cepat cepat ambik wudhuk dan terus melilau mencari telekung untuk solat Asar yang dah nak habis waktu. Tanya orang tu, tanya orang ni; "Ni telekung sini ek? Pinjam jap boleh? Saya tak solat Asar lagi."
 Jadi orang yang tengah pakai telekung tu terpaksalah tanggalkan dan beri pada gadis tu dengan ucapan:"Nanti pulang balik. Saya nak solat Maghrib pulak"

Masuk je Maghrib- tak dan habis azan lagi, ada yang dah masuk rakaat kedua. Gile solat guna enjin bot! Habis je salam, bukak telekung separuh. Masih duduk atas sejadah, belek muka kat cermin kecik dulu. Kena letak balik make up yang dah dicuci tadi. Orang belakang dah tunggu nak guna telekung. Di sudut lain, ramai yang beratur di cermin surau untuk pakai tudung. Ada yang berdecit geram sebab tudung tak jadi. Tu belum kes kerongsang atau jarum peniti hilang depan cermin yang sesak tu. 

Dalam perjalanan keluar dari surau, kau nampak banyak tisu berlonggok kat tempat ambil air sembahyang. Tisu yang orang gosok muka buang make-up. Tak buang dalam tong sampah. Atau kalau tak ada tong sampah, boleh je simpan sendiri dulu.

Sebaik keluar dari surau, cuba tarik nafas. Kau akan rasa dapat udara segar berbanding udara dalam surau tadi. Nak bagitau punyalah ramai orang. Ramai tu takpe. Adatlah. Nampaklah kita ni solat walau di mana-mana. Cuma ada la beberapa attitude gadis-gadis cantik ni yang agak hodoh kalau di surau. Let me tell you the sad truth.

Satu yang aku paling benci sikap orang dalam surau perempuan ni adalah apabila mereka mengumpulkan waktu solat terutamanya waktu Asar dan Maghrib. Aku memang la dah sedia asal pantang dengan perangai macam ni sebab nampak sangat perangai melekakan solat tu. Asar masuk pukul 4.30 atau 5.00 petang. Kenapa pukul 7 malam jugak yang kau pilih nak buat? Kalau dekat mall, selalunya orang akan berkejar nak solat Maghrib sebab waktu solat Maghrib kan pendek. Tapi disebabkan adanya golongan yang solat Asar lambat sekali buat dengan Maghrib tu menjadikan surau sangat cramp dari segi ruang dan kemudahan telekung.
Tu belum cakap lagi pasal surau sempit. Dah sempit, yang tak sembahyang pun tumpang duduk di dalam dengan beg shopping besar-besar dengan alasana tunggu kawan solat, tolong jagakan barang dia.
Aku personally selalu solat Maghrib di mall sebab lepas ambik Nuha, kami kadang-kadang akan terus dinner di mall terdekat. Nak pergi solat Maghrib tu memang rasa macam nak pergi berperang. Tapi sebab aku dah tahu aku banyak jumpa spesies ini, aku akan bawa telekung sendiri. 
Hah. Bab telekung sendiri ni pun satu hal. Pernah beberapa kali lepas solat, tak dan habis istighfar lagi- Dah ada cuit bahu aku. Lepas aku pusing tengok; dia cakap : "After ya"
Wehhh hang ingat ni asrama ke after after? Hang tak tanya pun telekung ni telekung surau ka telekung sendiri, terus nak after? Pantang tengok telekung helok kan.
Bab telekung surau pun satu. Telekung surau tak pernahnya semenggah. Tak termasuk lagi dengan attitude pengguna telekung wakaf ni. Kadang-kadang, lepas ambil wudhuk, terus sarung telekung. Kau first user, sedaplah. Next user kadang-kadang solat sambil buat muka loya sebab pakai telekung lembap, berbau dan ada kesan bedak foundation kat muka telekung tu, sebab cuci make up tak bersih. Hey aku pernah tengok juga ada sorang hijabista ni lap muka (lepas cuci make-up dia) dengan telekung surau tau! Adoilahai! Pengotor teruk! Masa masuk surau kemain lawa; muka dengan make-up tebal, tudung lilit jarum pin sana-sini, baju branded segala. Kiri kanan beg shopping berjenama. Sampai bab solat, gitu perangainya~

Kasarnya aku boleh cakap orang kita tak ambil berat tentang tanggungjawab solat dan tak menghargai fasiliti yang disediakan. Kita patut kena banyak-banyak bersyukur sebab kat Malaysia ni ada surau dalam mall. Masa aku kat Korea dulu, solat tepi escalator, tahu! Kalau di luar, aku akan cari baby room.Nak ambik wudhuk kena guna sebotol air je atau dalam tandas dan lepas tu tak boleh basahkan lantai tandas. Seksanya nak solat! Ini, semua dah ada. Surau di mana-mana, dalam surau dah ada disediakan telekung. Masihhhhh lagi tak dihargai.

Saranan aku kepada rakan-rakan Muslimah;

1/ Nak berjalan-jalan di mall boleh. Solat awal waktu pun tak ada salahnya. 
2/ Kalau cuci make up guna tisu, buanglah tisu tu dalam tong sampah atau kalau tak ada tong sampah, simpan dulu dalam beg sendiri. Geli lah kadang-kadang tepi dinding nampak tisu yang ada kesan coklat-coklat tu.
3/ Tak baik tau kumpulkan dua solat. Solat Maghrib awal waktu tapi apalah gunanya kalau solat Asar di hujung waktu.
4/ Lepas guna telekung wakaf, lipat atau gantung elok-elok. Kalau dah ada orang tunggu nak guna, bagi la elok-elok. Sebab tu kalau boleh sebelum pakai tu lap muka bagi kering sebab orang lain pun nak guna juga telekung tu.
5/ Lepas solat, jangan duduk lama-lama atas sejadah sambil pakai make up lagi-lagi kalau waktu puncak solat atau ruang yang terhad. Kesian orang lain menunggu dan mencari ruang.
6/ Kalau guna cermin, bertimbang rasalah. Bagi ruang kat orang lain juga.

Maaflah kalau korang rasa penulisan aku ni bunyi garang sikit dari biasa. Tapi inilah apa yang tersimpan dalam hati aku sejak dulu, setiap kali aku ke mall.
Marilah kita berubah ok.

Salam sayang
Dhiya
Cleaner mall

Doa Ketika Meninggalkan Anak kepada Pengasuh


Bismillah

Doa ketika meninggalkan anak, keluarga dan harta benda.

Semuanya milik Allah jua, tapi dipinjamkan kepada kita sebagai amanah. Jadi menjadi tanggungjawab kita untuk berusaha menjaganya dengan baik.
Ya Allah, aku tinggalkan apa yang dipinjamkan kepadaku dalam pemeliharaanMu yang tidak akan hilang apa yang di dalam jagaanMu.

Amin

Love
Dhiya

Tips Pam Susu sewaktu Outstation


Bismillah

Kali ni aku nak kongsikan tips dari pengalaman aku pam susu sewaktu outstation (baby is away).
FYI aku pernah beberapa kali outstation tinggalkan Nuha dengan suami. Hiba tak payah cakap lah. Ape kau ingat tidur hotel katil empuk boleh lena ke? Malam-malam aku terjaga sebab selalu Nuha nak susu time-time macam tu. Sebak tahuuu!

So here're some sharing from me:

Bawa alatan selengkapnya
Pam dan aksesori, botol, plastik susu, marker pen. Aku bawa juga food container 1 liter untuk simpan pam dalam minibar untuk kegunaan seterusnya. Maknanya aku tak perlu basuh pun setiap kali lepas guna. Jimat masa di situ.
Bawa ice box
Aku guna Coleman saiz sederhana. Minta ais dari room service malam sebelum tidur supaya kalau pam awal pagi, tak perlu call room servis untuk ambil susu on time. Simpan je dulu dalam ice box tu. Call bila dah siang sikit nanti.
Pam ikut jadual
Pentingnya guna handsfree supaya walaupun dalam meeting, masih boleh pam. Atau, aku korbankan je tea break 10 pagi dan 4.30 petang dan cepat-cepat naik bilik (kalau ada bilik) atau ke surau untuk pam. Waktu lunch pulak, aku makan cukup-cukup kenyang je, lepas tu terus pergi pam. Tak ada masa nak enjoy the food sangat sambal komen itu sedap ini sedap. No no no~
Tapi sebab inikan kerja, aku akan bagitahu superior aku dan sepatutnya mereka faham. Aku bersyukur sebab manager dan team aku ramai perempuan and they are super supportive sangat!

Label dengan jelas
Labelkan plastik susu tu dengan jelas. Tulis nama kau sekali. Senang. Selalunya for the first time kau simpan susu kat kitchen, mereka akan bagi tag macam dalam gambar tu. Kiranya tag tu tanda pengenalan kau lah supaya senang dia nak cari barang kau nanti.

Minta susu sebelum balik
Just before korang balik, pergi ke receptionist dan minta susu korang. Tapi macam aku, aku call deorang siap-siap dan bagitahu aku nak atau tolong hantar susu tu ke bilik aku tepat jam sekian-sekian sebab masa tu maybe tengah packing. Hotel selalunya tak akan mengecewakan permintaan kau. Takat room service tu, takde hal. Memang keraj deorang. Senang kan~

Setakat ni, antara hotel yang aku pernah pergi dan sangat menyokong perjalanan aku sebagai pumping mom termasuklah Hatten Hotel Melaka, Hard Rock Hotel Penang, Eastin Hotel Petaling Jaya, Majestic Hotel KL, dan beberapa hotel lain lagi. Takat hotel kecil tu tak payah cakap lah. Banyak dah. Tapi memandangkan mereka kadang-kadang tak ada storage untuk makanan (sebab mereka tak serve breakfast), aku standby je Coleman aku. Ais boleh cari atau beli di mana-mana. Mamak kan 24 jam. Yang 25 jam pun ada. Apedehal. Hahahahha!

Rasanya tu je kut, solely based on my personal experience. Ni lah yang aku buat tiap kali outstation demi kelangsungan susu Nuha. Harapnya mak-mak on the go macam aku dapat idea dan pencerahan macam mana nak survive kalau berada di luar kawasan.

Kalau ada apa-apa persoalan, boleh email kan ke diahalida@gmail.com.
Aku bukanlah pakar, tapi aku passionate tentang apa yang aku buat.

Babai
Mak Nuha

Kaki Ayam


Bismillah

Aku sekarang komited betul dengan kaki ayam. 

Iyalah, chicken bone stock (CBS) Nuha memang guna kaki ayam (boleh je guna tulang ayam, tapi aku prefer guna kaki ayam), tapi aku rasa macam mencabar sikit nak cari ayam punya kaki ni.

The only supermarket yang aku boleh jumpa kaki ayam adalah di Tesco. Tapi baru baru ni masa CNY, tak ada pulak. Semua orang beli kaki ayam ke untuk raya?

Semalam aku ke supermarket dekat pejabat aku dengan harapan jumpa kaki ayam dannn taraaaaaaaaaaaaaaaa!
Alhamdulillah, ni memang untuk Nuha (gaya pegang trofi).

Aku bukan taknak pergi pasar basah, tapi renyah. Nak suruh suami aku pergi, too technical for him. Nanti dia kira jari kaki ayam tu dulu, belek warna kaki dan banyak lagi analisis nya. Aku tak ada masa untuk benda remeh macam tu. Hahahhaha!

Jadi misi CBS Nuha on lah weekend nanti. Senang kalau semua bahan dah ada dalam rumah. Tak payah aku nak berzikir kat suami aku suruh pergi kedai, lagi-lagi kalau nak suruh beli bawang sebiji je. Mau muncung sedepa kawan tu~

Keperluan Rumah yang Perlu Ada untuk Seorang Ibu


Bismillah

It's been almost 8 months since I delivered Nuha, juggling the life with works, baby and my small family. Banyak ups and down yang dilalui dan semuanya menjadikan aku seorang yang belajar. Being a mother is not easy. I read a lot of articles, sharing, and confessions regarding on the challenge of being one. Sometimes I admit too, depression is there. Emotional imbalance is inside but sometimes somewhat shown through your expression, body gestures and acts. 

Having a good support system is really helpful. They might be your beloved ones, environment and aiding materials. Aku taknak cakap pasal siapa individu yang patut menyokong isteri atau environment yang macam mana yang menenangkan isteri. Harini aku nak kongsi beberapa barang di rumah aku yang sangat membantu kerja-kerja aku sebagai superwoman di rumah. Tak menjadikan kau sempurna, tapi cukuplah kau boleh buat kerja dengan cepat dan efisyen. Kalau kau tak ada, suami kau ada dan boleh handle barang-barang ni jugak.

Steam Iron
Steam iron aku jenama Cornell. Beli RM90 je. Murah sebab bukan jenis yang ada stand tu. Alhamdulillah banyak jasanya. Steam iron ni sangatlah bagus untuk hilangkan kedut blouse perempuan (sebab material blouse kita kan macam sejenis kain licin) dan juga tudung chiffon. Quite ok for cotton tapi taklah licin sempurna macam baju askar. Since baju suami aku jenis cotton dan ada stripe, jadi just nice untuk hilangkan renyuk yang visible. Sekali iron boleh siap 5-6 helai kemeja dia, dan 5-6 helai blouse dan tudung. Cemerlang, huh?
Big helper untuk pastikan baju dan shawl aku lawa dan licin dengan cepat
Microwave/oven
Kami tak ada microwave, tapi ada oven. Jenama Heier dibeli di Tesco pada harga RM99. Masa tu ada promosi apa tah, tu yang agak murah tu. Quite useful untuk bakar-bakar termasuklah bakar ayam, bakar roti, patty, pizza dan banyak lagi. Balik kerja, masak nasi, perap ayam dan terus bakar. Siap masak je terus makan. Tak payah bersusah payah nak menggulai bagai di dapur. Hujung-hujung minggu takpelah nak makan besar. Hari kerja- tak kuasa aku nak masak lauk kenduri hanya untuk makan malam. Makan kering-kering je cukup.
RM 99 tapi besar jasanya
Pemanggang ajaib
Opsyen alternatif kepada oven adalah pemanggang ajaib. Ini aku tak beli. Suami aku dapat masa hari keluarga di PD masa tahun pertama kami kahwin. Itupun dia cakap kat organizer yang dia nak pemanggang ajaib, sebab aku nak. Cisss!
Kadang-kadang rasa tak sedap guna oven, nak juga guna dapur gas. Jadi kena ada pemanggang ajaib ni. Apa yang ajaib pun aku tak tahulah. Takde pun letak ikan terus masak. Masih kena bukak gas, balik-balikkan ikan dan tunggu masak jugak. Kahkahkahkah! 
Cuma yang best, pemanggang ajaib ni tak melekat lah. Selesa je nak membakar.
Aku punya sebijik macam ni. Pinjam gambar Google sebab yang ada kat rumah tu tak selawa macam ni
Blender
Dengan adanya makhluk bernama blender ni, aku dapat buat stok cili kisar dengan banyak dan sentiasa ada dalam peti. Takat nak masak ikan sambal, ayam sambal, sotong atau bilis sambal, 3 minit dah siap (flip hair).
Aku ada beli jug lain; satu untuk blend bahan masakan dan satu lagi untuk blend bubur Nuha. Blender ni murah je. Tak payah aku mention harga. 
Baru-baru ni  MIL adabagi satu blender baru, dibeli dari GoShop. Ambik aje orang nak bagiiiiiii~
Yang biru tu buat blend jus sahaja. Yang Pensonic tu ada dua jug; satu utk blend bahan masak termasuklah cili. Satu lagi untuk blend bubur Nuha
Slow Cooker
Slow cooker aku jenama Pensonic, 1 liter berharga RM39 (Aku ni memang pakar jumpa benda murah-murah je. Siapa nak tahu rahsia, sila email aku). Hahahahah! Aku beli memang khas untuk masak makanan Nuha je. Pernah dulu suami aku kata: " Eh boleh buat stew ni" Aku jeling tajam, dia terus diam tak berani sentuh. This slow cooker is forever Nuha's property unless mentioned by me not so. Hahahah!
Slow cooker Nuha
Slow cooker ni yang best nya apa tau: Masukkan semua bahan untuk bubur Nuha (beras, ikan atau ayam, sayur, chicken bone stock, air) waktu malam sebelum tidur. Esok bangun je, bubur dah siap dan tinggal nak blend, masukkan dalam food jar dan hantar ke rumah Mama. Senang kerja amak~

Penyedut hampagas
Bought by hubster. Jenama Panasonic and quite pricey standing dengan performance. Dia memang nak model tu sebab dia dah study segala (yeah, as usual). Dan yang buat kerja-kerja vacuum dalam rumah ni pun memang dia. Aku prefer guna penyapu jerami je. Very conventional yet fast and easy.
Aku malas nak guna vacuum tu sebab tak suka nak buka kotak, nak pasang-pasang dan nak simpan balik.
Pinjam gambar Google lagi sebab aku malas nak membongkar kotak dalam stor tu. 
Hah sekian summary gadget aku di rumah. Tak mewah, tapi sangat membantu. Teknologi ada yang membunuh, tapi banyak juga yang membantu. 

Harapnya korang yang baca entri ni dapat la sedikit sebanyak idea dalam mencari kaedah untuk memudahkan urusan di rumah. Insya Allah invest sikit-sikit. Tak perlu beli sekali banyak atau beli yang mahal-mahal. Cukup sekadar kena dengan bajet sendiri dan barang tu boleh berfungsi dengan baik.

Good enough, kan?

Dhiya

99 Wonderland Park


Bismillah

Cuti CNY baru-baru ni, kami tak ke mana-mana sebab suami aku kerja tapi masih dapat spend masa bersama keluarga. Suami aku bersungguh-sungguh mencari aktiviti untuk kami bertiga. Dia kan suka meng-Google, jadi dia ajak aku pergi ke 99 Wonderland Park ni.

Aku pernah nampak sekali imbas entri pasal tempat ni viral di FB tapi aku tak appreciate sangat. Sekali bila suami aku nak bawa, barulah aku terkial-kial nak ambil tahu. Haih too bad.

Tempat ni terletak dekat dengan Pasar Borong Selayang. Dekat sangat tau! Parking pun luas. Dibuka jam 9 pagi sampai ke malam. Masa kami sampai dalam pukul 10 pagi tu, orang masih tak ramai. Tapi hari dah panas. Orang kata datang petang bawa ke malam best sebab ada lampu-lampu dan pertunjukan bunga api sempena CNY. Tapi sebab kami datang hari Ahad, esoknya dah nak kerja- Jadi kami terjah je lah pagi pun.

Bayaran masuk during peak season: RM10 / pax, dan kanak-kanak 4 tahun ke atas, RM5. Tambahan RM10 kalau nak beli satu bekas makanan haiwan dan dua paket makanan ikan/itik yang sangat berguna untuk tarik perhatian anak.
Few years back, aku rasa tapak 99 Wonderland Park ni adalah tasik biasa-biasa je. Tapi sekarang dah jadi tarikan baru di KL. Apa yang menarik adalah; 99 Wonderland Park adalah tasik yang di sekelilingnya ada mini zoo yang ada pelbagai jenis burung, itik, ular dan ada juga rusa. 
Keadaannya memang agak panas sikit. Jadi tips untuk mak-mak:
1/ Letak baby dalam stroller. Jangan guna baby wearing. Panas weh
2/ Bawa kipas bateri tu
3/ Bawa air mineral, makanan baby, pakaian baby dan pampers siap-siap.
4/ Bawa makanan atau jajan untuk korang juga. Dalam tu ada food court tapi tak banyak lagi yang buka
5/ Tempat duduk banyak. Boleh je berhenti duduk-duduk. Kalau ikut ekstrim aku, nak je bawa tikar. Serius boleh!
6/ Surau dan tandas ada disediakan
7/ Bawa payung sebab agak panas
Tempat ni agak baru. Katanya baru dibuka April tahun lepas. Masa kami masuk pun, masih ada kerja-kerja upgrading di bahagian burung masih dilakukan. 
Tasik ni pun agak luas. Boleh naik cruise RM10 untuk dewasa (kalau tak silap). Oh ya, perkhidmatan buggy pun ada tapi kena bayar lah ye. Kami jalan je perlahan-lahan sambal layan pemandangan.
Nuha sampai ternganga-nganga bagi makan rusa ni. Pelik agaknya tengok binatang tu mengunyah (macam dia) Hahahahhah!
Tengok gambar pun dah tau panas kan? Tapi dengan bayaran murah, aku rasa berbaloi lah kalau nak dibandingkan dengan Farm in the City atau pun Zoo Negara.
Nanti kalau ada peluang, kami nak pergi waktu malam pulak. Katanya suasana waktu malam pun not bad sebab ada banyak lampu-lampu. 

Heh siapa cakap kat KL tak ada tempat menarik untuk anak-anak? Asyik mall je, kesian lah jugak. So boleh la bawa anak-anak korang datang sini ye. Insya Allah tak menyesal.

Dhiya

Recently


I'm working today!

Recently aku ter-update juga dengan current issues yang sedang hangat di pasaran.

Menteri mungkir janji
Tokey air yang mengamuk sebab menteri mungkir janji tu adalah kawan aku masa foundation dulu. Aku memang tahu dia businessman berjaya- Laki bini. Impressed. Tapi aku tahu juga dia memang sejenis yang lantang dan outspoken. Aku tak follow sangat apa yang mereka gaduhkan sangat tu sebab macam dah melarat ke bab-bab politik dah. The positive part about them is aku suka semangat juang dia dalam berniaga. One thing yang aku rasa kita boleh belajar dan ambil iktibar is, jaga mulut dan adab dengan sesiapa sahaja. Titik.
Doakan aku dapat terjun ke dalam dunia bisnes juga suatu hari nanti, smoothly. Amin.

Buka tudung
Haih kau buka tudung macam kau buka tudung saji. Lepas tu mengaku iman tak kuat, tapi tak ada usaha nak kuatkan iman. Nak tunggu iman kuat, bila lah kan? Semua orang iman tak kuat, tapi cuba nak mujahadah (bersungguh-sungguh).
Masa aku kat Kisas dulu, kakak naqibah ada sebut satu istilah: istikhlas.
Istikhlas ni adalah keadaan di mana kau buat sesuatu mula-mula sebab terpaksa tapi kena buat sebab memang wajib buat. Lama-lama istikhlas kau akan menjadi ikhlas, Insya Allah. Contohnya kau malas dan tak ikhlas nak solat, tapi kau kena istikhlaskan diri kau untuk solat sebab solat tu Allah yang suruh. Sama juga macam tutup aurat termasuklah pakai tudung.
Lepas tu kau cakap 'tu biarlah antara saya dengan Allah' Weeeeeeeh berani gila kau cakap macam tu. It was like; 'Urusan jual beli ni antara aku dengan kau je okay~' Itu urusan sesama manusia. Ni kalau dah antara kau dengan Tuhan, kau tahu kan apa cagarannya?  

Beg tangan RM12K
Ni pun menjadi kicauan. Aku follow juga sis tu dan selalu impress dengan dia. Aku pernah cakap kat kawan aku, aku nak kaya macam dia. Hahahha. Sebab apa nak kaya? Aku nak kaya sebab aku nak berhenti kerja, duduk rumah, jadi WAHM dan urus suami dan anak aku dengan tangan aku sendiri, enjoy passion aku dan generate money from that. 
Salah ke cita-cita aku macam tu? Tak.

Kahwin dua
Baru-baru ni kecoh kat group WA muslimat Kisas batch aku, ada seorang muslimin batch kami dah selamat berpoligami. I was like..
'Wah boleh tahan juga kau membawang ye. Kata muslimat Kisas tapi sibuk stalk FB orang (lelaki pulak tu) lepastu trigger persoalan betul ke dia kahwin dua weh. Betulke betulke?' Nampak nau menyibuk~
Aku dah lama suspect dia ni berpoligami sebab isteri pertama dia tu kawan aku masa kat foundation juga. Tapi aku diam je lah.
Dia kahwin dua, dia tak susahkan siapa-siapa. Yang menyusahkan tu adalah sejenis jantan yang ada hati nak berbini tapi kehidupan ditanggung oleh bini. Nafkah anak bini memang tak tau ke mana lah. Lepas dah jahanamkan hidup orang (cerai) kau kahwin lain dengan senang hati lupa pasal nafkah tertunggak segala. I wish you all the best, man. Please do not breed at all. Aku kenal dua tiga orang macam ni.

It's a very random thought, bermain dalam kepala otak aku sampai terasa aku bercakap sorang-sorang mengomel. Dunia ni mudah. Fokus dengan matlamat hidup sendiri dan jangan kacau hidup orang lain. Kalau kita sibuk tengok kehidupan orang, nanti kita tak happy dengan apa yang kita ada. Itu akan mendorong kita jadi fake, tamak dan busuk hati dengan orang. 
Another one, be nice to people, whoever they are waima makcik tukang sapu sampah di kaki lima pejabat kita. Kita tak tahu nasib kita. Siapa tahu esok lusa kita jadi tukang sapu, dia pulak jadi eksekutif pejabat lalu tepi kita. 

Salam muhasabah
Ustazah Dhiya

Resepi Chicken Bone Stock untuk Nuha


Bismillah

Hari ni rasa bersemangat nak cerita pasal chicken bone stock (CBS) untuk si Nuha.

Nuha dah start makan pada mid Dec yang lepas lagi. Cerita makan ni nanti aku buat entri lain lah. Sekarang kita jump dulu ke cerita CBS ni. CBS ni adalah bahan perisa untuk makanan baby yang menggunakan bahan-bahan semulajadi tanpa bahan perisa tambahan seperti garam dan gula.

CBS ni bukan saja perasa, tapi juga menjadi superfood kepada bayi selain meningkatkan immunity badan. 

Bahan-bahan CBS versi amak Nuha:

1. Kaki ayam (dibersihkan)
2. Bawang Holland
3. Bawang putih
4. Daun seleri
5. Lobak merah (ada yang letak kentang)
6. Tomato
7. Asam keping (ada yang guna hirisan lemon atau apple cider)
8. Kulit kayu manis dan adik beradiknya (ada yang letak halia)
Semua bahan ni diletak di dalam periuk tanah dan direneh sehingga semua bahan terutamanya kaki ayam hancur lembut. To be exact, kalau guna dapur gas, reneh selama 4 jam dan kalau guna slow cooker, boleh cecah 7-8 jam.
Aku pernah guna kedua-dua cara (dapur gas dan slow cooker, both work well on me).

Selepas beberapa jam (yang aku mention td), maka terhasillah air rebusan tulang yang menjadi perisa untuk makanan Nuha ni. 
Ha inilah hasilnya! Hasil ni diperolehi selepas ditapis. Bau dia macam bau sup. Rasa plain sikit (sebab tak ada garam dan gula) tapi very healthy to your baby. Baki hasil tapisan adalah seperti di bawah. Baki ni boleh dibuang.
Air rebusan tu dimasukkan ke dalam bekas ais dan dibekukan. Selepas dibekukan, keluarkan dan simpan dalam ziplocked plastic. 
Sekali nak masak, bolehlah keluarkan 2-3 ketul dan masukkan dalam masakan.
Ada juga satu bekas yang aku tak bekukan. Aku simpan dalam bekas kedap udara dan simpan dekat peti bawah je.  Pun okay, boleh dituang dalam masakan bayi.
Ini hasil yang dibekukan dan disimpan dalam plastik.

Senang kan?

Selamat mencuba, ya!

Tips Travel dengan Bayi


Bismillah

Aku ada terima satu email dari seorang reader:

"Salam sis, boleh share tips macam mana nak bawa baby yang masih menyusu atau makan porridge berjalan? Saya selalu overthinking dan susah hati nak bawa baby saya berjalan sebab fikir renyah. Last-last tak ke mana pun saya ni. Sejak ada baby (6 bulan), kami tak pernah bercuti"

Meh sini Kak Siantan reply

Sis, saya pun first time mother dan bukanlah berpengalaman luas pun dalam membesarkan anak ni. Semuanya masih dalam proses pembelajaran juga. Btw, baby saya si Nuha al dedobot tu pun lebih kurang je usia dengan anak sis. Don't worry, apa yang saya boleh kongsikan, saya akan kongsikan okay.
Nuha ni dah berjalan sejak dari dalam perut lagi sebenarnya. Naik kereta, motor, bot, kapal terbang, keretapi semuaaaaaa dah rasa. 
Basically saya pun macam mak-mak yang lain. Over protective dan selalu fikir anak dulu. Kami memang tak bawa Nuha keluar ke mall sampailah umur dia 7 bulan lebih. Sebelum tu memang life Nuha di rumah, dalam kereta pergi dan balik ke dan dari rumah Mama. Balik kerja, masak dinner atau kalau malas, beli je bungkus. Tapi mesti balik makan di rumah. Kalau beli barang dapur pun, suami akan pergi sendiri je dan balik cepat-cepat. Dry gileeee masa tu~ Hhahhahaha!

Apabila Nuha masuk 7 bulan lebih, kami baru berani bawa dia keluar. Itu pun tak bawa ke tempat yang sesak dan ramai orang. Open restaurant memang tak jejak sebab masa tu penguatkuasaan merokok masih belum dikuatkuasakan. Kami pilih mall yang tak ramai orang dan selesa. Memang korban sikitlah keseronokan untuk diri sendiri, asalkan anak selesa.

Bahagian 1
Keluar harian contoh ke shopping mall
Hujung minggu duduk rumah je? No No. Pagi Sabtu mungkinlah di rumah. Berkitai menguruskan rumah tangga; buat sarapan, masak bubur Nuha, mendobi, lipat kain, dan mengemas sikit-sikit. Siap je kerja rumah, selalunya kami akan keluar juga untuk makan tengahari di luar. Duduk hutan batu ni, tak betah rasanya berkurung di rumah je. Kalau rumah kampung tu lainlah. Ada halaman dan ada je aktiviti yang nak dibuat.
Meniarap dalam stroller. Sabarrr jelah~
Basically untuk Nuha, kami akan siapkan dia sejam sebelum keluar. Selalunya kami keluar lepas solat Zuhur. Lepas mandikan dia dalam pukul 12 tengahari tu, dia akan makan siap-siap dan menyusu lepas tu tidur qailulah sekejap. Masa tu boleh la kita bersiap pulak. Lepas solat, just nice dia bangun dan boleh terus gerak.

Persiapan nak keluar:
- Porridge dia kami tak bawa sebab dia dah makan tengahari di rumah. Tapi kalua dia belum makan, kami letak dalam bekas kecil siap-siap dengan air masak dia sekali
- Pampers dan wet tissue dia letak dalam beg kecil. Selalunya benda ni dah ready dalam kereta. Bukak je stroller, terus letak beg ni di bawah stroller.
- Susu, direct feed je. Bawa nursing cover just in case tak ada nursing room. Tapi kebanyakan mall di Malaysia ada je nursing room yang selesa.
- Baju spare, handkerchief kut-kut nak tukar baju atau termuntah ke; bergantung lama mana korang nak keluar tu. Kami selalunya akan balik dalam pukul 5 petang macam tu, untuk memasak dinner di rumah. Jadi tak lama pun outing.

Bahagian 2
Keluar bercuti, raya atau balik kampung
Part II ni lebih ekstrim kononnya. Pengalaman perjalanan jauh Nuha adalah ke Melaka masa umur dia sebulan lebih. Tapi that was okay sebab dia masih belum makan. Kerjanya tidur dan susu je.
Waktu umurnya 6 bulan lebih, kami bercuti ke Ipoh. That was the very first time Nuha mengembara.

Persiapan:
- Pakaian, pampers, tuala, napkin, reben, baju sedondon, toiletries dia kena lengkapkan. Kalau tidur hotel, bawalah baju tidur lengan panjang. 
-Bawa slow cooker untuk masak bubur dia. Kami tak bawa pre-cooked atau frozen food sebab kadang-kadang minibar hotel tak cukup sejuk untuk simpan makanan dia. Jangan lupa bawa sekali beras dia dan sayur yang tahan lama seperti carrot. Kalau boleh beli kat kedai runcit pun takpe. Kalau balik kampung, bawalah periuk kecil sendiri dan tumpang dapur di kampung. Hehehe!
-Mangkuk makan dia, sudu, bekas kecil untuk letak makanan supaya senang boleh grab satu bekas tu je untuk sekali makan, sabun, berus dan segala kelengkapan untuk makan dia.
-Stroller, baby wearing (kami guna Ergobaby Adapt) untuk mudahkan pergerakan.
-Breast pump accessories mommy jangan dilupa! Kalau di hotel, boleh tumpang di kitchen mereka. Kalau di kampung, freeze kan dalam peti ais je.
-Ice box, kami ada jenama Coleman just in case ada susu beku yang nak dibawa balik.

Renyah?
Yeah. Tapi inilah harga yang perlu dibayar demi yang terbaik untuk anak. Kami tak rasa pun semua ni sebagai beban. Seronok lagi adalah! Apa yang penting, cara mengurus masa. Packing barang tak boleh last minute. Kena plan elok-elok dan bertenang supaya tak ada barang yang tertinggal.
Si suami pun kenalah tolong. Kalau tak boleh tolong mengemas, tolonglah mengasuhkan anak yang tengah melasak tu okay~

Sekian tips dari mak muda
Pengalaman masih sedikit
Tapi passion tu ada
Insya Allah :)

Hugs,
Ummi Nuha