Bismillah
Resepi kali ini istimewa sedikit. Belum musim raya lagi, saya dah buat resepi ini sebab masa tu buntu sangat nak masak apa.
Saya tak boleh masak banyak menu dalam sehari sebab tak berbaloi. Maklumlah...Kami hanya makan bersama pada waktu makan malam. Jadi kalau masak 3-4 jenis lauk, berkuah pula...Memang agak membazir.
Sebab itulah saya come out dengan resepi ini- Rendang Ayam Selamat Hari Raya dengan Nasi Impit
Bahan untuk dikisar:
A
1. 1 biji bawang besar
2. 4 biji bawang putih
3. 3 batang serai
4. 1 inci halia
5. 7-8 tangkai cili kecil
6. 1 inci lengkuas
Bahan kisar A |
1. 8-9 tangkai cili kering
2. 1 biji bawang merah
3. 2 biji bawang putih
Bahan kisar B |
Bahan-bahan lain |
1. Santan pekat (saya beli yang RM 1 = sebelah kelapa)
2. 2 sudu kerisik
3. Baki batang serai tadi, diketuk
4. 2 helai daun kunyit
5. 2-3 keping asam keping
6. Perasa: Garam, gula, ajinomoto (jika perlu)
7. Saya standby sekotak susu segar tapi tak guna pun sebab dah rasanya dah sedap
8. AYAM jangan lupa, oi! AYAM... ( saya beli sebelah, dipotong sederhana)
1. Tumis bahan B sehingga sedikit pekat
2. Masukkan bahan A dan biarkan sehingga naik bau sedikit
3. Masukkan ayam dan kacau sebati
4. Masukkan air sedikit untuk empukkan ayam
Ayam yang saya masukkan. Tunggu hingga sedikit empuk |
Masukkan santan. Gigih tak saya tuang santan sambil pegang Nikon besar tu sebelah tangan? Hahahaha! |
7. Masukkan daun kunyit yang diracik halus
Masukkan daun kunyit. Wangiiii :) |
Bahan
1. Beras
2. Daun pandan 2-3 helai
3. Secubit garam
Cara-cara
1. Basuh beras sehingga bersih
2. Masukkan air dua kali ganda banyak dari sukatan nasi biasa
3. Masukkan garam dan kacau sedikit
4. Masukkan daun pandan
5. Masak seperti biasa
6. Sebaik masak, pindahkan ke dalam loyang yang dilapik plastik
7. Tekan-tekankan nasi supaya menjadi mampat dan mudah dipotong
Nasi impit saya |
Taraaaa! Nasi impit loyang ni mak selalu buat masa saya kecil-kecil dulu. Kadang-kadang sebab dah boring makan nasi. Huuu! |
Selamat mencuba!
Dhiya
Kalau sy masak rendang, daun kunyit tu masukkn bila kuah dekat2 nk kering sikit. Masuk skli dgn kerisik. :)
ReplyDelete