Bismillah...
Laksam in the house!
Selangor cuti. Kita yang tak main bola pun tiba-tiba dapat faedah dari orang yang susah payah main bola. Hikhikhik!
Siapa kat sini penggemar laksam? Huh. Saya bukan asal dari negeri asal laksam ni, tapi saya peminat tegar laksam. Tak ada justifikasi mengapa saya jadi begitu. Tapi mungkin juga disebabkan faktor tempat tinggal emak dan abah sekarang ni :) Kisah laksa dan keturunannya termasuklah laksam ni banyak. Kena rajin study sikit. Heh!
Entri resepi, jangan panjang bebel. Pembaca tak suka. Lebih baik straight to the point saja.
Nampak sedap, huh? |
1. Ikan kembong/ selayang/ sardin (ikan yang banyak isi)
Rebus ikan dengan garam dan asam keping |
3. Garam
4. Daun kesum + bunga kantan
5. Serbuk lada hitam
6. Perasa
Cara-Cara
1. Rebus ikan dengan sedikit garam dan asam keping. Air rebusan + asam keping jangan dibuang.
Ikan yang sudah siap direbus |
2. Ini paling crucial- Asingkan isi ikan dari tulang. Isi ikan ditumbuk manakala tulang ikan dikisar dengan sedikit air. Selepas dikisar, tapiskan dan buang tulang kasar.
3. Air rebusan ikan tadi juga ditapis supaya tulang-tulang ikan yang kasar dapat dibuang.
4. Dalam periuk lain, masukkan air rebusan ikan + isi ikan yang ditumbuk + tulang ikan yang dikisar + daun kesum + bunga kantan + serbuk lada hitam (ikut kehendak pedas masing-masing) + tambahan sekeping atau dua lagi asam keping. Rebuskan dengan api sederhana
Masukkan semua bahan dalam #4. Lihatlah betapa gigihnya saya ambil gambar begini. Mujur Nikon besar saya tak masuk ke dalam kuah laksam! |
6. Masukkan santan. Saya beli RM1= sebelah kelapa saja
Lagi bukti kegigihan :p |
8. Biarkan seketika sehingga mendidih dan masak :)
9. Siap!
Resepi Laksam
Kalau pakai laksa siap atau spageti, tidaklah namanya laksam.
1. 1 cawan tepung beras
2. 2.5 sudu besar tepung gandum
3. 2 cawan air
4. Sedikit planta
1 cawang tepung beras, yang setompok tu tepung gandum dan kemudian tambah 2 cawan air. |
1. Panaskan periuk kukus. Sapukan penutup periuk dengan sedikit planta
2. Campurkan tepung beras + tepung gandum + air ke dalam satu bekas
3. Kacau sehingga sebati. Memang akan cair tapi jangan bimbang. Nanti sebaik masak, tepung tu akan elok boleh digulung
4. Ambil sesenduk dan ratakan atas tudung periuk sehingga melitupi keseluruhan permukaan (sepeti dalam gambar)
Tepung laksam yang akan dikukus |
6. Jika dah ada gelembung pada permukaan tepung, itu tandanya tepung tu sudah masak.
7. Keluarkan tudung periuk tu dan gantikan dengan tudung periuk lain (saya guna 2 tudung periuk saja)
8. Gulung tepung laksam sebaik sejuk
Bahagian gulung-gulung ni memang best. Saya suka sangat! |
* Adunan tepung ni menghasilkan 6 gulungan saja. Kalau mahu banyak, boleh gandakan adunan
Rencah-rencah:
1. Timun
2. Taugeh
3. Kacang panjang
4. Bawang besar
5. Hirisan limau nipis (
6. Sambal cili kering: Tumbuk cili kering + bawang merah + letak air asam jawa dan perasa sedikit
Bolehlah dibuat menu cuti umum sempena kemenangan Selangor |
Selamat mencuba
Dhiya
Terima kasih kongsi resepi ni...
ReplyDeleteterliur la pulak. rindu rumah....
ReplyDelete