Bismillah
Hari ini saya kembali setelah berehat di hujung minggu. Rutin biasa telah bermula. Mari kita fikir nak masak apa untuk hari ni :)
Idea hari ini: Sambal tempe
Siapa anak jawa, mesti kenal sangat dengan menu ini :) |
1. Tempe
2. Kacang tanah
3. Kentang dipotong nipis
4. Ikan bilis dibuang perut
5. Cili kisar (8-10 tangkai cili kering + 1 bawang merah + 1 bawang putih)
6. Sos cili
7. Asam keping
8. Garam + gula
9. Bawang merah 1 + bawang putih 1 + minyak untuk menumis
Cara-cara
1. Goreng tempe, kacang tanah, kentang yang dipotong nipis dan ikan bilis masing-masing sehingga garing
2. Sementara tu, simpanlah dalam bekas kedap udara supaya tak masuk angin
Kacang tanah digoreng dengan minyak sedikit, kentang dan bilis digoreng rangup |
Tempe dipotong nipis dan digoreng rangup juga |
4. Masukkan cili kisar dan biarkan sehingga sedikit garing
Cili kisar yang ditumis |
6. Masukkan sedikit air (jika kering/ jika perlu)
7. Perisakan dengan garam dan gula
8. Akhir sekali, masukkanlah bahan yang telah digoreng terlebih dahulu tadi.
9. Gaulkan sehingga rata
10. Taburkan gula supaya rasa manis sedikit seperti disira
Siap! Sambal tempe Jawa (Hasil tangan anak Jawa kacukan~) |
Salam sayang
Dhiya
Sedapnyaaaa...nnti nk try buat jgklah :)
ReplyDeleteJOM JOIN GA LIKE DAN MENANG PS IKEA PERLIS
BANYAK HADIAH BAKAL DIMENANGI DGN MUDAH :)
http://ekinrazallibisnes.blogspot.my/2015/11/like-dan-menang-hadiah-misteri-rm1000.html