Bismillah
Menjadi pengurus rumahtangga ni- Perkara yang paling susah adalah nak fikir apa yang hendak dimasak. Susah ok. Susah dalam dunia!
Mujurlah suami saya seorang yang mudah makannya. Dia jarang minta menu berkuah-kuah ni, melainkan kalau dia nak sangat. Kadang-kadang tempe cicah sambal kicap dan ikan masin goreng bawang pun dia boleh tambah banyak kali.
Resepi kali ini saya dapat dari ibu saudara suami saya dari Johor. Kerabatnya memang ramai di Johor. Sewaktu kami bertandang ke sana sempena Raya Haji lepas, kami dihidangkan sambal ni yang buat saya buka mulut tanya resepi sebab sedap :)
1. 5 tangkai cili kering
2. 2 tangkai cili besar
3. 2 biji tomato
4. 1 biji bawang besar atau 3 biji bawang merah
5. 3-4 ulas bawang putih
6. Ikan bilis (saya kehabisan ikan bilis halus. Itu pasal saya guna ikan ni)
7. Sedikit belacan
8. Perasa (Gula/ garam)
Pastikan cili yang diguna segar. Kalau dah kecut, nanti akan ada rasa semacam. |
1. Gorengkan semua bahan di atas dalam minyak panas. Minyak tu cukup sekadar tenggelam saja. Sedikit pun tak apa.
2. Goreng cukup sekadar hingga layu. Jangan sampai masak sangat.
3. Tumbuk semua bahan yang telah digoreng tadi. Jangan lumat sangat.
4. Masukkan belacan dan perasa.
5. Perasakan dengan jus lemon atau air perahan limau.
meleleh tak ayaq lioq hangpa?
Bahan yang digoreng |
Hasil. Sebenarnya saya rasa sambal ni macam oily sikit. Jadi penyelesaiannya adalah, kurangkan minyak sewaktu menggoreng :) |
Cubalah~
Dhiya
sdpnya sambal tu..nyum2
ReplyDeleteerm... yum yum makan ngan nasi panas... wooo sedap sis... mmg telan air liur sis
ReplyDeletewah, sedap ni !
ReplyDeleteJemput join giveaway mudah CN ye : http://www.cekgunorazimah.com/2015/10/giveaway-cinta-by-cn.html
Sambal totok my favourite!!!!!
ReplyDelete