2015 dan Seluruh Isinya


Bismillah

It's a wrap~!

Tahun 2015 adalah tahun yang paling banyak kenangan di dalamnya. Yang indah-indah, terasa ingin saya terjemah menjadi arca atau tugu biar selalu dapat disentuh, dilihat dan diingat. Yang sedih, luka dan payah, terasa ingin disimpan kemas-kemas; tidak mahu dilihat lagi kalau hanya terlihat luka.
Tapi masih,--- Di sebalik semua itu, keluarga dan rakan-rakanlah tunjang kekuatan saya. Merekalah yang selalu menjadi tempat bersandar saya yang selalu tidak kuat dan mudah sekali jatuh merapuh. Hanya yang rapat dengan saya tahu dan lihat bagaimana saya melompat tinggi di saat kegembiraan, dan bagaimana pula saya jatuh tak terdaya bangun di saat saya dalam kepayahan.

Jadi sebagai pembukaan kepada kisah 2015 ini, saya dengan penuh kasih dan cinta ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada keluarga dan sahabat yang selalu ada dengan saya tanpa mengira jarak dan keadaan. Terima kasih...Terima kasih kerana terlalu baik kepada saya sedangkan saya tidak sebaik kalian hingga sanggup menumpangkan bahu untuk saya mencari kekuatan.

Januari

Ulangtahun kelahiran saya. Tak perlulah tanya berapa nombornya. Saya percaya bahawa kematangan, kebijaksanaan, dan emosi seseorang tidak dipengaruhi oleh nombor. Nombor itu dicipta hanya untuk memudahkan calon SPM menggunakan kalkulator saintifik membuat kira-kira subjek Matematik Tambahan sahaja.
Paling kritikal, saya bergelut dengan tesis saya yang perlu dihantar tepat pada masanya. Keputusan kajian saya sedikit lari dari jangkaan asal. Jenuh jugalah menangis depan Dr. Z. Geram ada, gusar ada, putus asa pun ada. Baru saya sedar, inilah cabaran orang membuat penyelidikan dan saya tidak boleh undur lagi kerana semuanya sudah hampir selesai.
Dalam masa yang sama, saya bersiap-siap untuk majlis pertunangan saya di kampung. Bayangkanlah bagaimana emosi saya pada waktu itu. Otak dibelah dua- Satu untuk tesis, dan satu untu majlis penting. Badan juga penat kerana terlalu banyak berlari ke sana-sini menguruskan banyak hal. 
Tanggal 31 Januari 2015, saya bertunang dengan si dia. Ujian sebelum bertunang pun sudah hebat, dugaan selepas bertunang lagilah mendatang bagai garuda. Hanya yang rapat dengan saya tahu bagaimana Februari saya bermula dengan penuh mencabar sebagai tunangan orang.
Februari

Seawal seminggu selepas bertunang, 'kacau-kacau daun' sudah bermula. Cukuplah saya katakan yang ujian ini melarat hingga ke sehari sebelum majlis perkahwinan saya! Kami (saya dan tunang) tiada masalah. Tapi Allah datangkan orang lain untuk buat masalah. Emosi saya jadi tidak seimbang. Sungguh teruk hingga emak dan abah tidak benarkan saya memandu dan bersendirian.
Kepada adik-adik (aku sudah tua?!), sedarlah bahawa pertunangan itu tidak semuanya indah. Jangan fikir yang sweet-sweet sampai diabetic saja. Sesungguhnya inilah medan ujian paling besar untuk anda. Iblis, syaitan dan manusia (ada segelintirnya) sangat membenci usaha anda untuk menghalalkan perkahwinan. Saya sudah merasainya sedangkan saya tidak kuat langsung melainkan dengan bantuan Allah dan sokongan dari keluarga serta rakan karib. Kuncinya sabar dan jangan putus asa. Good luck! Wah bukan main lagi nasihat aku~

Mac

Saya bekerja sebagai RA sementara di UPM. Alhmadulillah. Walaupun gajinya tidak sebesar gaji eksekutif saya dulu, tapi saya bersyukur kerana saya masih boleh makan, isi minyak ke tempat kerja, bayar ansuran Baby K tanpa gagal dan boleh membeli persiapan perkahwinan sedikit demi sedikit dengan wang gaji itu. Kalau terasa agak kaya sedikit, saya akan masuk Tol Bangi dan keluar di Tol UPM untuk bayar RM1.30. (Gila berlagak)
Workstation yang super cozy
Tetamu yang datang membawa buah tangan. P/s: Wei mana hang beli ni ha? Lupa dah. Sedappppp!
April

Persiapan berjalan dengan giat sekali. Saya adalah bride to be yang sangat independent waktu itu. Banyak benda yang saya DIY dan tidak mengharapkan upah dan beli di sana sini. Jadi haruslah semuanya dilakukan seawal mungkin walaupun gangguan terus-terusan berlaku menguji saya, keluarga dan tidak terkecuali si dia juga. Satu bab dalam DIY ini masih belum saya ceritakan kerana kesuntukan masa.
DIY bunga telur stokin saya

Nampaknya cerita DIY dan sedikit lagi review cerita kahwin saya akan menjadi azam tahun baru 2016.

Mei

Abah menjalani angiogram di HTAA. Tapi nak dijadikan cerita, abah terpaksa ditahan selama lebih kurang 12 hari di sana atas sebab kondisi abah yang agak membimbangkan. Dalam kelam kabut itu, sayalah yang menawarkan diri untuk menemani abah di sana dan biarlah emak balik ke rumah. Emak agak tidak betah duduk di sana. Turun naik lif, keluar membeli makan, rehatnya yang tidak cukup- Ah, biarlah saya saja yang menghadapinya. Kasihan emak duduk di tempat yang tidak selesa macam tu.
HTAA 
Dalam pada keadaan abah yang membimbangkan tu- Doktor dan jururawat hanya boleh datang, dan review. Jarum di tangan bercucuk, tapi tidak ada sebarang ubat pun yang masuk. Apabila saya tanya bila boleh pulang;
"Pakcik tak boleh balik"
"Sampai bila"
"Sampai doktor ada. Sekarang doktor cuti sebab Public Holiday"
Sedangkan waktu itu saya terpaksa mengambil cuti kecemasan selama lebih dua minggu dengan alasan ayah dimasukkan ke hospital. Tepuk dahi!
Akhirnya abah dibenarkan pulang. HTAA seperti merajuk dengan abah apabila kami maklumkan yang kami mahu pindahkan abah terus ke IJN. Tiada surat rujukan dari HTAA kepada IJN buat abah. Semua rekod rawatan abah di HTAA dipulangkan kepada kami dan kami perlu ke IJN sendiri tanpa surat rujukan. Saya pujuk abah; 
"Tak apalah abah. D dan akak boleh buat. Kita rawat abah kat IJN sampai abah sihat daripada duduk terperam di sini tak buat apa-apa. Kami tak kisah."
Gangguan masih berlaku. Malah lebih hebat. Syaitan mana tahu berehat, kan?

Jun

Ramadhan.
Ertinya apa?
Aidilfitri minggu kedua, kami akan bernikah.
Saya 'mengambil cuti panjang' dengan penuh berat hati. Pulang ke kampung, duduk dengan emak dan abah menguruskan majlis saya sendiri. Bukan sengaja saya mengambil keputusan begitu. Mengenangkan kesihatan abah yang tidak mengizinkan, emak jadi 'patah kaki' kerana tiada siapa yang dia boleh harapkan untuk membeli barang-barang dan persiapan kenduri.
@ Galeri Fitrah :)

Inilah hakikat anak bongsu. Tapi saya tidak kisah, malah saya sangat gembira melakukannya bersama emak dan abah. Fokus saya terhadap persiapan DIY juga jadi berlipat ganda. Siapa yang tidak seronok melihat hasil DIY cantik tersergam untuk diguna pada hari bahagia. Indah sungguh memuji diri sendiri...
Ramadhan paling indah, paling sayu, paling sendu apabila berbicara dengan Tuhan.
Ujian masih menggila. Benarlah Ramadhan itu sebagai madrasah menyekolahkan orang yang lemah seperti saya.

Julai

Sebulan ini, saya belajar senyum. Bukan hanya sekadar untuk menghadap kamera dan saudara mara- Saya mahu senyuman itu juga turun ke hati menjadi bunga dan salju penyejuk jiwa. Saya berusaha kuat menepis semua dugaan itu. Emak, abah, rakan-rakan baik menjadi sumber kekuatan saya. Sedihlah saya kalau aura-aura manis dan seri pengantin hilang akibat kedengkian orang lain. Jadi saya memilih untuk optimis walau kadang-kadang jatuh rapuh juga :(
Nikah

31 Julai 2015, 9 malam- diiringi dingin selepas hujan, Kami selamat disatukan sebagai suami isteri. Hanya yang hadir dan mengerti sahaja yang tahu bagaimana perasaan saya waktu itu. Wallahi itulah momen yang paling mencakar-cakar tangkai hati- Antara gembira, sayu, sedih, takut dan bimbang. Semuanya dalam syukur :)

Ogos

Bangun pagi-pagi kerana majlis 1 Ogos 2015 itu adalah majlis persandingan saya. Masih terlihat-lihat persiapan kenduri yang berkonsepkan rewang kampung di rumah emak. Dalam hati yang masih bergelora, majlis bersanding saya nampak sempurna dengan kehadiran jemputan, saudara mara, dan rakan taulan.
I'm married, Alhamdulillah!
Abang Din & Ady in action!

Jadi nasihat kepada adik-adik sekalian, (again, aku macam dah tua sangat!) alam berpacaran mungkin sangat indah. Tapi sekali anda memutuskan untuk maju ke fasa pertunangan dan perkahwinan, bersedialah untuk diuji sehingga ke tahap akhir kesabaran yang mana sempadannya adalah putus asa. Sepanjang dalam tempoh pertunangan, itulah yang saya rasa hingga saya mohon bersungguh-sungguh pada Tuhan agar jangan diuji saya sesakit itu lagi dalam alam rumahtangga.
Bersanding
Bertandang
Cukup di situ cerita kahwin. Mari balik ke alam nyata.
Kami buat pertama kalinya masuk ke 'rumah baru' kami pada 4 Ogos 2015. Di situlah hakikat sebuah rumahtangga bermula. Rumah yang not furnished itu, kami perlahan-lahan isi bersama. Ada ketawa, ada air mata :)
Terima kasih kepada emak yang memahami- Dengan penuh kasih menghadiahkan kami besen, periuk, kuali dan beberapa barangan asas bagi memulakan hidup baharu.
Realiti perkahwinan. Jangan ingat syiok sajaaaaa~

Tak ramai yang masuk rumah terus ada sofa, tilam, TV dan dapur lengkap semuanya. 
Untuk pertama kalinya memasak di rumah itu, saya menangis kerana kuatnya ombak dalam jiwa yang penuh dengan pelbagai rasa.

September

4 September (seminggu selepas majlis bertandang), abah menjalani bypass di IJN. Bayangkanlah, inai saya masih merah membalut jari. Tapi saya sudah menghadapi momen yang sangat serius ini.

IJN. Menunggu abah dalam OT
Kebetulan, suami saya dihantar bertugas ke luar kawasan semasa abah masih di dalam wad. Maka jadilah saya seorang survivor yang melakukan hampir semua perkara dalam keadaan 'berani-berani-takut'. Kenangan mengulang IJN setiap hari selama seminggu, tidur di surau IJN Tingkat 4 dan tidur di dalam kereta akan sentiasa menjadi memori indah dan lambang kasih saya pada emak dan abah!

Oktober

Aidilfitri pertama di tempat orang. Saya pulang ke Johor meraikan ibadah korban di kampung suami. Suasana baru, keluarga baru dan pengalaman baru!

November

Hampir setahun menunggu, akhirnya saya bergraduasi.
Konvo UKM 2015

1 November 2015 menyaksikan saya di DECTAR menerima ijazah sarjana saya. Emak dan abah tidak dapat hadir atas kekangan jarak. Jadi mereka mewakilkan suami saya sebagai ganti. Itu pun sudah cukup menggembirakan walaupun sedikit sedih kerana mereka tidak dapat melihat dengan mata sendiri.

Disember

Kita tidak dapat menebak apa yang akan terjadi sekejap lagi, apatah lagi esok hari. Setiap satu yang saya kongsikan ini hanyalah secebis kenangan yang penting untuk diingati. Hari ini, esok, dan lusa adalah sesuatu yang belum pasti dan tidak boleh saya tulis sebagai memori.

Semoga semuanya baik-baik sahaja seperti apa yang berlaku dalam tahun 2015 ini. Di sebalik kesusahan, ada kesenangan. Itu pujukan Allah sejak lama dulu. Walaupun banyak dugaan dalam 2015, saya sedar bersamanya ada sangat banyak kegembiraan dan kesenangan. Tak guna saya meratap segala kepayahan itu tanpa menghargai pelangi kegembiraan yang Allah kirimkan. Semoga jadilah saya insan yang lebih baik dari hari semalam. Amin

Dhiya Dahlia
Memang tak ada muka sendiri :p

Resepi Ayam Grill & Kuah Butter Lemak Manis (Buttermilk)


Bismillah

Memasak lagi. Entri DDD hujung tahun 2015 memang meriah dengan resepi. Inilah gara-gara mendapat dapur, mendapat hampir semua keperluan dapur dan mendapat suami yang suka makan dan suka penuhkan dapur!

Kali ini saya nak kongsikan resepi cuba-cuba saya setelah menonton rancangan Meal Under RM10. Rancangan tu sesuai untuk orang bujang atau orang berkeluarga kecil macam saya yang tak berbaloi kalau nak memasak gulai rendang bagai. 

Bahan-bahan:

1. 1 ketul dada ayam diperap dengan garam + kunyit + lada hitam
2. Tomato ceri
3. Brokoli *
4. Lobak *
* direbus dengan sedikit garam
5. Butter separuh saja
6. Garam
7. Gula
8. Susu cair/ UHT
9. 3 sudu tepung jagung dibancuh dengan air
Cara-cara:

1. Gril ayam yang diperap tadi di atas pemanggang ajaib
Berjasa sungguh pemanggang ajaib hadiah cabutan bertuah ini~
2. Untuk kuah, cairkan butter
Butter yang sedang mencair
3. Sebaik cair kesemuanya, masukkan susu cair. Kacau sentiasa
Masukkan susu. Sekali lagi, nampak tak kegigihan memasak sambil pegang kamera?
4. Perisakan dengan sedikit gula dan garam. Saya suka rasanya lemak manis.
5. Masukkan bancuhan tepung jagung untuk jadikan kuah tu sedikit pekat
Sihat, jimat dan cepat!

6. Siap!

Resepi Satay Goreng + Kuah Kacang


Bismillah

Satay goreng + kuah kacang

Selamat hari raya sangat! Sebenarnya, ada hari-hari tertentu yang saya sangat bingung dan tak tahu nak masak apa. Kadang-kadang saya call mak di Pahang untuk minta pendapat dia. Yang kelakarnya, mak pun buntu macam saya!

Resepi satay goreng ni sudah lama saya jumpa. Tapi masih belum ada keyakinan nak buat. Iyalah. beli ayam bukan boleh sikit. Kalau tak jadi ke, kan menangis? 
Tapi nak dijadikan cerita, saya tekad juga apabila keyakinan tu sudah mula ada. Haih...Nak memasak pun kena ada confident level yang cukup~

Bahan-Bahan Untuk Satay Goreng:

1. 2-3 batang serai dihiris*
2. 1 inci lengkuas*
3. 3-4 ulas bawang putih*
4. 1/2 inci halia*
* dikisar
Bahan kisar
Isi ayam yang dipotong kecil
5. Isi ayam
6. Jintan manis + biji ketumbar------------ ditumbuk halus
7. Gula
8. Madu
9. Serbuk kunyit
10. Secubit garam
Cara-Cara:

1. Dalam mangkuk besar dan bertutup, masukkan isi ayam + bahan kisar + bahan ditumbuk dan bahan #7 hingga #10
Masukkan semua bahan
2. Perapkan untuk semalaman. Saya selalu buat pagi, perapkan dan goreng petang untuk makan malam :)
Mula-mula diperap- sedikit berair
Setelah petang, air tu sedikit kering. Mungkin isi ayam sudah serap air perapan tu dengan jayanya :)
3. Gorengkan dalam kuali dengan sedikit minyak.
4. Ayam akan sedikit berair. Tunggu hingga air kering atau sehingga masak. Saya goreng dan biarkan sedikit berkuah
5. Siap!

Bahan-bahan untuk Kuah Kacang

1. Segenggam kacang tanah digoreng hingga empuk
2. 2-3 sudu cili kisar
3. 2 asam keping
4. Garam + gula + perasa
5. Bawang merah + putih untuk menumis

Cara-cara:

1. Tumbuk/ kisar kacang tanah. Saya suka ditumbuk
Kacang yang telah ditumbuk. Saya tak suka kisar sebab nanti kacangnya halus sangat
2. Bancuh dengan sedikit air, letakkan asam keping
Bancuh dengan sedikit air dan masukkan asam keping

3. Tumis bawang merah + bawang putih
4. Masukkan cili kisar dan biarkan sebentar sehingga kering sedikit
5. Masukkan bancuhan kacang tadi
6. Tambah air jika perlu
7. Perasakan dengan garam + gula
8. Siap!
Kuah kacang saya
Hasilnya....~
Satay goreng
Kuah kacang
Hidanglah dengan nasi impit atau ketupat segera. Jangan lupa hiris bawang dan timun supaya dapat feel makan satay Kajang!

Selamat mencuba!

Dhiya

Azam Baru: Travelog Dhiya V2


Bismillah

2015 akan berakhir dalam beberapa hari saja lagi. Banyak sangat azam yang terencana dalam kepala. Salah satunya adalah untuk travel ke sebanyak mungkin destinasi di dalam Malaysia. Sedar dengan cabaran ekonomi sekarang, sebab itulah kami memilih dalam Malaysia. Luar Malaysia tu nampak agak sukar ditambah pula Ahmad Ma*lan sudah suruh kita buat dua kerja kan.

Misi travel tahun hadapan pastinya lebih istimewa kerana saya akan ada teman. Tak perlu lagi risau tentang keselamatan kerana bersendirian. :)

Apa pula misi travelog anda?

Mencari idea?----> Klik pautan di bawah

Segmen Bloglist Azhafizah.com Jan & Feb 2016

Bermula tahun depan, azhafizah.com akan update bloglist 2 bulan sekali. So dengan itu, 2 bulan sekali akan ada segmen bloglist untuk mencari bloglist baru. Jika berminat untuk masuk dalam bloglist , bolehlah sertai segmen ni ye. Kelebihannya sertai segmen dapat blogwalking dan tambah traffik blog. Kalau dapat masuk bloglist, mungkin akan tambahkan traffik juga. Mudah mudahan.

Klik banner untuk sertai  Segmen Bloglist Azhafizah.com Jan & Feb 2016
http://www.azhafizah.com/

Segmen simple sangat. Cuma perlu buat entry dan copy & paste je. Pemilihan blog melalui random.org.

TAMAT : 30 DISEMBER 2015

Rahsia Ibu Urus Masa di Waktu Pagi. Bagus Tips ni~


Mod mak-mak memang sedang menyerap dengan penuh girangnya. Entahlah. Banyak sebab.

Walaupun belum ada anak, tapi setiap pagi---Nak uruskan rumah (as a whole), dapur, diri sendiri dan suami sesungguhnya adalah sesuatu yang sangat mencabar. Tidak boleh tidak, tepat jam 7.30 pagi- sudah kena pecut ke tempat kerja. Jadi pentinglah untuk kita sediakan semuanya lebih awal.


All in all, pengurusan masa memanglah sangat penting sekarang. 
(Dulu masa kau bujang, lantaklah kau nak bangun pukul berapa, nak sarapan ke idak~)
Tapi sekarang tidak lagi. Perkahwinanlah yang menjadi asbab untuk kita (wanita-wanita) ini menjadi lebih bertanggungjawab dan berusaha untuk menjadi lebih bijak.

Saya yang masih berdua ini pun boleh tahan kelam kabutnya di waktu pagi kerana masih belajar untuk menguruskan masa. Terima kasih kepada suami yang tak complain saya memasak lambat, baju lambat lipat and whatsoever! Mungkin sebab dia tahu saya pun dalam proses belajar. Kofkofkof!

Jadi kepada ibu-ibu dan wanita-wanita superwoman di luar sana, selamat berjuang dan selamat mencari pahala!
Doakan saya juga kuat dan tabah seperti anda. Rakan-rakan baik saya- Iqa, Yan, Dayah- anda adalah ibu-ibu inspirasi saya. Korang memang supermak lah!

Dhiya
Belum mak lagi~

Orang Perempuan Ni Tahu Pandu Kereta Je!


Betul sangatlah tajuk kat atas tu~

Orang perempuan ni memang tahu memandu je. Lain-lain hal kereta- pam tayar, isi minyak, tayar bocor nak buat macam mana, bateri habis nak buat macam mana---- Semua dia tak nak ambil tahu sangat!

Saya pun ada la juga ciri-ciri seperti itu :(


Semasa bujang dulu, begitulah saya. Tapi syukur sangat sebab kereta jarang buat hal. Kalau buat hal pun, Allah selalu datangkan orang yang betul pada masa yang tepat. Memang betullah bantuan Allah itu Maha Hebat.

Walaupun kadang-kadang terasa pedih juga telinga dengan sindiran-sindiran kaum satu lagi yang selalu memperlekehkan pemanduan wanita, ada benarnya juga pada isu-isu tertentu. Saya yang perempuan ni pun kadang-kadang terjumpa juga kaum sejenis yang memandu tak tentu hala. Nak masuk lorong kiri, dia bagi lampu isyarat kanan. Nak cakap apa lagi~?!

Kawan-kawan wanita,


Sebab kita tak tahu bila-bila kereta kita nak rosak, nak tersadai atau nak jadi kemalangan walaupun kita memang tak mahu pun.

Berhati-hati. Belajar

Salam sayang
Dhiya

Segmen Bloglist 2016 by Farahana Sharif


Bismillah

*Gosok-gosok mata*

What a lazy day!

Cerita kahwin masih ada yang tertunggak. Mesti Abang Din jurugambar sudah bising; "Manaaa Dhiya ni kata nak review servis aku!"

Nanti ya, Abang Din. Hahahhaha!

Ni haaa ada satu lagi segmen yang saya join. Hujung-hujung tahun ni ramai orang buat YES (Year End Segment) yang pastinya bagi faedah kepada blogger.

Kawan-kawan yang terbaca entri ni, jomlah join. Benda mudah. Kita sokong satu sama lain. Saya pun 'hidup' dengan blog lebih kalau nak dibandingkan dengan FB dan IG. Sungguh!

Selamat!

Dhiya

Segmen Blogwalking & Tambah Follower Hujung Tahun Part 2


Bismillah

Hari ini saya sangat kekeringan idea untuk menulis. Saya cuma rajin jalan-jalan saya melihat-lihat blog orang.

Bila terjumpa blogger yang buat segmen atau GA ni, terasa- Alahaiiii rajinnya korang. Aku rajin nak join je lah!

Jadi saya dengan penuh rajinnya nak sertai segmen saudari blogger ni. Saya pun baru ikut blog dia sebab rasa macam best je!

Saya sangat selesa follow orang di blog instead of FB atau IG. Saya percaya blog ada pengaruhnya yang tersendiri. Macam saya cakap lama dulu, saya sangat suka berblog sebab di sinilah saya make friend dan saya jadi diri saya. 

Saya join!

Dahlia

Rindunya Kampung :(


Bismillah

Abah saya berasal dari Perak, manakala emak pula dari Selangor. To be exact, kampung abah di Tanjung Piandang dan kampung emak di Tanjung Karang. Sewaktu kecil, saya jarang dapat balik ke kampung. Almaklumlah, dulu-dulu kan macam susah sikit. Emak dan abah pun masa tu fokus nak sekolahkan saya dan dua kakak. Manalah ada ruang nak fikir vacation and whatsoever :(

Tapi kalau sekali sekala dapat balik ke Tanjung Piandang tu, sayalah orang yang paling seronok. Masa tu masih di sekolah rendah jadi yang saya tahu hanyalah main-main-main. Hahhaahha!


1. Mengail ikan puyu dan sepat di parit dengan rumah tok

Haruslah tok (perempuan) yang akan bawa saya ke parit tu. Kadang-kadang dia dah awal-awal letak 'kirai' untuk mengumpan ikan. Seronoknya bila angkat je mata kail, ada ikan yang tengah menggelupur!

2. Naik basikal ke Ban Pecah

Ban Pecah ni di belakang rumah tok saja. Kalau naik kereta boleh, tapi jalan agak sempit. Jadi saya selalu pinjam basikal tok sedara saya dan ke sana perlahan-lahan sambil abah mengekor dari belakang! Tok selalu pesan jangan 'buat tak tentu hala' kat situ sebab situ tempat orang 'buang' benda tak elok. Ish~ Tapi Alhamdulillah setakat ni tak adalah benda-benda pelik berlaki. Ban Pecah tu pun sudah dibuat jalan raya besar persisir pantai. Ah rindunya!

3. Bau ubat nyamuk & kelambu

Ini paling legend . Masa tidur adalah masa yang paling saya rindu. Tok akan pasang ubat nyamuk Fumakilla tu dan akan letak atas tudung periuk. Mak pula akan pasangkan kelambu dan saya selalu main di dalam kelambu tu.

Oh my dear! Saya rindu sangat nak balik kampung. Insya Allah hujung Januari depan kami akan pulang sebab sepupu saya akan berkahwin di rumah tok sebab emak dan ayahnya bekerja di Sarawak.
Saya akan bawa suami saya untuk explore semua kenangan tu!

Resepi Laksam Kegemaran Saya. Mudah je Rupanya!


Bismillah...


Laksam in the house!

Selangor cuti. Kita yang tak main bola pun tiba-tiba dapat faedah dari orang yang susah payah main bola. Hikhikhik!

Siapa kat sini penggemar laksam? Huh. Saya bukan asal dari negeri asal laksam ni, tapi saya peminat tegar laksam. Tak ada justifikasi mengapa saya jadi begitu. Tapi mungkin juga disebabkan faktor tempat tinggal emak dan abah sekarang ni :) Kisah laksa dan keturunannya termasuklah laksam ni banyak. Kena rajin study sikit. Heh!

Entri resepi, jangan panjang bebel. Pembaca tak suka. Lebih baik straight to the point saja.
Nampak sedap, huh?
Resepi Kuah 

1. Ikan kembong/ selayang/ sardin (ikan yang banyak isi)
Rebus ikan dengan garam dan asam keping
2. Asam keping- 2
3. Garam
4. Daun kesum + bunga kantan
5. Serbuk lada hitam
6. Perasa

Cara-Cara

1. Rebus ikan dengan sedikit garam dan asam keping. Air rebusan + asam keping jangan dibuang.
Ikan yang sudah siap direbus
2. Ini paling crucial- Asingkan isi ikan dari tulang. Isi ikan ditumbuk manakala tulang ikan dikisar dengan sedikit air. Selepas dikisar, tapiskan dan buang tulang kasar.
3. Air rebusan ikan tadi juga ditapis supaya tulang-tulang ikan yang kasar dapat dibuang.
4. Dalam periuk lain, masukkan air rebusan ikan + isi ikan yang ditumbuk + tulang ikan yang dikisar + daun kesum + bunga kantan + serbuk lada hitam (ikut kehendak pedas masing-masing) + tambahan sekeping atau dua lagi asam keping. Rebuskan dengan api sederhana
Masukkan semua bahan dalam #4. Lihatlah betapa gigihnya saya ambil gambar begini. Mujur Nikon besar saya tak masuk ke dalam kuah laksam!
5. Masukkan air kalau rasa kuah pekat sangat/ nak banyak kuah
6. Masukkan santan. Saya beli RM1= sebelah kelapa saja
Lagi bukti kegigihan :p
7. Masukkan garam dan perasakan ikut kesesuaian
8. Biarkan seketika sehingga mendidih dan masak :)
9. Siap!

Resepi Laksam

Kalau pakai laksa siap atau spageti, tidaklah namanya laksam.

1. 1 cawan tepung beras
2. 2.5 sudu besar tepung gandum
3. 2 cawan air
4. Sedikit planta
1 cawang tepung beras, yang setompok tu tepung gandum dan kemudian tambah 2 cawan air. 
Cara-Cara

1. Panaskan periuk kukus. Sapukan penutup periuk dengan sedikit planta
2. Campurkan tepung beras + tepung gandum + air ke dalam satu bekas
3. Kacau sehingga sebati. Memang akan cair tapi jangan bimbang. Nanti sebaik masak, tepung tu akan elok boleh digulung
4. Ambil sesenduk dan ratakan atas tudung periuk sehingga melitupi keseluruhan permukaan (sepeti dalam gambar)
Tepung laksam yang akan dikukus
5. Tutup periuk pengukus
6. Jika dah ada gelembung pada permukaan tepung, itu tandanya tepung tu sudah masak.
7. Keluarkan tudung periuk tu dan gantikan dengan tudung periuk lain (saya guna 2 tudung periuk saja)
8. Gulung tepung laksam sebaik sejuk
Bahagian gulung-gulung ni memang best. Saya suka sangat!
9. Ulang sehingga semua tepung dimasak
* Adunan tepung ni menghasilkan 6 gulungan saja. Kalau mahu banyak, boleh gandakan adunan

Rencah-rencah:

1. Timun
2. Taugeh
3. Kacang panjang
4. Bawang besar
5. Hirisan limau nipis (suka hati aku je)
6. Sambal cili kering: Tumbuk cili kering + bawang merah + letak air asam jawa dan perasa sedikit
Bolehlah dibuat menu cuti umum sempena kemenangan Selangor
p/s: Tekan share button. Inspire others!

Selamat mencuba
Dhiya

Resepi Ikan Bakar Cicah Kicap Bawang Mudah


Bismillah

Ketuk kuali!

Lama sungguh tak menulis dan berkongsi resepi. Berkongsi resepi ni bukanlah sebab saya hebat atau acah-acah chef, tapi saya buat semua ini sebab saya nak kongsikan semua resepi yang saya pernah cuba.

Sejak berkahwin ni, emosi memasak tu lain sikit. Mungkin sebab kita rasa kita memasak bukan untuk perut kita seorang. Ada suami yang akan pulang dan merasa makanan kita dan dari situlah wujud satu perasaan tanggungjawab yang lebih dalam hal masak-memasak ni :)

Ha.
Meleret membebel lagi.

Jom tengok resepi mudah saya ni. Seriously mudah!


Bahan-Bahan Ikan Bakar:

1. Ikan cencaru/ ikan kembung/ apa-apa ikan yang anda suka
2. Garam + kunyit
3. Daun kunyit

Cara-cara:

1. Lumur ikan dengan garam dan kunyit
2. Biarkan seketika
3. Balut dengan daun kunyit seperti dalam gambar
 4. Bakar atas pemanggang ajaib sehingga masak

 Bahan-bahan Kicap Pencicah:

1. Sebiji bawang besar dihiris nipis-nipis
2. 3 tangkai cili kecil dihiris
3. Perahan air limau nipis
4. Kicap
Cara-cara:

Masukkan semua bahan tadi ke dalam mangkuk dan kacau rata. Siap

Tak payah menu lain dah. Makan dengan nasi panas lepas tu tersadai macam ular sawa. Hhahahaahah!

Selamat mencuba!

Dhiya

GIVEAWAY HUJUNG TAHUN 2015 NS

Bismillah

Aaaaaaa.... rindu pulak nak masuk GA. Jadi saya ambil bahagian dalam GA ni. Sendiri punya GA entah bila nak buat. Haritu ada dapat buat sekali. Tapi tak tahu dah bila nak buat. Sobs!

Kepada NS, saya join GA awak. 
#1 OK
#2 OK
#3  Tak ada IG la
#4 OK
#5 OK

HADIAH
[]
4 x Diari Planner Tahun 2016
3 x Hadiah Saguhati

TARIKH BERLANGSUNG :
5 DIS 2015 hingga 20 DIS 2015

KLIK BANNER SEKARANG UNTUK MENYERTAI..!!! 
TERIMA KASIH KAWAN-KAWAN..