Bismillah
Mari.
Sekarang saya nak kongsikan kisah sendiri yang rasanya jarang-jarang saya tulis di DDD. Tapi saya fikir ini bukan mudarat. Insya Allah manfaat.
Saya kini merupakan pengguna minyak Zaitun atau dalam bahasa Inggerisnya olive oil. Terasa sangat rugi sebab terlewat untuk mendekati sunnah ini. :(
Setelah menelaah, baru saya tahu betapa kita mengambil enteng tentang perkara ini yang mudahnya mendatangkan pahala.
Tapi betullah
Better late than never.
Alhamdulillah sekarang- sejak tiga bulan lepas, saya sedang mengamalkan dan menikmati kebaikan minyak Zaitun.
Pendapat peribadi saya- Kalau rasa minyak Zaitun dari line kosmetik agak mahal, pergilah ke kitchen line yang jual minyak masak. (vice versa). Sebab saya buat macamtu.
------------------------------------------------------
Firman Allah SWT: “Allah
cahaya langit dan bumi. Perumpamaan cahaya Allah, adalah seperti sebuah
lubang yang tak tembus, yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita itu
di dalam kaca (dan) kaca itu seakan-akan bintang yang bercahaya seperti
mutiara, yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang berkah, yakni
pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur dan tidak pula di
sebelah baratnya, yang minyaknya hampir-hampir menerangi, walaupun
tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya berlapis-lapis, Allah
membimbing kepada cahaya-Nya siapa yang dia kehendaki, dan Allah
memperbuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia, dan Allah Maha
mengetahui segala sesuatu.” (QS An-Nur: 35)
Surah Annur ini juga- semasa zaman sekolah dulu, Ustazah Jamiah pesan supaya amalkan sebagai ayat penerang hati. Insya Allah, dibantu :)
Diriwayatkan oleh Ibnu Umar r.a., Rasulullah SAW pernah bersabda: "Minumlah minyak zaitun dan berminyak dengannya kerana sesungguhnya ia adalah dari pohon yang diberkati." (HR Al-Baihaqi & Ibnu Majah).
Klasifikasi minyak zaitun:
Extra virgin olive oil
hasil perahan pertama (tanpa haba) buah zaitun itu.
Virgin olive oil
perahan kedua buah zaitun dan dicampur sedikit minyak dari perahan pertama.
Pure olive oil / Olive oil
melalui beberapa pemprosesan seperti menapis dan memperelokkannya.
Extra Light olive oil
hasil banyak pemprosesan dan mengandungi hanya
sedikit sahaja kuantiti minyak zaitun di dalamnya kerana dicampur dengan
pelbagai minyak lain.
Petua yang saya aplikasikan:
Minyak Zaitun yang Baik
Semasa saya di Korea dulu, kulit kaki saya kering dan kelihatan bersisik. Sampai satu tahap, boleh jadi gatal-gatal macam terkena alahan. Iyalah...Cuaca sejuk dan kering. Sedih sangat tengok. Itupun berbotol-botol juga losyen saya beli untuk memberi kesan pelembapan.
Sebaik pulang ke Malaysia, saya amalkan penggunaan minyak Zaitun seperti berikut. Tips ni pun saya baca dari banyak sumber, di samping nasihat dari emak juga. Tapi saya gabungkan semua untuk hasil maksima. Tamak kan?
Skrub Kulit Kaki
1. Beras ditumbuk halus/ garam dicampur bedak sejuk
2. Minyak Zaitun
Cara: Campurkan dua bahan di atas dan kemudian lumur dan urut pada bahagian kaki.
Beras/ garam tu bertindak sebagai agen skrub dan bedak sejuk tu sebagai penyejuk. Jadi di samping menghilangkan alahan, saya juga melakukan skrub pada kaki.
Urutan ringan juga boleh mendatangkan relaks kepada kaki.
Minyak Zaitun untuk Rambut
1. Lumurkan minyak Zaitun pada rambut dan urutkan kulit kepala 10-15 minit.
2. Bungkus rambut dengan tuala untuk 10-15 minit lagi
3. Basuh dengan syampu seperti biasa
4. Amalkan 2 kali seminggu
Setakat ni Alhamdulillah hasilnya bagus :) Rambut lebih lembut dan beralun. Paling penting, masalah kelemumur dan rambut gugur boleh dikatakan hampir tiada lagi.
Buat masa ni, saya hanya amalkan dua petua di atas sahaja.
Orang kata boleh buat lulur muka, lulur badan, minum segala. Tapi saya tak sampai tahap tu lagi sebab belum mampu untuk beli minyak Zaitun setiap bulan. Hahaha!
Jadi kawan-kawan...
Apa lagi?
Jom dekati sumber kecantikan dan kesihatan alami ini.
Implicitly juga kita sedang menegakkan sunnah. Pastikan jangan lupa akan niat :)
Wassalam,
Dhiya
untuk kelemumur tu bagus tu. semua makanan sunnah tu bagus kan. terbukti!
ReplyDeletekalau untuk rambut, yang mana sesuai ? ibu saya ada masalah rambut gugur. mcm2 pakar kulit dia pegi. tp smua mcm xsesuai.
ReplyDeletesalam kak, nk tanya .. pagai minyak zaitun tu 2 x smggu tu akak pakai selang berapa hari ? mcmana ?
ReplyDeleteSaya juga amalkan minyak zaitun jenis liquid untuk arthritis dan sinus. Alhamdulillah sangat membantu dengan pemakanan harian yang seimbang bernutrisi seperti sayuran dan buahan. Memang berkesan dan cepat pulih. Yang penting harus kurangkan pengambilan tepung putih. Boleh check info lanjut minyakzaitunopu.com/blog
ReplyDelete