Korea: Free Gift Skinfood


Bismillah...

Setelah lebih dua bulan balik ke Malaysia, saya masih menggunakan hasil mahsul Skinfood yang diperolehi dari free gift dan trial pack. Inilah maksud saya dalam entri lepas, 'berapa guni free gift yang anda dapat kalau nak dibandingkan dengan apa yang anda beli' ~

Saya mula guna produk delima seawal Oktober 2013, tapi apabila saya tengok FB Skinfood, produk tersebut baru dilancarkan di Malaysia minggu ini, di KLCC. Lambat sikit kut, sebab naik kapal laut.

Ini baru cerita free gift, belum masanya lagi untuk saya reveal segala produk yang saya beli. Tapi sebenarnya saya tak beli banyak pun. Yang jadi nampak banyak adalah free gift ni. Kalau tengok cara dia masukkan free gift ke dalam beg belian, mesti rasa berpinar mata. Mereka main ranggut je berapa banyak paket yang mereka boleh capai dan terus masukkan ke balam beg kertas belian kita.

Kalau di Daejeon, onni tu dah cam sangat saya sebab senang nak ingat orang bertudung kan. Saya siap suruh dia tambah tambah dan tambah lagi free gift. Memang tepuk dahi la awek Korea tu melayan saya. Yang seronoknya- Kalau kita minta, memang kita akan dapat. Orang Korea terkenal dengan sikap lemah lembutnya. Tapi syaratnya kita pun kenalah lemah lembut juga dengan mereka.

Ok tips tu~

Setakat  ni produk Skinfood memang tidak mengecewakan saya.
I love you, Skinfood!

Onni,
Dhiya

No comments