DIY: Bunga dan Reben Kecil


Bismillah...

Projek DIY saya masih berjalan. Projek skala besar ini juga merupakan sebahagian dari azam tahun 2014 saya yang perlu disiapkan secepat mungkin! (tarik rambut)

Alhamdulillah bunga dan reben kecil-kecil ni sudah siap sepenuhnya semalam. Betullah DIY ni (terutamanya dalam kuantiti besar) memerlukan kesabaran dan kegigihan yang tinggi. Saya pun banyak kali hampir putus asa, ditambah dengan rehat panjang selama ke Korea tempoh hari.
Insya Allah 100 pcs bunga telur pertama akan siap dalam tempoh sebulan ini. Cuma please, please and please jangan tanya kenapa warna ni. It was really an unplanned plan. Boleh? Hahaha!

Gambar penuh? Hm...Memandangkan perkara ini masih dalam proses, jadi gambar penuh belum boleh dikongsikan. Sample ada lah satu, dok terpacak depan cermin muka tu. Tapi...alah biarlah jadi rahsia sikit~

Saya tak bercadang untuk menulis satu entri khas berkenaan dengan tutorial. Rasanya apa yang saya buat ni sangat simple dan saya yakin anda di luar sana lebih hebat dan kreatif dari saya. Tapi kalau ada yang berminat dan saya menerima respon positif, Insya Allah saya akan kongsikan tutorialnya :)

Saya nak tekankan sekali lagi, semua ni adalah DIY untuk sepokok bunga telur dan setakat ini (yang saya congak), kosnya adalah malu nak cakap oi~ +- RM 0.50. Rasanya ini adalah maksimum setelah saya kira segala bahan asas dan aksesorinya termasuklah buluh (sate), bunga, pelilit, reben, bunga kecil dan lain-lain. 

Ini paling banyak ni!. Dekat 700 pcs saya buat sendiri. Puas duduk bersila, bersimpuh dan siap buat sambil baring pun ada!
Ok ni nak bagitahu satu rahsia ni. Bunga-bunga ni adalah ZERO COST, sebab saya gunakan kertas yang memang dah sedia ada dalam simpanan saya sejak lama dulu. (kira tak ada kos lah kan~)
Bunga free yang saya buat tu saya akan letakkan di tengah simpulan reben ni untuk tutup simpulan tersebut. Oh ye. Simpulan reben tu pun rasanya saya discovered sendiri (rasanya laaa) sebab tak ada belajar dari mana-mana tutorial termasuklah Youtube. Bila tengok lawa je, jadi tak ada risiko pun untuk proceed. Yeay!
 Being a DIY B2B is not easy.

Betul wei~! Hanya keazaman yang tinggi sahaja akan membawa kita terus dengan apa yang kita dah mulakan.
Same goes in our life. Kalau tak ada keazaman tinggi, nak suap makanan ke mulut pun tak mampu. Memang bergelimpanganlah manusia yang tak layak menjadi khalifah mati  kerana tak ada usaha nak makan. Betul tak?

Masa saya baca cerita kegigihan B2B buat macam-macam DIY untuk majlis mereka, saya rasa mustahil sangat untuk saya buat benda yang sama. Tapi apabila sampai ke tahap saya juga menulis cerita macam mereka, saya sedar yang memang- Kalau kita nak, kita akan sungguh-sungguh buat biar siap, bagi dapat!

More DIY stories soon...

Salam Gigih,
Dhiya :)

2 comments

  1. respect!

    gigih buat.. mmg kena hadap smpai sttle..hihi

    ReplyDelete
  2. tak boleh berhenti dah...alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan :)

    ReplyDelete