2014: Merencana dan Merancang


Bismillah

Ini adalah entri pertama dalam tahun 2014. Saya tidak sempat untuk menulis pada 1 Januari dek kerana tuntutan komitmen anak-anak saudara yang akan memulakan sesi persekolahan. 
Tambahan, anak sulung akak sudah melangkah ke sekolah menengah dan kami sekeluarga menghantarnya ke asrama.

Masih, seperti tahun-tahun sebelumnya, saya mengalu-alukan kedatangan tahun baharu dengan apa adanya. Tahun ini saya melangkah ke tahun baru di kampung, masih bercuti sejak pulang dari Korea tempoh hari. Paling pasti, tahun baru ini saya menggalas cabaran dan komitmen sebagai seorang pelajar.
Matlamat utama saya adalah untuk menempuh tahun ini dengan baik dan menamatkan pengajian ini dengan jayanya. Amat!

Insya Allah tentatif tahun 2014 telah disusun dengan baik sekali dalam planner saya. Selebihnya saya serahkan kepada Allah untuk menjadikannya yang terbaik dalam hidup saya.
Dapat ambil masa mengemaskini perancangan tahun 2014. Tarikh cuti, tarikh penting semester pengajian, tarikh istimewa, tarikh cadangan- semua dah ada. Mudah-mudahan Allah bantu. Amin!
Banyak yang emosional dalam diri saya apabila memasuk tahun baru ini. Banyak!
Sudah lama juga saya tidak menangis atas semua kesedihan itu. Tapi Allah lebih banyak membelai saya dengan kegembiraan berbanding kedukaan. Jadi tak adil rasanya kalau saya meratapi sangat kekurangan itu.

Insya Allah, semoga Allah berikan yang terbaik untuk saya dan orang di sekeliling saya dalam tahun ini.

Banyak azam dan perancangan yang terlalu peribadi untuk dikongsikan di sini. Tapi azam yang menjadi kenyataan, Insya Allah akan dikongsikan di sini buat tatapan dan perkongsian.

Doakan!

Salam sayang,
Dhiya Dahlia

No comments