Korea: Makanan Halal @ Daejeon- Ali Baba's Treasure


Bismillah...

Kali ini saya nak kongsikan pengalaman mendapatkan makanan halal di sebuah restoran di Daejeon. 

Perkara yang kami paling suffer sekali selama berada di Daejeon adalah makan! Yep, makan! 

Daejeon bukanlah sebuah bandar besar seperti Seoul yang boleh memenuhi semua kehendak penghuninya. Tetapi identitinya sebagai salah sebuah bandar ilmu telah mengumpulkan ramai pelajar, penyelidik dan ilmuwan bagi mengisi pejabat dan pusat penyelidikan di sana. 
Di tempat saya, setiap hari kami dibekalkan kupon makan yang merangkumi sarapan, makan tengahari dan makan malam seperti yang saya pernah ceritakan dahulu. Itu sebenarnya sudah cukup baik dan kami dikira sangat bernasib baik kerana kos makan kami ditanggung oleh penaja. Tetapi kami tidak boleh meletakkan expectation yang tinggi tentang menunya dan cabaran dalam masa yang sama, kami perlu memenuhi tuntutan syarak iaitu mencari makanan halal.
Kadang-kadang, kami hanya makan nasi dan sayur sahaja kerana main course yang disediakan adalah daging. Memang mencabar.

Setelah beberapa minggu di sana, kami berpeluang menjalin ukhuwwah dengan komuniti kecil pelajar Malaysia yang terdiri daripada pelajar-pelajar PhD. Merekalah yang banyak membantu saya dan rakan-rakan Muslim termasuklah menemukan restoran halal, Islamic Center (macam masjid untuk solat Jumaat) dan bahan mentah halal seperti ayam dan daging yang semuanya terletak di Yuseong.

Setelah sebulan di Daejeon (24 Oktober 2013), kami mengambil keputusan untuk meraikan diri sendiri dengan mengunjungi salah satu restoran halal di sini. Mengambil masa lebih kurang 40 minit berjalan kaki, kami mula melangkah lebih kurang jam 5.30 petang dan merancang untuk bersolat Maghrib di Islamic Center. 
Cuaca sangat sejuk hingga saya dan beberapa orang rakan terpaksa berpatah balik untuk menambah ketebalan baju sejuk. Subhanallah, sejuk sangat!

Cuaca cerah kan? Masa ni kalau tak silap dalam pukul 5.30 petang, tapi suhunya sangat sejuk hingga buat badan menggigil!
Perjalanan bermula. Ini adalah sebahagian dari kami. Macam biasa, saya tidak termasuk dalam gambar. Masa ni asyik sangat mengambil gambar pemandangan dan daun pokok yang sedang bertukar warna. Menjelang hujung autumn, jam 5.30 petang je, hari dah gelap. Memang agak susah untuk evening walk dan ambil gambar sekitar. Sebab tu saya lebih suka morning walk :)
Baru minggu lepas warna hijau. Sekarang dah bertukar merah semuanya!
Ini adalah pathway kami menuju ke pagar KAIST, jalan pintas untuk ke destinasi. Sebenarnya boleh je naik bas. Tapi rasanya macam renyah sebab perlu tukar bas. Lagipun kami semua suka pemandangan ni. Jadi tak rasa letih pun berjalan jauh :)
Sebaik sampai di Islamic Center, kami dapati pintunya masih berkunci. Waktu solat belum masuk, maka begitulah. Islamic Center ni macam pejabat, jadi tak bolehlah pintunya sentiasa dibuka macam masjid di Malaysia. 
Kami ambil keputusan untuk terus ke restoran dan bersolat di sana.
Sebenarnya kawasan Yuseong ni banyak kedai-kedai makan dan kedai runcit yang menjual barang keperluan harian pada kadar yang agak murah. Restoran halal pun ada dalam 2-3 buah bagi memenuhi keperluan pelajar KAIST yang datang dari Timur Tengah. Ya, KAIST sangat dekat dengan pekan kecil ni. Rakyat Malaysia pun ada yang menyewa di sini.

Sebaik sampai, kami terus mengambil tempat. Ali Baba's Treasure ni terletak di tingkat dua bangunan. Kena naik tangga. Tapi kalau dari luar, memang ada papan tanda besar. Jadi Insya Allah boleh jumpa punya.
Restoran ni tak ada bilik untuk solat pun. Dan itulah yang kami dah expect sedari awal. Pada kami, dapat solat tepi-tepi rak buku atau ruang membaca di sini pun dah cukup bagus. Nama kata nak keluar dan berpatah balik ke Islamic Center, memang tak, sebab cuaca sejuk. Tuan punya kedai ni pun sangat memahami keperluan kami. Jadi mereka suami isteri (Tunisia) segera lapangkan kawasan membaca tu dan tunjukkan kami arah kiblat. Tandas pun dekat. Jadi Alhamdulillah urusan solat Maghrib kami benar-benar dimudahkan :)
Pekerja yang ambil order kami adalah rakyat Korea. Bahasa Inggerisnya pun lemah. Jadi kami beramai-ramai menggunakan segalam macam kebolehan untuk berkomunikasi dengan pelayan tu. Kalau tak, kita tak akan tahu ayam yang kita minta tu half ke quarter (contohnya laa). Sekali dia hantar seekor ayam, ha...naya tu!
Suasana dalam restoran. Waktu ni hanya kami sahaja dalam restoran ni. Tak lama lepas tu, ada satu pasangan Korea dan seorang pelajar Malaysia datang untuk makan malam. Hujung kanan tu adalah kaunter bayaran.
Yang sedang duduk tu adalah pemilik restoran. Saya sempat bertanya kepada wanita yang tolong alihkan meja untuk kami solat tadi. Katanya mereka berasal dari Tunisia dan menetap di sini. Hiasan dalaman restoran ni pun menerapkan budaya setempat mereka. Kalau di Malaysia, feeling dia macam makan kat restoran nasi Arab.
Punyalah seronok dapat jumpa sudu dan garfu. Iyalah...Kalau di cafe, hari-hari makan dengan chopstick. Terseksa jiwa. Ada rakan saya siap cakap nak makan guna tangan di sini. Er..tapi tak pun...
Hiasan yang unik menjadikan kedai ni terasa sangat high-class dan romantik!
Tengoklah kerusinya. Kalau di Malaysia, restoran dengan tempat duduk macamni, tak sah kalau tak billed RM50++ untuk makan biasa-biasa. Saya dah pernah kenalah~
Chicken Tikka pilihan saya. Tak larat nak communicate panjang-panjang dengan onni pelayan tu. Jadi saya tunjuk gambar dan buat tempahan. Mula-mula takut juga kalau sekali datang ayam panggang seekor ke...Tapi melihatkan kesukaran berkomunikasi tu sebagai suatu yang membazir masa (sebab lapar), jadi saya minta saja. Sekali datang dalam rupa ini. Alhamdulillah boleh makan, dan cukup-cukup untuk perut saya sahaja.
Ayam saya tadi turut disajikan dengan nasi dan roti. Ya Allah...punyalah nikmat- Setelah sebulan tak dapat makan macamni! Masa makan, semua pun diam melayan perasaan dan fokus pada makanan. Kelakar sangat kalau diingat balik!
Menu terakhir saya. Salad. Yep, memang sayalah manusia yang minta makanan paling banyak malam tu. Aras marah betul dengan saya. "Kalau kau tak habis, D, aku sumbat-sumbat semua makanan ni dalam mulut kau!". Ces~

Selesai makan, kami ambil masa dan menonton rancangan tv sekejap. Hahaha~
Tak lama lepas tu, terasa ramai pula pelanggan yang datang dan kami pun bangun untuk buat bayaran. Rasanya menu dan harganya berbaloi (dengan matawang KWN) lah~Saya tak ingatlah berapa harga semuanya. Tapi memang worth it. Saya puas hati dan gembira.
Cumanya memikirkan nak berjalan balik untuk lagi 40 minit, rasa-rasa lapar balik tak?

Demikianlah cerita 'kenduri' makanan halal dari Timur Tengah kami.

Alhamdulillah...

Selepas tu, kami dah tak menyebut-nyebut lagi ayam atau daging. Hajat dah tercapai kononnya!

Salam sayang,
Dhiya

1 comment

  1. Assalamualaikum.

    Bulih tau secara tepat Ali Baba's ni?
    Saya kat KIGAM.

    TQ. 고맙습니다

    Asri

    ReplyDelete