SEGALANYA MUNGKIN BLOG CONTEST - (Urban Vibe Event, You Rock!!)



Bismillah...

Fuuuhhhh~!

Sebenarnya lama saya pendam entri ni. Lama sangat ambil masa nak teruskan atau tak.
'Nak join ke tak?'
'Mampu ke?'
'Malulah~'
'Nampak beria-ia sangat je'

Adouh. Betullah kata orang- Kalau kita asyik fikir benda negatif je, kita tak akan ke mana-mana.

Sebenarnya saya dah tahu tentang Pameran Pengantin Malaysia ni sejak salah seorang rakan saya, Bil sibuk membuat persiapan majlis perkahwinannya pada Mei 2012. Masa tu saya perasan yang dia sangat aktif berblog dan ada menyertai contest ini juga.
Tapi iayalah kan...Masa tu saya masih single and happy go lucky. Rasa tak penting sangat pun benda-benda macamni. 
Sejak semuanya menjadi serius (sambil buat muka serius) semasa saya di Korea tempoh hari, saya dapat rasakan semuanya berubah.
Saya gali balik entri lama Bil tentang persediaan perkahwinannya, ber- blogwalking mencari cerita bride-to-be Malaysia dan saya mula sibuk mengikuti closed group tentang perkahwinan di FB. Padan muka. Sekarang baru kau tahu!

Jadi sebaik mengetahui yang Pameran Pengantin Malaysia 2014 akan diadakan dalam masa terdekat. Saya sedikit teruja walaupun masih rasa tak tahu dan tak yakin untuk nak bersiap dan bermula dari mana. Tapi saya percaya Pameran Pengantin Malaysia 2014 akan memberikan saya inspirasi dan idea untuk saya dapat bermula dengan lebih yakin.

Untuk yang belum tahu, Pameran Pengantin Malaysia 2014 akan diadakan seperti berikut: 

Pameran Pengantin Malaysia 2014
Tempat: Wangsa Walk Mall (dekat NZ Curry House, tempat wajib zaman belajar dulu)
Tarikh: 14-16 Febuari 2014 (Jumaat- Ahad)
Masa: 10 Pagi - 10 Malam
Bayaran Masuk: PERCUMA
Pameran Pengantin Malaysia 2014 ditaja bersama oleh The Fotokraft dan disokong oleh Majalah Pengantin sebagai majalah rasmi serta Lensagrafix sebagai jurugambar rasmi. Klik SINI untuk mendapatkan info lanjut di FB.
Secara peribadi- Saya sebagai seorang bakal pengantin sangat menghargai inisiatif penganjuran Pameran Pengantin Malaysia 2014 ini atas beberapa faktor:

[1] Pameran Pengantin Malaysia 2014 menjadi one stop center kepada semua pembekal persediaan perkahwinan.  Konsep semua-di-bawah-satu bumbung ini sangat bagus dan memberi peluang sama rata kepada semua pembekal untuk bersaing secara sihat agar dapat memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan. Bukankah ini satu kelebihan kepada pembekal?

[2] Pameran Pengantin Malaysia 2014 menjadi tumpuan dan rujukan bakal-bakal pengantin yang masih tercari-cari idea dan konsep yang ingin diketengahkan untuk hari bahagia mereka. Paling pasti, inilah kelebihan yang akan diperolehi oleh saya dan pengunjung yang lain!

Semua orang (kalau boleh) ingin memiliki pengalaman raja sehari yang terindah. Iyalah...Nikah kahwin ni kan sekali je seumur hidup (Kes selain dari tu ada, tapi saya tak bincangkan di sini tau). Jadi semestinya bakal pengantin perlu tempoh yang agak panjang untuk membuat survey dan mengambil keputusan demi yang terbaik untuk hari bahagia. Pameran Pengantin Malaysia 2014 yang menyediakan semua-dalam-satu telah memudahkan kerja-kerja bakal pengantin. Semua pembekal keperluan persiapan perkahwinan akan berada di sana dan bersedia untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik!

Pelamin, busana pengantin, penyedia makanan, kad dan semuanya ada di sana-
Memenuhi impian dan citarasa anda.
(Oh saya pula yang dah tak sabar)
-------------------------------------------------------
Semasa saya bekerja dulu, saya pernah menjadi eksekutif pelaksana bengkel-bengkel penting termasuklah bengkel antarabangsa berskala besar. Anda tahu tak- Di sebalik setiap kejayaan dan gahnya sesuatu acara, kita perlu tahu siapa tulang belakang pelaksananya.

Sama juga dengan Pameran Pengantin Malaysia 2014 ni. Pertama kali saya tahu tentang acara ini, saya terus study tentang organizer nya terlebih dahulu, iaitu Urban Vibe Event
Klik untuk melawati laman web Urban Vibe Event
Dan first impression saya adalah:
WOW!

Urban Vibe Event merupakan sebuah syarikat pengurusan dari Malaysia yang telah di tubuhkan pada tahun 2005. Ia merupakan sebuah syarikat milik bumiputra. Urban Vibe Event menyediakan khidmat dalam menganjurkan atau melaksanakan pengurusan sesebuah pameran. Antara tugasan yang dilaksanakan adalah seperti mengatur promosi, pameran dan pameran perdagangan melibatkan dalam dan luar negara. Antara tempat-tepat yang pernah dijayakan anjuran pamerannya adalah di sekitar kompleks membeli belah sekitar Lembah Klang dan Selangor.

Urban Vibe Event bukan sahaja menjayakan pemeran yang bertemakan "pameran pengantin" malah antara pameran lain yang pernah dijayakan adalah seperti  'Merdeka Celebration', 'Ramadhan Eid Mubarak', 'Property & Home Exhibition'. Selain itu Urban Vibe Event juga menyediakan perkhidmatan seperti perundingan, penjadualan hiburan , penyediaan tapak dan hiasan.  
 
Antara pelanggan
Urban Vibe Event adalah dari syarikat-syarikat pelaburan, perkhidmatan , kecantikan dan produk kesihatan, barangan kraftangan, hotel, katering, pakaian, aksesori, butik pengantin, elektronik, perabot rumah dan produk peralatan rumah , kecergasan, spa dan banyak lagi. Misi
Urban Vibe Event adalah untuk mempunyai hubungan sepanjang hayat dengan pelanggan dan rakan kongsi perniagaan dengan menawarkan perkhidmatan yang berkualiti.

----------------------------------------------------
Sekarang saya sedang cuba membayangkan betapa mereka sedang bekerja keras untuk memastikan acara penting Pameran Pengantin Malaysia 2014 dapat dilaksanakan dengan jayanya. Big clap for them!!!

Hey, kepada pengantin di luar sana-
Jangan selalu fikir negatif. Jangan pernah rasa tidak layak untuk semua ini. Semua orang berhak mendapat kegembiraan.
Ingat, tak salah pun untuk berangan-angan kerana SEGALANYA MUNGKIN.

Saya bermula dengan segalanya hampir tidak pasti dan tidak yakin.
Urban Vibe Event telah membawa saya ke tahap cita-cita yang paling hampir.

Memang

Urban Vibe Event, You Rock!

Memang!

Salam sayang, 
Dhiya

Koleksi Petua Untuk Menambahkan Seri Wajah Bakal Pengantin


Shared article from FB
Bismillah

Wajah atau muka merupakan bahagian badan yang paling mendapat perhatian. Terdapat beberapa pilihan petua untuk anda menambahkan seri wajah, seperti berikut:

1. Giling hingga lumat tujuh mata kunyit, segenggam pegaga, sedikit beras dan segenggam cekur manis. Sebelum mandi, gosokkan bancuhan tersebut pada seluruh muka dan badan secara perlahan-lahan hingga daki keluar.

2. Goreng secawan beras yang telah dibasuh bersama sedikit kunyit hidup sehingga berwarna hitam. Biarkan sehingga bau beras dan kunyit itu naik. Sapu dan gosokkan ramuan tersebut pada seluruh badan termasuk muka. Amalkan selalu sebelum mandi.

3. Basuh dan tumbuk lumat beberapa helai daun pegaga. Perah beberapa titis air limau lalu digaul rata. Sapukan campuran tersebut ke seluruh muka sebelum dibilas dengan air bersih.

4. Goreng secawan beras tanpa minyak hingga kekuningan. Kisar hingga lumat. Campurkan dengan sedikit putih telur, air limau dan satu sudu teh air kunyit. Tepekkan pada muka kecuali bahagian mata.

5. Rebus kurma merah seberapa banyak yang anda mahu. Air rebusan tersebut dicampurkan 1 sudu besar madu dan 2 sudu besar jus buah prun. Minum 2 kali sehari.

6. Bersihkan sebuku ibu kunyit dan dibuang kulitnya, kemudian bakar sehingga layu dan ditumbuk halus. Campur dengan suku cawan air dan ditapis sebelum diminum air tersebut.

7. Parut 1/3 lobak merah. Lumurkan parutan tersebut ke seluruh wajah dan biarkan selama 15 hingga 30 minit. Kemudian bilas. Lakukan sebelum tidur.

8. Rendam kacang soya kemudian kisar dan didihkan. Masukkan air didihan tersebut ke dalam loyang dan wapkan muka anda di dalam kepulan asapnya, Buatlah sekerap yang mungkin untuk perubahan yang ketara.

9. Rendam serbuk teh semalaman. Sapukan serbuk tersebut ke seluruh muka pada keesokan harinya sambil berselawat tiga kali sebelum mandi pagi. InsyaAllah, kulit yang kasar akan beransur-ansur menjadi licin, halus dan berseri.

10. Rebus segenggam daun inai hingga air bertukar kemerah-merahan. Apabila air rebusan sudah sejuk, basuh muka menggunakannya sambil selawat tiga kali. Amalkan tiga malam berturut-turut dan anda akan lihat perbezaannya.

11. Gunakan buah tomato dan timun. Potong buah tersebut nipis-nipis dan tampalkan pada muka. Biarkan selama 10 minit. Kemudian barulah dicuci dengan air sejuk.

12. Bancuh dua sudu tepung sagu ubi dengan sedikit air pada kepekatan sederhana. Sapukan ke seluruh muka kecuali bahagian sekitar mata sebelum tidur dan dibilas pada pagi esoknya. Amalkan setiap malam selama 2 minggu berturut-turut. 

----------------------------------------------------- 
Psttt...Semua tu ada di dapur dan belakang rumah kita.
Jom!

Salam sayang, 
Dhiya

Abaikan Saja Apa Kata Orang


Bismillah

Malam minggu yang hening ni, saya teringin nak ketengahkan satu isu yang agak 'panas' dan biasa sangat berlaku di kalangan kita.
Tak kiralah siapa kita, kerja apa, dan kondisi yang bagaimana sekali pun- Kita (termasuklah saya) mesti pernah melaluinya (atau pernah buat kat orang~ jom muhasabah).

Apabila kita tengok seseorang tu memiliki atau melakukan sesuatu, mesti (of course MESTI kita sebagai narrator tambahan) akan menokok tambah perisa.

Kadang-kadang ada saja yang tak kena di mata orang. Macam sayalah...Sejak balik dari Korea, sengaja memilih untuk bercuti panjang. Ada je orang yang super concern akan keberadaan saya di rumah. Kalau tanya biasa-biasa tu, saya fahamlah. Ini kadang-kadang sampai hati tanya 'kenapa tak kerja'.
Hoiih~

Memang betullah, tak mudah menjadi kita. Masing-masing ada cabaran tersendiri yang perlu dihadapi.
Kadang-kadang mengucapkan "bersabarlah..." tu sangat mudah. Tapi nak buat tersangatlah payah.
Bayang-bayang kita sentiasa menjadi perhatian manusia, kerana kita tidak sempurna. Apa mereka kata, pekakkan saja telinga walaupun sakit hati.
Perhatian Allah lebih penting. 

Saya menulis untuk diri saya. Saya sudah lama 'mengabaikan' perasaan sendiri. Dah lama sangat tak menangis. Tapi saya tahu Allah Maha Mendengar setiap detik hati yang berkata...

Abaikan saja apa kata orang. Mereka bukan tuhan yang menilai syurga neraka kita.
Ok?

Salam sayang,
Dhiya

Keturunan 25 Nabi dan Rasul


Bismillah...

Malam minggu yang biasa. Tak ke mana-mana. Sejak kebelakangan ni memang saya lebih suka bersendirian. Baca buku, melayari internet dan berblog dirasakan lebih baik daripda berjalan-jalan.

Hari-hari pun asyik cerita hal dunia. Dah lama DDD tak kongsi cerita-cerita tazkirah dan perkongsian yang bermanfaat. (kena audit diri sendiri)

Kali ni saya nak kongsikan kisah keturunan 25 nabi dan rasul yang wajib kita tahu. Sekarang ni pun banyak sangat aplikasi kisah nabi yang terdapat di Play Store secara percuma. Tinggal nak baca je. Kalau malas juga, memang tak tahu dah nak tolong macam mana~

Jom mula!

1. Nabi Adam Alaihissalaam.

Asal keturunan semua manusia. Isterinya bernama Hawa yang dicipta daripada tulang rusuk baginda. 

Mulanya tinggal di Syurga, kemudian Allah swt turunkan mereka ke Dunia.

2. Nabi Idris Alaihissalaam.

Penduduk Babil Iraq, terima 30 suhuf untuk umatnya keturunan Qabil. Orang pertama pandai menulis, membaca, ilmu falak dan jahit menjahit.
 

3. Nabi Nuh Alaihissalaam.

Allah utus baginda ke negeri Arminia. Allah swt telah menurunkan bala dengan banjir besar kepada kaumnya yang ingkar. Baginda digelar’ Najiyullah.


 4. Nabi Hud Alaihissalaam
.
Berketurunan Sam bin Nuh. Diutuskan kepada kaum ‘Ad di utara Hadhra Maut, Yaman. Allah swt 
membinasakan kaumnya yang ingkar dengan angin kencang yang sangat sejuk 8 hari 7 malam.

5. Nabi Soleh Alaihissalaam.

Berketurunan Sam bin Nuh daripada generasi ke 6. Diutuskan kepada kaum Thamut, di antara Hijaz dan Syam. Allah memusnahkan kaumnya yang ingkar dengan pekikan suara yang kuat dari langit.


 6. Nabi Ibrahim Alaihissalaam.

Juga berketurunan Sam bin Nuh. Dilahirkan di Musol, Iraq ketika pemerintahan raja Namrud. Digelar dengan ‘Khalilullah’. Seorang yang bijak dan berfikir.


7. Nabi Luth Alaihissalaam

Anak saudara Nabi Ibrahim Alaihissalaam. Diutuskan kepada penduduk negeri Sadum (Laut Mati Jordan). Allah swt menurunkan bala kepada penduduk yang derhaka dengan menurunkan hujan batu yang membinasakan mereka.


 8. Nabi Ismail Alaihissalaam.

Putera nabi Ibrahim Alaihissalaam dengan Hajar. Baginda dan ibunya orang pertama yang mendiami Mekah. Baginda membantu bapanya membina ka’bah. Digelar sebagai ‘Zabhihullah’.


9. Nabi Ishak Alaihissalaam.

Putera Nabi Ibrahim Alaihissalaam dengan Sarah. Daripadanya lahir berketurunan Bani Israel. Dimakamkan di Hibrun, Palestin.


10. Nabi Ya’kub Alaihissalaam
.
Putera Nabi Ishak Alaihissalaam. Juga dikenali dengan nama Israil (hamba Allah). Diutuskan kepada penduduk negeri Kan’an. Dikurniakan 12 orang anak lelaki, antaranya ialah Nabi Yusuf Alaihissalaam. Dimakamkan di Hibrun bersebelah bapanya.


 11. Nabi Yusuf Alaihissalaam.

Putera Nabi Ya’kub Alaihissalaam yang paling disayangi. Seorang yang sabar, tabah, pemaaf, penyayang, dan sangat menghormati orang tuanya. Keistimewaannya ialah sangat kacak, pandai mentafsir mimpi dan bijaksana.


12. Nabi Ayub Alaihissalaam.

Keturunan nabi Ishak Alaihissalaam. Di kurniakan harta yang banyak dan anak yang ramai. Seorang yang bertaqwa dan suka membantu. Diuji dengan kemusnahan harta, kematian anak dan mengidap penyakit yang berat bertahun-tahun. Baginda sabar dan mempunyai iman yang teguh.

 13. Nabi Zulkifli Alaihissalaam
Putera Nabi Ayub Alaihissalaam. Seorang nabi dan raja kepada penduduk di Dmsyik dan sekitarnya. Asal nama baginda ialah Bashar, dan maksud Zulkifli ialah bersanggupan kerana baginda banyak berpuasa di siang hari dan beribadat pada waktu malam.


 14. Nabi Syuib Alaihissalaam

Berketurunan Nabi Luth Alaihissalaam. Diutuskan ke negeri Madyan, Jordan. Kaumnya mengamalkan sikap mengurangkan timbangan dan sukatan dalam jual beli. Allah binasakan mereka dengan gempa bumi dan petir yang sangat dasyat.


15. Nabi Musa Alaihissalaam

Keturunan Nabi Ya’kub Alaihissalaam. Putera Imran, saudara Nabi Harun. Dipelihara oleh Asiah isteri Firaun. Firaun menentang dakwah Nabi Musa akibatnya mati lemas tenggelam dalam Laut Merah.


16. Nabi Harun Alaihissalaam

Saudara Nabi Musa Alaihissalaam. Seorang yang fasih berbicara merupakan teman dakwah Nabi Musa.


 17. Nabi Daud Alaihissalaam

Berketurunan Nabi Ishak. Baginda memiliki suara yang merdu, dan boleh melembutkan besi dengan tangan. Seorang yang kuat beribadat, raja yang adil dan bijaksana. Telah membina kota BaitulMaqdis bersama-sam puteranya Nabi Sulaiman


18. Nabi Sulaiman Alaihissalaam

Putera Nabi Daud. Seorang rasul dan raja yang bijaksana. Keistimewaan baginda ialah boleh memahami bahasa binatang, boleh memerintah angin dan jin. Berjaya mengislamkan ratu Balqis, kemudian berkahwin dengannya.


19. Nabi Ilyas Alaihissalaam

Keturunan Nabi Harun. Diutuskan kepada Bani Israel yang ketika itu menyembah berhala, Ba’l. Baginda berdakwah kepada mereka, tetapi gagal. Allah menurunkan bala dengan kemarau selama 3 tahun.


20. Nabi Ilyasa’ Alaihissalaam

Anak angkat Nabi Ilyas. Diutuskan kepada Bani Israel. Baginda berjaya didalam dakwahnya. Tetapi setelah baginda meninggal, Bani Israel kembali kufur. Allah menurunkan bala dengan melenyapkan segala kesenangan yang dinikmati.


21. Nabi Yunus Alaihissalaam

Diutuskan kepada kaum yang menyembah berhala di Ninawa, Iraq. Apabila mereka enggan menerima dakwahnya, baginda meninggalkan mereka dan menumpang sebuah kapal. Kapal tersebut mengalami masalah, dan baginda terpilih untuk dibuang ke dalam laut bagi mengatasi masalah kapal tersebut daripada karam. Baginda di telan ikan nun (paus).


22. Nabi Zakaria Alaihissalaam

Keturunan Nabi Sulaiman. Diutuskan kepada Bani Israel, Palestin. Baginda sentiasa berdoa supaya
dikurniakan zuriat. Pada usianya 100 tahun dan isterinya mandul, baginda dikurniakan anak yang dinamakan Yahya (hidup). Baginda juga telah membesar Maryam, ibu Nabi Isa.


23. Nabi Yahya Alaihissalaam

Putera Nabi Zakaria. Dikurniakan kepada baginda ilmu yang luas sejak kecil. Seorang yang bertaqwa, berbudi bahasa, rajin, dan tidak sombong. Mati syahid dibunuh oleh raja yang kejam demi mempertahankan hukum Allah.


24. Nabi Isa Alaihissalaam

Putera Maryam bt. Imran. Jibril telah meniupkan ruh suci ke dalam rahim ibunya. Baginda boleh bercakap ketika masih bayi. Diutuskan kepada Bani Israel, dan diberikan kitab Injil. Bani Israel yang ingkar dengan dakwahnya cuba untuk membunuh baginda, namun Allah mengangkatnya ke langit dan akan turun ke bumi untuk menegakkan kebenaran.


25. Nabi Muhammad S.A.W
.
Berketurunan Bani Ismail. Dilahirkan di kota Mekah. Di gelar ‘al-Amin’. Dilantik sebagai rasul ketika berusia 40 tahun. Merupakan nabi dan rasul yang terakhir. Baginda menerima ujian yang dasyat daripada kaum Musyrikin Mekah. Baginda wafat di kota Madinah.


Lima Nabi / Rasul yang mendapat gelaran Ulul Azmi disebabkan oleh tentangan dan ujian yang diterima lebihhebat berbanding nabi-nabi lain dalam menyampaikan agama Allah ialah:


1. Nuh Alaihissalaam

2. Ibrahim Alaihissalaam

3. Musa Alaihissalaam

4. Isa Alaihissalaam

5. Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam


Sekadar bercerita dan share, Selamat beramal ^^

Terima kasih kepada sumber

Salam sayang,
Dhiya

Mini Losyen @ Guardian


Bismillah

Item bagus untuk ruang dan bajet.
Terjumpa ni masa masuk Guardian Temerloh. Padahal masa tu nak beli air mineral je. Waktu nak bayar di kaunter, ternampak botol-botol comel ni elok je tersusun. E eh geram pula saya tengok.

Rembat tiga botol.

Saiz telefon bimbit projek tahun akhir saya tu.
Johnson's Baby Lotion Milk + Rice, 50 ml pada harga RM1.48 sebotol.
Tujuan beli- Tersangat mudah nak dibawa berjalan. Letak dalam beg tangan pun tak makan ruang yang banyak sangat.
Eh orang perempuan je yang faham betapa semua benda-benda ini perlu ada dalam beg tangan mereka. Jadi tak perlu lagi bawa losyen botol besar. Banyak lagi benda nak bawa. Bedak lah...deodoran lah...gincu lah...tisu lah...

Saya percaya ini pun sebahagian dari projek memikat suami. Bagi yang masih sendiri, inilah masa untuk meraikan diri sendiri. Hoyeah!

Salam sayang,
Dhiya

Proofreading


Bismillah

Sedang menyemak esei sahabat Korea saya. Beliau menulis empat esei sebagai salah satu requirement dalam permohonan pengajian MBA beliau di Amsterdam.
Email dari Korea
Proofreading in progress~!
Sungguh rasa tak layak.
Tapi harap pengalaman ini akan membawa saya ke Amsterdam juga.

Teringin pula nak sambung belajar ke negara jauh dari Malaysia.

Urgh~!

Salam inspirasi,
Dhiya

Masuk ke Pusat Sains Negara Secara Percuma?


Bismillah...

Yep...Percuma~
Sebab dipanggil untuk temuduga pegawai di sana. Asalnya iklan tu hanya terpapar sepi tanpa respon di laman web kampus. Tapi saya cuba je lah sebab -er...~ why not?-
Saya hantar email 24/12...Lepas tu lama tak ada jawapan. Masa tu saya fikir lantak je. Saya tak rugi apa pun. Tapi alih-alih saya dapat respon ni  pada 30/12 dan saya terus hantar resume.
Esoknya terus set tarikh.

Cis~ Hahah!

Dan rancangan pun dibuat dengan cunnya.
Dipendekkan cerita, malam temuduga tu baru saya kelam kabut nak baca apa sebab- biasalah saya memang suka last minute-~

Tapi saya yakin mesti mereka akan tanya perkara paling asas sebab saya pernah ada pengalaman temuduga agensi kerajaan macamni juga. Jadi saya baca la sikit-sikit tentang sel dan apa-apa yang berkaitan. Kadang-kadang kita rasa kita hebat sebab ada ijazah atau master dalam bidang tertentu- Fizik la, Biologi la, Kimia la...Tapi apabila ditanya benda paling asas dalam subjek tu, jawapan yang diberi adalah LUPA. Tak ke itu sangat memalukan diri sendiri~?
Terjumpa blog cikgu ni. Tumpang baca la sekejap. Rasanya monokot dan dikot ni belajar masa darjah empat.
Prokayot dan eukaryot ni saya pernah ditanya dalam temuduga. Masa tu memang tak bersedia. Total failure tau!
Yang selalu kita nampak kubah hijau Pusat Sains Negara (yang boleh bertukar warna waktu malam tu..) Ha inilah dia pandangan dari dalam.
Suasana di tempat temuduga. Temuduga dijalankan dalam pusat sumber. Seronoknya sebab ada banyak buku yang manarik. Rasa nak duduk di situ sampai petang!
Memang lama betul tak datang Pusat Sains Negara. Kali terakhir adalah semasa saya darjah 6 sempena lawatan tamat UPSR. Sedih kan?
Pusat Sains Negara ni memang saya puji sebagai salah satu pusat pendidikan sains tidak formal yang sangat membantu orang ramai mendekati ilmu Sains.
Masa saya di Dejeon dulu, ada satu tempat namanya National Science Museum yang sama fungsinya macam Pusat Sains Negara ni. Sama sangat~ Saya paling suka tengok kanak-kanak meneroka dalam tempat macamni berbanding berlari-lari dalam pusat membeli belah. Paling best, ibu bapa mereka juga sangat menyokong dan meraikan anak-akan yang datang ke National Science Museum tu.

Temuduga mengambil masa lebih kurang 2 jam untuk menghabiskan semua calon. Saya calon pertama tapi malas pula nak terus balik Pahang sebab rasa nak berehat dulu. Lagipun saya dah janji dengan lagi dua orang calon untuk berjalan-jalan ke sekitar Pusat Sains Negara sebaik selesai temuduga nanti.

"Agak-agak kene bayar tak?" Tanya kawan 1 saya
"Entah la" Saya menjawab sambil buat muka mengantuk. Ohoi. Nak memandu balik ke Pahang nih!
" Eh, kan kita dah ada dalam Pusat Sains Negara, kita turun lif ni, terus je la pergi tempat pameran. Buat apa nak keluar pergi kaunter dan bayar tiket? Kita kan dijemput" Oih bijaknya jawapan kawan 2 saya ni.

Maka selepas selesai semua calon, kami pun terus merayap ke seluruh Pusat Sains Negara dengan percuma. Ngehngeh!
Gambar dari atas
Temuduga saya berlangsung di tingkat 3. Masa ni masih belum ramai pengunjung. Lagipun hari minggu. Tapi selepas tu saya tengok ramai pelancong asing. Kanak-kanak tak ramai sebab sekarang bukan musim cuti sekolah.
Konsep pantulan cahaya pada cermin telah membuatkan lorong cermin ini sangat mengelirukan. Boleh sesat! Haha.
Piano besar. Bukan main lagi anak-anak ni melompat atas tu. Rasa nak join, tapi rasa tak patut pula kan~ Takpe nak, esok acik ada anak, akan acik bawa juga anak acik meloncat atas tu!
Taman eksplorasi kanak-kanak yang sunyi sebab semua pun baru masuk musim sekolah
Masa ni juga, Pusat Sains Negara sedang menganjurkan pameran 'Science of Fear' dan '1001 Inventions: Kegemilangan Tamadun Muslim'
Tapi kami tak masuk pun sebab kena bayar tiket yang berlainan sebanyak RM8 dan RM25 masing-masing (kalau tak silap).
Maklumat lanjut: Sini dan sini
Untuk orang yang percaya Villa Nabilla tu berpuaka, ha anda mungkin boleh tengok rasionalnya dari segi ilmu sains pula.
Yang seronoknya di sini, semua alatan dan pameran boleh disentuh, dicuba dan dikaji dengan pancaindera kita sendiri. Memang sesuai untuk merangsang stimulus anak-anak. Tapi tu lah...Pusat Sains Negara ni ada kat KL je. Terbaru ada di wilayah utara. Belum ada lagi di Pahang atau di Johor.
Is Seeing Always Believing?
Bahagian ni mengetengahkan tajuk ilusi optik. Banyak sangat benda yang kita boleh cuba

Menghala keluar, ada satu pintu gerbang yang macam kat Aquaria tu. Penuh dengan ikan. Best sangaaaaaaaat! Rasa macam hidup dalam air je :)
Sebelum saya keluar dari  Pusat Sains Negara ni, ada satu kolam ikan yang kita boleh sentuh ikan-ikan dalam tu. Nampak macam kotor, tapi saya yakin macam tulah cara terbaik nak didik anak dekat dengan kejadian Tuhan. Kalau dok main game ikan dalam tab je, kita tak tahu mereka tahu ke tak ikan tu memang wujud dalam dunia sebenar. Hahah
Kolam ni cetek je. Tapi pastinya ibu bapa kena awasi juga anak-anak.

Ok dah hampir dengan pintu keluar.
Terima kasih Pusat Sains Negara. Dapat ke tak dapat kerja tu, itu hal lain. Saya pun saja suka-suka je pergi temuduga tu sebab semester depan memang saya agak relaks sikit dan tak banyak subjek.

Tapi yang pasti, memang best sebab dapat masuk Pusat Sains Negara PERCUMA. Korang tak boleh~

Ok inilah secebis rasa keterujaan orang yang dah lebih 10 tahun tak datang Pusat Sains Negara.

Selamat meneroka!
Dhiya

Minum Petang


Bismillah...

Ooooo...duduk rumah dapatlah minum petang sedap macam ni~
Tunggu la balik kampus nanti. Sarapan-makan tengahari- minum petang- makan malam semua kau jamakkan sekali harung je.
Haha~
Semalam berpeluang ke pasar tani. Terpikat sungguh dengan satu gerai yang jual kek ni. Ramai sangat orang beratur nak beli. Pada saya, yang beratur panjang tu la yang sedap.
Jadi saya pun terlibat sekali beratur untuk membeli.
Sungguh pengaruh sosial sangat kuat di pasar tani ni.

Kek ni berharga RM2.50 sepotong dan RM6 kalau beli 3. Sebab saya ni diet super hebat, jadi saya beli 3 terus.

Bila saya rasa tadi...Hmmmmm~ Memang sedap!
Lupa pula nak ambil gambar bunting gerai mereka. Tak apa...Minggu depan boleh buat lawatan tapak sekali lagi.

Eh cop...Apa nama kek ni? Kek pelangi ye?

Salam Jumaat
Dhiya