Bismillah...
Segalanya bermula tanpa disengajakan. Ianya tercetus apabila saya melihat Kak Ru asyik menggunting sampul surat hampir setiap hari. Rupa-rupanya sejak di bekerja di situ, dia mengumpul beratus-ratus jenis setem tempatan dan luar negara. Wow!
Saya pernah juga mengumpul setem sebelum ini, tapi boleh dikatakan semuanya local based dan biasa-biasa sahaja. Tiada nilai estetika sangat. ;p
Tapi kali ini saya kembali terfikir: Peluang bekerja di sini dan sumber yang tidak putus memungkinkan saya mengumpul lebih banyak setem yang menarik. Hampir setahun, saya sudah punya beberapa koleksi istimewa dari dalam dan luar negara.
Sesiapa yang memiliki koleksi setem, jom kongsikannya!
Terima kasih Kak Ru. Walaupun kadangkala penat bergaduh dan berebut dengannya, tapi saya tahu dia seorang yang baik hati dan tidak kedekut. Hehe~!
Salam sayang,
Dhiya
mcm best je hobi ni :)
ReplyDeleteIsma, thanks. memang best. kalau dapat setem baru, rasa happy dan bersemangat nak kumpul banyak lagi dan lagi!
ReplyDeleteSETEM BOLEH DIJADIKAN PELABURAN JANGKA MASA PANJANG
ReplyDeleteSaya ade jual setem lama. Kalau nak whatsapp saya 0177374691
ReplyDeleteSekarang masih mengumpul ke dah hampir 10 tahun blog ni kan
ReplyDelete