Bismillah...
Alhamdulillah. Tahun ini sekali lagi saya berpeluang menghadirkan diri ke majlis ini. :)
Jujurnya saya langsung tidak tahu yang majlis tersebut diadakan minggu ini dan majlis perasmiannya Jumaat lepas hinggalah saya terbaca satu status Facebook junior universiti saya. Allah. Betapa saya sibuk dengan urusan dunia!
Tapi syukurlah saya tidak terlepas. Gembira bukan kepalang tatkala menjejak kaki ke dalam Dewan Merdeka PWTC untuk MTQ Antarabangsa ini.
Semoga jejak ini membuka pintu pahala dan kebaikan untuk saya di hari-hari mendatang. Amin.
Ya Allah, tsabatkanlah hatiku dengan Al Quran!
Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)- 7 Julai 2012 |
Suasana selepas selesai solat Maghrib. Tetamu sudah mula masuk dan mengambil tempat. |
Kuat betul semangat si ibu ni membawa anak kecilnya yang sangat aktif. :) Seat di belakang tu kelihatan kosong sebab masih awal... |
Cuba tengok seat di belakang tu. Sekejap je dah penuh! Tahun lepas kami datang lepas Isyak, memang tak ada tempat duduk. Huu |
Tekno Da'ie |
Ini sahaja hasil 'tembak' yang termampu. Iyalah...Majlis kerohanian seperti ini tak berapa sesuai untuk mengambil gambar sangat kecuali memang ditugaskan untuk mengambil gambar seperti press tu. Duduk di tempat hadirin, lebih baik buka Quran dan semak bacaan. :)
Alhamdulillah, puas hati sebab dapat datang awal dan solat awal, kemudian dapat tempat yang sangat strategik.
Bercadang untuk datang lagi malam esok atau malam penutup. Ya Allah, mudahkanlah!!!
Salam sayang,
Dhiya
No comments