Jam menunjukkan pukul 12:10 minit malam. Isnin sudah menjengah!
Mengejar tarikh akhir kerja-kerja yang tertunggak, menghadap satu demi satu kerenah yang pelik lagi ajaib...Kadangkala saya jatuh tersungkur kepenatan juga.
Air mata ini tak boleh ditahan-tahan jauh lagi dipujuk rayu. Rintiknya kadang-kadang menjadi gerimis dan hujan yang lebat.
Optimis diri semakin menipis. Saya sangat perlukan semangat. Di saat saya sendiri di sini, saya benar-benar rasa kehilangan. Tapi mereka semua tidak bersalah. Tuntutan tugas yang menjadikan mereka di sana, dan saya di sini. Insya Allah, kita berjumpa nanti.
Esok minggu ketiga akan bermula. Sedar tak sedar, semuanya berbaki tiga minggu lagi. Semoga selepas itu ada yang terbaik buat saya. Amin...
p/s: Siapa rindu Dhiya, sila e-mail atau SMS. Panggilan telefon kadang-kadang tak terlayan. Telefon di mana-mana pun Dhiya lupa.
caiyok2..berusahalah... ! smile always..;)
ReplyDeleteLama tak bertandang dan meninggalkan komen.
ReplyDeleteRindu keluarga ya cik Dhiya? Sabar, saya juga di perantauan, saya faham. Yang penting Allah ada di mana-mana sahaja kita berada. Kuatkan semangat!