Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur PWTC 2014


Bismillah
Saya telah berpeluang ke PWTC untuk PBAKL 2014 pada hari Jumaat lepas. Macam yang saya dah ceritakan minggu lepas, akak dan anak-anak juga datang ke KL untuk tujuan yang sama. Jadi pagi Jumaat tu saya dah bergerak ke KL untuk daftar masuk rumah tamu dan menunggu ketibaan mereka pada sebelah malamnya.

Tengahari selepas daftar masuk tu memang tak ada buat apa-apa. Jadi saya ke PWTC untuk 'pusingan pertama'. Saya tak mengambil banyak masa untuk berpusing-pusing tanpa tujuan. Saya dah senaraikan awal-awal lagi buku-buku yang saya nak beli.
Saya terus ke gerai Telaga Biru untuk mendapatkan naskah Solusi edisi lama. To my surprise, harga senaskah Solusi backdated yang agak lama hanya RM2! Masya Allah!
Malangnya kebanyakan Solusi RM2 ni dah banyak saya miliki. Jadi saya hanya beli naskah yang baharu sedikit- Itu pun pada harga yang masih boleh dikatakan murah sangat: RM5. Allahu.

Kebetulan masa saya sibuk memilih tu, Ustaz Zahazan Mohamed muncul dan membantu mempromosikan majalah Solusi dan Al-Ustaz serta buku terbaharunya di situ. Tak lama lepas tu terasa kawasan saya memilih buku terus jadi sesak dengan orang ramai yang berkumpul dan mengambil gambar ustaz. :)
Saya apa kisah- Masih memilih mana yang patut dan Alhamdulillah 'pertaruhan' saya untuk pusingan pertama ini amat berbaloi. Saya hanya habiskan sekeping BB1M di Galeri Ilmu, tapi bukunya sangat banyak. Haha!
Saya tak berlama sangat pun di PWTC pada hari Jumaat tu, sekadar mengambil kesempatan orang lelaki bersolat Jumaat sahaja. Terasa jugalah lapangnya. Huhu.
Hala balik, saya singgah di sebuah gerai yang banyak menjual Al-Quran dan saya telah membeli senaskah tafsir Al-Quran. Alhamdulillah. Hajat tercapai.
Apabila berjalan keluar dari PWTC menghala ke stesen LRT (ya, saya menaiki tren sahaja sebab susah nak mencari tempat letak kereta), baru saya perasan yang boleh tahan berat juga koleksi buku dan majalah yang saya dah borong ni. Hoo!
Sampai saja di rumah tamu, saya rasa macam nak baca semua je. Tak menang tangan- Rambang mata dibuatnya. Rasa tamak dengan diri sendiri walhal semua buku tu memang sendiri punya!

Penat, tapi rasa puas sangat!

Kepada pencinta buku, cepatlah ke PWTC. Masih berbaki beberapa hari untuk anda habiskan duit gaji anda untuk membeli buku-buku bermanfaat.

Saya pun sebenarnya sekali lagi telah ke PWTC pada hari Sabtunya, bersama akak (kali ini memang memandu) dan Insya Allah akan sekali lagi ke sana pada hari Jumaat ni. Rasanya itu kali terakhir lah kut, sebab BB1M pun dah tinggal 1 je. :p

Nikmatnya dapat beli dan baca buku!
Dhiya

1 comment

  1. Saya belum pernah lagi pergi ke Pesta Buku ini. Hajat memang nak pergi tapi sy tak dapat BR1M..huhu..takde duit

    ReplyDelete