Showing posts with label kesihatan. Show all posts

Hannan Medispa Petaling Jaya


Bismillah

This is my post-natal story, dedicated to all ladies out there.

Aku balik ke KL awal. Tak habis pantang lagi aku dah balik sebab minggu depannya ada family day company suami aku. So aku nak ikut. Hahahahah! Sila jangan kecam.
Keputusan ni telah dipersetujui oleh mak aku sebab katanya aku dah sihat. Cuma jangan lasak sangat. Suami aku pun dah berikrar dan bersumpah setia akan jaga aku dalam pantang and yes, he did.

Lepas balik dari family day tu, suami aku bawa ke Hannan Medispa PJ. Sebenarnya sebelum tu, masa mengandungkan Nuha aku pernah ada cakap aku teringin nak reward diri especially lepas bersalin nanti. Tak sangka pula dia ingat dan betul-betul bawa. I'm blessed!

Untuk first visit, aku bagitau la nak buat skin test. Daftar kat kaunter depan dan duduk kat dalam tunggu untuk jumpa doktor. Doktor yang akan buat skin test tu, dan seterusnya akan consult kita. Lepas tu barulah dia cadangkan rawatan mana yang sesuai. Doktor ni best. Bukan setakat consult tentang kulit muka, dia juga berkongsi tentang produk penjagaan kulit yang sesuai dan jenama apa yang bagus. Selebihnya kami kepoh berdua di dalam bilik tu. Doktor tu memang cool!

Doktor bagitahu yang kulit aku jenis berminyak. Doktor tunjuk juga skin analysis result yang dia buat. Boleh nampak kawasan berminyak dengan ketara di kawasan T zone. Pores % agak tinggi, dan pigmentation % pun significant. Bila aku bagitahu yang aku baru lepas bersalin, dia cakap postnatal pun menjadi sebahagian penyumbang kepada masalah kulit muka. Cuma kata doktor aku agak bernasib baik sebab aku takde jerawat. So rawatan yang dicadangkan adalah terus kepada refining treatment. Kalau orang berjerawat, mereka kena rawat dulu jerawat tu.

Selepas berbincang, aku setuju untuk ambil pakej 7 kali rawatan, selang 2 minggu. On the first day tu, aku terus mula treatment pertama. Jadual rawatan adalah seperti berikut:

22 Julai Silk peel #1
4 Ogos Carbon peel #1
19 Ogos White peel #1
10 September Silk peel #2
27 September White peel #2
7 Oktober Carbon peel #2
21 Oktober Oxydermal dan consultation

Walaupun tak exactly setiap 2 minggu, tapi jadual rawatan aku masih dalam range yang dinasihati oleh doktor.

On the last day tu, dapat jumpa doktor sekali lagi untuk buat post-treatment skin analysis. Alhamdulillah ada improvement. Rawatan ni tak jadikan aku lawa, tapi jadikan kulit muka aku lebih sihat. Malah kesannya aku dapat rasa selepas rawatan kedua. Instead of berminyak, kulit aku memang jadi kering sedikit dan dengan penggunaan pelembap yang disarankan oleh doktor, kulit aku tak lagi berminyak dan dalam masa yang sama tak lah kering.
Cuma aku tak dapat nak snap gambar muka aku sebelum dan selepas rawatan kat komputer doktor tu. Segan pulak rasanya nak minta izin dan tertonggeng-tonggeng di situ... Hahahahah!

Doktor 'ajak' aku untuk sambung treatment as a maintenance treatment. Aku cakap nantilah aku bincang dulu dengan menteri kewangaan aku. Tapi dengan layanan tahap lima bintang di situ, aku rasa memang nak je. Mereka bukan layan aku je dengan baik, suami aku yang menunggu pun tak terabai. Nuha apatah lagi. Dah jadi 'anak angkat' kat situ dan siap jadi kawan baik kepada Kinah anak doktor. Staf-staf di situ pun tak segan nak dukung Nuha ke hulu-ke hilir dan jadi dayang. Suami aku suka sangatlah sebab Nuha ada kawan, dia boleh main phone! Kahkahkah!

Servis yang diberikan pun sangat sangat sangat memuaskan. Aku banyak tukar-tukar tarikh dan masa appointment, tapi mereka tak pernah merungut atau marah. Aku terharu sangat sebab mereka sanggup tunggu timing appointment aku yang selalunya aku set petang Ahad, sedangkan masa tu dah tak ada customer lain pun. Muka senyum, peramah, funny dan cakap lembut memanjang. Aku doakan korang dapat jodoh dari Syurga. Amin!
Tengok? Ni la bukti betapa bagusnya Hannan Medispa PJ ni. Tidur mengeruh oiiih!

Minggu lepas aku bincang dengan  suami aku; Should I continue?
Dia cakap apa tau? Kalau nak continue, boleh. Tapi funding sendiri la. Abang fund untuk yang mula-mula tu je.
I was like...
Oklah. Kalau aku kena keluarkan duit sendiri, erm...macam tak je. Aku kan cheapskate. But I must thank Hannan Medispa PJ for the great service. Maaf tak dapat continue sebab Menteri Kewangan aku dah kecilkan bajet. Doakan la aku kaya raya dan boleh sign up for the best treatment. 
Juga terima kasih bagi pihak Nuha yang selalu korang dukung dan main. Kadang-kadang dengan tak malunya aku pinjam bekas nak letak air panas sebab nak panaskan susu. Loqlaq sungguh laaaaahai!

Jadi lepas ni aku hanya maintain sendiri je kulit muka aku. 4 benda asas yang aku kena ada adalah:
1. Cleanser
2. Toner
3. Moisturizer
4. Sun block.

Cleanser aku guna Cetaphil (sejak kejadian muka aku outbreak teruk sampai kena jumpa dermatologist dulu). Toner dan moisturizer, aku guna jenama Neutrogena. Moisturizer Neutrogena tu yang oil-free, combination skin. Sangat ringan dan tak terasa di atas kulit. Sun block, aku guna Hada Labo Air UV Fresh Air-Light weightless formula, SPF50/ PA +++. Ni pun best. Dalam gambar tu ada penyegar Safi. Ye aku guna Safi sekejap. Tapi lepas habis Safi, aku guna toner Netrogena sebab doktor kata kalau boleh gunalah jenama yang sama sebab ada nutrient yang tak ada dalam toner tu, mungkin ada dalam moisturizer dia . Sebab tu kena guna brand yang sama.
Demikianlah pengalaman aku dengan Hannan Medispa PJ. Antara sebab utama aku ke sini semestinyalah sebab dekat dengan rumah. Semuanya terbaik! Terima kasih sekali lagi HMPJ. Semoga terus maju jaya!

Insya Allah kalua ada rezeki, aku akan datang balik nanti. :)

Salam sayang,
Dhiya

What is Your Blood Type?


Bismillah
Mine is O+. I'm very generous but very selective :)

How about yours?

Kisah dan Pengalaman Kulit Wajah Terbakar dek kerana Krim Jerawat- 2017


Fasa 1- Bagaimana ia bermula?

Mulanya jerawat je. All this while, kalau ada jerawat, saya memang akan guna Hiruscar Post Acne 10mg. Untuk pengetahuan, saya memang dah guna Hiruscar Post Acne ni sejak tahun 2015 lagi dan sangat berkesan. Saya bukan orang yang jenis berjerawat teruk sekarang. Cuma kadang-kadang adalah dua tiga ketul yang datang melawat, randomly. Sedikit review Hiruscar Post Acne, saya memang berpuas hati dengan penggunaannya selama ini. Walaupun harganya agak mahal, (anggaran dalam RM 40++) tapi apalah sangat kalau nak dibandingkan dengan kesan positif yang saya dapat selepas menggunakan produk ni. Lagipun, kadang-kadang produk ni akan ada diskaun teruk yang boleh buat saya senyum riang. Kena selalu rajin singgah drugstore untuk tengok harga terutamanya setiap kali hujung minggu.
Masa mula-mula jadi
Saya memang pengguna setia Hiruscar! Yang kecil tu sebenarnya adalah tester yang saya dapat di booth mereka di Mid Valley dulu. Tunjuk je pek saya sendiri (yang memang selalu letak dalam beg dan bawa ke mana-mana), terus dapat banyak trial pack. Untung!
Tapi nak dijadikan cerita, Hiruscar saya habis. Pergi farmasi pun tak ada stok. Jadi saya 'pejam mata' je beli Maderma. Esoknya sapu Maderma, kulit saya terus melepuh dan menjadi kemerah-merahan! Tak cukup dengan tu, kawasan merah tu kadang-kadang gatal terutamanya kalau saya berada di luar rumah atau pejabat.  Sekejap je terus kena! Jadi saya terus berhenti sapu Maderma tu.

Fasa 2- Kulit saya mula merah dan ada kesan terbakar!

Di pejabat, kawan-kawan mula tegur. Ada yang tanya muka kena tembak minyak panas ke. Ada juga yang tanya dalam nada jenaka kena dera dengan suami ke and what so ever which make me very stressful, down, and irritated. Saya sedar yang saya sebenarnya menjadi perhatian di pejabat. Ialah, kalau tak, masakan mereka sedar perubahan pada kulit saya. Maksudnya juga saya diperhatikan jika keluar rumah.  I was sooooo stress!
Duduk dalam pendingin hawa, kurang 'panas' dan kering elok. Tapi bila kena matahari, dia mula jadi 'panas' balik dan mulalah jadi lembap.
Teman sepejabat saya, seorang ahli farmasi nasihatkan saya supaya letak alovera di tempat tu sebab saya mengadu pada dia kulit saya terasa 'panas' dan bengkak sampai saya boleh rasa pipi saya besar sebelah.
Tips membeli alovera: Jenama apa pun boleh waima jenama Guardian. Itu lebih baik dari jenama lain yang ada alkohol dan tak 100% pure alovera. Ingat: Alovera mesti 100% content dan tidak dicampur dengan bahan lain!
Tapi malangnya alovera bukan penyelesaian terbaik untuk saya. Walaupun kulit terasa sejuk dan kurang mengelupas, tapi ada macam nanah mula naik di muka. Infection has begun! Sekali lagi saya berhenti letak apa-apa di muka dan tekad berjumpa doktor (seorang GP) di tingkat 13 pejabat saya. Dia bekalkan saya dengan ubat antibiotik dan krim sapu. Sepanjang seminggu saya guna (semasa cuti raya haji), kesannya on-off. Sekejap Nampak ok, sekejap naik balik. Follow up seminggu berikutnya (selepas raya haji), saya diberi ubat lain tapi nampaknya kesan tu tak nampak sangat. Kulit di bahagian yang terjejas tu masih kadang-kadang merah, kadang-kadang nampak pudar, kadang-kadang ok, kadang-kadang terasa gatal sangat. Saya berhabis hampir RM200 untuk dua kali rawatan di GP ni.
Waktu ni saya sedang guna ubat GP. Bengkak memang surut tapi merah tu tak hilang sangat. Kejap-kejap  nampak surut, tapi kejap-kejap nampak macam jadi balik
Ni yang nampak surut. Tapi kalau dia nak jadi balik, anytime je boleh tiba-tiba jadi merah balik.
Lepas balik dari raya haji, saya perasan yang it's getting worse.
Yang ni memang worst.
Immediately after that, saya terus ke pakar!

Fasa 3- Apa rawatan lain yang saya ikhtiarkan?


Saya akhirnya 'tewas'. Saya ke Klinik Pakar Kulit Md. Noh di Jalan Tuanku Abdul Rahman Kuala Lumpur. Klinik ni dicadangkan oleh suami saya sendiri sebab katanya dia pernah ke situ untuk mendapat rawatan masa kecil dulu. (Nampak tak dah berapa lama klinik ni ada?). Kalau nak tahu, klinik ini terletak di tingkat 1 bangunan kedai berdekatan dengan Kamdar. Tiada tempat letak kereta sebab klinik ni terletak di depan jalan besar berdepan dengan pawagan Tamil Coloseium tu. Jadi kalau nak dating, datanglah naik tren.
Sampai je di klinik, daftar dan tunggu sekejap nama dipanggil. Untuk pengetahuan, klinik ni sangat 'tradisional'. Pendaftaran tak menggunakan kad pengenalan, hanya perlu isi borang dan nombor yang diberi pun atas kad saja. Pun begitu, katanya pengunjung klinik ni sangat ramai terutamanya pada hujung minggu dan proses menunggu agak mengambil masa. Tapi flow pesakit pada hari biasa agak kurang jadi tak lah lama sangat menunggu. Alhamdulillah saya menunggu tak sampai 15 minit pun.
Sebaik masuk, saya ceritalah semua masalah saya kepada doktor. Saya bawa dan tunjuk juga semua ubat yang saya guna dan yang pernah diberikan oleh GP sebelum ini.
Doktor cakap memang saya kena infection jadi doktor bekalkan ubat lain dan berhenti semua ubat GP sebelum ini.
Ubat saya: Antibiotik (tak sama dengan yang GP bagi), ubat gatal, ubat alergik, cleanser dan krim. Banyak oih!
Dikurniakan MC. Ya Allah, rasanya selama saya dalam dunia kerjaya, saya tak pernah minta MC. Inilah yang pertama dan betul-betul perlukan MC...

Waktu operasi:

Isnin , Selasa , Khamis:  9.00 pg - 5.00 ptg
(rehat: 1.00 - 2.00 ptg)
Rabu :10.30 pg- 1.00 ptg
Jumaat- tutup
Sabtu: 9.00 pg- 5.00 ptg
Ahad & Cuti Am - tutup
Tawakal Hospital - 2.30 ptg/pm - 5.00 ptg/pm

Fasa 4: Selepas lebih kurang seminggu, apa terjadi sekarang?

Alhamdulillah Klinik Pakar Kulit Md Noh menjadi asbab untuk saya sembuh hampir sepenuhnya. Merah di bahagian kulit pipi kiri saya sudah hampir hilang, tak lagi gatal dan nampak sudah kembali kepada asal. Saya bersyukur sangat.
Gambar terbaru, selepas lebih kurang seminggu ke Klinik Pakar Kulit Dr. Md. Noh
Ialah, saya ni bekerja banyak jumpa orang, sedikit sebanyak orang pandang penampilan saya- Jadi sangatlah perlu untuk saya sihat tubuh badan dan juga penampilan (walaupun tak cantik mana, hot meletop berbakar~)
Kalau muka merah bertompok, ada infection, nak jumpa orang pun jadi tak yakin. Nak bercakap pasal kesihatan pun rasa orang taknak percaya sebab kita sendiri pun nampak tak berapa sihat. Huhuhu!
Tapi setakat hari ini, Alhamdulillah sangat. I'm fully recovered, which costs me another RM255. Tak apalah. Zakat untuk diri sendiri~
Saya masih ada 3 hari lagi untk habiskan ubat alergik dan seminggu lagi untuk habiskan antibiotik. Untuk yang nak berikhtiar, cleanser yang Dr. Md Noh bekalkan kepada saya hampir sama dengan Cetaphil cleanser. Jadi kalau nak cuba sendiri, belilah Cetaphil dan cuci kulit anda guna Cetaphil tu. Mana tahu cheaper trials first work on you.

Untuk yang mempunyai masalah infection, alergik terhadap krim tertentu yang dibeli di farmasi dan menyebabkan kulit anda terbakar, cepat-cepatlah dapatkan rawatan. Kalau boleh terus jumpa pakar dan jangan 'buang duit dan masa' macam saya jumpa GP. Bukan nak cakap GP tak bagus, tapi biarlah kita pergi kepada ahlinya terus supaya dapat jimatkan kos dan cepatkan masa untuk sembuh.

Demikian sedikit sebanyak perkongsian pengalaman saya. Semoga dapat membantu merungkai persoalan orang yang pernah senasib dengan saya. I wish you get well soon and all the best!
Pengajaran: Jangan letak sebarang-sebarang bahan di muka. Saya yang beli ubat di farmasi pun boleh kena. Inikan pula yang beli krim pemutih yang ada merkuri dan macam-macam bahan kimia tu. Berhati-hatilah~

Klinik Pakar Kulit Dr. Md Noh
87, Tingkat 1, Wisma Mohd Ebrahim
Jalan Tuanku Abdul Rahman
50100 Kuala Lumpur
Sebelah Kamdar, (sekarang macam ada construction sikit) dan berdepan dengan panggung Tamil Coloseum tu.

Ikhtiar, ya!

Dhiya Dahlia

Jerebu


Mayday Wednesday!

Sudah hampir dua bulan (atau lebih rasanya) fenomena jerebu ni. Seingat saya, semasa abah berada di IJN awal September dulu,  jerebu ni baru nak melanda. Sehingga ke hari ini, saya rasa ini bukan lagi jerebu biasa-biasa. Ini memang sebuah bencana yang bukan menjejaskan satu bahagian pihak tertentu sahaja. Semua pun terjejas. SEMUA!

Dari tingkap rumah, saya tak dapat lihat apa-apa kecuali kabus. Masa duduk di Daejeon dulu pun tak macam ni- Masih boleh tengok pokok-pokok walau pada waktu pagi dalam waktu sejuk. Ini Malaysia, lebih teruk wei~!  
Paling saya tak boleh terima, media kita asyik 'pujuk' rakyat marhaen ni dengan mengatakan jerebu berada di tahap A (contohnya), tapi sebenarnya dah cecah tahap C. Get the point? Macam di PJ ni lah...Saya tak percaya IPU di sini 187 (as per this morning report). Melihatkan keadaan kabus yang teruk sampai tak nampak Lebuhraya Persekutuan dan Menara TM tu, saya yakin IPU PJ sudah cecah 200++ sampai dah bau asap.

KPM mengambil langkah yang bijak apabila memutuskan untuk tidak meneruskan sesi persekolahan untuk tiga hari dalam minggu ini akibat jerebu. Tapi yang saya tak boleh hadam adalah apabila saya jumpa adik-adik, anak-anak sekolah ini bermain basikal, bermain bola di padang malah saya pernah jumpa di IKEA (sewaktu saya ada meeting di Surian dulu). Maknanya apa? Sekolah ditutup akibat jerebu dan bimbang akan kesihatan pelajar, tapi mereka boleh enjoy cuti sekolah dengan buat perkara lain yang sama saja risiko kesihatannya :(. Kalau macam tu, lebih baiklah mereka ke sekolah. Duduk dalam kelas lebih baik dari berjalan-jalan di Mid Valley :p
Kalau nak ditimbang tara, bukan pelajar sekolah saja terdedah kepada ancaman kesihatan akibat jerebu, ramai lagi yang bekerja di luar sana yang menerima risiko yang sama, baik seorang jurutera mahupun seorang tukang sapu sampah.

Rasanya pak menteri perlu lebih protective terhadap rakyatnya. Kasihan sangat kepada orang ramai yang bekerja dan terpaksa keluar dari pejabat. Sesak nafas, sakit mata. Nak tarik nafas pun tak mampu sebab macam sedut asap.

Jadi kawan-kawan terutamanya yang tinggal atau bekerja di Lembah Klang, jagalah kesihatan kita baik-baik, ya. Saya yang duduk di rumah pun kadang-kadang lemas. Tinggi cita-cita saya untuk bercakap terus dengan pak menteri supaya dia lebih peka dan simpati dengan kesakitan rakyat. Lihat sendiri penderitaan rakyat. Tapi iyalah...Kita ini timun je. Kena gelek ke, menggelek ke- Memang kita yang binasa.

Jaga diri, kawan-kawan!

Dhiya

Petition: Stop taxing Malaysian women for their Periods!


Dear ladies,

Women should not be taxed for the purchase of sanitary products that aid in our biological need to menstruate. While the government may be fully justified to tax a host of services and products for the country's profits, this SHOULD NOT extend to feminine sanitary products that we need on a monthly basis. We should NOT be penalized for simply being born a woman. GST on sanitary products infringes on our basic rights to access sanitary aid. 
Additional costs for sanitary products also SHOULD NOT be a laughing matter, as Mr. Tiong King Sing (BN-Bintulu) recently evoked in a recent parliamentary session which poked fun at women for questioning the motion to include feminine sanitary products in the list of GST items. We feel that this is derogatory towards women everywhere in the country. 
Women sanitary product is an essential item that should not be taxed. Taxation implements a monetary discouragement that lessens the product's accessibility and affordability. It is therefore damaging to stand by a tax that restricts the public's access to basic healthcare that constrains their ability to consume products that would otherwise assist in their monthly cycles.  
This petition will run for one month from the 20th of March 2015. At the end of this period, the petition and an appeal will be submitted to the Ministry of Women, Family and Community for further action to eventually get all sanitary feminine hygiene products to the Zero GST list. 
P/S - We are not a political group. We have no affiliations with any political groups. Just Malaysian women who agrees that there should not be additional taxes towards women's sanitary products.
You can also support us on our Facebook page: https://www.facebook.com/notaxonperiods

#NoGSTforPeriods #NoTaxOnPeriods

Sign your petition HERE

Darah Wanita: Perbincangan Ulama dan Pakar Perubatan


Bismillah

Saya sekarang dalam proses menyudahkan pembacaan buku ini.
Buku ni saya beli masa Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur haritu. Sebab banyak sangat buku yang dibeli, jadi memang tak menang nak dibaca. Kena relaks dan selesaikan satu-satu. Membaca ni bukan macam menaip- Boleh buat je walaupun tak ada jiwa. Membaca ni perlukan jiwa. Kalau hati tengah serabut, memanglah tak boleh duduk nak membaca.

Insya Allah akan habiskan dengan baik. 
Ialah. Darah wanita ni memang panjang perbincangan isu Fiqh nya. Kenapa darah lelaki tak serumit ini perbincangannya?
Hm..
Pada saya, darah lelaki ni paling jelas hanya mengalir waktu jihad kerana sifat qawwam mereka. Kalau tak pulang membawa kemenangan, mereka mungkin syahid. Itulah analoginya. Insya Allah mudah.

Doakan, sedikit sebanyak saya akan kongsikan di sini nanti. Insya Allah :)

Salam sayang,
Dhiya

Air oh Air


Bismillah

Semalam rumah mak ni terputus bekalan air lebih dari 24 jam. Dulu sebenarnya lagi teruk- Pernah sampai 5-6 hari. Itu mujurlah duduk di kampung. Ada juga kolah besar buat simpanan. Kalau di bandar--- Masak!
Sejak paip di kawasan kampung ni ditukar, eloklah sedikit. Air pun dah laju. Kalau tak, dulu kan---Biha yang mandi guna shower dan saya yang tengah memasak di dapur pasti akan bergaduh berebut tekanan air!
Tak sempat nak keluarkan paip ni dari kolah. Jadi air tanah tu termasuk sikit ke dalam kolah. Jenuh la askar-askar nak membasuh~
Selepas lebih 24 jam, bekalan air pun disambung semula. Entah apa masalahnya, saya pun tak tahu. Tapi memang tiada sebarang notis.  Malangnya, air yang keluar dari paip-paip seluruh rumah bukanlah air yang bersih. Air bertanah yang dah macam air teh :( Lama juga kami biarkan agar air tanah ni keluar dan cepat digantikan dengan air bersih. Tapi dekat 30 minit juga barulah air bersih keluar. Itupun tak lama selepas tu, keluar balik air teh!
Tengok warna dia. Tak sampai hati nak mandi dengan air macamni.
Sinki dapur. Tangki simpanan dapur kami pula kebetulan tak dibersihkan lagi dengan sampah daun yang gugur. Jadi airnya pun tak boleh dibuat memasak. Terpaksalah guna air tapis yang akak ada ambil dari hospital. :(
Pagi ni, semasa nak memasak---
Air ni pula yang keluar:

Putih terlajak pula dek klorin- Siap berbau lagi.
Ayaq susu pulaaaaaak~!
Air berklorin ni ambil masa lebih dari 30 saat untuk bertukar jernih. Bau pun kuat. Terberhenti sekejap sesi memasak tadi sebab tak gamak nak guna air ni. Huhu.

Ingat tak cerita alergik yang saya alami tu? Ha...itu dah menjadi sejarah. Tapi masih menjadi ketakutan pada saya. Antara sebabnya haritu adalah air. Merana oiii~!

Take care, friends. 
Air ni keperluan, Tapi pastikan ianya bersih dan selamat digunakan :)

Salam sayang
Dhiya

Pengalaman Berterawih di Masjid Negara


Bismillah

Rabu minggu pertama Ramadhan yang lalu, saya berpeluang untuk menunaikan Solat Terawih di Masjid Negara. Ini bukan sesuatu yang baru. Zaman saya belajar di kampus lama malah sewaktu zaman saya bekerja dulu pun, inilah tempat yang paling saya suka sewaktu bulan Ramadhan.

Saya tak pernah makan makanan yang disediakan oleh pihak MN. Seawal jam 4.30 petang sebaik pulang dari kerja, saya akan singgah ke bazar dan beli makanan ala kadar. Selalunya saya akan sampai di MN seawal 5.30 atau 6.00 petang. Saya akan duduk di tepi kolam MN sambil membaca Al-Quran (Masa tu saya masih belum on the go dengan mobile FB atau IG)

Apabila azan, saya akan makan makanan saya di tepi tasik tu dan kemudiannya akan bersolat Maghrib. Selepas itu, kadang-kadang saya akan sambung makan atau membaca Al Quran sambil menunggu azan Isyak.
The routine has come back. Saya suka cara macamtu sebab waktu solat Maghrib kan singkat. Kalau kita makan di restoran-restoran, saya selalu takut saya tak sempat solat Maghrib.
Jadi bila dapat balik peluang ni, saya rasa seornok sangat. Tapi macam biasalah...MN ni memang akan sesak sampai nak letak kereta pun akan susah. Saya sendiri pun tak berani nak letak kereta di dalam sebab nanti susah nak keluar. Sekarang MN dah buat sistem baru- Jemaah 20 rakaat sahaja boleh letak kereta di dalam. Jemaah 8 letaklah di luar supaya mudah nak keluar.

All in all, saya bersyukur kerana masih diberi peluang yang mahal ini walaupun 'terpaksa' memilih untuk berada di Kuala Lumpur- Bandar yang super sesak lagi penuh dengan kepenatan. Daoakan Ramadhan saya di sini diiringi kekuatan dari Allah.

Salam sayang,
Dhiya

1 Ramadhan: Salam Hujung Minggu


Bismillah

Ahad.
Hari Ahad!
Dan hari ini adalah hari pertama bulan Ramadhan. Alhamdulillah!
Ahad adalah hari untuk malas~!

Masa zaman belajar dulu, Ahad saya memang di bilik saja. Kawan-kawan kata saya ni membosankan. Hahah! Tapi itulah, saya senang berada di bilik, mellayari internet atau bermalas-malasan atas katil sambil membaca buku.

Apabila datang zaman berkerjaya, saya mula memilih untuk menghargai diri sendiri untuk menikmati persekitaran. Selalunya saya akan memilih untuk bersantai di pusat-pusat rekreasi seperti air terjun dan pantai sambil berehat dengan rakan-rakan. Membeli belah tu agak jarang. Tapi kalau sekali ke pusat membeli belah, memang saya akan beli sesuatu.

Sekarang, hujung minggu saya kembali bersendirian. Saya gembira begitu. Bukan kerana tak ada kawan atau apa. Kadang-kadang kalau ada event yang menarik macam pesta buku, pesta bunga macam di Putrajaya tu ke...saya akan cuba pergi untuk dapatkan exposure, pengalaman dan ambil angin luar. Bukan untuk socialize sangat.

Enjoy and appreciate our weekend to the max especially for those who have families. They are more precious than others.

Tak dilupakan, selamat menyambut bulan Ramadhan! Mari gandakan ibadah :)

Salam sayang,
Dhiya

Asah Minda: Ikut Urutan


Assalamualaikum...

Kawan-kawan yang belum mula kerja tapi dah ada depan komputer dan sedang baca DDD, nah- Saya hadiahkan sarapan pagi berupa permainan minda.
Pensel tu ada nombor kan...Jadi marilah kita cuba pick pensel ni ikut urutan eh. Sangat membantu mengasah otak dan kadar fokus. Saya dah cuba!

Bersemangat!
Dhiya

Terima Kasih Nestle Nestum!


Bismillah

Terima kasih Nestle NESTUM yang telah sudi menghantarkan pek percubaan Nestle NESTUM 3 in 1 kepada sayaaaaaa!
Sebenarnya pek ini dah lama dihantar. Rasanya dalam 3 minggu lepas lagi. Sebelum tu memang ada seorang kakitangan Nestle mungkin dari bahagian pemasaran dah menelefon saya dan minta saya sahkan alamat.
Kebetulan saya ada balik ke Pahang sekejap minggu lepas. Maka dapatlah saya buka bungkusan tu dengan rasa gembira.
Pek percubaan Nestle NESTUM 3 in 1 ni ada 8 paket kecil di dalamnya. Memang cukuplah untuk 1 minggu percubaan. 

Untuk pengetahuan, saya memang amalkan pengambilan bijirin susu pada waktu pagi. Saya tak lalu makan makanan berat macam nasi lemak atau roti canai sebagai sarapan pagi. Mula-mula cuba bijirin NESTUM 3 in 1 ni, saya dapat rasakan ianya sangat sesuai dengan perut. Permulaan pagi saya sangat bertenaga dan dapat buat kerja dengan baik. NESTUM 3 in 1 bagi saya cukup tenaga untuk sampai ke lunch hour.
Untuk pengetahuan, saya menerima tawaran pek percubaan ni setelah mengisi maklumat peribadi di iklan promosi Nestle yang ada di blog DDD. Memang puas hati. Terima kasih juga Nestle sebab sudi pilih Blog Dari Diri Dhiya dan memberikan saya pek percubaan yang sangat best ini!

Terima kasih,
Dhiya

Betul kan? Memang Macamtu~


Saya yakin, anda sekarang sedang berfikir perkara yang sama dengan apa yang saya fikirkan
Rasanya...
Kaum lelaki memang macam tu.

Entah.
Kot~

Dhiya

Amalan Ibu Imam Al-Ghazali Ketika Menyusukannya


Bismillah

Perkongsian baik akan memberikan faedah. Insya Allah.
I'm not yet a mother, but soon to be :)
Semua ibu bapa pun berkehendakkan anak yang soleh. Usaha sekecil ini barangkali akan dinilai Allah sebagai salah satu usaha untuk melahirkan khalifah hebat.

Insya Allah ingatan untuk saya juga.

Salam sayang
Dhiya

Sushi King: Tempat Berlatih Guna Chop Stick


Bismillah

Teringat lagi dulu--
Sebelum terbang ke Korea, saya berlatih makan pakai chop stick di Sushi Kinglah!

Kalau dikenangkan balik, memang kesian sangat. Saya memang tak reti langsung pegang chop stick ni dari dulu lagi. Bukan setakat tak reti, malah tak minat pun nak belajar sebab tengok pun dah tahu susah bukan main nak makan guna benda alah tu!

Sekali Allah 'uji' dengan peluang hidup di negara yang memang makan guna chop stick. Masa tu tepuk dahi jugalah.
Tapi Elis ni punya la nak tengok saya ni survive, dia bawa saya ke Sushi King dan di situlah tabir kelemahan saya dalam menggunakan chop stick tersingkap. Sungguh, nak suap satu ketul sushi pun terasa payah sangat. Ada sekali tu saya dah macam putus asa, saya cucuk sushi tu dengan batang buluh yang dijadikan chop stick dan saya terus suap dalam mulut.
Orang tengok ke, nak gelak ke- Lantak!
Itu baru makan benda berketul- Kalau makan mee nampaknya saya terpaksa berlaparlah~

Memang
Sebelum saya ke Korea, saya ada beli chop stick khas untuk saya sendiri dan satu set sudu dan garfu (sebagai back-up). Chop stick yang saya beli tu, hari-hari saya pegang dan belajar kepit barang. Kadang-kadang dalam kereta pun saya berlatih.  Sedih kan? Nak gelak pun tak apa. Saya tak kisah.

Tapi apabila saya sampai di Korea, baru saya tahu yang chop stick mereka sebenarnya totally berbeza dengan chop stick yang biasa ada di Malaysia dan digunakan oleh kaum Cina. Tak percaya? Sila Google sekarang atau boleh tengok gambar di bawah.
Chop stick di sini agak ringan dan lebih licin. Di hujungnya sedikit leper dan ada beberapa urat alur untuk 'memegang' makanan supaya tidak jatuh. Uniknya lagi, chop stick di sini mesti dipasangkan dengan sudu. Mula-mula sampai, memang susah nak makan. Saya dengan muka tak malu akan keluarkan set sudu dan garfu saya. Tapi lama-lama pandai juga. Itu pun masih terkial-kial dan selalu jadi orang terakhir siap makan.

<Tak nak ingat dah~>

Pengalaman indah sangat,
Dhiya Dahlia

Kasut Baru yang Lebih Ergonomik


Bismillah

Nama pun kasut. Jadi tempatnya memang di bawah.

Rasanya ramai kawan saya yang maklum- Saya memang susah nak dapatkan kasut. Bukan sebab kaki saya terlampau besar atau terlampau kecil, tetapi kerana masalah kontur dan tulang.
Yep, saya masih boleh berjalan dan berlari seperti orang normal, cumanya saya ada masalah dalaman. Jangan ingat saya seorang manusia yang sempurna tau. Semua orang pun ada kelemahan masing-masing, tapi Allah ada anugerahkan kita kelebihan di mana-mana.

Berbalik kepada masalah saya ni, saya pernah ditawarkan rawatan di PPUM semasa saya belajar dahulu, tapi saya menolak sebab masa tu saya dalam tahun akhir dan komitmen sangatlah tinggi. Jadi saya tak mahu tanggung risiko.
Sampailah ke hari ini, saya terpaksa menerima hakikat yang saya susah untuk mendapatkan kasut yang sesuai dengan kaki dan cantik di mata- Dalam masa yang sama.

Baru-baru ni, saya terjumpa kasut ni. Cantik pada mata saya :) Apabila dipakai dan dibawa melangkah pun rasa selesa. Nah apa lagi- Saya teruslah beli! Lagi bagus sebab harganya cuma RM20. Senyum meleretlah saya dapat kasut baru. Kalau boleh masa tu juga nak pakai terus. Hahah!
Kasut murah je, tapi insole dia sangat sedap dan selesa serta 'kena' dengan tapak kaki saya.
Saya berazam sebaik saya kembali bekerja nanti, saya ingin menggunakan konsultansi doktor pakar tentang masalah saya ini. Kalau perlu reconstructive operation pun, saya tidak menolak. Ini bukan sebab nak cantik je, tapi soal keselesaan dan faktor ergonomik tulang saya juga. Insya Allah...
Doakan.
Atau ada di kalangan pembaca saya merupakan doktor, boleh email dan perkenalkan diri anda di diahalida@gmail.com.

Salam sayang,
Dhiya

Doa Pada Waktu Pagi


Bismillah

Selamat hari Isnin!
Tolak jauh-jauh Monday blues tu dan mulakan hari kita dengan bersemangat.
Saya doakan anda semua mendapat keberkatan pagi, dimurahkan rezeki dan dilorongkan dengan jalan yang mudah di sepanjang hari.

Mohon doakan juga perjalanan Master saya dimudahkan, ya :)

Salam sayang,
Dhiya

Kawan Baru: Rosken Skin Repair


Bismillah

Baru-baru ni, saya 'terlepas tali' dan dapat ke Jusco terdekat. Hahaha! Alahaila bukan beli apa pun. Saja berjalan. Sejak berhenti kerja ni, simpanan saya memang dicatu. Jadi memang dah tak ada istilah membeli belah kasut sepasang sebulan atau baju 2-3 pasang sebagai reward kepada diri sendiri. No and big no. 
Tak apa.
Apa ada hal.
Nanti dah kerja balik, Allah akan gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Amin. Insya Allah.

Tapi dalam pada dok berdisiplin tu, saya tersangkut juga dengan Rosken Skin Repair dari Guardian ni ha. Eh tapi yang ni tak apa. Untuk kebaikan diri. Tak dikira sebagai membazir amalan Syaiton~
Saya pernah tulis di sini dulu yang saya mengalami alahan kulit yang teruk. Keadaan semakin melarat semasa saya di Korea sebab cuaca di sana sejuk dan kering. Setelah pelbagai ubat, usaha dan ikhtiar yang saya dah cuba. Setelah beberapa bulan, saya pulih. Tapi memang agak 'fobia' juga.

Sejak tu baru saya perasan yang kulit saya sangat sensitif. Masa tu juga yang saya baru perasan ada beberapa jenis makanan laut yang saya alah. Saya sangat teliti dalam menjaga kulit. Kalau dulu rasa dah cukup dengan losyen yang biasa-biasa, sekarang siap cari resepi home based food and skin spa dan losyen-losyen yang berkhasiat untuk kulit.
(Ini kalau bakal mertua tahu ni, mesti dia ingat aku high maintenance punya anak gadis. Hahah~!)
Rosken ni antara yang saya percaya dan ok. Setakat yang saya guna, kesannya agak positif dan sangat serasi dengan kulit saya. Losyen ni cepat meresap dan terasa kulit lebih lembut dan tak ada masalah kalau lepas sapu, kemudian terus pakai stokin.
Boleh dapatkan di Guardian pada harga RM 26.90. Bau dia pun wangi. Sukaaaa!
Rosken High Potency Vitamin E Cream- is an emollient-rich, deep moisturizing and healing cream, specially formulated with high potency Vitamin E, and enriched with Cocoa Butter and Shea Butter. It helps to protect against the visible signs of ageing by assisting in healing dry, dehydrated and damaged skin.  The natural antioxidant and nourishing properties of Vitamin E, Cocoa and Shea Butter help to fight free radicals helping to protect cell membrane and improve skin elasticity. It also can assist in promoting cell regeneration in scar tissue caused by sunburn and stretch mark, minimizing the appearance  of scars and cell damage.
(Malas nak translate punya pasal)

Memang agak susah untuk recover balik. Tapi setakat ni memang dah elok la, cuma nak terus elok dan elak situasi yang sama berlaku lagi. Apabila dah tahu yang kulit saya memang sensitif, maka mulalah belajar untuk lebih berhati-hati.
Kepada rakan-rakan yang ada masalah yang sama, bolehlah cuba Rosken Skin Repair ni. Jangan bimbang, saya review ni bukan sebab dapat payment ke apa. Saya review barang yang saya guna, dan berkesan pada saya. Siapa tahu bagus juga untuk anda.

Salam sayang,
Dhiya

Kerja Lebih Masa Rosakkan Jantung


Bismillah

Kakak abang yang sedang bekerja tu, nanti sampai waktu balik- Baliklah
Kakak abang yang khusyuk bekerja sampai tak sedar jam dah cecah pukul 5.30 petang lebih tu- Baliklah sekarang

Kerja lebih masa boleh rosakkan jantung!
 Lagipun
Kita bekerja untuk hidup
Hidup untuk Allah
Banyak lagi kerja khalifah yang kita boleh buat selain kerja-kerja pejabat ni
Mana tahu kut-kut boleh berjemaah dengan keluarga
Bukankah itu lebih indah?

Kerja di pejabat tu
Memang tak akan siap
Memang sentiasa ada

Tapi dengan syarat
Masa bekerja-
Bekerjalah dengan fokus
Jangan tengok drama, layan FB, bersembang atau uruskan perniagaan online

Kunci keberkatan
Kita yang pilih untuk pegang atau buang
Supaya cukup bulan
Dapat gaji
Sentiasa cukup
Itu petanda berkat

Berdasarkan pengalaman saya-

Waktu bekerja: 9 pagi- 5.30 petang.
Pukul 8 pagi, saya dah terpacak di ruang kerja saya, sarapan dan baca surat khabar siap-siap. Tepat jam 9 pagi- Mula bekerja dan bersikap profesional. 
Dulu, committee ada simpan nombor telefon peribadi saya. Kadang-kadang ada la seorang dua yang tak ada common sense tu akan call saya seawal jam 7 pagi. Ada masa saya masih di rumah bersiap-siap ke pejabat. Masa tu saya lurus bendul- Jawab panggilan telefon mereka. 
Sama juga waktu habis kerja. Ada seorang committee ni suka sangat request macam-macam pada pukul 5.30 petang. Kadang-kadang saya dah galas beg pun. Geram. Tapi sekali lagi, masa tu saya lurus bendul- Duduk balik dan lunaskan permintaannya.

Lama-lama saya fikir- Saya ni dah macam kuli yang bekerja tak tentu masa. Privasi saya tidak dihormati. Kurang 6 bulan, saya bertegas dengan semua orang di sekeliling saya. Saya tidak lagi melayan panggilan telefon dari mereka yang masuk ke nombor peribadi sebelum 9 pagi dan selepas 5.30 petang.
Saya balik tepat jam 5.30 petang walaupun saya tahu, Jane cakap saya tak bagus sebab selalu balik awal.
Pada saya-
Balik awal, kerja tak ada yang tertangguh- Itu tandanya efisyen.
Yang duduk lama depan komputer sampai pukul 8 malam tu belum tentu lagi buat kerja.
Sebab apa saya berani cakap?
Anak buah kesayangan dia sendiri kantoi dengan saya- blog walking dan FB semasa bekerja. Nak kata apa?

Stress tulah yang menyebabkan risiko sakit jantung.
Lebih baik balik awal, solat Asar dan jalan-jalan di Tasik Perdana sementara tunggu azan Maghrib. Itu lebih sihat~

Baliklah.
Kalau nak tunggu kerja siap
Memang tak akan siap
Sampai mati (maaf cakap) pun
Tak akan selesai
Akan ada orang baru ganti dan sambung kerja tu.

Betul tak?

Dah pukul 5.30 petang ni.
Pergi balik!
Oh...Siapa yang baca entri ni dalam waktu bekerja, lebih baik ganti dulu masa tu. Baru boleh balik ke rumah dengan aman.

Ingat.
Berkat.
Sihat.
Kongsi nasihat.
Maaf.

Salam sayang,
Dhiya

Spa Kaki Guna Bio Oil


Bismillah

Hari ni berhajat nak off-topic dan nak kongsikan tips yang saya sendiri amalkan.

SPA KAKI GUNA BIO OIL!

Dulu, macam yang saya pernah cerita- Saya mengalami alahan kulit kaki yang agak teruk. Macam-macam cara jugalah saya ikhtiarkan. Sekarang dah semakin baik Alhamdulillah.

Salah satu rutin yang saya amalkan dan terasa keberkesanannya adalah merendamkan kaki dalam air suam yang dicampurkan dengan beberapa titis Bio Oil.
Caranya sangat mudah. Tinggal lagi nak ke tak nak. Memandangkan saya tinggal sendiri dalam private room,  saya tak ada masalah untuk melakukannya.

Caranya:
[1] Campurkan air panas dengan air sejuk untuk mendapatkan suhu sederhana ke dalam baldi atau besen (bergantung kepada keselesaan anda. Jangan rendam kaki dalam air panas menggelegak tu~)
[2] Masukkan beberapa titisan Bio Oil ke dalam air suam tadi
[3] Kacau supaya minyak tadi sekata dengan air suam
[4] Masukkan kaki (saya buat bancuhan sampai paras buku lali sahaja)

Tak ada yang istimewa sangat pun tips saya ni. Tapi hasilnya, saya dapat rasakan yang kulit kaki semakin lembut dan bersih.

Jadi apa lagi. Pergilah pinjam baldi kawan dan praktiskannya sekurang-kurangnya dua kali seminggu.
Lepas dah rasa kesannya, jangan letak gambar kaki anda dalam blog pula. Just enjoy it!

Salam sayang,
Dhiya

Sarapan


Bismillah

Sarapan yang paling mudah. Malas rasanya nak ke kafe untuk mendapatkan makanan berat. Jam 11 nanti ada kelas. Boleh beli makanan tengahari sekali harung~

Matahari menyinar panas sangat sejak kebelakangan ni. Kalau keluar sekejap pun terasa sangat meruap-ruapnya. Kena banyak minum air putih.

Tapi,
Satu Malaysia masih mendung.
Menanti sesuatu yang masih tiada berita.
Sakit rupanya...

Teruskan berdoa
MH370

Penuh Harapan,
Dhiya