Assalamualaikum, semua!
Pernah tak- Kita duduk dan cuba buat kira-kira macamni?
Memang baru kita akan perasan yang kos sara hidup orang Malaysia terutamanya yang tinggal di bandar adalah sangat tinggi. Semua yang kita belanjakan tu pun sebenarnya bukanlah kehendak tapi hampir kesemuanya adalah keperluan.
Vary sad Malaysia!
Sebab tu bos saya terkejut semasa saya buat keputusan berhenti kerja dahulu. Pada dia, di saat ramai orang tak mahu tinggalkan kerja dan gaji yang bagus, saya boleh buat keputusan yang melawan arus. Pada saya, misi melanjutkan pengajian itu akan lebih menjanjikan sesuatu yang baik dan saya lebih sanggup tinggalkan dia yang berperangai pilih kasih tu daripada terus-terusan sakit jiwa.
Berbalik kepada isu kos sara hidup- Saya geram juga kadang-kadang kos kuih karipap seketul pun naik walaupun tepung 1kg naik baru 20 sen. Sejak kebelakangan ni memang saya dah jarang ke pasar malam membeli makanan. Elis pun pernah terkena- Nasi campur, lauk biasa- Belum masuk air- Boleh kena RM7. Ayam seketul je dah RM4. Harganya melampau dan memang dah tak masuk akal.
Itu belum masuk lagi kos petrol, tol dan penyelenggaraan kereta. Haih (mengeluh)...
Insya Allah macam saya cakap dulu, walaupun saya berhenti kerja- Rezeki Allah masih luas untuk hambaNya yang berjuang. Insya Allah saya sangat sangat yakin bahawa Allah yang berkuasa memberi rezeki. Berbalik kepada cukup atau tidak, kadangkala kita kena duduk dan fikir pula soal keberkatan.
Perjuangan saya ini adalah untuk orang-orang di sekeliling saya yang banyak memberi sokongan moral dan kasih sayang. Kejayaan saya adalah kejayaan mereka. :) Insya Allah doakan ada rezeki yang lebih baik untuk saya sebaik tamat pengajian ini.
Salam Mujahadah
Dhiya
No comments