Bismillah
(Mari baca entri ini tanpa rasa dukacita)
Alhamdulillah.
Temuduga telah diadakan minggu lepas. Tak sangka pula keputusan diumumkan selang seminggu sahaja walhal dalam surat panggilan temuduga tempoh hari menyatakan bahawa keputusan hanya boleh diketahui seawal pertengahan bulan Jun.
Seperti yang ditebak, saya masih belum ada rezeki untuk menjejakkan kaki ke sektor kerajaan. Allah Maha Tahu rezeki saya masih di sini untuk menghabiskan juga pengajian setelah sekali tangguh kerana berkursus di Korea dulu.
Hey jangan bimbang. Saya tak bersedih pun. Saya anggap peluang temuduga itu sebagai nilai tambah kepada pengalaman peribadi saya. Soal dapat atau tidak- Saya sudah lama pesan dalam diri: Itu bukan perkara utama. Kalau dapat Alhamdulillah. Tapi saya perlu fikirkan pula komitmen pengajian. Mungkin perlu tangguh belajar atau lapor diri ke sektor kerajaan. Kalau tak dapat pun tak ada cela. Saya masih dalam pengajian dan saya yakin banyak lagi peluang yang akan datang nanti dengan kelulusan yang setingkat lebih dari ijazah sarjana muda kelak (Insya Allah)
Terima kasih rakan-rakan yang mendoakan. Terima kasih juga kepada rakan-rakan maya di blog ini yang banyak memberi respon dan berkongsi pengalaman. Kepada yang berjaya- Tahniah. Kepada yang senasib dengan saya- Enjoy! Ini bukan penamat hidup. Allah ciptakan banyak ruang dan peluang untuk hambaNya terus menjadi Khalifah dan terus menyumbang. Jangan nangis k~ Huhuhu.
Selamat berhujung minggu!
Salam sayang,
Dhiya
Assalamualaikum Dhiya...
ReplyDeleteSaya sangat mengagumi sikap optimistik awak dalam hal ni. Saya pun fikir macam tu mungkin rezeki kita ada di lapangan yang lain. Saya terpaksalah menunggu sehingga dipanggil sampai entah bila. Mungkin latar belakang akademik yang tinggi membuatkan para panel menganggap 'academician' lebih cerah prospeknya untuk awak. Pensyarah di ipta juga sebahagian daripada kerajaan. Harapan saya untuk melihat kertas kerja awak untuk dibentangkan di arena antarabangsa (inilah impian saya tapi banyak betul cabarannya). Awak pula sudah selangkah ke hadapan untuk menamatkan sarjana! Selamat maju jaya dan terima kasih kerana membuat post tentang N41 ye ;)