Grrr~


Entah

Tak tahu nak marah pada siapa.

Tapi isu pembentangan solo saya yang tiba-tiba menjadi berkumpulan- Dan adik tu dengan sesedap yakin je untuk 'tumpang' slide peribadi yang saya dah siapkan untuk diri saya- Sangat membuatkan saya rasa tak adil.
Tadi saya kuatkan semangat untuk menelefon Prof. Saya nak minta kumpulan bertiga ni dipecahkan kepada 2+1 dan saya nak jadi yang 1 tu. Memang la nampak sedikit pentingkan diri. Tapi maaf cakap, saya tak berapa yakin dengan 2 lagi ahli kumpulan tu. Kalau dilihat pada laporan SMP, yang seorang tu ambil 7 subjek, dan seorang lagi tu ada 5 subjek dalam semester ni. Saya beritahu Prof. saya tak ada banyak pilihan untuk subjek ni. Saya dah expect to be a lone survivor sebab saya seorang sahaja yang daftar subjek ni dari Program TT. Jadi saya dah siapkan semua sejak dari awal lagi.
Prof. macam tak setuju dengan keputusan saya. Dia minta juga saya bekerjasama dengan mereka berdua untuk tajuk tu. Mengenangkan saya tak nampak bila boleh jumpa dan duduk berbincang dengan mereka, saya merayu juga pada Prof. supaya permintaan saya ditunaikan.

 "Boleh. Tapi 10 minit sahaja. Kalau pembentangan solo awak tak mencapai objektif dalam tempoh 10 minit tu- Saya tak dapat tolong, D."

Saya sahut cabaran pilihan saya sendiri.
Pada saya, kita tak boleh selamanya berada dalam zon selesa i.e zon bergantung kepada orang dalam semua aspek. Saya terpaksa berkata TIDAK pada sikap adik tu yang nampak selesa apabila saya beritahu yang everything is ready. Saya nak buktikan kepada dia dan semua- Termasuklah Prof, yang semua persediaan itu adalah atas inisiatif saya dan tidak boleh difaedahkan kepada orang lain begitu sahaja tanpa menyumbang usaha walau sepicing.

Saya tekad. 10 minit tu saya akan gunakan sebaik mungkin untuk A saya punya! Kalau tak, sia-sialah saya ke PD semata-mata untuk membuat kajian mendalam dalam kajian ini. Lagipun, subjek ini adalah subjek elektif. Saya akan buktikan saya boleh buat.

Semangat,
Dhiya

2 comments