Hey, Y2021 is Hard!


Bismillah

It's May 2021 and this is my first ever entry of the year. I feel sorry of myself, for not be able to write something here quite sometime. I do want, but I have so many things in my hands which I can't juggle it all together.

Assalamualaikum.

Korang ingat lagi ke aku? Ye lah. Semua dah fully divert ke FB, IG, Tweeter lah macam-macam platform lagi. Blogger ni laku ke tak kan~

Takpelah. Aku akan tetap menulis kat sini kalau ada peluang sebab aku suka platform ni, dan aku suka menjadi Dhiya dalam blog. Aku ada FB tapi aku tak minat nak tulis panjang-panjang kat sana sebab FB ada budaya condemn, kecam dan holier than thou.

So yea how's the beginning of your Y2021? 

Mine was full, heavy and hard.

Bukan negative, but those are the best words to describe the situation. Jan aku bermula dengan cycle meeting di rumah. Masa tu kerajaan baru execute MCO 2.0. So again, it's through Zoom dan macam yang aku cakap sebelum ni, virtual meeting sangat memenatkan. Itu baru meeting 4 hari. Kau tak tahu lagi macam mana aku struggle sebulan sebelum tu untuk prepare agenda, jadual, grouping, materials and macam-macam lagi persediaan pre-cycle meeting. 
Penat

Habis je cycle meeting, bos buat gerak gempur untuk satu key selling product kami yang kebetulan bawah aku. So tak sempat hilang penat cycle meeting, terus sambung dengan gerak gempur tu yang berpanjangan sampai awal bulan 3. 
AL satu pun tak sempat ambil while HR dah bagi notis untuk semua staff habiskan carried forward leave by end of Q1. Tahi kan? Tahi sangat! Dah la time-time MCO, orang bukan boleh nak pergi mana pun. Yang kau dok paksa-paksa orang habiskan cuti dah kenapa? Tau la ada je company yang buat macam tu, tapi boleh je kan korang be considerate dengan situasi sekarang and no need to do that? Annoying sungguh!

April, when government announce full force working, aku dah start masuk office. Masa tu Ramadhan and HR bagi 24H notice and guideline je untuk masuk. Again, tahi. Inconsiderate. Tapi aku turutkan aje sebab memang tanggungjawab dan memang aku looking forward nak masuk office pun sebab banyak kerja nak buat tapi deorang bukan main belagak macam hey we've got our function back! Hahahaha such a low lever worker, bak kata HOD aku. Macam pengawas sekolah~

Hujung May, aku kena HSO sebab jadi close contact category C and tbh, sepanjang May, sekali je aku masuk office, 2 days before raya sebab MCO continued and HR back to WFH policy until today. Haih...sama pening dah deorang ni macam menteri-menteri pasola. Pusing sana sini, U-turn sesuka hati. Looking at the situation nowadays, aku tak tahulah samada aku akan terus WFH atau alternate. I have no idea at all sebab we can't predict the future. Setahun Covid-19, aku dah kena 3 kali HSO sebab close contact. Tak bangga ok.

Sekarang pun aku dah work on 2nd cycle meeting agenda. Cepat kan? Pejam celik dah nak masuk Q3. Tbh, aku tak dapat nak kejar semua KPI aku sekarang. I'm so exhausted for unknown reason but surely sebab mental koyak lah. Aku dah 6 bulan tak balik Pahang. I miss my parents damn hard. They are my booster in anything I do. Balik kampung is like a refresh for me. So kau bayangkanlah berapa lama aku dah tak refresh ni?

There are so many things for me to talk about. Tapi aku tak mampu nak menyotong semua benda dalam satu masa takut kena depression. One step at one time ya?
Doakan la aku terus istiqamah menulis di sini. This is my so-called happy pill (read=field) and I always thinking about this blog.

Pen off, 

Dhiya Dahlia
21 May 2021

What Happen Recently


Bismillah

Mari undur ke belakang sedikit. Ada beberapa cerita yang aku rasa perlu masuk dalam life event aku ni.

28 September 
Isnin

Aku dan F ambil AL sebab nak uruskan insurans kami anak beranak. Kebetulan semalamnya baru balik dari Pahang jadi macam malas je nak ribut-ribut datang kerja. AL aku pun banyak so siapa nak marah kan?
Kami ke Coffee Bean berjumpa dengan Abang A, our official 'abang' yang akan uruskan insurans kami. From now on, he will be 'taking care' of us, in case anything happen in terms of insurance coverage. Cerita insurans kami sekeluarga ni rasanya macam kena ada entri lain sebab panjang sangat. tapi overall, kami dah selamat ambil perlindungan insurans (medical dan hibah) walaupun agak lambat. 
Masa tengah-tengah berbincang dengan Abang A, aku terima email dari HR, bagitau yang department aku diarahkan untuk menjalani HSO di rumah berkuatkuasa harini juga sebab nak sanitize ofiice kononnya. Masa tu aku dah berderau. 
Ye, aku tau apa yang berlaku sebenarnya. Colleague aku ada sorang baru balik dari Sabah, masa tu tengah ligat kempen PRN Sabah dan dia tak kuarantin. Masa tu tak wajib lagi untuk self quarantin tapi HOD aku offer dia suruh WFH. Tapi colleague aku ni tah macam mana degil ke, workaholic ke - Dia datang juga ke pejabat dan kerja macam biasa. Aku siap sindir-sindir dia; "Wei, HOD punyalah baik, suruh hang WFH, duduk jelah rumah. Awat yang mai jugak pejabat" Tapi dia buat dek je. Aku nak report to HR tapi macam mana tah jadi lupa and benda tu tak terjadi pun.
Aku tak tahu macam mana HR boleh tahu sampai mereka keluarkan arahan tu kepada seluruh ahli department kami berkuatkuasa serta merta. Colleague aku tu diarahkan untuk menjalani ujian Covid-19 dan kami yang lain kena self-quarantine di rumah sementara menunggu hasil ujian.
Tapi self-quarantine gaya aku macam mana wei~ Aku ada anak, suami. Duduk serumah. Dah la baru balik dari hometown.  HOD aku ada ayah dah tua. Yang lain lain pun ada je family members yang lain serumah. Kan ke dah big problem kat situ.
Aku call HOD aku, tanya- aku pun kena buat test ke. HOD aku cakap tak payah sehingga kita semua tahu result colleague kami tu and yes, penantian itu suatu penyiksaan.
Tapi mujurlah tak lama- esoknya dia share kat group kami yang dia negative. Tapi aku masih geram sebab dia, orang lain terbabit sama.

12 Oktober
Isnin

Sepatutnya aku masuk ofis balik selepas 14 hari HSO. Tapi aku ambil AL sebab macam risau kes di Selangor naik banyak sangat, plus ada satu kluster tu memang 2 lorong je dari orong rumah aku. Nama kluster tu pun nama tempat tinggal kami. HOD dan ada sorang Budak HR tanya khabar aku, sebab deorang tahu aku duduk situ. So aku tak hantar Nuha sebab nak kurangkan pergerakan. 

On this date juga, government umumkan CMCO ke atas Selangor, WPKL dan Putrajaya bermula 14 Oktober - 27 Oktober.

13 Oktober
Selasa

Apa je pilihan yang aku ada. Aku dan F pergi kerja macam biasa, hantar Nuha ke rumah pengasuh. Matlamat aku ke ofis hari tu adalah antara lain untuk bercakap dengan HOD aku, untuk benarkan aku bekerja dari rumah sekali lagi. 
Sebelum aku apply, aku menunggu-nunggu latest circular from HR regarding on CMCO. Yelah, kut dapat WFH ke, alternate day ke, or anything la kan. Tapi nan hado. Yang ada cumalah circular mengatakan (aku rephrase ye) 'hey government tak keluarkan apa-apa SOP pun untuk CMCO ni, so kau orang kena kerja macam biasa'
Aku frust. Padahal ada je tertulis dalam arahan kerjaan tu, pekerja DIGALAKKAN untuk bekerja dari rumah. But it's okay. Aku memang dah ada niat pun nak apply WFH sebab aku ada kekangan aku sendiri.
Kebetulan aku dapat satu surat pekeliling dari JKM mengatakan taska juga ditutup. So tekadlah aku untuk memohon bekerja dari rumah. HOD approve, tu pun aku mintak WFH bermula 16 Oktober, Jumaat. Bukan immediate pun.

14 Oktober
Rabu

F bekerja di rumah sambil mengasuh Nuha. Aku masih bekerja. 

15 Oktober
Khamis

Aku WFH sebab HR ada keluarkan arahan begitu. Katanya nak sanitize ofis. Berapa kali dia nak sanitize ofis, aku tak taulah. Malas nak masuk campur hal kerja deorang. Kang cakap tak efisyen, sentap pulak. Lantak kau sana~

16 Oktober
Jumaat

Aku WFH, berkitai dengan anak. Seriously juggling between so many things are not as easy as you think. Tak, aku tak merungut. This are the thing that I really want to experience long time ago. 
At the same day, aku dapat another pekeliling from HR saying that we are all allowed to work from home alternately. Kalau haritu deorang keluarkan circular ni awal-awal kan sedap hati membacanya. Ni haritu cakap kerja macam biasa, pastu selang tak berapa lama keluar pulak another circular cakap macam ni pulak.
Aku dah cakap, deorang ni memang funny like a clown. Tak sah kalau tak keluar 
lebih dari satu email, statement belit-belit dan suka U-turn macam Menteri sekarang. 

18 Oktober hingga hari ini

Rutin aku sama je. 
F?
Since bidang dia agak berbeza dengan bidang aku, jadi tuntutan kerja dia pun berbeza. Aku tak boleh nak question banyak. So aku sangat marah bila orang cakap (maksud lainnya berbunyi macam ni lah lebih kurang): 'Asyik you je yang request WFH sebab takde siapa nak jaga anak. Husband mana? Tak tolong ke?'
Satu, kita mungkin berada dalam badai yang sama. Tapi kita berada dalam kapal yang berbeza. Jadi jangan banding-bandingkan hidup kita dengan orang lain dengan mempersoalkan hal begitu. Ia mungkin mudah di mata orang yang bertanya, tapi mungkin amat sukar di mata kita yang menanggung.
Dua, aku tak ada masa nak cerita A-Z hal rumahtangga aku. Aku tak boleh nak bawa scale untuk timbang pengorbanan aku ke pengorbanan F yang lagi banyak and kena tunjuk kat korang just untuk korang judge. No.
So sebelum kau tanya soalan tu, kau tanya diri kau dulu- Apa pengorbanan kau kat pasangan kau, ok?

26 Oktober
Isnin

CMCO dilanjutkan lagi hingga 9 November. Aku dah ambil AL 30 Oktober ni sebab nak balik Pahang. Nampaknya kena batalkanlah~ I miss my parents so much tapi apa je yang aku boleh buat. Lagipun apelah sangat tak boleh balik Pahang sebulan ni. MCO bulan March dulu dekat 3-4 bulan aku tak balik. (Nangis bawah bantal~)

Kalau orang tanya apa yang aku nak sekarang- 
Aku nak escape sekejap.
Working at home, with kid is not easy. Aku tak cakap anak tu beban, ye. Jangan twist ayat aku pulak. Tapi kadang-kadang aku rasa burn out sangat sampai rasa nak lari. Oh baru aku tahu ni ke tekanan emosi yang dilalui oleh fulltime housewife. Siang malam dengan anak, nak mandi, nak kencing, nak berak, nak solat waima nak makan pun kadang tak sempat. Belum cerita rumah bersepah lagi. Kau kemas dapur, ruang tamu dah jadi gudang terbalik. Kau kemas ruang tamu, anak punggah baju dalam almari bilik pulak. Ohhh…

And apa yang aku nak tu, sebenarnya aku dapat dan boleh buat. When F reached home from office, aku cepat-cepat ambik kunci dan 'lari' pergi supermarket. Dapat beli some groceries pun dah seronok. Tepi supermarket tu ada nursery pokok. Aku suka pergi situ tengok pokok dan kadang-kadang aku beli pokok yang kecik-kecik tu. 
Kadang tu, kalau tak ke supermarket pun, aku pergi ke taman sekejap untuk jalan-jalan ambil angin. Sejam pun jadilah. Pukul 7 malam aku dah sampai basement balik~

Korang, doakan mental aku kuat untuk another 2 weeks ni, ya. 
Sayang korang.

Dhiya

Wordless Wednesday



Random: Mira Filzah Dah Kahwin

Bismillah

Hey what kind of topic is this? Hahahaha!

To be frank, aku bukanlah peminat MF sangat. Aku just suka tengok dia sebab lembut dan manis je. And another reason is dia feminine sampai boleh jadi host Nona.
Bila dia announce dia nak kahwin, aku dengan tiba-tiba rasa nak follow dia ni dengan lebih rapat. Platform apa lagi yang ada kalau bukan IG. Hahaha!
Malam nikah dia, aku ignore F dan Nuha sebab nak tengok live streaming kat YouTube. Esok dan lusanya pulak kan bertandang. Yang tu aku tak mampu nak follow rapat sangat sebab takut F merajuk dengan aku. Yelah. Weekend kut. Frust la kawan tu kalau tak spend masa bersama, alih-alih sibuk dengan MF kahwin macam MF tu adik aku. 

Tapi kan, ada few things yang buat aku impress dengan MF ni yang buat aku rasa nak tau je pasal dia.

She's smart and soft.
Orang kata dia buat-buat ayu. Tapi aku rasa tak. Dia memang dibesarkan dengan cara begitu which is great parenting skills by her parents. Adik beradik dia pun bukan biasa-biasa. Semuanya well-educated dan ada kehidupan. 

She's humble.
Aku perasan, kesemua 3 majlis perkahwinannya, dia guna servis yang berlainan - Dari event planner, pelamin, baju, make up dan lain-lain lagi. Pada aku she's just want to be fair. Dia tak ambil mana-mana sponsor dan guna duit sendiri untuk majlis dia. Yelah, kalau sponsored - Semua kena ikut cakap sponsor sedangkan tu majlis kita sendiri, sekali seumur hidup. Takkan nak pasrah jadi patung cendana je. She's humble and yet so smart!

Sepadan
I personally think that both of them are meant together. Macam dilahirkan untuk berjodoh berdua. Ya ya jodoh tu memang aturan Tuhan. Tapi aturan yang satu ni aku rasa macam sempurna sangat. Eh entah la. Taksub sangat ke aku ni. Tak tak. 
But looking at them, memang betullah sekufu tu penting. 

F 'marah' aku:
"Abang ingat orang lelaki je frust MF kahwin. D pun patah hati dan tak boleh move on ka?" Hahahhahahaha! 
Bukan macam tu kut. Aku cuma rasa macam...'Bestnya jadi MF'

But this is human.
Selalu tengok apa yang ada di tangan orang lain hingga lupa apa yang ada di genggaman sendiri. But it's okay. It's kind of inspiration too. For me tak salah tengok orang lain supaya lebih bermotivasi untuk jadi lebih baik. Kan?

To MF (dia tak baca pun aih blog aku)...Congratulations and wish you a happy marriage! Aku berazam untuk jadi my very own MF to my family. Thanks husband for always accepting me as who I am. 

Dhiya MF
Tiberrrr :p

Blogger New Features


Bismillah

Aku baru sedar yang Blogger sekarang dah update dia punya features and button function. Banyak juga penambahbaikan yang dibuat. Bingung jugak aku dibuatnya. 

Iyalah, dah la jarang menulis. Sekali menulis, butang nak justify text pun tak jumpa. Belum lagi cerita nak edit image. Hahaha terasa tak pandai nye aku padahal rasanya dah menulis kat Blogger for more that 10 years. 

Talking about the edit image kan, aku realize yang butang add caption on image dah tak ada. Tapi diganti dengan add title. Kalau korang write anything on that space, it will become the photo caption. Dan caption ni tak akan appear bawah gambar macam selalu. Tapi it will appear once you click the image masa tengah baca posting.

Tengok gambar di bawah atau baca psoting Colmar Tropicale aku. Posting tu dah apply new features of Blogger.

Menarik kan. Aku rasa aku dah mula suka part ni. It encourages me to put more images and make your posting less wordy. Aku suka aku suka.

Other than that, still exploring. Nampaknya aku kena banyak menulis lagilah untuk tahu lebih banyak new features of Blogger. Hahahahah.
Korang pun jangan la jemu baca write up aku ya. Semoga penulisan aku bermanfaat dan berguna untuk orang lain. Insya Allah.

Jumpa nanti
Dhiya

Review: Colmar Tropicale Bukit Tinggi 2020


Bismillah 

This is my 3rd visit to Colmar Tropicale Bukit Tinggi (CT). Sekali masa bujang, kali kedua waktu anniversary perkahwinan Y2017 and recently was during Merdeka last week dan lebih istimewa, kali ni ada Nuha!

Tarikh check-in: 29 Ogos - 30 Ogos (Sabtu - Ahad). Biasanya on long holiday aku dah book hotel sebulan awal. But this time aku tak taulah kenapa aku tak book. Only one night before, F ajak aku jalan-jalan dan dia mention CT. Bila aku buka Booking.com, semua bilik dah sold out. Tapi aku tak putus asa, malam tu bila semua orang dah tidur, aku stay up dan survey kat Traveloka. Alhasil, dapat secure satu one-bedroom suite pada harga 20% lebih mahal. Iyalah, esok nak check-in, malam ni baru terhegeh-hegeh. On peak season pulak tu. Padan muka aku. So moral of the story, kalua nak bercuti kenalah book awal.
Lepas book, aku terus kemas beg dan barang nak bawa esok sebab sure kitorang akan gerak pagi. 
Easoknya, while F packing everything in the luggage, aku memasak laju-laju makanan Nuha. Jam 7.30am kami dah keluar. Itu pun dah start jem kat Tol Gombak. Inilah Malaysia. Hahahah! Kami sengaja naik awal sebab nak ke Taman Jepun dulu. But before that, kat enterance kena scan My Sejahtera dan semak suhu serta buat bayaran RM14/pax tau. Kalau korang check-in, that RM14/pax tu akan dipulangkan balik upon check-out. 
(p.s: Dulu RM12 je / pax)
Kat Taman Jepun ni tak ada apa pun. Cuma aku suka ambient dia yang redup, hijau dan sejuk. Ada satu kolam ikan cetek yang korang boleh beri makan. Makanan ikan ada dijual di atas sana RM1/pek. Kat sini juga ada khidmat sewa Kimono baju tradisi orang Jepun. So bolehla bergambar dengan pemandangan yang cantik tu.



Habis je pusing Taman Jepun, korang akan tembus kat Botanical Garden. Botanical Garden ni boleh tahan juga luasnya. Kami just play around kat bahagian luar je, tak masuk dalam sangat sebab takut.
Peta Botanical Garden:

Masuk je Botanical Garden, korang akan nampak café and toilet. Kalau rasa nak menjelajah the whole Botanical Garden, pergilah toilet siap-siap ya. And below is the photo taken during my stroll. Pokok dia cantik-cantik, smells fresh and sejuk je. Lagi pulak kebetulan masa tu lepas hujan.


Kami masuk Taman Jepun ni dalam pukul 10pagi, keluar je dari Botanical Garden dah pukul 12 tengahari. Masa kami lepak-lepak kat luar tu, kami tengok orang dah mula makin ramai. Ada yang bawa stroller. Alahai...Nasihat aku, janganlah bawa stroller walau secanggih mana pun stroller korang sebab tak boleh bawa pun naik ke Taman Jepun atau Botanical Garden sebab jalan berbukit bukau dan berbatu-batu. Bawa carrier je dah okay

Turun je kat kereta, OMG ramai gila orang kat bawah. Samada yang menunggu shuttle bas untuk balik ke hotel atau yang baru datang samada naik kereta sendiri atau naik shuttle. Siap ada security lagi yang jaga. Padahal masa kami sampai pagi tu, tak ada orang jaga pun in fact boleh terus dapat petak parking.
So nasihat aku, datang awal okay!

Next destination is Rabbit Land tapi aku frust sangat sebab sejak MCO ni, arnab-arnab dah tak dibenarkan bebas dalam kandang. Mereka dikurung dalam sangkar. So dah tak boleh la nak bagi makan dah. Pity Nuha.
(p.s: Dulu enterance fee ke rabbit land was RM3 tapi sekarang dengan RM14 yang korang dah bayar awal-awal tadi, all are inclusive)

Selesai di rabbit land, it's check-in time! Masa tu dah pukul 1 petang. Aku faham yang check-in time is 3 pm dan kitorang just plan nak jalan-jalan jelah kat area hotel tu. Sekali ya Rabbi ramainya orang! So aku terus try luck tanya receptionist dah boleh check-in ke belum. Luckily our room is ready and yeah! 7301 here we come!
Alhamdulillah dapat top unit, view padang. Kalau view laman hotel, bising yakmat!




Lepas check-in dan solat ni, sebenarnya kitorang bantai tidur sampai pukul 4 petang. Hahaha! Yelah. Kalau keluar ke bawah tu, ramai orang- Buat apa? Bising, sesak dan tak akan dapat view lawa pun nak bergambar. Baik aku tidur dan biar day-visitor yang datang tu balik dulu.

Kami hanya turun main kat bawah tu around 5.30 petang. Orang masih ramai tapi macam dah surut sikit. Kenapa ramai? FYI, CT ni allow orang yang tak payah check-in pun boleh datang sebab mereka ada tarikan lain seperti Botanical Garden dan Taman Jepun. So orang akan datang pagi, balik petang. Kita yang check-in ni dapatlah silent moment around 6 atau 7 petang sebab deorang dah balik. I bet you deorang tak akan berani balik 7-8 malam sebab jalan nak turun ke Highway KLK tu macam ular kena palu, gelap dan curam. 

So back to our strolling story, kami jalan-jalan sekitar hotel yang banyak view cantik-cantik. Hotel tu sendiri mempunyai rekaan senibina yang cantik. And then kalau keluar dari pintu gerbang tu, korang boleh bergambar dengan view enterance CT dan pemandangan hutan menghijau yang kadang-kadang ada kabus. Angin petang was so nice. Sejuk dan segar walaupun tak hujan. Tanah tinggi, kan?
Kat kawasan tengah-tengah  tu ada banyak restoran dan café untuk korang duduk-duduk dan lepak-lepak sambil makan. But please expect no cheap food in their café okay? Kalau nak murah sikit, ada Seven-Eleven baru bukak (I think so sebab dulu datang tak ada lagi)
So boleh la korang makan sambil duduk kat fountain layan ragam orang.
Tak dilupa, kedai cenderahari pun ada. 


Di bawah bridge CT, ada kolam yang menempatkan dua (dulu tiga) ekor swans. Yang hitam tu macam dah mati agaknya. Kat bawah tu juga ada Mini Dinasour RM15 dewasa dan RM12 kanak-kanak kalau tak silap. Tapi kami tak masuk pun sebab macam tak menarik.


We got a chance to have dinner at one of the restaurant. Menu dan price dia macam Kenny Rogers. Masa tu dah nak malam around 7 pm. Orang tak ramai so kami dapat makan dengan aman. Lepas dinner, kami naik untuk solat dan turun balik untuk menikmati view malam pulak. View malam kat sini pun cantik juga sebab they play around with LED. 
around 8 pm, ada orang lead Zumba kat fountain tu.. Mula-mula dia dengan geng dia je ( I think they are the CT team) tapi lama-lama eh ramai pulak yang mengikutnya. 
Dulu ada performance tarian kat atas pentas yang memang dah tersedia kat tepi 7-11 tapi I think due to COVID, persembahan tu dah tak ada. Bagus juga sebenarnya tak ada sebab dancers dia kemain seksi nak mampus~

On the next day, kami turun breakfast di tingkat bawah, the restaurant next to 7-11. Aku nak puji system breakfast di CT. They are very efficient! Makanan dah siap dihidang dan diletak di kaunter. Guest just datang, ambik makanan dan duduk makan. Cepat kan! So korang tak payah nak bersiar-siar from one station to another station, fikir nak makan apa, terhegeh-hegeh nak ambil makanan and whatsoever. They already provide the food for you. Tahniah! Tahniah! Good job!

It's not easy travelling during peak season and long holiday. Orang ramai. Tapi as long as korang dah secure booking, you're safe. Jangan sekali-sekali mencuba untuk datang menonong konon nak try luck. Memang jawapannya adalah no luck sebab selalunya musim-musim macam ni, bilik hotel fully booked.
Aku sendiri pun last minute book jugak sebab nak secure the room. Tak berani nak datang sondol je.

So this CT is highly recommended sebab dekat je dengan KL. Tak sampai sejam drive pun. Cuma my advice is, bawak la makanan / kudap kudapan sebab makanan kat atas sana agak mahal. Aku masih setia bawa multi cooker sebab ada Nuha kan. Walaupun dia dah boleh makan family food, tapi aku macam dah terbiasa. Paling-paling pun nak juga bawa macaroni dengan telur rebus. Eh mak-mak sangat la aku ni.
Dan yang paling penting, isi minyak siap-siap kat bawah ni sebelum mendaki sebab kat atas sana tak ada petrol pump. 

Jangan cakap aku tak warn ya!

So overall:

- Bilik 10/10 puas hati!
- Harga 6/10 mahal sikit sebab book last minute (ok ni memang salah aku) dan it's peak season
- Makan 8/10 breakfast is well arranged. Café and 7-11 are available if you are hungry

Selamat bercuti!

Preparation for Learning Kit Nuha


Bismillah

Nuha is growing and this entry is all about her.

One of my passion now is to develop her skills via Montessori edu-play at home. Senang kata, aku macam buat ala-ala home school dan banyak DIY learning materials untuk dia. Ni aku akan cerita nanti satu-satu apa material yang aku buat untuk dia. Tapi this entry is all about macam mana aku buat persediaan dan mana aku dapat bahan.

1. Materials
Materials are widely available on the web. Kau Google je, semua ada depan mata, tinggal lagi nak pilih. Cuma tips nya adalah gunakan keyword atau kata kunci yang betul. Antara keywords yang boleh digunakan dalam mencari materials pembelajaran untuk anak-anak adalah;-

- DIY baby playing kit
- DIY learning for kids
- Learning materials for preschool
- Printable learning activities toddlers

Ha ni contoh je la. Korang boleh play around dengan keyword tu asalkan berkaitan dan nanti korang akan jumpa macam-macam bahan yang menarik untuk anak-anak.

Website yang menjadi kegemarana aku adalah Pinterest. Tapi Pinterest ni korang kena pandai cari link download dia di sebalik write up entry blog authors yang panjang. Hahahha. But once dah jumpa, memang best men-download.
Tapi kalau korang malas atau tak convenient guna Pinterest, guna jelah Google tu. Jumpa je bahan menarik dan kadang-kadang it will be linked to Pinterest jugak.

2. Printer
Kalau korang memilih untuk buat printable materials, printer adalah device yang wajib ada. Aku tak ada printer tapi aku hantar je kedai. Ala takat 4-5 ringgit, takde hal sangat lah. Tapi kalau berkira sangat, korang kena pilih la material yang betul-betul berguna untuk di print supaya berbaloi dan anak suka main. Jangan dah print, terperam je macam pekasam.
Tips kalau nak print di kedai, carilah kedai-kedai yang dekat dengan kolej atau university. Macam aku kan duduk KL, sanggup je cari kedai print murah. Kalau di kawasan UKM dan UPM, korang boleh ke Flat Ikan Serdang untuk khidmat fotokopi, print dan laminate yang lebih murah. Tak pun, di sekitar KL dan PJ, boleh cari kedai percetakan Bormas yang ada beberapa cawangan. 

3. Laminate
Talking about laminating just now, this is the part yang boleh tahan jugaklah mahalnya. Kadang-kadang print RM1 je, tapi laminate dah sampai RM4 untuk saiz A4. Aku sebagai seorang yang cheapskate dan dalam masa yang sama wants things to happen, terfikir satu idea modal rendah, tapi korang masih boleh laminate bahan pembelajaran anak macam kat kedai.

Bahan yang diperlukan:

- Laminating pouch / film. Yang ni je lah korang kena keluar modal pun. Tak mahal. RM20 dapat 100 keping pouch.Kalau nak beli, beli yang 100 micron dan ke atas. Laminating pouch ni ada je dijual di mana-mana kedai alat tulis. Confirm ada.
- Iron (seterika baju yang jenis gosok ya)
- Kain batik

Cara-cara:

- Print material atas kertas A4
- Masukkan material tu ke dalam laminating pouch. Letak elok-elok jangan senget benget. 
- Lipat dua kain batik. Ratakan elok-elok supaya hilang kedut
- Masukkan laminating pouch yang ada material korang tadi di celah kain batik yang dah dilipat dua tadi
- Iron permukaan kain batik yang ada laminating pouch di bawahnya tu
- Mulakan menggosok dari penjuru atau tepi supaya boleh keluarkan angin yang terperangkap di dalam laminating pouch tu
- Perlahan-lahan laminating pouch tu sedang mengeras. Tapi awas jangan pegang direct sebab panas
- Sambil iron tu sambal boleh tengok kot ada kawasan yang tak melekat. Just put some heat and pressure there supaya plastic laminate tu melekat elok
- Kalau dah puas hati, keluarkan dari kain batik dan biarkan sejuk
-Taraaaa siap!

* Kenapa aku guna kain batik? Sebab kain batik tebal kalua nak dibanding dengan fabrik lain macam shawl ke apa. Kalau diseterika pun, kebarangkalian untuk hangus tu macam kurang. 

4. Others
Nak buat learning kit anak-anak ni kena kreatif. So tempat kegemaran aku untuk dapatkan bahan-bahan lain untuk materials pembelajaran anak adalah kedai Eco (Kedai RM2.10) dan juga MR. DIY. Aku kalau masuk dua kedai ni memang lupa pintu keluar.
Tak cukup dengan keperluan Nuha, aku bawak sekali sudu garpu periuk yang macam tak cukup-cukup di rumah tu.

Mak-mak begitulah~

5. Kesungguhan
Kita nak anak kita belajar, kita kena sediakan medannya. So kesungguhan tu kena ada. Rumah aku memang dah macam rupa tadika. Poster ABC, numbers and animal di dinding dan buku-buku sebakul. Itu belum mainan lagi. 
Kita sebagai parents kena ada kesungguhan dalam menyediakan bahan belajar dan mengajar mereka. Apart from that, kena sabar banyak banyak dan selalu berlapang dada kalau anak buat sepah. Hhahahahah!

* And this is one of the reason aku dah tak terima tetamu last minute sekarang. Rumah aku tak lawa. Tak ada ID macam rumah korang. Rumah aku penuh mainan, buku dan poster Nuah yang kadang-kadang bersepah kalau dia tengah bermain.
Kalau cakap kasarnya, aku tak nak orang luar dating rumah aku sebab di dalamnya ada anak yang sedang bermain untuk membesar.

Insya Allah in the future aku akan kongsikan few materials yang aku buat untuk Nuha. Benda simple je. Korang boleh buat better dari aku. Tapi tulah, aku just bagi idea je. Huhu

Pen Off now, 
Dhiya

Ogos 2020


Bismillah

Sejak CM, aku banyak bersendiri di depan laptop mengemas folders dan apa-apa saja kerja adhoc yang datang. Sengaja aku berada dalam mode hiatus macam tu sebab otak aku dah teruk kerja untuk CM since dari MCO lagi. Bayangkanlah.
So this August aku aku relax di pejabat. Banyak juga aku ambil AL termasuklah untuk raya haji, balik kampung aku di Pahang dan me time di rumah. Puas sangat rasanya bulan ni.
Esok aku ada urusan penting yang melibatkan long-term carrier dan masa depan aku. Doakan ya. Lepas tu aku ambil lagi sehari cuti lepas merdeka nanti just to spend time with Nuha. 

...and after that August ends and welcome September!

Another dry month of me but it is okay. Aku harap aku boleh come out dengan few write up untuk blog yang dah bersawang ni. Minat aku untuk menulis tak pernah padam. It's just some time constrain untuk aku duduk dan menaip. 
Kalaulah aku ni memang freelance content creator dan boleh generate pendapatan tetap melalui cara ni, aku sanggup je duduk depan lappy dari pagi sampai petang demi untuk content. And again, aku masih setia dengan blog sebab aku rasa lebih aman di sini. Aku tak bersedia untuk jadi FB, IGfamous atau Youtubers yang kalua silap langkah sikit, teruk kau 7 keturunan kena maki. Aku tak suka negativity. Aku happy di blog. Boleh cerita panjang, boleh share gambar. It's just perfect.

Nuha is 2Y2M. Akalnya panjang bertali. Mulutnya becok macam aku. (Hahahha!) I am happy with my small family now. Aku jarang up cerita kat FB dan IG, bukan maksudnya aku tak happy. Aku happy sangat sampai tak sempat nak cerita kat orang. Aku fully utilized and belonged to my husband and my daughter. 

But aku personally tetap rasa yang Y2020 kena reset cepat-cepat after the pandemic. Tahun ni rasa macam semua tak kena. Banyak plan kami tergendala and we can't wait to do all those thing next year. Let's hope that everything will get back to normal and we can live better.

I think I need to pen off. Aku akan menulis lagi di lain masa. Doakan aku terus istiqaamah menulis, spread positivity and love. 

Dhiya

Cycle Meeting Story


Bismillah

Minggu lepas aku memang tak sempat menyandar pun di ofis. Cycle Meeting is always a hectic program organized by our department. 
Untuk yang tak tahu, cycle meeting (cm) is a meeting that serves to review the company's activity especially pharma company tempat aku kerja ni, cm memang biasa terutamanya di kalangan sales and marketing department to review their activities, some refresher trainings, workshops and assessment untuk menilai pencapaian mereka. 
So fungsi aku adalah duta cm. Aku dah pegang portfolio cm sebelum aku bersalinkan Nuha lagi. Aku (of course) dibantu oleh team mate aku akan tetapkan tarikh dan tempat, sediakan agenda dan delegate tugas untuk content cm. On the day itself, aku adalah emcee, floor manager dan runner yang pastikan everything is smooth.

This year's cm is totally different. Due to Covid-19, kami buat keputusan untuk organize cm secara maya. Kami pilih untuk guna Zoom. Actually ada satu lagi option which is Microsoft Teams tapi bos memang dah selesa dengan Zoom so kita proceed jelah. Nanti aku explore Teams untuk future virtual cm or any other meetings. Before the meeting, kami buat 3 kali dry run untuk pastikan the platform is technically okay to serve us for 5 days. 

Apart from that, aku dan team mates aku busy dengan penyediaan learning materials. Setiap dari kami kena prepare 2 materials (2 ppt slides) untuk mengisi agenda cm. Penat otak weh. Tak cukup dengan tu, HR datang kat aku bagitau ada new PS yang akan masuk just 2 weeks before cm so aku perlu arrange product training pulak. Aku geram betul dengan deorang ni. Tak boleh ke bincang dulu dengan kami. Kerja kami jadi bertambah sebab tak boleh elak product training new PS tu, alasannya sebab HR dah hire. Aku memang red flag HR kalau dalam part ni. Dalam pada orang dok kelam kabut untuk cm, dia boleh datang atur benda lain untuk kami. 

On the day of cm, aku datang awal sebab nak pastikan semua okay. Biasalah, first day memang akan ada hiccups punyalah kan. Aku pun nervous juga sebab kena jadi emcee ala-ala Youtuber yang bercakap sorang-sorang depan kamera. Ya Allah awkward nya! 
Day 2 onwards, aku dah get used with my tasks.Dah expert kononnya. Terus berangan nak buka YouTube channel sendiri. Jangan lupa subscribe my channel nanti ya! Hahhahaha!

On the last day, ada assessment untuk anak-anak buah sales aku. Aku belajar benda baru kat sini on how to create paperless assessment. It's a useful experience sebab selama ni kami buat cara conventional je. Untuk assessment, aku guna Microsoft Forms. Senang dan sangat user friendly. Dah siap tanda dan dah dapat marks pun. Cepat gila.
On the last day juga bos hod aku buat surprise dengan rakaman performance Roar by Ketty Perry. Dia main piano, feat with guitar from PS Sabah, and the singer also PS from Sabah. Persembahan mereka ni dapat standing ovation sambil-sambil dapat virtual applause. Gilalaahhhhhh. Aku diam-diam admire dengan bos hod aku ni. Dah la pandai (Phd holder from UK), berbakat, lawa pulak tu. Auuuuuch!

During the 5 days tu juga, kami anjurkan pertandingan TikTok. Bos besar cakap dia akan bagi cash prize RM500 untuk dua pemenang asalkan be creative untuk promote product kita. Budak-budak muda from sales ni suka sangatlah! So on the last day, kami terima 6 penyertaan dan umumkan 2 pemenang bertuah tu. Lagi terkejut bila bos besar umumkan yang lagi 4 penyertaan tu dia akan bagi RM200! Ya Allah aku menyesal aku tak join! Hahahahahaha!
Btw aku dah tualah. TikTok is not my things.

Overall semua pun happy dengan virtual cm ni. Walaupun penat, berlari ke sana ke sini dalam ofis, dropped out, video lagging and many more, tapi aku rasa aku dan team aku dah berjaya buat semua orang especially our guesses (sales people) happy dan selesa dengan cm ni. But according to the feedback, mereka masih prefer physical cm sebab lebih ada jiwa katanya. Eleh cakap jelah kau nak check-in dan makan-sedap-sedap kan. Aku okay je kalau takat check-in dalam Klang Valley ni sebab aku tak kisah untuk keluar duit sendiri bawa keluarga! For me, keluarga dan kerjaya sama penting. Aku bersyukur sebab bos besar dan bos hod serta team mate aku sangat faham dengan keadaan aku. Mereka tak pernah komen banyak. Bila aku dah willing nak angkut suami dan anak aku sekali during cm, itu maknanya aku bersedia menggalas kedua-duanya- kerja dan keluarga dalam masa yang sama!

Terima kasih semua yang ada dengan aku during this cm. Korang memang best. Thanks sebab terima flaws aku. Aku akan pastikan aku buat yang lebih baik lagi di mana akan datang!
Sorry guys aku tak letak gambar cm sebab it's more to screenshot of the contents dan wajah-wajah peserta je. Lagi pun aku memang takkan disclose more about my personal life. Cuma kalau korang nak tau details tentang Zoom.com, Microsoft Teams and Forms, agenda or anything related- Boleh tanya kat komen atau boleh email aku ya?

Sesiapa yang sama platform perjuangan dengan aku- All the best!

Dhiya Dahlia
I am working in pharma co.

Berapa Ratus Kau Habis untuk Pokok Viral?


Hai Assalamualaikum!

Siapa kat sini terjebak dengan pokok viral?

Bak sini aku angkat tangan dulu. Nak tunggu korang mengaku memang taklah kan.

It started one day before raya. Di saat orang melemang, aku ajak F pergi Sungai Buloh. Ye lah. Dah la tak boleh balik raya, apa je hiburan yang aku ada melainkan hias rumah sendiri untuk menyambut Syawal?

Masa tu indoor plant tak viral teruk sangat lagi. So bila aku sampai Sungia Buloh, orang tak ramai sangat dan aku boleh pergi kat tempat favourite aku dengan aman. Masa tu masih PKPB so hanya aku je yang turun membeli while F dan Nuha tunggu dalam kereta. Aku memang dah set nak beli pokok apa based on my study so benda jadi cepat.

Ni pokok-pokok yang aku beli:

1. Lidah jin RM15 + RM20 pasu seramik lawa
2. Monstera RM15
3. ZZ plant RM18
4. Hanging plants RM7 x 3 = RM21
5. Peace Lily RM15
6. Lily bunga merah RM15

Semua dalam pot biasa so aku beli pasu putih murah-murah je untuk beautification. 

Update: Sekarang aku tengah tunggu rak bunga bertingkat yang dibeli dari Shopee. Status dah out for delivery ke pangkuan suami aku. Motif? Sebab send ke office dia lebih senang. Sejak PKPP ni posmen atau delivery tak boleh naik ke ofis aku sampai depan pintu. Kita pulak kena ambik barang kat foyer sana. Kosser lah aku~
Nanti kalau dah sampai dan dah siap pasang, aku letak gambar, ok?

Balik rumah mak abah aku masa lepas PKPB haritu, aku jumpa macam-macam rupa pokok lidah jin dan keladi lawa kat rumah tu. Hhahahaha! Tak nyesal aku beli sejenis je. Yang lain-lain tu aku boleh ambik free je dari kampung. Lawa-lawa dan sihat-sihat lagi. Maklumlah tanam atas tanah free style macam tu. Haruslah cukup nutrient, baja dan airnya.
Setakat ni aku grab keladi hijau dengan lidah jin spesis macam dalam gambar tu je dulu. Lain-lain, tunggu dan tengok macam mana rupa indoor rack aku tu dulu. Selebihnya tunggu rumah baru siap dan semua indoor plant aku adalah pokok hidup. Kotunggu~

Kat rumah aku juga ada beberapa jar golden pothos yang lawa-lawa dan sihat. Aku ambil kat tepi playground kat rumah masa bawak Nuha main je. Ya Allah jimat sangat, sis! Hhahaahah!

Nasihat aku tentang pokok viral, tak payah gelojoh sangat membeli. Pokok lidah jin yang aku beli kat Sungai Buloh tu RM15 je sebelum dia jadi viral. Kat kampung pokok tu bersepah orang buat tak heran je. Lagipun, banyak lagi indoor plant yang cun-cun macam monster dan pokok jurai-jurai yang macam-macam nama dan style. Serius lawa. Korang nak tau macam mana aku boleh tau? Aku study kat Pinterest je. Jangan study kat Wikipedia. Tu style lama.

Ingat, 
Jangan gelojoh. Bersederhana jelah~

Dhiya

On His Birthday


Bismillah

I should make this posting out during MCO, supposedly. Tapi MCO bukanlah masa untuk aku rehat. Aku kerja. So aku tak ada masa untuk menulis sangat.

Sebenarnya, birthday F jatuh pada 19 March, Khamis - Sehari selepas MCO. (Masa tu mana tau yang PM nak umum MCO kan) Aku ada book secret buffet lunch kat Majestic on weekend for two. Konon macam birthday treats la. Sekali haaaa 18 March tu dah tak boleh ke mana. 
Luckily aku agak biasa dengan Majestic so aku cepat-cepat call PIC dan cancel the booking.

Aku ada la cakap kat F, 
"Ayang, actually kan saya ada book lunch buffet untuk birthday awak, tapi apakan daya…"
"Tak apa lah. Bukan rezeki lah tu"
"Tapi saya sedih sebab tak dapat makan-makan kat situ"
"Amende nak sedih...Lain kali kan boleh pergi. Tak semestinya birthday"

Begitulah pemikiran kaum Adam, ye kawan-kawan. Kita selalu ingat tarikh dan special occasion tapi mereka ni tak berapa heran sangat. Tapi bukanlah maksudnya dia melupakan. Aku rasa they just got another important things to remember and let us do this part because they know we are good at this.
Yelah tu. Memang betul. Jangan ambil hati sangat okay.
As for me, aku memang ingat dan cuba sedaya boleh untuk celebrate our special dates. Tapi aku bukan yang jenis wajib buat, kena ada kek, tiup lilin, bagi bunga, buat surprise, cium pipi dan tulis ucapan sweet-sweet atas kad and all those things. We know the date will come every year so aku just arrange macam biasa. Surprise sikit-sikit tu oklah. Tengok macam lunch booking aku. Jadi pun tak. Hhahaahha!
Special occasions kami selalunya dirai dengan bercuti, check-in hotel dan makan-makan, only 3 of us. Kalau Nuha tidur, lagi cun sebab kami boleh makan dengan tenang. Haha. Aku takkan jadi fake dengan upah event planner bagai. Aku sendiri boleh plan sambutan aku sendiri.

F pulak, dia pun bukan sejenis yang expect much dari aku. Malah kami sama-sama arrange percutian anniversary atau makan-makan istimewa. Sama-sama sumbang idea, sama-sama pilih tarikh dan sama-sama keluarkan duit. Takde istilah everything is on me, untuk benda-benda macam ni. Yang kau tengok kat IG orang buat-buat surprise, bunga, kiss kiss tu, ha life aku bukan macam tu.

So disebabkan sambutan birthday dia yang 'tertangguh' tu, kami decide untuk pergi bercuti hujung minggu ni. Benda macam repetitive je tapi kami okay. Lagipun sejak MCO habis mana ada kami pergi bercuti. In fact sebelum MCO pun aku teringin nak pergi bercuti tapi tak kesampaian sebab masing-masing busy. This time round, tak boleh tangguh lagi.

On his birthday, I wish him happy birthday and thanks for being everything in the family. Aku tak boleh ucap panjang-panjang. Rahsia la oi~ Bukan aku wish kat korang pun. Hahahahah!

Sweet tak?
Sweet kan?
Dhiya

Pasca PKP: Balik Kampung Rentas Negeri


Bismillah

Selepas hampir 3 bulan tak balik Pahang, akhirnya kami balik weekend lepas! Alhamdulillah!

F decided to take annual leave to make it longer. Thanks sangat sebab selesa dan suka balik Pahang. Kami plan nak balik Khamis 18 Jun after work tapi sebab F macam banyak pulak kerja yang perlu diselesaikan, kami ambil keputusan untuk gerak pagi Jumaat je. Tapi yang tak disangka-sangka, F kejut aku seawal 5 pagi dan suruh bersiap-siap. Ya Allah aku ingat boleh laa bangun lambat sebab weekdays memang dah sedia bangun awal memasak segala. Ini hari cuti pun kena bangun awal.
Tapi sebab nak balik kampung aku kan, ikutkan jelah. Karang dia ubah fikiran gerak lepas Zuhur karang lagi sedih~
So kami keluar dari rumah jam 6.20 pagi. It's even earlier than usual. Tapi lantak lah aku malas bukak mulut sebab balik rumah parents aku kot!
Paling best, kami lalu jalan-jalan kampung dekat Sungai Dua, Karak dan Bentong tu. Best gile sebab sejuk, dapat tengok pemandangan dan rasa suasana kampung sambil dengar lagu raya. Asyik! Untuk pengetahuan pembaca, F memang suka balik kampung aku sebab rumah parents aku masih ada ciri ciri kehidupan kampung. Dia pun sekarang layan betul ulam-ulaman kampung, patin tempoyak, durian dan Pahang's stuffs! Hhahaha. Berjaya dah aku mem-Pahang-kan mamat KL mixed with Johor ni.

Kami sampai rumah mak jam 10 pagi. Sempat je sarapan kat rumah mak abah. Mak aku geleng kepala tengok menantu dia sarapan nasi kerabu. Memang asimilasi Pahang betul mamat Jawa tu. Hahahah!
It's the last week of Raya actually. Tapi on Friday tu kami lepak-lepak je. Tak ada menu raya. Lauk tengahari kami haritu adalah patin tempoyak. Pergh! Lena oi tidoq petang tu.

Sabtu, F take over dapur mak aku. Lepas subuh dia dah ke pasar beli kepala ikan. Buat kari katanya. Kalau korang nak tahu, F memang suka memasak di rumah Pahang sebab salah satunya dapur mak aku luas. Keduanya mak aku rajin melayan dia prepare bahan nak masak. Untunglah kan jadi kesayangan mertua. Hehehe.
So jadilah kari kepala ikan (ada isi jugak) seperiuk besar. Aku istighfar panjang tengok kejadiannya. Tapi menjelang petang, tinggal suku je kuah kari tu. Itulah laki aku. Selain berjaya mem-Pahang-kan dia, aku juga berjaya meng-Utara-kan dia dengan makanan kari ala mamak ni.

Ahad, kami ke kampung Mak Cik Ani jiran baik mak aku di Raub. Kami pergi satu kereta bawa mak, abah dan Biha. Kau tahu ada apa kat Raub tu? Yeaa. Durian. Durian Raub!
F ni, dengar je durian - Dia memang triggered. Dia memang hantu durian. So bila jiran mak aku ni pelawa, bukan main menggeletis lah dia.
Kami lalu Lembah Temir (oooo baru tahu kat situ rupanya Lembah Temir. Btw, check-in Lembah Temir agak mahal, RM250/pax so ini bukan pilihan aku.)  Raub memang port durian paling baik. Sekitar Sungai Ruan tu ada perkampungan Cina yang kebanyakannya adalah pemborong dan peraih durian. Kau akan ternganga tengok durian di mana-mana, penuh dalam lori pikap dan dilonggok berbakul-bakul. View ni kau boleh nampak waktu pagi je. Menjelang petang (odw kami balik), Sungai Ruan tu dah sunyi. Yelah. Durian dah sold out.

Jujurnya, ini adalah pengalaman pertama aku ke Raub walaupun aku anak Pahang. Aku sendiri pun teruja bila sampai di kampung tu, dijamu dengan durian premium (for free, tapi in the end kami bubuh la jugak duit dalam sampul dan bagi masa salam). Tak cukup dengan durian, dijamu pula dengan makan tengahari lauk kampung yang sangat sedap.
Tak cukup dengan makan, dapat bawa balik pulak. Dapatlah kami durian, betik, buah salak dan banyak lagi hasil kampung. Ya Allah aku ingat kampung aku dah cukup best. Kampung Mak Cik Ani lagi best!

Isnin, the day we have to say good bye. Kami gerak pagi sebab nak rehat sikit petangnya. Selasa dh kerja. Demikianlah cerita kami balik kampung. Alhamdulillah mak abah masih sihat. Sikit lagi khidmat bakti aku kepada mereka kalua nak dibandingkan jasa mereka membesarkan aku. Ya Allah panjangkan umur mak dan abah supaya aku dapat berbakti kepada mereka.
Nuha pun manja sangat dengan parents aku. Dia tu pelik sikit. Anak-anak saudara aku semua panggil tok (mak aku) dan tokwan (abah aku). Tapi dia ni kan budak bandar; dia panggil abah aku atok dan mak aku nenek. Lepas tu bunyi ayam dengan cicak pun takut. Anak sapa ni wei~! Hahahahahah! That makes Nuha so special di mata mak abah aku. Cucu bongsu lah katakan…

So readers, tunggu la cerita aku lagi okay. Banyak gilaaaaa story. Maklumlah, dah boleh rentas negeri kan!

Dhiya

Is That 'Jealosy'?


Bismillah

Let's have some fun talk.

Normal ke wei kalau mak-mak rasa jealous macamni?
Aku pernah terasa teruk jugaklah sebab tengok F dan Nuha macam rapat gila and aku rasa macam tersisih. Amende lah kan rasa macam tu. Padahal bukan orang lain. Anak dengan pak dia je pun. Tapi entahlah kenapa aku rasa macam tu.

Mula mula aku take serious jugaklah. Tapi lama lama aku rasa macam tak bagus untuk emosi aku. So aku ada buat self-reading sikit tentang ni. It's normal actually. Jangan taktau kadang-kadang pasangan kita pun ada rasa yang sama bila tengok kita mesra dan manja dengan anak. Cuma kita tak sedar dan tak tahu je apa yang pasangan kita tengah rasa. Macam dia juga yang tak aware kau tengah sedih dan kecil hati. 

So what I do is - Reverse psychology. Aku anggap bila Nuha tengah berkepit dengan F tu maknanya aku sedang menikmati me time aku after all day hassle. Aku bangun pagi seawal 4.30 pagi untuk memasak. Kat office kalau sempat nap masa lunch hour, kira oklah dapat cover tidur. Kadang kalau sibuk, aku tak sempat pun nak curi tidur. Malam karang lepas dinner baruuuuuuuuu dapat tidur. So their bonding time is somehow your resting time. Enjoylah!

Aku akan create other different way to bond with my husband especially on weekend, waktu anak tidur. Aku prefer makan dan tengok tv bersama sewaktu Nuha tidur. Masa nilah aku ada masa nak bercakap dengan dia tanpa distraction dan dia boleh focus dengar cerita aku; and vice versa. Sebab tu aku tak suka sangat keluar during weekend apatah lagi orang kacau call memanjang suruh datang la apa. Ada turn yang kami rasa nak bertandang, kami akan datang. Ada masa yang kami just nak hibernate, jangan ganggu cara kami begini. That's it. We just need time for ourselves. Not to please others all the time.

Alhamdulillah we are doing good. MCO teach us more about time management and family bonding. Aku rindu MCO Fasa 1 yang semua orang kena duduk rumah diam-diam jangan keluar rumah kalau tak ada keperluan. Best gilaaaa masa tu! Hhahahaha! Oklah sorry kalau ada yang offended sebab aku faham, tak semua orang happy during MCO. Ramai je yang depress atas banyak factors. Maaf.

Insya Allah dah tak ada jealousy seeing them together sebab aku dah convert it into a positive view. We are going good.

Doakan aku jadi parent yang baik, dan berjaya membesarkan Nuha menjadi seorang Muslim yang sejati. I love you, Nuha.  

Ummi

Rumah Kita


Bismillah

Raya pertama haritu kan, kami pergi melawat tapak pembinaan rumah baru kami yang kami panggil sebagai 'Rumah Kita'. Jangan salah faham tau, kami bukan masuk ke dalam tapak pembinaan tu. Kami cuma tengok dari showroom je. Dari kejauhan macam mana tengok sempadan balik kampung~

Almost 3 bulan MCO, kami tengok banyak juga progress projek tu. Maybe sebelum MCO lagi dah ada sebab agak lama kami tak visit. Tangki air dah naik tinggi, Fasa 1 macam dah siap sebab dah nampak bumbung. Mungkin la kan. Sebab Fasa 2 rumah kami pun akan dijangka siap tahun depan. Haaa so fast? Macam tak percaya kan?
Yea memang kami tak percaya. Projek Fasa 2 tu bermula awal tahun 2019. Kami dapat beli hujung 2019 which masa tu tinggal dalam 5 buah rumah je, itupun sebab loan orang kena reject. Masa tu katanya projek dah jalan agak laju. So memang rezeki Nuha sangat-sangat Alhamdulillah.

And now, my passion is to study about interior design (ID) untuk aku susun atur rumah baru nanti. Rajinnya aku kalau bab-bab berangan ni. Maklumlah, berangan tu kan percuma.
Aku sekarang lagi suka browse Pinterest dari browse FB. Tengok Pinterest dapat ilham dan motivasi. Tengok FB dapat apa~ Dapat tau cerita korang je. Boringlah. Hahahaha!

Aku tak pandai sangat bab hias-hias ni. Tapi aku suka. Since F pulak banyak terlibat dengan design, architecture and ID, so aku akan serahkan tugas design pada dia (with my later approval) dan kami akan beli sama-sama. Bab menyusun dan menghias, bak aku buat sebab orang lelaki tak boleh menilai seni (Hahahhaha mampus aku kena belasah dengan F nanti).
Entryway idaman aku. Memang ada angle ni dalam Rumah Kita. Tunggu!
In the meantime, jangan tanya dulu konsep, warna and whatsoever. Aku pun tengah rambang mata tengok idea kat Pinterest tu. Tapi aku nak yang simple sebab nak nampak ruang luas, warna cerah preferably putih dan of course aku nak houseplant dalam rumah aku. Siapa kutey, jaga tangan dia!
And start from now on, aku kena belajar dan praktiskan decluttering skills and high discipline untuk kekalkan rumah kemas. Now memang quite challenging dengan ada Nuha the explorer tapi itu bukan alasan untuk aku biar rumah bersepah. As for now, aku memang ajar dia lepas main dan bersuka ria - Sila kemas balik. Amak nak bangun pagi tengok ruang tamu clear takde lego, toys and buku yang bersepah. Amak takde masa bangun pagi nak tengok semua benda tu bersepah sebab nak rush memasak makanan untuk dihantar ke pengasuh. 
Sepah kaluuu...no susu~

Insya Allah bila sampai masanya, aku akan kongsikan my journey to change a house to become a home :) It must be a long journey I can say sebab kami bukan orang kaya boleh buat semua sekali harung. Beli sikit sikit, buat sikit sikit. Sementara nak siap tu, haruslah aku jadi tak keruan ke sana ke sini mencari barang kan. Nantikan perkongsian aku. Doakan kami murah rezeki, sihat tubuh badan dan dipanjangkan umur. Amin.

Dhiya

Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP)


Bismillah

PKPP starts from 10 June 2020 to 31 August 2020. 

Dan yang paling aku bersyukur sangat adalah apabila pergerakan rentas negeri dibenarkan means boleh balik Pahang selepas hampir 3 bulan tak balik jenguk mak abah!
Tapi kami tak akan rush. Kami tahu yang this coming weekend will be very happening (jam) as everyone want to balik kampung to celebrate raya.
Tak apa tak apa. Korang balik dulu. Aku bagi peluang. Time aku nak balik nanti, korang duduk rumah diam-diam ya.

It's good to know that Malaysia is recovering. Positive case decreases, no death reported, most of the industries are now open and we can go out like normal. Tak pernah terbayang yang 2 bulan lepas kita dikurung kerana wabak dan sekarang kita kena hidup dengan norma baharu dan perlahan-lahan 'berdamai' dengan Covid-19. I don't like you but I have to accept you. Gittew.

Insya Allah kami dah ada plan 3 minggu ke depan termasuklah balik Pahang. Dan Insya Allah projek travel kami akan disambung seperti biasa dengan membiasakan diri dengan kebiasaan baru. Asalnya memang kami nak ban travelling and check-in hotel due to this pandemic. Tapi selepas faham what is what, kami rasa ok je nak travel dengan syarat tak pergi tempat sesak dan mengamalkan disiplin yang tinggi. Memang betullah kita jaga kita, lagi-lagi kami ada anak kecil.
And at the same time, kami harap kami adalah sebahagian rakyat Malaysia yang menyumbang dan membangunkan motivasi industri pelancongan semula. Let's recover together!

So Malaysians, please stay safe and love yourselves!

Dhiya
Last day of PKPB
Tomorrow will be PKPP

Cerita Kerja Lagi


Bismillah

June 2020

Bos dah decide cycle meeting (CM) kami tetap berjalan seperti biasa Julai nanti tapi secara virtual. Kalau bulan 1 dulu kami check-in di hotel, kali ini kami hanya akan check-in secara maya saja.
Tapi sebab aku kan bukan IT geek sangat, it's quite challenging untuk aku adapt dengan online learning platform untuk attendees besar macam CM ni. Ketika MCO, kami memang guna online platform untuk meeting semasa WFH. Tapi it's not the same to arrange an internal meeting with a huge crowd conference. Mencabar tu~

So sekarang aku agak busy dengan portfolio kesayangan aku ni bermula dengan agenda dan pemilihan topik. Tapi juga sibuk untuk memahamkan technical thingy about virtual learning platform. Kami memang ada IT staff tapi aku tak boleh bergantung pada dia sangat. Aku sendiri kena equip with the knowledge as backup and also as added value to myself.

Sewaktu MCO dulu, kami jalankan continuous learning program (CLP) untuk staf sales kami since mereka pun tak boleh keluar masa tu. And now, the CLP is now reach to its end. I will be missing all the hassle <3 Pengalaman WFH aku memang power sebab semua guna online training platform. Merasa la jadi cikgu. Hhaahha!

So now after MCO everything is back to normal. Anak-anak sales aku pun dah slowly keluar untuk buat sales. Kami pun dan mula sibuk untuk CM. Bak kata bos, marilah kita bangkit dan grow stronger bersama-sama. Yea marilah bersemangat!

Doakan aku boleh get the momentum kerja balik ya. After about 2 months ++ at home, macam canggung pulak nak bekerja. Motivasi pun macam tak berapa nak ada. Heh~ Doakan aku adapt dengan cepat sebab aku banyak sangat kerja nak kejar. Hhaahha.
Tapi so far pagi pagi aku ok je. Jalan tak jem sangat sebab sekolah masih belum dibuka. Aku masih boleh sampai pejabat on time dan bertenang. My morning starts quite very well. Balik pun on time cuma renyah sikit sebab naik tren kan kena jaga jarak la apa la. Kadang kita ni dah comply tapi orang lain macam tak reti bahasa. Aku pening~
Balik je terus ambik Nuha. Malam selalunya memang family bonding time kami bertiga. Weekend pun, since tak boleh balik kampung - Kami hanya get together bersama - Pergi taman, main belon, main bola, buat paper art, makan dan tidur. Hah perfect!

So kawan-kawan yang sama macam aku, jom bersemangat ya! Jangan lemau lemau lagi.

Dhiya

Nuha is 2!


Bismillah

Nuha is 2 today!

Nuha is a real bless for both of us. Tak tau nak cakap macam mana lagi. 
Perjalanan dua tahun (dan seterusnya) ini memang sangat indah. Kami belajar untuk memperbaiki diri dalam banyak segi. 
Dulu masa berdua, we don't really bother to stay at home on weekend. Weekdays sibuk kerja. Weekend kami prefer layan tidur, movie, travel atau balik kampung. Sekarang kami sangat menghargai family time. Duduk di rumah lebih indah dari keluar. Kadang-kadang tu keluar la juga cuma sekarang home is where the heart is. Walau tak mewah, tapi aku rasa sempurna.

Paling penting, kehidupan kami lebih baik dengan kehadiran Nuha in terms of so many things - especially rezeki. In this 2 years, (ini bukan nak riak tau wei~) we managed to upgrade to a better car actually lebih kepada memberi keselesaan kepada kami sekeluarga. On last November pulak, tanpa disangka-sangka kami berjaya membeli rumah under skim HOC. Memang kami dah lama plan nak beli rumah tapi macam tak serious sangat. Tapi tak semena-mena November tahun lepas macam dimudahkan sangat urusan tu sampai kami berdua blur sebab tak bersedia langsung. 

Nuha is an eater macam aku jugak. Makan banyak tapi kenapa tak gemok? Aku makan sikit je dah naik 1kg~ Hahahahha! Tapi takpe. Aku yakin all this while aku dah sediakan menu terbaik untuk dia. Alhasil, Nuha bukanlah seorang picky eater atau menolak mana-mana makanan. Dia makan nasi, pasta, mee, ayam, ikan, telur dan paling penting dia tak tolak sayur. Yeay!

And not to forget, Nuha berjaya breastfeed (bf) selama dua tahun, Alhamdulillah! Aku pula dengan rasminya berjaya mendapatkan PhD in bf. Yak yak yeay dah boleh simpan breast pump masuk dalam kotak. Hahahahhahha!
Alhamdulillah rezeki Nuha. Despite the achievement, orang tak tahu the struggle behind the scene. Ada je masa yang aku down sebab susu kurang, ada je masa aku down. Tapi aku banyak belajar dari semua tu. Paling penting cari ilmu dengan join mana-mana support group dan dapatkan sokongan insan tersayang terutamanya pasangan. Jangan down ya~? This bf journey is not easy but there're ways to ease it. 

To Nuha, thanks for being a part of our team. Insya Allah you will grow healthy, wise and always in Iman and Islam. Moga Allah melindungi Nuha, jadikan Nuha anak yang bijak, soleh dan beriman. Semoga Allah panjangkan umur ummi dan babah untuk tengok Nuha membesar, masuk sekolah, masuk U dan berkahwin dengan lelaki beriman. Amin.

I love you, doter

Ummi Dhiya

Wordless Wednesday



Working


Bismillah

Sebenarnya aku dah masuk ofis 12 May lepas Nuzul Quran haritu. Tapi sebab pengasuh Nuha masih tak bersedia untuk buka perkhidmatan, aku dan suami setuju untuk dia cover Nuha di rumah sementara aku masuk kerja minggu 12 May tu dan dalam masa yang sama cuba apply WFH untuk minggu yang berikutnya. Alhamdulilah permohonan aku disokong. Aku bekerja dari rumah sampai 29 May 2020.

To be honest, WFH is thing yang aku nak sangat dari dulu. Tapi setelah hampir 3 bulan WFH dengan urusan keluarga di sisi (termasuk anak dan house chores), aku akui yang aku tak kuat untuk selamanya kekal begitu. Aku perlu masa sendiri, keluar ambil angin dan bercakap dengan orang for the sake of my mental health.
Memanglah kalut; bangun pukul 4.50 pagi setiap hari untuk sediakan makanan anak ke pengasuh. Tapi aku rasa emosi aku lebih stabil dan focus bila berada di pejabat. Di rumah, aku 'penat' dalam banyak perkara: mental, fizikal, emosi ahhhhhhhh.

Tapi peluang WFH hari tu bukanlah negatif semuanya. Satu sisi positif yang aku sangat sangat sayang moment tu adalah moment kebersamaan kami 3 beranak. Aku boleh tengok F dan Nuha depan mata. Kami berjemaah dalam kebanyakan urusan dan paling penting aku boleh serve them and unite as a family. 

Aku memang respect lah WFH mom yang buat freelance ke, yang buat business online ke, atau apa saja kerja di rumah dengan komitmen keluarga lagi- 
Orang tak nampak struggle kita. Orang hanya nampak luaran kita - Mata panda, baju selekeh macam makcik-makcik sebab tak sempat bersiap nak jadi hijabista and orang just simply judge you based on that. Unfair ya memang. Kejam sebab penilaian orang tak menyeluruh. Tapi apa-apa pun, kongsilah struggle tu bersama pasangan. Biar orang luar tak tahu derita bahagia kita asalkan kita suami isteri saling memahami dan rukun menjalani kehidupan berumahtangga.

Emotional health must be a concern. Internal health will reflect your physical appearance. Bagi aku, kesihatan emosi aku adalah work-life-balance. Ya aku sedar tempat aku adalah di pejabat. Tak mampu 100% WFH demi kesihatan emosi. I have to accept this. Aku hanya akan berada di rumah bila F betul-betul kaya sampai tak tahu nak buat apa dengan duit yang dia ada (Hhahahah!)
So on this 1 June 2020, I am back to the office. Berebut di jalana raya, berebut lif, mengejar masa untuk thumb print and what not. Tak apalah. Rezeki aku memang begini dan aku gembira. Weekend kan ada untuk kita semua saling bermanja :)

To F and Nuha, thanks for the opportunity. MCO tu sekali dalam seumur hidup je dan kita dah buat yang terbaik untuk utilize moment tu. Let's back on track and regrow to become stronger!

Dhiya

Back to Office!


Bismillah

After 55 days (yea, I counted on it) I am back to the office. Operation resumes quite unusual with new norms. 
Untuk minggu ini, kami beroperasi 10 pagi hingga 4 petang. Normal hours hanya akan bermula minggu hadapan. 
Hari ni agak sukar untuk aku mulakan balik rutin awal pagi. Tambahan pula kena prepare makan sahur dan memasak bekal Nuha dalam masa yang sama. Canggung dan kekok. Nuha pulak seawal 6 pagi dah bangun kenapaaa. Selama MCO ni kalau tak pukul 9 pagi, dia takkan celik mata. Bertuah punya anak~

The moment nak hantar Nuha ke BS, aku yang cengeng. Sayu dan rasa sebak. (Mak-mak gitulahh). But I know Nuha is in a good hand while I am working. Mama dia tak pernah mengecewakan aku. Insya Allah Nuha is all good.

Kerja aku sebenarnya *frankly speaking* tak memerlukan langsung aku untuk hadir ke pejabat. Aku boleh remote dari rumah. Selama 6 minggu ni pun aku dah buktikan aku boleh. Tapi, kalau aku outspoken sangat, I'm gonna kill myself. HR takkan suka. Lagi pulak, bos aku boleh datang ke pejabat (padahal dia bos dan tak perlu pun datang), gaji aku tak dipotong- So aku tak ada alasan untuk meminta macam-macam lagi. Aku positif saja; demi kesihatan mental dan survival kerjaya aku.
Cuma kalau boleh HR fleksibel lah sikit dan jangan pembaris sangat~

Hari ni juga adalah hari istimewa aku. 19 Ramadhan marks Nuha's 2nd birthday in Hijrah. 6.15 pagi tadi (2 tahun yang lalu), aku lahirkan dia. I am so blessed! Apa yang kami kecapi semua sekarang ni adalah rezeki anak. Kami menumpang rezeki anak.
Dan dengan kehadiran Nuhalah, kami menjadi lebih matang dan lebih fokus dalam apa yang kami kerjakan. Semoga kami terus belajar dan menjadi lebih baik di hari-hari mendatang. Amin.

Happy working

Jangan cengeng-cengeng!

Dhiya