DIY Perkahwinan: Satu Kepuasan. Tapi...


Bismillah

Sekarang ni, memang trending sangat DIY persiapan perkahwinan- Bermula dari sekecil-kecil barang hinggalah sebesar-besar persiapan. Pada saya, ini bukan benda baru pun. Masa zaman kakak saya kahwin lebih dari 10 tahun yang lalu, budaya DIY ni dah wujud malah sangat berkait rapat dengan budaya gotong-royong.
Saya ni asal dari kampung, jadi saya melihat semua ini dengan mata kepala sendiri dan kadang-kadang terlibat juga secara tidak langsung. Masa tu pun masih budak sekolah yang tak tahu apa-apa. Manalah saya tahu- Selepas berbelas-belas tahun ianya dipanggil DIY~ :)

Saya sedikit sebanyak terpengaruh juga dengan trend DIY ni. Ada satu kumpulan FB ni, semua ahlinya buat persiapan kahwin DIY! Mereka lebih kuat semangat daripada saya. Huhu.
Saya akui, DIY memang agak menjimatkan. Kita mengurangkan kos dengan tenaga kita sendiri- Maksudnya kita tidak menggunakan dan tidak membayar produk dan perkhidmatan orang lain. Contohnya bunga telur- Mari kita lihat pengiraan mudah seperti di bawah:

Kita beli semua bahan untuk buat bunga telur lengkap pada jumlah harga RM80
Kita buat, buat dan buat sendiri bunga tu...
Sampailah jadi sepokok bunga telur yang sempurna, dan kita pun puas hati.
Katakan dengan barang yang dibeli tadi, kita berjaya dapat 150 pokok bunga telur.
Maka harga sepokok bunga telur tu adalah RM80/ 150= RM0.53 atau 53 sen sahaja.
--Sedangkan, kalau kita pergi ke kedai persiapan pengantin, harga purata biasa sepokok bunga telur boleh mencecah RM1. Kalau ada yang 50 sen, mesti rupa dia pun kita tak mahu tengok.
Betul tak?
Inilah yang dinamakan kepuasan dan berbaloi.
Tapi...
Pastikan kita bersedia dengan beberapa paksi berikut. Pegang kuat, kejap- Jangan lepas. Semangat mesti kuat!

Fikir dulu
Sebelum buat keputusan untuk DIY, fikir dulu semasak-masaknya. Pertimbangan kita perlulah meliputi soal kos, kuantiti dan tenaga kerja. Kalau dirasakan kos beli siap lebih murah, cantik di mata dan berbaloi, lebih baik beli je kan~? Sama juga dengan kuantiti. Kalau rasa nak buat sikit je dan yakin boleh buat- Silakan. Itu mungkin lebih berbaloi di samping memberikan kepuasan dan kegembiraan. Tenaga kerja- Siapa yang akan bantu kita atau kita akan berhempas pulas sendiri? Ha...Semua tu kena fikir.

Jangan cepat putus asa
Tambah-tambah DIY perkahwinan. Kena ingat yang apa semua kita buat tu adalah untuk majlis kita. Bukan semata-mata hobi sahaja. 
Pendek kata- Sekali dah buat keputusan untuk DIY, jangan patah balik. Teruskan!

Sabar
Ingat, DIY ni kita buat  semuanya sendiri. Jadi kesabaran yang tinggi amatlah dituntut. Kalau kejap-kejap nak membaham orang yang tak ada kaitan pun dengan projek kita tu- Itu tandanya kesabaran kita sedang menipis. Pergi ATM dan keluarkanlah duit untuk beli item siap.

Enjoy!
Jangan tertekan. Buat dengan hati yang terbuka dan gembira.

Mulakan dan Rancang dari Awal
Hu ini memang sangat penting. Kalau last minute- Memang namanya menempah musibah. Katalah DIY pelamin tak jadi hanya 3 hari sebelum majlis- Mana nak cari bridal yang boleh bersedia dalam tempoh sesingkat tu? Awas dengan pilihan dan perancangan kita, ya~

Rasanya itu je lah kut 'tapi' nya~ Bukan nak takutkan sesiapa. Saya sendiri pun memilih untuk DIY tapi bukan semua perkara. Saya memilih item yang boleh dibuat sambil-sambil dan saya gembira melakukannya. :)

Insya Allah anda pun boleh~!

Salam sayang,
Dhiya

3 comments

  1. Hehe...teringat balik DIY bunga telur dip 3 tahun sudah...terjelir nak siapkan 100 kuntum...tp apa pun puas hati juga..sebab 1 kuntum bunga dip dah berapa RM kan..

    keep it up Dhiya!!

    ReplyDelete
  2. Aikss Nad kenal Dhiya ke? Farah dulu bagi peluang my mum buatkan ;) jauh juga kami merantau sampai ke ayer hitam johor. Nak DIY xcukup tenaga kerja...

    P/S:azira dah bersalin anak kedua

    ReplyDelete
  3. kawan-kawan blogger je ni...Alhamdulillah blogger menjadi asbab Dhiya tambah kawan dan berkongsi info :)

    ReplyDelete