Showing posts with label ilmu. Show all posts

Wake Me Up When September Ends

Fun fact about this famous lyrics
Aku tak tau pulak ceritanya macam ni. Tapi kebetulan autumn in September memang sangat cozy macam aku cakap sebelum ni.

Yea. At least we read something today kan?

Dhiya

Jatuh Cinta dengan Doodling Activities

Bismillah

I just wanna share my latest art interest- which is doodling. Apa doodling ni? Pernah dengar doodle?
Doodle ni seni melukis yang effortless dan tak perlu skill pun. Just a random pattern and simple drawing is then called doodle. 
Sekarang aku banyak follow few accounts and buat digital cute doodle dan share kat FB and IG sambil letak quote best-best. Warna pun cantik and catchy so orang akan tend to like and share the artwork. Ada juga yang hand-drawn which is more basic. Aku suka je dua-dua cuma yang digital tu of course la makan modal. Paling-paling kena ada tab dan smart pen.

Actually aku start doodle ni masa PKP last year. WFH kan very stressful. So aku pun menjinakkan diri dengan hand-drawn doodle FB page and group. Dari situ aku mula tengok artwork orang dan mula kenal orang yang buat kelas doodle samada kelas free atau berbayar. Aku pun joinlah just for fun tapi lama-lama ehhhh best lah doodle ni sebab dia macam buat kau leka atau ralit seterusnya boleh redakan overthinking dan keserabutan dalam kepala.

Aku suka benda yang cute and colourful. Tapi aku tak reti melukis so rasanya doodle is the best answer. Tak payah nak tunggu ada bakat baru boleh melukis. Doodle is just do anything and put pattern on it, then it becomes your character or identity. Doodle lebih fleksible dan ada freedom sikit berbanding lukisan lain macam karikatur. Best kan? 

So I've been collecting doodle materials from many sources including paid class and internet inspired. Tapi basically benda yang kau kena ada untuk mula-mula men'dudel' adalah pen atau pensel dan kertas. That's it! Tak payah overthinking pasal tab, ipad ke apa. Just go for basic dulu. Aku dulu macam tu lah. Lepas tu bila aku macam nak cari variasi sikit, aku start cari buku doodle yang ada ruang untuk aku tambah doodle aku sendiri. Yelah. Kadang kau tengok kertas kosong pun jadi blur kan? So kita carilah buku yang dah sedia ada.

Benda basic untuk melukis doodle
1. Kertas 
2. Pen / pensil

Advance:
1. Sketchbook
2. Drawing pen (kat kedai stationery shop banyak jual, pelbagai jenis dan jenama)
3. Colouring - oil pastel, marker pen etc
4. Ipad + pen with Procreate apps
5. Microsoft surface with Sketchbook apps
6. Canva

* item 4-6 is for digital doodling.

Buku-buku doodle aku beli kat mana?
1. Kedai buku Popular (Tak banyak sangat)
2. Kedai buku BookXcess (my favourite bookshop)
3. Banyak dapat dari internet dalam bentuk pdf

Inspirasi
1. FB Doodle Apa Hari Ni?
2. FB Intan Iszana Yusak
3. FB Tecer Intan Art Studio
4. FB Nazia Suhaimi
5. Pinterest
6. Instagram (few accounts)
7. Banyak lagi. Just guna keyword 'doodle' untuk search

My aim
Aku nak create identity sendiri dan share doodle aku dengan inspirational quotes. Aku nak orang share artwork aku dan mendapat manfaat dari quote tu. 
Aku nak beli ipad (gilaaaa tinggi cita-cita kau, D) dan design doodle aku secara digital guna Procreate. Doakan ya!

Tu kat atas tu, my 5-minutes digital doodle I created using Canva. Boleh laaaaa. Siapa suka doodle? Meh komen!

Dhiya

Blogger New Features


Bismillah

Aku baru sedar yang Blogger sekarang dah update dia punya features and button function. Banyak juga penambahbaikan yang dibuat. Bingung jugak aku dibuatnya. 

Iyalah, dah la jarang menulis. Sekali menulis, butang nak justify text pun tak jumpa. Belum lagi cerita nak edit image. Hahaha terasa tak pandai nye aku padahal rasanya dah menulis kat Blogger for more that 10 years. 

Talking about the edit image kan, aku realize yang butang add caption on image dah tak ada. Tapi diganti dengan add title. Kalau korang write anything on that space, it will become the photo caption. Dan caption ni tak akan appear bawah gambar macam selalu. Tapi it will appear once you click the image masa tengah baca posting.

Tengok gambar di bawah atau baca psoting Colmar Tropicale aku. Posting tu dah apply new features of Blogger.

Menarik kan. Aku rasa aku dah mula suka part ni. It encourages me to put more images and make your posting less wordy. Aku suka aku suka.

Other than that, still exploring. Nampaknya aku kena banyak menulis lagilah untuk tahu lebih banyak new features of Blogger. Hahahahah.
Korang pun jangan la jemu baca write up aku ya. Semoga penulisan aku bermanfaat dan berguna untuk orang lain. Insya Allah.

Jumpa nanti
Dhiya

Preparation for Learning Kit Nuha


Bismillah

Nuha is growing and this entry is all about her.

One of my passion now is to develop her skills via Montessori edu-play at home. Senang kata, aku macam buat ala-ala home school dan banyak DIY learning materials untuk dia. Ni aku akan cerita nanti satu-satu apa material yang aku buat untuk dia. Tapi this entry is all about macam mana aku buat persediaan dan mana aku dapat bahan.

1. Materials
Materials are widely available on the web. Kau Google je, semua ada depan mata, tinggal lagi nak pilih. Cuma tips nya adalah gunakan keyword atau kata kunci yang betul. Antara keywords yang boleh digunakan dalam mencari materials pembelajaran untuk anak-anak adalah;-

- DIY baby playing kit
- DIY learning for kids
- Learning materials for preschool
- Printable learning activities toddlers

Ha ni contoh je la. Korang boleh play around dengan keyword tu asalkan berkaitan dan nanti korang akan jumpa macam-macam bahan yang menarik untuk anak-anak.

Website yang menjadi kegemarana aku adalah Pinterest. Tapi Pinterest ni korang kena pandai cari link download dia di sebalik write up entry blog authors yang panjang. Hahahha. But once dah jumpa, memang best men-download.
Tapi kalau korang malas atau tak convenient guna Pinterest, guna jelah Google tu. Jumpa je bahan menarik dan kadang-kadang it will be linked to Pinterest jugak.

2. Printer
Kalau korang memilih untuk buat printable materials, printer adalah device yang wajib ada. Aku tak ada printer tapi aku hantar je kedai. Ala takat 4-5 ringgit, takde hal sangat lah. Tapi kalau berkira sangat, korang kena pilih la material yang betul-betul berguna untuk di print supaya berbaloi dan anak suka main. Jangan dah print, terperam je macam pekasam.
Tips kalau nak print di kedai, carilah kedai-kedai yang dekat dengan kolej atau university. Macam aku kan duduk KL, sanggup je cari kedai print murah. Kalau di kawasan UKM dan UPM, korang boleh ke Flat Ikan Serdang untuk khidmat fotokopi, print dan laminate yang lebih murah. Tak pun, di sekitar KL dan PJ, boleh cari kedai percetakan Bormas yang ada beberapa cawangan. 

3. Laminate
Talking about laminating just now, this is the part yang boleh tahan jugaklah mahalnya. Kadang-kadang print RM1 je, tapi laminate dah sampai RM4 untuk saiz A4. Aku sebagai seorang yang cheapskate dan dalam masa yang sama wants things to happen, terfikir satu idea modal rendah, tapi korang masih boleh laminate bahan pembelajaran anak macam kat kedai.

Bahan yang diperlukan:

- Laminating pouch / film. Yang ni je lah korang kena keluar modal pun. Tak mahal. RM20 dapat 100 keping pouch.Kalau nak beli, beli yang 100 micron dan ke atas. Laminating pouch ni ada je dijual di mana-mana kedai alat tulis. Confirm ada.
- Iron (seterika baju yang jenis gosok ya)
- Kain batik

Cara-cara:

- Print material atas kertas A4
- Masukkan material tu ke dalam laminating pouch. Letak elok-elok jangan senget benget. 
- Lipat dua kain batik. Ratakan elok-elok supaya hilang kedut
- Masukkan laminating pouch yang ada material korang tadi di celah kain batik yang dah dilipat dua tadi
- Iron permukaan kain batik yang ada laminating pouch di bawahnya tu
- Mulakan menggosok dari penjuru atau tepi supaya boleh keluarkan angin yang terperangkap di dalam laminating pouch tu
- Perlahan-lahan laminating pouch tu sedang mengeras. Tapi awas jangan pegang direct sebab panas
- Sambil iron tu sambal boleh tengok kot ada kawasan yang tak melekat. Just put some heat and pressure there supaya plastic laminate tu melekat elok
- Kalau dah puas hati, keluarkan dari kain batik dan biarkan sejuk
-Taraaaa siap!

* Kenapa aku guna kain batik? Sebab kain batik tebal kalua nak dibanding dengan fabrik lain macam shawl ke apa. Kalau diseterika pun, kebarangkalian untuk hangus tu macam kurang. 

4. Others
Nak buat learning kit anak-anak ni kena kreatif. So tempat kegemaran aku untuk dapatkan bahan-bahan lain untuk materials pembelajaran anak adalah kedai Eco (Kedai RM2.10) dan juga MR. DIY. Aku kalau masuk dua kedai ni memang lupa pintu keluar.
Tak cukup dengan keperluan Nuha, aku bawak sekali sudu garpu periuk yang macam tak cukup-cukup di rumah tu.

Mak-mak begitulah~

5. Kesungguhan
Kita nak anak kita belajar, kita kena sediakan medannya. So kesungguhan tu kena ada. Rumah aku memang dah macam rupa tadika. Poster ABC, numbers and animal di dinding dan buku-buku sebakul. Itu belum mainan lagi. 
Kita sebagai parents kena ada kesungguhan dalam menyediakan bahan belajar dan mengajar mereka. Apart from that, kena sabar banyak banyak dan selalu berlapang dada kalau anak buat sepah. Hhahahahah!

* And this is one of the reason aku dah tak terima tetamu last minute sekarang. Rumah aku tak lawa. Tak ada ID macam rumah korang. Rumah aku penuh mainan, buku dan poster Nuah yang kadang-kadang bersepah kalau dia tengah bermain.
Kalau cakap kasarnya, aku tak nak orang luar dating rumah aku sebab di dalamnya ada anak yang sedang bermain untuk membesar.

Insya Allah in the future aku akan kongsikan few materials yang aku buat untuk Nuha. Benda simple je. Korang boleh buat better dari aku. Tapi tulah, aku just bagi idea je. Huhu

Pen Off now, 
Dhiya

Perjalanan Penyusuan Nuha


Bismillah

Selepas emo bab nama anak, kali ni aku nak kongsikan cerita motivasi pula. Motivasi penyusuan anak gitteeeww.
Aku ni bukanlah konsultan laktasi atau doktor atau apa-apalah. Aku cuma seorang ibu muda (muda?) yang baru ada seorang anak. Semuanya (tentang breastfeed, bf) aku belajar sendiri dari internet, FB page dan dengar tips dan pengalaman dari kawan-kawan yang berpengalaman. 

Bulan 12 ni genaplah Nuha 6 bulan dan bermaknanya 6 bulan jugalah aku berjaya menyusukan Nuha secara ekslusif. Bf is not easy, but I really enjoy the moment since on the first day I become a mum. Alhamdulillah aku direzekikan dengan Nuha yang pandai latch, tak ada masalah inverted or crack nipple, susu yang cukup dan persekitaran serta support group yang baik.

Perjalanan penyusuan Nuha bolehlah dibahagikan kepada 3 bahagian; Fizikal, mental dan emosi.

Secara fizikal, persiapan alat adalah sangat penting. Antara faktor kenapa orang dulu tak berjaya menjalankan penyusuan secara ekslusif selama 6 bulan adalah kerana tiada alat. To be precise, breast pump, bp dan juga aksesori lain. Orang dulu-dulu perah susu badan guna tangan je. Bila guna kaedah manual, pastinyalah memakan masa. Kadang kadang sakit tangan dan boleh jadi sakit belakang juga. Sebab tu aku yakin dengan adanya teknologi, alat bantu seperti bp sangat berguna bagi menyokong penyusuan eksklusif ini. Aku guna Cimilre dan review tentang bp ini bolehlah dibaca di link ini.
Selain bp, aku juga guna breast milk collector, bmc jenama Haaka yang sangat membantu di saat-saat kecemasan. Cerita tentang Haaka, boleh klik link ini.

Selain itu, aku juga berusaha keras untuk mengamalkan pemakanan sihat atau makanan penggalak susu. Harus diingat bahawa tiada istilah makanan penggalak susu pada makanan tertentu. Maksudnya tak ada makanan spesifik untuk penggalak susu. Siapa yang jual cookies penggalak susu and what so ever tu, maaf semua tu merepek sajo.
But there is no wrong at this statement: KEEP ON FINDING YOUR MILK BOOSTER (mb). Milk booster (mb) aku mungkin tak sama dengan mb kau. Cadbury may works well on me, but not necessarily on you. Milo can be your mb, but may not works on me. Nampak tak?
Macam untuk aku, antara mb aku adalah Cadbury, fenugreek, Susu Kurma Farm Fresh, susu segar Good Day dan air longan. Alhamdulillah urusan aku dipermudahkan.

Dari segi mental, yep mental health and mental stability is very crucial! Kau kena set pemikiran kau seawal dari mengandung lagi yang kau akan menyusukan anak. Kau kena set dalam kepala; menyusukan anak bukan pilihan, tetapi satu tanggungjawab. Jadi kau sentiasa akan bertanggungjawab dengan apa yang ada di tangan kau.
Tanggungjawab menyusukan anak termasuklah komitmen bangun malam untuk menyusukan anak dan juga DISIPILIN mengepam untuk menyediakan stok untuk dihantar kepada pengasuh.

Dari segi emosi, pada aku inilah part yang paling-paling kau kena jaga. Keep your positive thought and stay away from negative people. Don't get involved in any conversation with colleague talking about kids because the conversation will tend to compare each other's baby. Aku personally ada sorang kawan sepejabat yang macam ni. Dia lahirkan anak sebulan awal dari aku. Maknanya anak kami hampir sebaya. Dia akan turun ke aras aku untuk pam susu sebab aras aku semua perempuan dan tak ramai staf. Dulu setiap kali turun, dia akan singgah di meja aku dan tanya itu ini. Masa tu mulalah tanya aku pakai breast pump apa? Berapa harga? Bagus tak? Lepas tu cerita pula bp dia jenama itu, harga ribu ribu dan ok sampai yields 20-30 oz. Ko rasa?
So what I did was; I will avoid her as possible as I can. Bukan tak nak kawan dengan dia, cuma aku nak elak perbualan membanding-banding ni. Breasfeeding is not a competition. Kau punya 20 oz, aku punya 10 oz- What is your problem? Anak aku tak pernah lapar dan aku tak pernah mintak derma susu orang. So far anak aku membulat bagai juara je.
Juga, tolong hindarkan diri dari mulut bawang yang asyik cadangkan kau untuk campur susu formula dengan alasan anak kau nangis tu sebab tak cukup susu. Abaikan orang macam ni.
Selain itu, sokongan dari keluarga terutamanya suami amatlah penting. Kadang-kadang, simple massage kat bahu means a lot. Atau di saat kau ketiduran sebab menyusukan anak, suami tolong masak menu makan malam dan kemas dapur. Yaaaaaaaaaa! Benda kecil, tapi besar ertinya di sisi seorang isteri.

Tiga elemen ni kena jaga elok-elok. Dan tiga benda ni bukan kerja kau (sang isteri) semata-mata. So dear husbands, jadilah tiang seri yang kukuh untuk isteri tumpang bersandar. Kalau tak boleh memasak, mungkin kau boleh tolong dobikan baju. Kalau kau benci melipat kain, mungkin kau boleh tolong jemurkan. Kau buat tu je, isteri kau dah berbunga-bunga!

Aku banyak belajar dari beberapa support group di FB antaranya; Happy Breastfeeding Malaysia, TBAN dan Puan Noorfazila . Mereka ini sangat menyokong penyusuan bayi dan banyak menjawab persoalan ibu-ibu tentang breastfeeding. Korang pergi follow ok~

Doakan aku dapat bf Nuha sampai umur 2 tahun dengan jayanya!

Salam sayang
Mak Nuha

Nuha & Botol Pegion Wide neck PPSU


Bismillah

Hari ni cerita tentang botol susu pulak!

Nuha duduk dengan pengasuh. Jadi memang ada keperluan untuk aku introduce botol susu pada dia. Masa dalam pantang lagi, aku dah sikit-sikit kenalkan botol pada dia. Mula-mula Nuha guna Avent Natural 4 oz dan dia ok (aku assume dia ok sebab dia boleh habiskan susu, walau ada meleleh sikit-sikit).
Avent Natural. Yang ni macam ada niat nak jual.
Tapi nak dijadikan cerita, as she growing cleverer, dia reject Avent sehari sebelum aku habis maternity leave. Esoknya dah nak hantar pergi pengasuh. Ayoyoyoyo! Tapi aku tak panik. Aku terus ke Fabulous Mom Puchong dan tanya pekerja tu apa puting yang boleh muat dengan botol Avent. Setelah mencuba beberapa jenis puting, seems like tak ada puting yang  boleh muat botol Avent ni sebab besar sangat; super wide neck.
Akhirnya pekerja tu cadangkan guna puting Pegion, tapi untuk mula-mula aku kena beli dengan botol dia sekali lah. Huhuhu.
Demi Nuha, aku sanggup. Tapi Alhamdulillah sebab aku ada collect point kat Fabulous Mom ni masa beli breast pump dan baby carrier dulu, botol susu tu jadi macam dah percuma. Hahahahaha! 

Malam tu aku terus cuba pada Nuha. Aku berdoa sangat supaya dia boleh terima. Iyalah. Esoknya dah nak duduk dengan pengasuh. Mula-mula dia hisap puting tu, aku nampak dia letak hujung mulut je. Mungkin dalam kepala dia; "Bak sini aku nak try dulu. Kalau keras macam Avent, aku luah baliklah! "
Tapi perlahan-lahan aku tengok Nuha hisap elok, laju dan tak ada meleleh-leleh. Tenang je. Means that she's okay. Yeay! Jadi bermula dari situ, Nuha adalah pengguna rasmi botol susu Pegion Wideneck PPSU.
Full set Pegion
Sebenarnya bukan botol yang sesuai dengan Nuha. Tapi putingnya. Ingat: PUTING. Pakailahlah apa-apa botol, asalkan boleh muat puting Pegion ni, nescaya baby kau akan jadi baby paling bahagia. Sebab tu after knowing this fact, aku beli botol Suavinex kat Shopee (masa tu ada sale 9/9/2018, pada harga RM 9.90 sebuah (gila murah! Sold out dalam masa 15 minit) dan gantikan dengan puting Pegion. Alhamdulillah Nuha suka, amaknya lagilah suka. 

Bercakap tentang puting Pegion, harga memang agak pricey sikit. Tapi oklah. Bukan nak kena tukar tiap-tiap minggu. Tapi kat pasaran sekarang ada puting yang imitate Pegion iaitu Pupici yang dijual pada harga yang jauh lebih murah. Tapi again, walaupun aku mak yang cheapskate, tapi aku takkan tolerate dengan kualiti barang. Aku banyak baca review mengatakan puting ni tak berkesan macam puting Pegion. Susu meleleh dan flow still laju yang boleh membahayakan bayi. Kalau kau baca selling point seller je tanpa baca review pembeli, mesti kau akan beli sampai 10 sebab harga dia murah sangat sambil claim bulan dan bintang. 
INGAT: Kita beli puting Pegion yang mahal sikit tu untuk selesaikan masalah anak. Buat apa beli imitate Pegion yang kononnya murah tapi tak pun membantu menyelesaikan masalah anak? Kata orang biarlah alah membeli tapi menang memakai.

Jadi sekarang Nuha adalah pengguna tegar puting Pegion yang digunakan dengan botol wide neck PPSU Pegion dan juga dua botol Suavinex. Total semua ada 3 botol susu anak dara aku ni. Avent yang dia reject tu ada dua, aku tak tau nak simpan ke nak jual. Condition lawa sangat, berkilat lagi. Korang nak beli tak? Hahahaha!
Suavinex 5oz. Ada satu lagi warna biru. Putting dia aku tukar kepada puting Pegion. Bukan untuk dijual sebab ini kesayangan Nuha.
Demikianlah cerita botol dan puting susu Nuha. Aku betul-betul passionate dengan perjalanan penyusuan anak sebab aku sebagai mak, aku nak yang terbaik untuk dia. Ahhh semua mak pun macam tu kan? Aku cuma nak kongsikan apa yang aku buat dengan harapan semoga dapat membantu new moms macam aku jugak. Aku pun belajar dari orang, dari pembacaan dan dari pengalam orang lain. Cuma aku dokumenkan pengalaman aku supaya orang lain boleh refer.

Hope it helps!
Ummidhiya

Review: Haakaa Silicone Breast Milk Collector




Bismillah

Kali ni aku nak cerita tentang little helper aku iaitu breast milk collector (bmc). Apart of having breast pump (bp), aku rasa bmc ni sangat berguna dalam beberapa keadaan:

1. Engorged like hell and you are in a situation that don't really allow you to set up the bp. Bp kan lambat sikit; kena pasang tube lah, kena attach botol lah. Bmc is kind of life saver when you need to express urgently.
2. Bmc boleh diguna secara tandem; iaitu sebelah menyusukan baby manakala sebelah lagi bolehlah guna bmc ni. Tak membazir masa dan tenaga.
3. Bmc ni kecil dan compact. Boleh guna bawah baju, lindung dengan tudung sambal buat kerja di pejabat je. Tapi selalunya di pejabat aku guna bp sebab jadual mengepam dah tetap dan takde urgency sangat.

Kenapa Haaka?
1. Haaka is well established brand from New Zealand with high quality material, silicone. 
2. Silicone dia lembut; senang nak picit dan tak menyakitkan kulit
3. Lekapan yang kemas dan tak mudah tertanggal. Boleh handsfree dengan yakin.
Aku beli terus dari laman web Haaka Malaysia pada harga RM89.90. Hari ni beli, esoknya dah sampai. Laju betul servis deorang. Untuk pengetahuan korang, kalau tengok kat Shopee, banyak je bmc Haaka ni yang claim original tapi aku susah tak percaya sebab harga dia murah teruk sampai boleh jadi RM30 siap boleh bagi free gift lagi. Eh come on lah. Aku pun cheapskate juga tapi takdelah sampai hilang akal macam tu.

Jadi aku secara peribadi nak nasihatkan korang kalau nak beli Haaka, belilah dari laman web rasmi Haaka Malaysia atau terus ke kedai-kedai barang bayi yang authorized untuk jual Haaka. Apa-apa pun, semak laman web mereka dulu. Jangan beli main sondol je ok~

Aku letak Haaka bmc ni kat pejabat. Memang tujuannya begitu sebab kadang-kadang ada hari yang aku tak sempat pam on time. Kebarangkalian aku tertinggal part bp pun ada. Jadi eloklah bmc ni duduk je diam-diam dalam laci meja kat pejabat aku. Kat rumah tak bimbang sangat hal pam ni sebab Nuha ada dengan aku.

Kalau nak travel jauh pun selalunya aku akan standby Haaka ni je dalam beg. Pantas gituhh! Nak set up bp agak renyah dalam kereta kan. Lagi pulak anak tengah tidur. Macam mana nak kosongkan breast kalau bukan dengan bantuan bmc ni.

I've been using Haaka for 4 months and Alhamdulillah it's very helpful! Aku sangat recommend mak-mak on the go untuk ada satu bmc ni tak kiralah brand apa pun. Tapi pada aku, dah alang-alang nak membeli tu, belilah yang berkualiti dan boleh buat kerja untuk kau betul-betul.

Thanks Haaka
From Ummidhiya

Tips Menabung Cara Kejam (Cara aku)


P/s: Ini adalah pendapat peribadi. Kecaman luar tidak diperlukan.

Bismillah

Lamaaaa aku rancang nak tulis tentang ni tapi aku takut kalau orang luar cakap aku riak atau apa-apalah. Aku ada niat nak tulis di IIUM confession je tapi aku lagi takut dan tak bersedia dengan komen-komen netizen yang tak ada intonasi di situ.

Tapi aku nak tulis juga sebab aku bukan senang dari awal dan boleh terus menabung dengan cara ni. Aku pernah susah dan pernah rasa macam mana rasanya tak ada duit dalam simpanan. Aku pernah tertekan dengan kekangan kewangan di saat aku makin tua, baru habis master dan tiada pekerjaan tetap ditambah pula dengan nak kahwin. Jadi aku rasa ada signifikannya perkongsian ini untuk aku dan orang di luar sana, betapa pentingnya simpanan kewangan.

Kawan-kawan yang rapat dengan aku pasti tahu betapa struggle nya aku dalam perjuangan kerjaya aku. Yang tu aku malaslah nak cerita in details. Cukup dah kisah tu menjadi guru dalam kehidupan aku.

Aku betul-betul mulakan hidup baru sebaik aku mendapat pekerjaan pertama selepas tamat pengajian sarjana. Dengan sijil sarjana tu, aku cuba 'jual diri' aku dengan expected salary bawah 3K dan Alhamdulillah aku dapat. Kenapa aku 'jual diri' bawah 3K? Sebab aku taknak gaji aku banyak, tapi tiris jugak nanti sebab kena bayar income tax. Hahahahahha! Mungkin reason aku tu nampak dangkal, tapi aku tetap OK dengan gaji bawah 3K.

Jadi apa perkara kejam yang aku dah buat dengan gaji bawah 3K aku tu? Bermula dengan gaji pertama (ya, gaji pertamaaaaaaaaa lagi), apa yang aku akan buat adalah: Aku akan withdraw RM1/3 dari akaun gaji dan aku akan pindahkan ke akaun simpanan aku. Akaun simpanan aku ni aku memang sengaja tak buat online banking demi mendisiplinkan diri aku. Kalau tak, sikit sikit login, sikit sikit login. Tak jadilah menyimpan kalau begitu. Baki RM2/3 itulah aku akan guna untuk semua komitmen dan perbelanjaan lain yang takkan laa aku nak cerita semua kat sini.

Bila aku cakap RM1/3, mesti ramai yang terbeliak, cakap "Umangai banyak gila" Ada juga yang cakap "Alah laki kau tanggung semua bolehlah simpan sampai RM1/3~". Dey dey...Aku tak habis cerita lagi. Sebelum kau come out dengan pelbagai assumption tentang aku dan suami, bak sini aku nak cerita sikit.
Memang duit sewa rumah kami, isi dapur dan semua bil, suami aku yang bayar. Dia adalah sejenis suami yang sedar tanggungjawab dia. Tapi aku juga bukanlah isteri yang begitu mudah cuci tangan dan ambil kesempatan. Aku ambil juga tanggungjawab tu walau tak banyak. Kadang-kadang, waktu tengah beratur nak bayar barang dapur, aku selit sikit duit kat tangan dia. Tak pun, lepas penat beli barang dapur, aku heret dia pergi KFC dan reward dengan ayam sorang dua ketul. Kalau rasa-rasa teringin, aku ajak dia makan durian SS2 barang dua biji dan aku yang payung. Benda kecil, tapi aku yakin aku pun ada sumbangan. In the end, benda ni akan balik kat kau juga sebab nanti dia akan bagi duit belanja, kan? Hahahhaahha!
So nak cakap, aku pun ada bahagian yang aku spend untuk rumahtangga. Maknanya tidaklah semua gaji aku masuk poket aku. Jadi jangan cakap aku simpan RM1/3 gaji aku sebab duit aku memang banyak. Nehi nehi nehi.
Untuk pengetahuan, aku pun ada komitmen telefon dan internet serta bayaran hutang belajar aku semasa dalam pengajian sarjana dulu. Mak abah di kampung pun Alhamdulillah ada bahagian mereka. Tu belum cerita pasal lain-lain komitmen. Malaslaa nak cerita panjang.
Cuma ada beberapa perkara yang aku rasa ianya adalah kelebihan pada kami walaupun orang luar nampak ia sebagai kekurangan.

1. Kami duduk menyewa di apartment kos rendah saja. Tapi Alhamdulillah environment sangat bagus dan jiran pun baik-baik saja. Tak demand pun nak duduk double storey atau kondo mewah. Rumah sendiri masih dalam proses (Ya Allah ini sangat menguji iman~!)
2. Kami suami isteri tidak ada kereta baru. Walaupun nampak tak ada gaya, tapi kami tak ada hutang bulanan kereta. Kereta yang kami ada sekarang ni pun Alhamdulillah dapat menyerap masalah kenaikan harga minyak sekarang. Perodua memang terbaik! Hahahahah!
3. Aku tak layan sangat fesyen atau trend. Bukan nak kata kolot. Tapi aku taklah terkejar kejar kan tudung itik atau baju raya Che Ta yang beratus ratus tu. Aku masih ada keinginan untuk cantik, cuma aku bukan orang yang sanggup berhabis sangat dalam bab ni.
4. Kami masih boleh travel merata, tapi travel cara kami lah. Aku perasan, sejak kahwinlah aku dapat pergi merata. Selalu orang waktu bujang la yang berhabis pergi merata, kan? Again, kami travel cara kami dan of course dengan cara paling bajet. Aku tak pernah mintak nak tidur hotel mewah dengan buffet sampai muntah. Kos percutian pun selalunya sama-sama payung dan bila kira-kira balik, jadi sama rata je sumbangan masing-masing. Travel macamnilah buat hati kami senang dan lebih ikhlas.
5. Makan. Kami selalu memasak saja di rumah. Tapi sebagai pasangan muda yang tinggal di kota, kami pun kadang-kadang keluar juga ke mall sewaktu hujung minggu. Cumanya bila tiba waktu makan, kami akan pilih tempat makan yang sederhana saja. Tak adalah nak makan kat 360 for no reason atau ke Pavilion sana nun. Aku ni, kalau dapat cendol Subang pun dah happy. Kalau dapat restoran besar kat Mid tu memang terus termenunglah agaknya. Yup, kadang-kadang kami reward juga dengan something special macam kat TGI atau Tony Roma's, tapi it must be due to special occasion macam birthday atau anniversary.
6. Ha ni satu lagi dan yang paling penting. Aku memang avoid sangat online shopping melampau terutamanya flash sale Lazada dan sewaktu dengannya. Sales macam ni lah yang memusnahkan struktur perbelanjaan bulanan aku. Satu lagi, elakkan terpengaruh dengan copywriting (ayat ayat promosi) yang boleh buat kita rasa 'ehhhhhhhh aku kena beli ni. Esok dah takde dah promotion macam ni'. Come on. Kawal nafsu. Berbelanjalah ikut keperluan. Aku ni kadang-kadang teringin je apa-apa yang orang promote kat FB tu, tapi aku fikir dulu. Beli sebab perlu dan memang tak ada atau beli sebab benda tu cantik je samata-mata. Tepuk dada, tanya selera.

Hah. Tu je kut tips perkongsian dari aku.
The main point is, aku akan dengan kejamnya keluarkan RM1/3 dari gaji aku cepat-cepat dan pindahkan ke akaun lain supaya aku tak guna duit tu. Katalah kau terdesak dan bajet lari sebab kereta overhaul (contohnya), kau boleh keluarkan duit tu sebagai "PINJAM". Gaji bulan depan wajib ganti balik. WAJIB!
Percayalah. Masuk bulan ketiga, kau akan mula rasa seronok dan bangga dengan diri kau sebab kau akan nampak dalam akaun simpanan kau ada duit. Tak banyak pun, tetap duit.
Kalau gaji kau RM3000 sebulan, simpan RM1/3 maknanya kau simpan RM1000. Kalau dah tiga bulan, tak ke dah ada RM3000? Seronok tak? Seronok kan?
Cuba dulu. Kalau tak mampu sebab kau ada komitmen yang banyak, cubalah simpan dalam amaun yang besar hanya untuk tiga bulan pertama. Nescaya kau akan teruja tengok usaha kau yang tiga bulan tu.
Cubaaaaa!
Eh tapi jangan lepas nampak duit, kau jadi mamun dan mulalah nak beli itu ini. Ingat, tu duit simpanan!

Sekian tips kejam dari aku yang gaji tak sampai 3K. Rezeki ni Allah yang bagi. Duit ni sebahagian kecil je dari pelbagai bentuk rezeki. Ada orang direzekikan dengan gaji dan simpanan yang kecil, tapi hidup mereka bahagia sangat. Ada yang boleh buat haji pada usia muda. Jeles aku~ Kita ni, Allah beri bahagia dan rezeki gaji yang tetap dan stabil, cubalah simpan elok-elok buat bekalan waktu kecemasan. Kerja baik-baik, dan jangan mengular. Semoga Allah cukupkan segala keperluan hidup kita dan dilimpahi rezeki yang berkat dan menjadi saham di akhirat nanti. Amin.

Tips kejam paling ikhlas aku pernah kongsikan,
Dhiya

Dhiya ke Kelas Menjahit Artcraft!


Bismillah

Hujung minggu lepas, saya berpeluang menghadiri kelas jahitan di USJ. Dah lamaaaaaa sangat berhajat nak belajar menjahit ni. Asalnya teringin nak buat baju kurung sendiri je, tapi lama-lama saya terfikir; banyak benda lain aku boleh jahit selain dari baju kurung sendiri.

Akhirnya selepas beberapa ketika follow IG Kelly ni, saya tekad untuk hadir ke kelas yang dianjurkan. Kelas yang ditawarkan banyak; dari basic hinggalah ke advance. Tapi saya ambil kelas yang paling asas sebab nak tahu basic knowledge dulu. Yang bestnya, bayar yuran pendaftaran dan semua disediakan oleh penganjur dari sekecil-kecil bahan hinggalah sebesar-besar fabrik dan mesin jahit! Dan yang bagusnya juga, kelas ni satu hari saja. Jadi tak drag plan kita yang lain-lain tu. Tapi kalau kata tak siap dalam tempoh sehari kelas tu, kita boleh datang lagi bila cikgu ada dan sambung belajar tanpa bayaran tambahan. Huhu!
Kelas bermula 11 pagi. Sebaik tiba, Kelly dah tahu yang saya akan buat projek asas. Jadi dia suruh saya pilih 1 projek besar (macam pouch atau kotak make-up) dan dua projek kecil (macam bekas pensel dan uncang).
Saya pilih button pouch, kotak pensil berzip dan passport holder.

Dan momen yang palinggggg seronok adalah memilih fabrik! Kedai Kelly ni kecil tapi syurga untuk fabrik yang pelbagai warna dan corak. Memang rambang mata dibuatnya! Beberapa kali saya tukar fabrik sebelum dipotong sebab tak boleh buat keputusan punya pasal.

Belajar menjahit bukan terus potong kain dan jahit. Mula-mula kena belajar trace pola dulu. Trace pola ni pula kena faham, samada kena tambah basi atau tidak. Material pun bukan kain semata-mata. Saya belajar banyak jenis interface yang buat kain jadi gebu, keras dan tidak lembik dan bagaimana nak guna seterika supaya interface melekat elok pada kain.

Pola untuk semua projek saya siap juga dalam masa 2 jam. Lepas tulah baru cikgu ajar cara nak guna mesin jahit dan kemudian barulah diajar macam mana nak gabungkan kain, top stitch untuk bagi kemas cantuman fabrik dan banyaaaaaaaaaaaak lagi.

Memandangkan saya ni seorang amatur, jadi perlahan la juga. Tiga projek, walaupun nampak kecil dan ringkas, boleh tahan juga terhegeh-hegehnya. Huu! Tapi bila dah nampak bentuk projek kita tu, rasa seronok dan teruja sangat sampai cikgu cakap: "Sabar, D..Sabar D..Awak ni dah advance pulak"
Passport holder dan button pouch saya
Dan inilah dia 3 projek yang saya buat sendiri dengan bantuan cikgu Rebecca! Yeay!
Projek ni dengan rasminya siap pada pukul 7.30 malam. Kemas-kemas barang terus hai-hai bye-bye, terus pecut ke surau untuk solat Maghrib dan cari suami saya sebab dia dah tunggu lama.

Insya Allah saya akan datang balik ke kelas ni untuk projek yang lain terutamanya projek sling bag dan doctors bag. Teruja sangat!

And to dearie husband, please buy me a sewing machine for my birthday present. Thank you. Ups~

Dhiya

Kisah dan Pengalaman Kulit Wajah Terbakar dek kerana Krim Jerawat- 2017


Fasa 1- Bagaimana ia bermula?

Mulanya jerawat je. All this while, kalau ada jerawat, saya memang akan guna Hiruscar Post Acne 10mg. Untuk pengetahuan, saya memang dah guna Hiruscar Post Acne ni sejak tahun 2015 lagi dan sangat berkesan. Saya bukan orang yang jenis berjerawat teruk sekarang. Cuma kadang-kadang adalah dua tiga ketul yang datang melawat, randomly. Sedikit review Hiruscar Post Acne, saya memang berpuas hati dengan penggunaannya selama ini. Walaupun harganya agak mahal, (anggaran dalam RM 40++) tapi apalah sangat kalau nak dibandingkan dengan kesan positif yang saya dapat selepas menggunakan produk ni. Lagipun, kadang-kadang produk ni akan ada diskaun teruk yang boleh buat saya senyum riang. Kena selalu rajin singgah drugstore untuk tengok harga terutamanya setiap kali hujung minggu.
Masa mula-mula jadi
Saya memang pengguna setia Hiruscar! Yang kecil tu sebenarnya adalah tester yang saya dapat di booth mereka di Mid Valley dulu. Tunjuk je pek saya sendiri (yang memang selalu letak dalam beg dan bawa ke mana-mana), terus dapat banyak trial pack. Untung!
Tapi nak dijadikan cerita, Hiruscar saya habis. Pergi farmasi pun tak ada stok. Jadi saya 'pejam mata' je beli Maderma. Esoknya sapu Maderma, kulit saya terus melepuh dan menjadi kemerah-merahan! Tak cukup dengan tu, kawasan merah tu kadang-kadang gatal terutamanya kalau saya berada di luar rumah atau pejabat.  Sekejap je terus kena! Jadi saya terus berhenti sapu Maderma tu.

Fasa 2- Kulit saya mula merah dan ada kesan terbakar!

Di pejabat, kawan-kawan mula tegur. Ada yang tanya muka kena tembak minyak panas ke. Ada juga yang tanya dalam nada jenaka kena dera dengan suami ke and what so ever which make me very stressful, down, and irritated. Saya sedar yang saya sebenarnya menjadi perhatian di pejabat. Ialah, kalau tak, masakan mereka sedar perubahan pada kulit saya. Maksudnya juga saya diperhatikan jika keluar rumah.  I was sooooo stress!
Duduk dalam pendingin hawa, kurang 'panas' dan kering elok. Tapi bila kena matahari, dia mula jadi 'panas' balik dan mulalah jadi lembap.
Teman sepejabat saya, seorang ahli farmasi nasihatkan saya supaya letak alovera di tempat tu sebab saya mengadu pada dia kulit saya terasa 'panas' dan bengkak sampai saya boleh rasa pipi saya besar sebelah.
Tips membeli alovera: Jenama apa pun boleh waima jenama Guardian. Itu lebih baik dari jenama lain yang ada alkohol dan tak 100% pure alovera. Ingat: Alovera mesti 100% content dan tidak dicampur dengan bahan lain!
Tapi malangnya alovera bukan penyelesaian terbaik untuk saya. Walaupun kulit terasa sejuk dan kurang mengelupas, tapi ada macam nanah mula naik di muka. Infection has begun! Sekali lagi saya berhenti letak apa-apa di muka dan tekad berjumpa doktor (seorang GP) di tingkat 13 pejabat saya. Dia bekalkan saya dengan ubat antibiotik dan krim sapu. Sepanjang seminggu saya guna (semasa cuti raya haji), kesannya on-off. Sekejap Nampak ok, sekejap naik balik. Follow up seminggu berikutnya (selepas raya haji), saya diberi ubat lain tapi nampaknya kesan tu tak nampak sangat. Kulit di bahagian yang terjejas tu masih kadang-kadang merah, kadang-kadang nampak pudar, kadang-kadang ok, kadang-kadang terasa gatal sangat. Saya berhabis hampir RM200 untuk dua kali rawatan di GP ni.
Waktu ni saya sedang guna ubat GP. Bengkak memang surut tapi merah tu tak hilang sangat. Kejap-kejap  nampak surut, tapi kejap-kejap nampak macam jadi balik
Ni yang nampak surut. Tapi kalau dia nak jadi balik, anytime je boleh tiba-tiba jadi merah balik.
Lepas balik dari raya haji, saya perasan yang it's getting worse.
Yang ni memang worst.
Immediately after that, saya terus ke pakar!

Fasa 3- Apa rawatan lain yang saya ikhtiarkan?


Saya akhirnya 'tewas'. Saya ke Klinik Pakar Kulit Md. Noh di Jalan Tuanku Abdul Rahman Kuala Lumpur. Klinik ni dicadangkan oleh suami saya sendiri sebab katanya dia pernah ke situ untuk mendapat rawatan masa kecil dulu. (Nampak tak dah berapa lama klinik ni ada?). Kalau nak tahu, klinik ini terletak di tingkat 1 bangunan kedai berdekatan dengan Kamdar. Tiada tempat letak kereta sebab klinik ni terletak di depan jalan besar berdepan dengan pawagan Tamil Coloseium tu. Jadi kalau nak dating, datanglah naik tren.
Sampai je di klinik, daftar dan tunggu sekejap nama dipanggil. Untuk pengetahuan, klinik ni sangat 'tradisional'. Pendaftaran tak menggunakan kad pengenalan, hanya perlu isi borang dan nombor yang diberi pun atas kad saja. Pun begitu, katanya pengunjung klinik ni sangat ramai terutamanya pada hujung minggu dan proses menunggu agak mengambil masa. Tapi flow pesakit pada hari biasa agak kurang jadi tak lah lama sangat menunggu. Alhamdulillah saya menunggu tak sampai 15 minit pun.
Sebaik masuk, saya ceritalah semua masalah saya kepada doktor. Saya bawa dan tunjuk juga semua ubat yang saya guna dan yang pernah diberikan oleh GP sebelum ini.
Doktor cakap memang saya kena infection jadi doktor bekalkan ubat lain dan berhenti semua ubat GP sebelum ini.
Ubat saya: Antibiotik (tak sama dengan yang GP bagi), ubat gatal, ubat alergik, cleanser dan krim. Banyak oih!
Dikurniakan MC. Ya Allah, rasanya selama saya dalam dunia kerjaya, saya tak pernah minta MC. Inilah yang pertama dan betul-betul perlukan MC...

Waktu operasi:

Isnin , Selasa , Khamis:  9.00 pg - 5.00 ptg
(rehat: 1.00 - 2.00 ptg)
Rabu :10.30 pg- 1.00 ptg
Jumaat- tutup
Sabtu: 9.00 pg- 5.00 ptg
Ahad & Cuti Am - tutup
Tawakal Hospital - 2.30 ptg/pm - 5.00 ptg/pm

Fasa 4: Selepas lebih kurang seminggu, apa terjadi sekarang?

Alhamdulillah Klinik Pakar Kulit Md Noh menjadi asbab untuk saya sembuh hampir sepenuhnya. Merah di bahagian kulit pipi kiri saya sudah hampir hilang, tak lagi gatal dan nampak sudah kembali kepada asal. Saya bersyukur sangat.
Gambar terbaru, selepas lebih kurang seminggu ke Klinik Pakar Kulit Dr. Md. Noh
Ialah, saya ni bekerja banyak jumpa orang, sedikit sebanyak orang pandang penampilan saya- Jadi sangatlah perlu untuk saya sihat tubuh badan dan juga penampilan (walaupun tak cantik mana, hot meletop berbakar~)
Kalau muka merah bertompok, ada infection, nak jumpa orang pun jadi tak yakin. Nak bercakap pasal kesihatan pun rasa orang taknak percaya sebab kita sendiri pun nampak tak berapa sihat. Huhuhu!
Tapi setakat hari ini, Alhamdulillah sangat. I'm fully recovered, which costs me another RM255. Tak apalah. Zakat untuk diri sendiri~
Saya masih ada 3 hari lagi untk habiskan ubat alergik dan seminggu lagi untuk habiskan antibiotik. Untuk yang nak berikhtiar, cleanser yang Dr. Md Noh bekalkan kepada saya hampir sama dengan Cetaphil cleanser. Jadi kalau nak cuba sendiri, belilah Cetaphil dan cuci kulit anda guna Cetaphil tu. Mana tahu cheaper trials first work on you.

Untuk yang mempunyai masalah infection, alergik terhadap krim tertentu yang dibeli di farmasi dan menyebabkan kulit anda terbakar, cepat-cepatlah dapatkan rawatan. Kalau boleh terus jumpa pakar dan jangan 'buang duit dan masa' macam saya jumpa GP. Bukan nak cakap GP tak bagus, tapi biarlah kita pergi kepada ahlinya terus supaya dapat jimatkan kos dan cepatkan masa untuk sembuh.

Demikian sedikit sebanyak perkongsian pengalaman saya. Semoga dapat membantu merungkai persoalan orang yang pernah senasib dengan saya. I wish you get well soon and all the best!
Pengajaran: Jangan letak sebarang-sebarang bahan di muka. Saya yang beli ubat di farmasi pun boleh kena. Inikan pula yang beli krim pemutih yang ada merkuri dan macam-macam bahan kimia tu. Berhati-hatilah~

Klinik Pakar Kulit Dr. Md Noh
87, Tingkat 1, Wisma Mohd Ebrahim
Jalan Tuanku Abdul Rahman
50100 Kuala Lumpur
Sebelah Kamdar, (sekarang macam ada construction sikit) dan berdepan dengan panggung Tamil Coloseum tu.

Ikhtiar, ya!

Dhiya Dahlia

Cara Aktifkan Akaun Maybank untuk Paypal


Bismillah

Ini adalah pengalaman baru yang saya dapat dan saya betul-betul nak kongsikan bagaimana saya lakukannya.

Isu:
Saya nak beli sesuatu dari laman web luar negara, dan pilihan bayarannya cuma melalui kad kredit dan Paypal. Saya tak ada kad kredit. Tapi tak tahu nak guna Paypal!

Penyelesaian:
Guna saja Paypal. Meh sini saya ajar

Paypal ni apa sebenarnya?
Paypal ini adalah mediator (system atau orang tengah) yang membolehkan kita buat bayaran kalau kita beli barang dari web luar negara macam E-bay, Etsy dan sebagainya.
Paypal ni boleh di link kan dengan akaun bank kita (saya akan ajar macam mana nak link kan dengan Maybank) supaya kita boleh bayar melalui Maybank.

By default, kad ceri Maybank kita tu memang tak boleh sebarang-sebarang terus guna untuk buat bayaran atau transaksi atas talian, dalam atau luar negara. Fungsi tu memang tidak diaktifkan. Kalau nak, kena mohon. Ingat tak, nak buat M2U online pun mula-mula kita kena aktifkan secara manual di bank, kan? Ini adalah ciri keselamatan yang dibina oleh Maybank.
Jadi apa yang saya buat adalah:

Pertama:
Mestilah ada akaun Paypal. Daftar secara percuma di sini. Senang saja. Jangan bimbang :)
Kemudian, pada tab 'wallet', ada dua pilihan samada masukkan maklumat kad kredit atau akaun bank. Anda boleh isi kedua-duanya atau salah satu saja. Macam saya, saya isi maklumat akaun Maybank sahaja. Nombor kad adalah nombor 16 digit yang ada di depan kad tersebut.
Kedua:
Call customer service Maybank dan bercakaplah dengan operator. Anda boleh beritahu mereka dalam bahasa paling layman yang anda nak aktifkan akaun Maybank untuk bayaran melalui Paypal.

Cara aktifkan Maybank e-commerce melalui panggilan telefon:

1. Call dan bercakap dengan operator
2. Beritahu yang kita nak aktifkan penggunaan e-commerce sebab nak guna Paypal
3. Operator akan minta verification: Nama, nombor kad pengenalan, nombor telefon yang didaftarkan, nombor akaun
4. Kemudian dia akan beritahu sedikit disclaimer atau implikasi pengaktifan ni
5. Kemudian dia akan terangkan yang pengaktifan e-commerce ni hanya untuk kegunaan Malaysia sahaja. Tapi kalau untuk kegunaan antarabangsa (macam Paypal), perlu aktifkan satu lagi bahagian (something to do with international activation which requires TAC number). Yang ni kita kena buat sendiri samada di mesin ATM atau di M2U. Kebetulan masa tu saya depan laptop, jadi saya minta dia bantu saya step by step dan ting! Siap! Operator tu cakap dah boleh terus boleh guna.

Ketiga:
Saya terus ke website pembelian untuk buat bayaran melalui Paypal dan memang terus boleh guna! Website pembelian saya pula teramatlah efisyen sampai terus respon belian saya dah berjaya. Woooho!

Jadi, inilah sedikit sebanyak ilmu dan pengalaman yang saya dapat dan dikongsikan di sini. Insya Allah ini adalah cara yang paling mudah dan cepat dan saya sendiri dah alaminya.Customer service Maybank pun very helpful dan sangat baik.

Kalau masih tak faham, boleh tinggalkan komen di entri ini dan saya akan bantu anda sebaiknya.

All the best!
Dhiya

Kita Masih ada Pilihan


Hari ini saya terbaca dua kes yang hampir sama berlaku pada hujung minggu baru-baru ini.

Hidup ini penuh dengan pilihan. 
Sama juga dengan mati- Kita juga perlu pilih untuk mati dengan cara yang bagaimana. (Maaf kalau terkasar, ya)

Ini bukan kes tren tu keluar dari landasan dan pergi langgar rumah orang. Ini kes orang yang ceroboh jalan khas tren tu.

Come on, users atau orang sekeliling atau yang tinggal dengan kawasan yang hampir dengan landasan keretapi. Kelajuan keretapi boleh mencecah 300km/j walaupun dari jauh anda akan nampak pergerakan mereka sangat lambat. Mereka tak boleh membrek dan berhenti dengan tiba-tiba kerana akan menyebabkan inertia yang seterusnya boleh membawa kemalangan besar.
Jadi kita yang ada dua kaki dan satu akal yang hebat inilah kena elak kawasan laluan keretapi ini.

Sekali lagi-
Pesanan khidmat masyarakat-
Jauhi landasan keretapi
Anda turun
Mungkin tak akan naik balik
Hidup ini satu pilihan!



Proud To Be Part of Them


Bismillah
Alhamdulillah

Bangga

Ijazah Sarjana Muda: Universiti Malaya
Ijazah Sarjana: Universiti Kebangsaan Malaysia
Doktor Falsafah: Tak nampak lagi wawasannya. Banyak duit negara hilang dan tak dapat bantu anak bangsa sekarang ni.. Eh~
Dua universiti inilah yang mengajar saya nilai ilmu yang bukan hanya pada kertas dan buku. Pencarian ilmu di sini telah mengajar saya erti pengorbanan, kesungguhan dan pengabdian diri kepada Tuhan.

Rindu sangat pada zaman kehidupan kampus. Suasananya tenang, mungkin sebab keberkatan tempatnya yang penuh dengan orang berilmu dan orang yang menagih ilmu.

Paling penting, ilmu yang didapati bukanlah hanya untuk dibanggakan atas sekeping kertas ijazah. Semoga kita dapat mengaplikasikannya dengan baik dan memberi manfaat kepada orang lain.

Rindu
Dhiya

Belajar Asas Adobe Illustrator (AI)


Bismillah

Alhamdulillah.

Pagi 5 Mac- Masuk ke dalam BMU MN dengan pengetahuan yang kosong tentang Adobe AI. Keluar saja dari pintu bilik BMU MN pada petang 6 Mac, terasa sudah ada idea di dalam otak.

Ya, hujung minggu lalu saya luangkan masa untuk mengikuti kursus Adobe AI ni di Masjid Negara. Mula-mula rasa macam on-off-on-off je nak pergi. Sehari sebelum kursus pun saya masih belum ada installer. Suami saya hanya berjaya install AI pukul 2 pagi Sabtu. Punyalah 'tak serius' (kut).

Dipendekkan cerita, kursus AI tu sangat memberi manfaat kepada saya. Walaupun hanya dua hari dan memang mustahil nak capai tahap hebat, tapi sekurang-kurangnya saya dah dapat ilmu asas tentang AI. 
Dalam kepala dan ada stacks of ideas dan gambaran tantang AI dan teruslah berangan nak buat header DDD sendiri. Hahahah!
Mujur juga dah kahwin. Kalau tak, bertambahlah kerja DIY untuk buat kad kahwin sendiri. Hoho!


Hasil hari kedua


Alaaaa...nubis je baru. Otai-otai jangan kecam saya :p

Terima kasih pihak penganjur. Kursus yang sangat hands-on siap boleh ajar balik dua tiga kali dengan sabarnya sebab anak murid tak faham-faham. Pahala semua tu. Pahala.

Dahlia

Yang mana lebih menambat hati? : U Mobile vs. YES 4G.


Sebaik berpindah ke rumah yang kami duduki sekarang, suami saya sudah berkira-kira untuk melanggan penyedia internet untuk kami guna. Saya pun sukalah sebab masa tu kami masih belum beli TV. Makanya itu sajalah nanti yang akan jadi teman pengubat jika kebosanan. Tambahan pula, blogger (blogger ke) macam saya ni memang tak boleh kalau tak ada sambungan internet. Jadi saya pun menyokong saja pilihan dan keputusan suami saya.

Bermacam survey, kajian,  dan review telah kami buat (konon-kononnya laa). Kami memang sudah tolak Streamyx awal-awal lagi sebab kami tak ada dan tak mahu daftar talian tetap. Lagi pula macam rugi sebab kami bukan sentiasa di rumah sangat. Jadi kami pilih untuk mobile.
Akhirnya kami melanggan U Mobile dengan data 5GB + 7GB. Tapi to cut the story short and sweet, apa yang boleh saya katakan adalah signal strength yang dinikmati untuk waktu siang amatlah tidak sepadan dengan data yang diberinya iaitu 5GB. 7GB yang aktif bermula 2 pagi itu pula langsung tiada beza dengan 5GB waktu siang. Nak scroll FB pun lambat. Youtube selalu buffer tanpa sebab. Semangat berblog saya pinggirkan sebab nak muat naik gambar pun kena tunggu lama :( Bil bulanan: RM +-65

Akhirnya, cuti Krismas lalu telah mendorong kami membuat keputusan berani untuk bertukar ke YES 4G. YES 4G ni agak banyak review positif in terms of signal strength. Cuma yang menjadi dilema adalah YES mengenakan kontrak selama 2 tahun. Jika kita berniat untuk menamatkan langganan dalam tempoh kontrak, kita perlu membayar baki bayaran bulanan tersebut. Bunyi macam paksaan kejam gitu~

Tapi again, to cut the story short and sweet, kami lebih gembira dengan YES. Terasa macam kontrak 2 tahun itu tidak langsung menjadi beban kerana kami menikmati sambungan internet yang sangat baik. Buktinya, saya boleh mejawab soalan peperiksaan dalam talian PTD tempoh hati tanpa sebarang masalah. Yang bermasalah lagi memberi masalah ada sistem SPA itu sendiri yang buat ramai tak dapat menyudahkan peperiksaan dengan baik. Tambahan pula, kami boleh menyemak dari masa ke masa akan kadar penggunaan data kami supaya kami boleh berjimat cermat. 
Suami saya pun seronok melayan Youtube di waktu malam tanpa sebarang buffer sambil menonton TV. Aktiviti berblog kembali aktif cuma kadang-kadang tuan blog yang malas dan penuh dengan alasan. Hahahaha!
Bil bulanan RM82 / 9.5GB tanpa beza masa malam atau siang :)

* Jika dikira-kira balik, kami masih untung kerana grab YES ni semasa promosi Krismas kerana promosi CNY baru-baru ini RM92. Yeay!
This is my personal genuine review. It's from our own experience. 

Dhiya
and husband

Azam Baru: Travelog Dhiya V2


Bismillah

2015 akan berakhir dalam beberapa hari saja lagi. Banyak sangat azam yang terencana dalam kepala. Salah satunya adalah untuk travel ke sebanyak mungkin destinasi di dalam Malaysia. Sedar dengan cabaran ekonomi sekarang, sebab itulah kami memilih dalam Malaysia. Luar Malaysia tu nampak agak sukar ditambah pula Ahmad Ma*lan sudah suruh kita buat dua kerja kan.

Misi travel tahun hadapan pastinya lebih istimewa kerana saya akan ada teman. Tak perlu lagi risau tentang keselamatan kerana bersendirian. :)

Apa pula misi travelog anda?

Mencari idea?----> Klik pautan di bawah

Tolong Doakan Saya #ProjekPhD


Bismillah

Kawan-kawan, tolong doakan kejayaan saya dalam proses permohonan eTPM ini. Saya sedar saya sungguh tidak layak memohon, tetapi atas rasa usaha itu penting dan yakin dengan ketentuan Allah- Saya teruskan juga niat ini. 
Saya sudah jatuh cinta dengan bidang ini dan momentum saya untuk ke arah ini adalah sangat maksimum. Saya sangat terinspirasi dengan orang-orang hebat yang pernah dan sedang berada di sisi saya. Tambah pula saya benar-benar minat dengan cabaran yang satu ini.

Kepada sesiapa yang berminat dengan skim Tenaga Pengajar Muda ini, UiTM sedang membuka permohonan secara dalam talian dan akan ditutup pada 16 November ini. Jadi cepat! Belilah nombor pin eTPM di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional dan lengkapkan borang dalam talian ni cepat-cepat.

Saya sudah siapkan secara dalam talian. Sekarang tengah bertungkus lumus untuk menyediakan dokumen hard copy.

Saya yakin dengan ketentuan Allah. Kalau di mata manusia nampak macam tak layak, siapa tahu pada pandangan Allah kitalah orang yang dikehendaki.
Tak guna saya asyik cemburu melihat orang lain pergi jauh, sedangkan saya masih di takuk lama dan tiada usaha untuk memulakan langkah. Insya Allah semoga ini langkahnya. Semoga ada rezeki dan semoga Allah pelihara.

Salam Jumaat
Dhiya Dahlia