12 Minggu


Bismillah...

Rasa sekejap je.
Minggu ni dah minggu ke 12 kuliah. Berbaki 2 minggu untuk menyiapkan semua kerja yang tertunggak.

Prof KS 
Dia bagi lagi 3. Melambak atas meja. Bukan main 'nakal' lagi muka Prof. semasa membilang jumlah tugasan. Huaaa!

Prof Ab 
Dia pula pasangkan saya dengan dua orang junior. Saya cuba elak sebab saya dah siap slide dan laporan sendiri. Kalau saya bergabung dengan adik-adik tu, takkan senang-senang saya nak guna slide saya dan kongsi markah pembentangan?
Tadi pun, bila saya cakap saya sebenarnya dah siap slide, bukan main yakin dia boleh cakap- "Oh baguslah kak, Saya tak buat apa pun lagi~" Nampak tak? Nampak tak?
Saya pun kena ada sifat selfish sikit, Prof. Tak apa. Kejap lagi saya akan telefon dan bincang dengan Prof ok~.

Dr. Zaha
Saya memang berhutang banyak dengan penyelia saya yang baik hati ni.
Tapi buat masa ni saya sedang dalam proses untuk menerbitkan persamaan Qu yang bukan main panjang tu.

Ambil gambar prototaip di Tingkat 3
Kena tunggu Nikon saya balik dari China dulu.

Temuduga N41
Rabu depan. Baca apa yang saya rasa penting je. Kabinet- GST- NKRA. Soalan provokasi mesti akan ada punya. Haih...Sabar je lah.

MARA
Pun kena selesaikan dalam minggu depan juga. Macamanalah rupa saya nanti. Penjamin pun ada di kampung. Memang kelam kabut sangat jadinya.

Allah,
Berkati masa saya. Semoga dalam redhaNya.
Amin

Bersemangat,
Dhiya

1 comment