Mas Kahwin Negeri Pahang


Bismillah

Mungkin ramai yang dah tahu, mahar di negeri Pahang adalah sebanyak RM22.50 dan merupakan yang paling murah di Malaysia.
Saya pernah terjumpa seorang pelajar Master Pengajian Islam yang sedang bekerja dengan MUIP dan dia mengakui nilai mahar RM22.50 memang dah lama tidak dikemaskini. Hampir 100 tahun katanya.
Apabila saya tanya- Kenapa tidak disemak dan dikemaskini?
Ujarnya, cadangan semakan dan kemaskini sudah banyak kali diusulkan, tapi semuanya bergantung kepada ketua pemimpin negeri iaitu Sultan Pahang.
Bukan maknanya Baginda Sultan tidak bersetuju, tapi masih banyak perkara yang perlu disentuh dan dibincangkan dengan lebih mendalam demi kemaslahatan rakyat. Itu katanya.
Memang dah ramai juga pemimpin di peringkat rakyat mencadangkan kenaikan kadar mahar di Pahang. Rasionalnya adalah supaya nilainya selari dengan zaman dan tidak terlalu murah hingga merasakan ianya satu komitmen yang ringan dan tidak menggembirakan penerima mahar.

Pada saya, mahal atau murah kadar mahar itu bukanlah sepenting komitmen kita selepas bernikah. Menurut BERNAMA, di Pahang sendiri, Persidangan Dewan Undangan Negeri Pahang diberitahu 16.22 peratus daripada 15,000 perkahwinan pasangan Islam yang didaftarkan di negeri itu sepanjang tahun lalu kini pada pelbagai peringkat proses penceraian. Sumber
 
Kekal ke, naik ke- semuanya bergantung kepada niat pernikahan. Kan? Cumanya saya rasa apabila nilainya meningkat, kita boleh katakan yang boleh nampaklah kesungguhan pihak tersebut untuk menyediakan nilainya. Bukankah bayaran ini wajib sedangkan wang hantaran tu hanya adat?

Peace no war
Hanya pandangan sahaja :)

Dhiya

4 comments

  1. betul tu .. kalau xbgi komitmen yg sepatutnya xguna jugak..

    ReplyDelete
  2. setuju dengan pendapat dhiya tu..yang wajib adalah mas kahwin, bukan wang hantaran..

    ReplyDelete
  3. Nys Anis: Yes true! Marriage is all about commitment dan janji kita dengan Allah- Baik lelaki mahupun wanita

    ReplyDelete
  4. YaNg AyEsHa: Terima kasih sudi setuju. Heheh. Tapi stigma masyarakat kita sekarang ni adalah makin tinggi duit hantaran, makin hebatlah orang tu. sedih kan?

    ReplyDelete