Konsumerisme: Cadbury DNA Babi


Bismillah

This entry would be my very own personal idea and not influenced by anyone else.

Saya terkejut dan kecewa betul dengan pengesahan Kementerian Kesihatan tentang kewujudan DNA porcine (baca: babi) dalam coklat Cadbury semalam. Cadbury dah lama bertapak di Malaysia. Syarikat ini sudah boleh dikira sebagai stabil dan meraih minat dan kepercayaan segenap lapisan masyarakat negara ini. 

Saya tak faham secara teknikal bagaimana ianya boleh terjadi. Maksud saya bagaimana boleh ada DNA babi di dalam produk yang disebutkan. (Samada mereka sengaja memasukkan atau termasukkan bahan yang ada DNA babi itu dalam keadaan kilang atau keadaan penghasilan yang patuh syariah atau bagaimana-) Tapi tindakan ini dianggap sebagai fraud atau penipuan terhadap pengguna.

Mengapa fraud?

Jika semua aspek penghasilan produk ini telah mendapat sijil halal, mengapa masih ada lubang tiris untuk DNA babi itu masuk ke dalam produk tersebut?
Rakyat Malaysia meletakkan kepercayaan kepada tanda halal Jakim sebagai jaminan kesucian yang diiktiraf. Apabila keadaan ini berlaku, Cadbury  bukan sahaja mengkhianati kepercayaan pengguna tetapi juga kepercayaan autoriti. Secara tidak langsung juga kredibiliti autoriti yang bertanggungjawab (terutamanya Jakim) sedikit sebanyak akan tercalar.
Rakyat kemudian berhak mempunya stigma: "Jangan percayalah logo halal Jakim tu. Cadbury yang ada tanda halal pun boleh ada DNA babi" --Salah pengguna ke kalau mereka berkata begini?


Memang,
Halal dari segi makanan bukan sekadar daging babi atau seluruh unsurnya. Banyak lagi pertimbangan lain yang perlu dibincangkan. Tapi memandangkan mencari yang halal itu adalah sesuatu yang wajib apatah lagi di tanah air sendiri yang mudah mencari sumber alternatif lain yang lebih diyakini halal, saya secara peribadi terpaksa perlahan-lahan menolak produk ini dari digunakan sehinggalah Cadbury tampil dengan pengakuan bersalah atau permohonan maaf dan meraih kembali kepercayaan pengguna.
Lagipun, Cadbury bukanlah sumber makanan ruji rakyat Malaysia. Banyak lagi sumber lain yang lebih sihat lagi mengenyangkan bagi meneruskan kerja-kerja khalifah.

Di sisi yang lain, syukurlah negara kita masih menjaga hak yang satu ini. Kita ada badan khas (walaupun tidak kuat) yang berterusan memantau keadaan ini. Rasanya dah sampai masa Jakim menjadi sebuah Kementerian dan mempunyai seorang menteri yang memegang portfolio ini dengan harapan fungsinya lebih jelas dan tegas serta fokus terhadap pembangunan agama secara menyeluruh.

Buat Cadbury,
Kami menanti penjelasan anda.

Dhiya

2 comments

  1. Saya dengar daripada kawan mengatakan hazel nut yang diimport itu yang mengandungi DNA babi. Wallahualam.

    Walaupun hanya batch itu sahaja yang dikenalpasti, saya masih ragu hendak makan produk cadbury hatta air coklat segeranya pun. Saya pun setuju dengan cadangan awak. Barulah wujud dasar2 yang kuat, penguatkuasaan efektif dan hal ehwal agama menjadi lebih 'serius' serta tidak dipandang enteng.

    ReplyDelete
  2. http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PencemaranDNAbabimungkinsemasaprosespembuatan-Menteri/Article/?mutakhir=1

    ReplyDelete