Bismillah
Alhamdulillah saya dah selamat membentangkan proposal di peringkat jabatan pada 30 April yang lepas. Walaupun hanya di peringkat jabatan, tapi perasaannya tetap sama- Gementar amat. Slot saya sebenarnya jatuh pada waktu petang selepas lunch break. Tapi memandangkan saya tak ada idea langsung bagaimana keadaan pembentangan tu, saya telah mengambil keputusan untuk berada di bilik mesyuarat seawal jam 8 pagi untuk melihat pembentangan sesi pagi.
Sambil-sambil tu, saya betulkan sedikit mana-mana slide saya yang dirasakan tak sempurna. Haha! Sempat tu~
Alhamdulillah. Semuanya OK. Dr. Hafidz pun baik je. Dia kata tajuk saya ni, kalau buat paper macam boleh pergi jauh. Bukan main lagi Dr. Zaha saya mengangguk. Er...Tengoklah macamana. Kalau rajin, saya buat.
Selepas pembentangan, saya minta diri untuk pulang- Tunaikan solat Zuhur. Ingatkan lepas tu nak reward diri dengan tidur ke, makan ke~ Tapi sebaliknya saya ke kedai buku! Bau buku memang best dan saya memang tak boleh insaf dengan buku. Hahah!
Hasilnya saya dapatkan senaskah Tafsir Al- Quran dan buku sejarah tentang Mustafa Kamal At-Tartuk. Tambah koleksi lagi :)
Insya Allah doakan langkah seterusnya untuk subjek ini dimudahkan. Saya perlukan PNG 4.00 semester ni.
Salam sayang,
Dhiya
No comments