New Year Resolutions


Bismillah

Ya Allah, few days left before entering Y2020. Dulu masa di sekolah rendah, aku selalu dengar pasal Wawasan 2020. Tak sangka hari ni kita di ambang tahun yang disebut-sebut tu. Dalam spektrum yang lain, sedar tak sedar kita semua sedang dimakan usia. We are getting older dan sedang menuju kematian. Terfikir tak?

Entri ni aku nak cerita tentang new year resolution aku. Ala dulu-dulu kita panggil azam tahun baru tapi aku self-declare to rebrand it to make it sound mature. Perlu ke ada new year resolutions ni? Aku personally can say YES. Perlu. Sebab apa? New year resolution is something written (or spoken), not yet to be implemented. Tapi when you know what you want, you will try to visualize it and make it true. Kita mula atau buat pada tahun baru sebab nak make it fresh. Entering new year with new breath. Okay?
So here are the things that I want to visualize them and Insya Allah will work on them.

Career
Aku bersyukur dengan kerjaya aku sekarang. Tak lebih, tak kurang. Colleagues pun semua baik-baik (except ada laa yang memang suka cari sebab dengan aku tu but sokayyyyy aku tak layan politik tempat kerja ni~).
Untuk tahun 2020, aku berazam untuk teruskan kerja aku (sebab aku dah ada jobscope dan portfolio yang jelas) di samping nak menambah baik nilai diri dari segi personality and communication. Kalau HR tak nak hantar aku pergi training on these, aku rasa aku nak pergi sendiri lah. Just for myself. So kalau aku spend duit sendiri, aku tak rugi apa-apa kan? All the knowledge, input semua masuk dalam poket aku kan? Hah~
Half of my day spent at office. So aku rasa aku nak beautify tempat aku ni bagi ceria sikit. All this while tempat aku ni very dry dan boring. Aku ni kerja mengadap laptop dan membaca je. So perlu jugak la suasana yang ceria untuk menenangkan otak. Ya Allah I can't imagine how I enjoy myself selama kerja kat sini dengan tempat aku yang tak ceria ni. Haihhh. So kat mana nak cari indoor plant yang lawa-lawa ni? Boleh suggest?

Financial
This is very critical. Duit bukan segala-galanya. Tapi segala-galanya perlukan duit. So untuk tahun 2020, aku nak istiqamah menyimpan di TH, ASB dan ada at least 3 bulan saving untuk contingency. Berbaki esok dan hari ni, aku masih berfikir samada nak mencarum di SSPN-i-Plus atas nama aku atau tidak. Ya Allah bantulah beri jawapan.
Untuk Nuha, sekarang dia dah ada TH (by me) dan SSPN-i-Plus (by husband). Ini adalah persetujuan bersama demi kebaikan Nuha. Insya Allah semoga Nuha ada simpanan yang baik untuk masa hadapan.
Aku juga nak buat satu fail yang lebih proper untuk rekod semua expenses terutamanya perbelanjaan-perbelanjaan besar seperti bayaran rumah (Ya, we just bought a house this year! Nanti kita cerita kat entri lain okay!) dan kereta.

Motherhood
Being a mom is not easy. Tapi sedar tak sedar, dah nak masuk dua tahun aku melaluinya and I'm survived malah aku menikmatinya dengan gembira sekali. Tapi kerana aku bukan ibu yang sempurna, terkadang aku burn out juga. Pernah je aku rasa penat, marah, dan stress. Tapi aku tak simpan sorang-sorang. Aku kena express dan orang yang selalu tengok expression aku adalah husband aku. Thanks to him yang selalu ada dan selalu cek emosi aku.
Untuk tahun 2020, aku akan cari dan curi masa untuk untuk diri sendiri supaya boleh recharge dan memastikan aku on track. Betullah, me-time tu sangat penting untuk kau kekal waras dan align. Me time aku kadang-kadang cukuplah sekadar berkurung dalam bilik sekejap untuk belek phone, baca buku atau lelap barang 10-15 minit tanpa diganggu.
Nuha makin membesar. Tanggungjawab membesarkan Nuha bukan setakat beri makan pakai saja sekarang. Now it's time to cultivate her with good attitude and personality. Bagi aku sekaranglah masa emas untuk groom dia menjadi siapa dia di hari esok. Dan, aku ibunya adalah orang yang perlu main peran. Motherhood is getting more challenging!

Self help
Aku nak jadi seorang Dhiya yang gembira dan bahagia. 
Kadang-kadang aku rasa tertekan dengan tuntutan hidup yang pelbagai. Aku bekerja, aku isteri, aku ibu, aku hamba. Hal-hal macam ni kadang buat aku penat mencari di mana keutamaan aku. Aku tak mampu nak jadi multitasking dan nak kejar semua benda.
Yea...Kita kan manusia. Hebat mana sekali pun, kita semua ada limit. So aku nak belajar self control, self moderation, tak terlalu overthinking dan belajar untuk melepaskan. Aku sangat perlukan ilmu ni supaya aku tak stress dengan expectation aku sendiri. Doakan aku ya.
Selain tu, aku berazam untuk menjadi lebih positif, optimis dan elak perkara-perkara negatif dan toxic. All these things yea aku sedar tak bagus untuk self development but somehow I just can't avoid. 
Untuk menambah baik self confidence, I will continuously practice healthy lifestyle termasuklah eat healthy food. Aku nak buang sikit lelemak di badan ni as Nuha pun dah tak bergantung dengan BM aku je. All this while aku asyik in denial stage je. 'Takpe makan banyak sebab Nuha kan BF' Ha gittuhhh. Sekali bila gemuk, aku stress sendiri. Hhahahaha! So please allow me to diet and lost some weight okay!
Apart from that, aku aim nak bercuti dengan suami dan anak aku ke suatu tempat yang memang tempat orang bercuti. 2019 was a very busy year for us, for him to be frank. Bulan puasa haritu dia kena kerja 4 petang sampai 9 malam. Kau bayangkanlah. Aku tak boleh tolong langsung bab berbuka puasa dia. Aku balik kerja, beli lauk, ambik Nuha dan berbuka sorang-sorang. Kalau smpat, aku memasak. Nanti bila suami aku balik, barulah dia makan properly. Terawih di masjid? Weekend je. Selebihnya di rumah. So this coming 2020 aku nak pastikan moment kebersamaan kami ada and that's why salah satunya aku nak reward dengan cuti.

Relationship
Kita banyak bercakap tentang benda 'luar' sampai kita selalu lupa ada yang ada pada kita. In 2020, aku aim untuk istiqamah curi masa 5-10 minit sebelum masuk waktu subuh (kebetulan aku pun memang bangun awal untuk memasak makanan Nuha) untuk self devote aku kepada Allah. Ye lah..Kita pumpang pumpang cakap pasal dunia, merungut itu ini sampai lupa meminta dariNya. Akulah tu, akulah tu~
Selain tu, aku harap aku lebih focus dalam relationship aku dengan pasangan. I will try to be a better wife, good listener and great companion to him. Kita kan dah janji nak tua dan gemuk (you je gemuk) sama-sama kan?

Demikianlah sedikit apa yang ada dalam fikiran aku dalam mendepani tahun 2020. Semoga tahun baru, semangat pun baru dan lancar semua urusan dalam semua lapangan. Amin.
Aku tak ada planner 2020. This year I choose not to have one sebab again- Self moderation. Kita guna phone je.

Salam sayang 
Dhiya

Nuha's Messy Play at Messy Bitsy Play Date


Bismillah

Nuha is now 18 months old. She's growing healthy and getting cleverer. Dah pandai sebut 4-5 words, dah pandai request susu, nak pandai express emotions (read: suka nau bergaduh dengan amak!), suka bersembang, membebel dan mumbling yang entah apa pun aku tak faham.
Looking at these good milestones, aku ambil keputusan untuk bawa Nuha ke play date session. To be frank, aku tak bersedia lagi untuk hantar dia ke school atau taska. Aku senang hati dengan Mama sebagai pengasuh dia sekarang. Yet at the same time aku nak dia ada dunia bermain, belajar dan socialize. So here's a weekend play date for her. It's a messy play just to enhance her fine motor and socializing skills.

This messy play is basically a slot where your kids can be as messy as possible, playing with all the stuffs provided and enjoy their me-time. The stuffs can be water, dough, sand, flour dyed with edible food colouring or green vege (basically the stuffs are all safe for them).
Untuk messy play yang aku pilih ni ada macam-macam mainan antaranya pom-pom ball picking, colourful 'sand' (coloured rice), snow ball (shovel with flour), water play and painting.
So antara persediaan untuk bawa anak ke messy play adalah antaranya; 
1. Pakaikan baju 'buruk' je. Takut ada stain yang degil takmau hilang ke apa nanti~
2. Bawa mandian dan baju salin
3. Bawa insect repellent sebab selalunya messy play ni dibuat di kawasan outdoor
4. Bawa makanan atau finger food anak
5. Parents pun get ready to be messy and bring your food, too!
Melihat kepada keterujaan Nuha, aku percaya dia suka dan boleh adapt dengan messy play ni. Aku berhajat untuk join lagi dalam masa terdekat. Untuk plan jangka masa panjang pula, aku nak cutikan Nuha dari Mama dalam 6 bulan untuk masukkan dia ke kindy yang aku dah aim laaaaaa gila sebelum ada anak lagi. Huhuhu. Tapi itu tunggu nanti Nuha dah 3 tahun lah~

Oh btw, messy play yang aku join ni adalah anjuran Messy Bitsy Play Date. Boleh cari maklumat mereka di IG. Kat situ mereka ada open tarikh untuk messy play, fee dan juga venue. Overall aku suka dengan messy play anjuran Messy Bitsy Play Date ni sebab tempat dia sangat convenient dan ekslusif. Bilangan anak yang join pun tak ramai so less congestion dan anak-anak dapat bermain dengan tenang dan tak perlu berebut. Facilities pun ok dan aku puas hati.
Parents yang berminat dengan messy play ni, you can consider them. Recommended (this is not a paid review. Aku pergi bayaq sendiri oi~!) and I am very satisfied with them!

Happy mommy;
Dhiya

Big Bad Wolf 2019


Bismillah

Aku terjebak teruk dengan Big Bad Wolf 2019!

Ianya bermula dengan aku secara saja-saja join satu contest di FB BBW dan aku menang VIP tiket yang membolehkan aku masuk ke BBW sehari sebelum official launch day. 
Dah alang-alang dapat VIP ticket tu, why not aku all out je cari buku-buku yang best kan? Hah di situlah bermulanya semangat membara aku.
Lepas menang tiket tu, aku kena collect sendiri di mana-mana cawangan Book Xcess. So aku pilih untuk redeem di The Starling Mall. Rupanya 1 tiket boleh masuk dua orang. Menggagau jugalah aku nak cari partner in crime sebab 5 Dec tu hari kerja. Tapi Alhamdulillah one of my BFF managed to join me. Thank Nyun for the time and help!

On the day itself, aku ambil AL dan husband aku yang kebetulan outstation ke Johor drop aku di ofis kawan aku tu dengan seketul luggage. Memang sebijik nampak macam orang lari dari rumah but heyyy I will prove you later how this luggage would help you very much!
Kami sampai ke BBW lebih kurang dalam pukul 10 pagi. Ramai jugak orang walaupun it's not yet opened for public. Aku ni dah terancam takut buku habis...Ape lagi, masuk je terus grab troli dan menggila!
Basically aim aku adalah mencari buku-buku Nuha dan sedikit buku self-help untuk aku. OMG buku kanak-kanak dia memang super best! Aku jadi rambang mata dekat bahagian buku kanak-kanak yang ada bunyi, berwarna warni dan keras (board book) yang sesuai  untuk Nuha. Aku memang jadi tak waras di situ.
Buku aktiviti pun banyak tapi belum sesuai lagi untuk Nuha. By next year, Insya Allah oklah. Kat bawah, gambar dalam troli ni adalah hasil mahsul kedapatan buku aku. Ya Allah aku pun tak pasti betul ke ni buku aku. Hahahah! Banyak la juga, tapi memang achieved aim aku la just nak beli buku Nuha dan buku self-help aku je. Harapnya lepas ni aku lebih banyak membaca lah ye
After 4 hours, aku dah mula insaf dan mula bergerak ke kaunter bayaran. Tobat lahom aku tak datang dah BBW 2019 ni. Bekalan buku dah cukup untuk setahun ke hadapan. Hahahahha!
Kat atas ni gambar kaunter bayaran dia. Jangan bimbang, kaunter bayaran banyak, sama banyak dengan buku-buku yang mereka jual. Mode of payment; boleh guna cash atau debit card. So memang takde masalah. 
Total damage aku dalam RM2XX jugak. Hahahhaahha! Matilah kena bebel dengan apak Nuha! Tapi takpe. Aku puas hati sebab buku-buku Nuha semuaaaaaaaaaa best-best dan yang terbaik amak dah pilih. Maklumlah, VIP kan~
So kat mana gunanya luggage biru aku tadi? Hah, gunanya adalah untuk menyumbat semua buku yang dah dibeli sebab aku kena balik naik KTM, turun di KL Sentral sebelum tukar tren untuk balik ke rumah. At least aku tak payah nak senget-senget badan dan jinjit beg berisi buku di bahu.
Malam tu kami unboxed the beg dan buka semua buku yang dah dibeli. Nuha bukan main suka lagi dengan buku-buku baru ni. Tapi so far buku kegemaran dia adalah buku yang paling besar dan paling mahal ni. Buku ni best sebab ada gambar haiwan sekali dengan butang bunyi haiwan tu. Gambar haiwan pun jelas dan bunyi haiwan tu tepat. Tak adalah bunyi kucing tu macam bunyi kucing terkucil. Memang real sound~
Ni adalah semua buku Nuha yang dibeli dari BBW 2019. Amak harap Nuha suka. Nanti kita akan selalu belek sama-sama okay!
Demikianlah cerita aku di Big Bad Wolf 2019 (MIECC Serdang). Insya Allah tahun depan kalau dapat VIP pass lagi, kita akan datang lagi ya. Aku ni memang sejenis yang diasuh untuk minat buku sejak dari kecil lagi. Tapi sekarang, aku minat beli cuma nak membacanya ntah bila uiii~

Doakan
kami semua rajin membaca :)

Family Vacation: 3-room Villa Felda Residence Hotspring Sungai Klah, Sungkai, Perak


Bismillah

Alhamdulillah

Hujung November 2019 haritu aku berjaya melaksanakan impian dan hajat kecil aku untuk bawa mak abah dan keluarga kakak aku untuk bercuti.
Aku pilih Felda Residence Hotspring Sungai Klah, di Sungkai, Perak. Pernah dengar tak? Hah kalau rasa macam menarik, teruskan membaca ya.
First thing first, aku secure the booking via Booking.com. Since it's a school holiday season, hah kau faham-faham je lah kan. Kena la book awal dan rancang elok-elok percutian tu ye. Aku ambil 3-room villa untuk 3D2N stay.

On 30 Nov, kami bertolak dari Kuala Lumpur seawall 9 pagi. Untuk pengetahuan, Felda Residence Hotspring ni dekat je, hanya mengambil masa 1 jam untuk sampai ke Exit PLUS Slim River. Alhamdulillah on that day the traffic was smooth so tak adalah makan jem atas jalan. Just ngam ngam sebelum Exit PLUS Slim River tu jem baru je nak mula. So memang syukur sangat lah sebab tak mengahadap jem.

Nak masuk ke dalam tu agak jauh dan sunyi. Lalu ladang sawit dan perkampungan Felda Sungkai. Tapi overall okay je tak lah macam jalan balak tu.
Lepas check-in, kami terus masuk ke Villa 7 and the feeling was...

WOW!
The partly view
Ruang tamu yang luas
Ada tv, room service pun ada kalau malas nak keluar
Ruang tamu ni connected dengan master bedroom. Kalau ada anak yang melantun-lantun tengah seronok dapat kaki macam Nuha, tutuplah semua pintu demi keselamatan ye. 
Dapur. Tak ada aircond tapi ada ventilation yang baik.
Dapur yang almost lengkap
The layout was basically like this; Bukak je pintu, terus nampak kolam dan 3 bilik, 1 ruang tamu serta 1 dapur dibina secara compartmental (asing-asing) mengelilingi kolam tu. Nice, kan?
Since memang kami ada 3 keluarga, memang cun cun je lah room allocation tu. Anak saudara aku yang sulung tu bujang dah boleh kahwin. Kadang-kadang dia tidur je di ruang tamu kalau segan nak share bilik dengan parents dan adik perempuan dia. Actually kalau ada 4 keluarga pun still boleh masuk villa ni sebab ruang tamu dia agak luas. Hampar toto, boleh tidur situ dengan nyenyak.

First day kami berehat di villa je sebab kepenatan. 

Tapi hari kedua tu masing-masing menjadi perangainya :p
Pagi-pagi pergi sarapan. Lepas sarapan semuaaaa pun terus ke kolam air panas termasuklah mak abah aku. Seronoknya tengok mereka rendam-rendam kaki katanya nak hilangkan lenguh-lenguh. Inilah yang aku nak tengok. Nak mereka rehat dan enjoy cara mereka. Kami anak beranak pula ke hot pool untuk berendam di situ. Although it's Sunday, tak ramai sangat orang and it's good. Dalam pukul 11 macam tu, kami balik untuk masak makan tengahari. Anak-anak saudara aku sambung pulak berendam dalam kolam jacuzzi di villa. Lepas makan tengahari, senyap lah sekejap sebab ketiduran. Pukul 3.30 petang anak-anak saudara aku dengan abang ipar aku ke waterpark lagi untuk berendam. Fuh sakan sungguh. Kami anak beranak pun ke hot pool lagi tapi petang sikit lah. Masa tu orang luar dah mula balik jadi tenang dan aman sikit.
Malam tu kami dinner di villa je. Masak ramai-ramai, makan ramai-ramai. Tidak dilupa, sambung terjun kolam lagi sebab cannot resist kolam depan mata!
So hari kedua tu memang tema berendam je~
Hot pool
Hari ketiga adalah hari check-out. Pagi tu kami gotong royong buat sarapan, habiskan semua bahan yang ada. Mana yang nak dibungkus buat bekal, bungkus. Mana yang boleh disumbat ke dalam perut, telan~
Sempat jugalah kami terjun ke kolam lagi sebelum masing-masing mengemas dan keluar jam 11 pagi. Kami kena shoot ke Pahang untuk hantar mak abah dulu then baru patah balik ke KL. Tu yang kena awal tu. Tapi Alhamdulillah the journey was smooth. Sempat je rehat, mandi dan tidur sekejap di rumah mak sebelum balik semula ke KL selepas solat Maghrib. 

It's a tiring trip, tapi rasa berbaloi sebab semua orang happy. 
So aku nak share few tips and tricks untuk yang merancang nak ke Felda Residence Hotspring Sungkai ni;

1/ Booking awal especially kalau musim cuti.
2/ Bilik tidur ada 3 (1 master bedroom, 2 twin sharing room). Ada ruang tamu dengan sofa, dan tv sementara dapur ada peti ais, gelas/cawan, pisau, sudu garpu, cutting board, meja makan, tong gas, periuk nasi, kettle dan pan. Selebihnya kena bawa sendiri kalau perlu antaranya; dapur butane, multicooker, periuk, kuali, bahan basah (ayam, ikan, sayur dan segala bahan masak macam minyak masak, gula, garam, aji, kunyit, serbuk kari segala~). Sila rancang apa nak bawa sebab nak keluar cari kedai runcit memang big no sebab jauhhhhhhh nak keluar balik~
3/ Bawak toto atau bantal lebih akan buat kau lebih selesa
4/ Bawak mosquito repellent
5/ Yang tak tahan sejuk, bawak slipper hotel atau stoking. Dalam bilik tak ada carpet, semua tiles sejuk
6/ Those yang tertanya-tanya kat mana boleh beli barang basah, selepas EXIT Slim River (those who are from KL), ada Econsave. So belilah semua bahan di situ.
7/ Untuk villa ni, aku dapat free 6 breakfast voucher untuk setiap hari. Maksudnya untuk 2 hari, ada 12 voucher la kan. Tapi aku guna 9 (gabungkan dengan 3 voucher for day 2) sebab nak semua orang pergi sarapan kat Meranti Café on 1st day. 2nd day tu kami tak pergi pun sarapan buffet sebab masing-masing malas.

Rasanya tu je kut tips yang aku dapat share. Kalau ada apa-apa pertanyaan or anything to add on, boleh tinggalkan komen ya~ Semoga membantu!

Dhiya

This Week

Bismillah

Lately aku sangat sibuk. Orang cakap "Amende wei hujung tahun pun sibuk. Betul ke sibuk?" Hah. Aku maafkan orang yang ada pemikiran macam tu. Aku anggap dia pegawai tinggi yang duduk atas kerusi empuk dalam bilik air-conded sambil tengok YouTube je~
Our first CM will be on January 2020. So aku sangat sibuk untuk confirmkan venue dan agenda. Now boleh ambil nafas sikit sebab baru je secure venue. Next, kena buat payment dan work closely untuk agenda, materials dan aktiviti. Bunyi macam senang kacang, tapi since CM ni adalah KPI aku, aku kena buat elok-elok supaya during appraisal, aku boleh cakap yang CM is one of my top pitch of the year.

Insya Allah weekend ni kami akan bercuti. Mak abah dan Biha pun dah ada di rumah aku sejak semalam. Nuha pulak aku cutikan dari ke rumah pengasuh sebabMak cakap, kesian pagi-pagi dah diangkat ke pengasuh. Lagipun kalau dia taka ada, kami sunyilah~
'Biar je kat rumah ni. Mak boleh jaga. Hang siapkan je makanan dia' 
Bila aku text Biha, tanya Nuha buat apa- Main je kerjanya sampai tak tidur. Untuk rekod, semalam (Isnin) she only took her nap at 12.40 pm and woke up at 4.30 pm. Pukul 5 pm baru lunch.
Ya Rabbi~
Takpelah Nuha, at least you are at home in a good hand too :)

Minggu ni memang aku relaks sikit Alhamdulillah. Since mak di rumah dan aku tak kalut nak pack makanan Nuha ke rumah pengasuh, aku macam agak tenang. It's good to have mak and abah and also Biha at home, even for only one week. Those yang memang duduk dengan parents, balik kerja dah ada makanan terhidang- Kalau tak bersyukur lagi, memang taktau nak kata apalah~ 
Semoga Allah panjangkan umur mak dan abah dan nanti boleh duduk di rumah baru kami. Amin :)

Real food Nuha masih on, cuma aku jarang ambil gambar dan buat entri. Busy tau! Tak sempat nak fikir benda-benda remeh. Lepas CM nanti Insya Allah aku free sikit, aku tulis entri makanan Nuha, ok! Btw, she's 18 mo now. Memang banyak sangat akalnya. Aku pun jenuh perah akal nak grow her talent and skills yang aku nampak ada dalam diri dia.  Real parenting is on board, D!

Esok aku ada meeting 2 hari di Hilton. Meeting hujung tahun untuk set target awal tahun. Takut oi, tapi dalam kepala otak aku nampak lunch buffet Hilton, hati jadi riang. Eh lantaklah orang nak cakap aku dating for food pun. Bos aku tahu the struggle that I've faced throughout the year and she know I deserve for this reward. Hahahah!

Lots of thing to share. Jangan bimbang, aku akan susun elok-elok dan buat entri untuk korang baca. Aku rindu untuk menulis secara teratur dan berjadual. Tapi tulah, aku bukan fulltime blogger. Jadi tak boleh nak menghadap blog selalu.
Doakan aku jadi pekerja, blogger, amak, isteri yang berjaya di dunia dan di akhirat, memberi manfaat kepada orang ramai dan nilai tambah yang memotivasikan orang lain. Amin.

I'll be back in no time!
Dhiya :)

Cuti Sekolah dah Dekat. Jom Booking Hotel Anda!


Bismillah

School holiday is just around the corner. Jaga-jaga, musim melancong dan cuti-cuti Malaysia sudah tiba! Orang yang paling bekerja kuat untuk cari duit dan dalam masa yang sama berfikir macam mana nak spend (buang) duit tu adalah mak ayah la. (Hahhahaha!)
Macam aku, aku dah selamat book family villa di Perak hujung November nanti. Insya Allah kami sekeluarga akan berkumpul di sana. Nanti aku review okay! Korang dah book ke? Cepat oi...Cuti sekolah, semurah-murah hotel pun boleh fully booked.

Dulu-dulu aku memang tak berani ambil risiko pergi bercuti waktu school holiday. Aku akan seboleh-bolehnya elak. Tapi bila fikir-fikir balik, sampai bila nak elak? Esok kalau Nuha dah sekolah, cuti sekolah je lah masa untuk kami bawa dia berjalan-jalan. 
So sekarang aku baru je try-try book hotel dalam waktu school holiday. It was not too bad. Cuma memang kena awal. Serius kena awal. Jangan last minute and I think now is the best time to book your hotel.


So entri ni aku publish sebagai seruan dan reminder kepada rakan-rakan parents di luar sana supaya cepat-cepat book hotel untuk bawa anak-anak dan keluarga bercuti sempena cuti sekolah ni. Reward yourself, spend a bit and enjoy! Ingat, family first. Kerja sampai mati pun tak habis. Pergi lah bercuti. Insya Allah keluarga kau akan menghargai dan menyayangi kau. Amin.

Boleh klik link di atas untuk jalan-jalan tengok destinasi impian korang. Lepas jalan-jalan, book la wei. Kang gigit jari je tengok orang bercuti, kau kukut daun kering kat halaman je.

Dhiya

Pause


Bismillah

Tak boleh nak pause.

Tak boleh nak pause kerja, pause family and pause myself. Towards end of the year, kerja masih melambak in fact kerja untuk awal tahun depan pun dah kena buat sekarang. Tipu la kalau aku cakap aku tak penat. Penat la wei. Aku pun manusia ada perasaan, bukannya robot gembira sepanjang masa~ 
Sometimes aku just cakap je kat suami aku yang aku penat. Aku nak masa. Dia akan fahamlah yang I need to recharge. Setengah jam atau 45 minit bersendirian dalam bilik pun jadilah. Dia akan bergulung bergumpal dengan anak kat ruang tamu. That's enough for me. Aku cuma taknak diganggu sekejap je. Lepas battery aku charged, aku akan 'waras' balik. Tu je.

Di pejabat, the only time yang aku ada untuk rehat sekejap is during lunch time. Kadang-kadang aku tak makan sebab nak tidur. Bos dan team mate aku faham sangatlah. Cuma kadang-kadang kalau ada team lunch or any special or formal occasions, aku tak boleh nak elak dan join mereka during lunch time.

Pause myself? Freeze and sleep? Yes for sometimes. Kadang-kadang aku rasa nak throw away anything yang ligat berputar dalam kepala. The list goes infinity and sometimes aku rasa fade-up sangat. Hey this is normal for human being. Tapi bila aku fikir balik, kalau aku pause and fade-up, ramai orang akan kecewa and they need me very much; Nuha, apak Nuha and everyone! So the thing that I can do is, rehat dan rancang. Tak dilupa berdoa kepada Allah. Semua orang ada 24 jam, tapi kita kena ada skill untuk urus 24 jam kita.

Aku manusia biasa je. Tak sempurna langsung. Kadang-kadang aku rasa happy. Tapi kadang-kadang memang aku rasa penat dan nak masa. Jangan jadikan aku idola. Aku insan yang lemah :p
Tengoklah, entri baru pun tak ada. Banyak draf je. Ni kalau bonded dengan mana-mana publisher ni, mati aku kena buang kerja. Hahahahah!

Doakan amak sentiasa optimis dan bermotivasi.

Dhiya

Me Time for a Mom. Perlu Tak?


Bismillah

Tajuk dia memang mengundang sungguh!

Ok let's calm down. Sebenarnya dalam keghairahan aku berkongsi menu-menu Nuha dan berkongsi review dan pengalaman percutian aku, aku ada menerima banyak sangat soalan menerusi email: 

- Sis bila sis rehat
- Sis tak penat ke
- Sis ni rajinlah
- Sis bila sis spend masa untuk diri sendiri
- Sis ada me time tak

Ya, the key word of the day is ME TIME. 
Untuk semua persoalan di atas, jawapan aku adalah YA, PERLU.

Readers, 

Allow me to talk about myself first. 
Aku bekerja 8 pagi - 5 petang. Pagi suami hantar, balik suami ambil. Kadang-kadang je aku balik sendiri terus ke rumah atau singgah di rumah mama untuk ambil Nuha. Depends.
Malam, aku bersama suami dan anak. Kadang sibuk di dapur. Kadang sambil-sambil main kejar kejar di ruang tamu, kadang bersembang sekejap sementara lauk aku mendidih di dapur. Depends.
Waktu rehat aku hanyalah apabila waktu tidur Nuha tiba sekitar 9.30 ke 10.00 malam. Kalau weekdays, selalunya kami memang akan light off awal sebab nak kena bangun awal. Weekdays aku kena flawless. 

Jadi ramai yang tanya kalau dah jadual aku macam tu, bila aku masak-masak untuk Nuha, bila aku bercuti, bila aku basuh kain baju, bila aku rehat, bila aku balik kampung, bila bila bila bila
Jawapan aku; aku buat semua tu dalam 24 jam yang aku ada. Tapi ramai lagi yang tanya bagaimana bagaimana bagaimana. 
Jawapan aku; urus, rancang, urus, rancang

Dalam beberapa entri aku sebelum ni, aku banyak tulis tentang rancang dan urus masa. Bukan setakat urus masa, tapi urus diri dan urus emosi. Untuk urus diri dan emosi, memang ME TIME lah jawapannya.
Me time pada aku adalah masa untuk aku bersendirian dan tak bercakap dengan sesiapa kecuali bermonolog sendiri. It's a charging moment for your physical. emotion, spiritual, and renew motivation. Selalunya, aku akan ambil annual leave untuk me time. Bunyi macam rugi kan ambil annual leave just to stay at home do nothing while the husband go to work and the child are sent to babysitter. Tak. Cara ni tak rugi dan tak kejam. Kau lebih kejam kalau tak bagi masa untuk diri kau sendiri.
Alangkan mesin yang tak ada akal pun kena rehat (except mesin yang memang kena run production 24H, tu pun kena maintain dengan penuh teliti tau!), inikan pula kita manusia yang ada perasaan dan emosi. Aku memang menyokong me time moment especially untuk wanita dan ibu (bekerja atau tidak bekerja) sebab itulah masa untuk mereka refresh diri mereka.
For me, me time tu bukannya menyandar kat rumah sambal tengok tv sangat pun. It's more to nak buat sesuatu (samada house chores atau hobi kita) tanpa ada orang 'ganggu'. Macam aku, kalau aku AL untuk me time, selalunya aku akan vacuum satu rumah, sental jamban, susun pinggan mangkuk kat rak, kemas peti ais, tukar cadar, dobi baju dan masak makanan kegemaran sekeluarga. Tengahari tu boleh la landing sekejap untuk luruskan badan dan sambung lagi kerja lepas tu. Itulah me time aku. That's it~
Takde pun aku ber me time pergi mall sorang-sorang atau keluar dengan BFF bersuka ria. Tak. Tempat aku hanya di rumah, sendirian.
Ajaibnya, selepas aku dapat me time, aku akan masuk kerja dengan penuh semangat dan ceria. Bermula dari situlah baru aku sedar; ooohhh aku sebenarnya kena 'charge battery' je.

Benda ni juga buat aku terfikir, mak aku dulu pun rupanya dah apply me time. Masa aku kecik-kecik dulu, mak aku selalu cakap dia nak mandi sambil sental bilik mandi dan berus kain baju (padahal mesin basuh ada je). So dia suruh aku main je dalam rumah, jangan keluar. Kalau ada orang datang, tengok dulu dan jangan terus buka pintu. Macam tu je pesan dia. Rupanya dia mencari me time dia dengan cara bersendirian sambil buat kerja yang dia nak. Kadang-kadang aku nampak dia menjahit dan baca surat khabar untuk menikmati me time dia.

(And please do not mention solat pun cara untuk enjoy me time, siap dapat pahala lagi. Ya ya tu aku akui tapi let's talk about something more general and not too personal).

Other than that, me time can be obtained if your husband is very supportive by bringing the kids out for a moment, left you behind at home alone and just do your own stuffs. Kami tak pernah buat macam ni sebab kami selalu keluar sama-sama, duduk rumah sama-sama. Aku memang kena cuti kalau nak me time and I am okay with that. Huhuh. Tapi kalau suami kau okay dan kau okay; Why not, bawak je lah anak pergi taman dalam 2 jam. Wife kat rumah boleh me time memasak dinner tanpa 'gangguan'. Win-win situation, kan?~

So to answer your question, YES, ME TIME IS NEEDED. Take your time, recharge and refresh. You will find yourself better. Cubalah di samping berdoa kepada Allah supaya dijauhkan rasa tertekan,penat dan merungut. Share your thought with beloved ones and seek for advice from the expert if you think that you need to do so. Jangan pendam dan jangan simpan sendiri.

Insya Allah kita akan jadi ibu yang berjaya. Tiada ibu yang sempurna, tapi kitalah ibu sejati dan sentiasa buat yang terbaik untuk keluarga. Amin.

I'll be back in no time, to write more!
Dhiya

Nuha Food Journey: Roti gebu


Bismillah

Ini adalah first attempt aku untuk menyediakan homemade bread untuk Nuha. Mula-mula rasa macam renyah je. Tapi dua-tiga kali belek resepi; Ehhhhh macam senang la pulak. Macam confident je nak buat.

Kebetulan Nuha semalam tidur dari pukul 6 petang sampai 9 malam, babah pulak balik lambat...Aku pun cepat-cepatlah menguli sementara dia masih tidur. Resepi adalah seperti di bawah, guna sukatan cawan dan uli pakai tangan je. Senang. Aku tak suka sangat sukatan gram ni sebab malas nak keluarkan weighing scale, dan malas nak keluarkan breadmaker dalam stor nuuuuu~.
Bahan-bahan

1. 1 1/2 cawan tepung high protein
2. 1 sudu kecil yis
3. 2 sudu susu tepung full cream Fernleaf
4. 2 sudu besar madu (untuk anak setahun ke atas je ye)
5. 1 sudu besar unsalted butter dicairkan
6. 1 biji telur
7. Susu full cream atau air untuk menjadikan adunan doh. Sukatan agak-agak je. Aku guna susu full cream. Tak guna air langsung.

Cara-cara

1. Campurkan semua bahan (kecuali susu full cream), dan gaul sehingga peroi macam serbuk roti.
2. Kemudian masukkan susu full cream sedikit demi sedikit, uli hingga menjadi doh
3. Uli uli uli hingga tak lekat di tangan dan hingga dapat tekstur licin, berkilat dan tak letak langsung dalam mangkuk uli
4. Tips: Lagi lama uli, lagi cantik dan lagi lembut roti tu nanti
5. Tutup dengan cling wrap, perap hingga saiznya menjadi dua kali ganda macam dalam gambar di bawah
 
6. Tumbuk-tumbuk sikit untuk keluarkan angin. Selepas itu bolehlah dibentukkan dan diletak dalam aluminium container. Ada orang timbang supaya dapat bentuk yang sama. Tapi aku tak kuasa nak menimbang segala. Masa ni pun Nuha dah bangun so masa aku uli doh, dia pun sibuk masukkan lego dalam doh aku~ Tu yang dapat bentuk asal boleh je tu...
7. Biarkan sekejap sampai kembang macam dalam gambar di bawah. Abaikan lah bentuk dia yang kecik besar kecik besar tu. Sebelum masukkan ke dalam oven, aku spray sikit dengan air supaya tak kering sangat.
8. Masukkan ke dalam pre-heated oven pada suhu 170 degree selama 25 minit dan kejadiannya adalah……….. Ting!
*Lepas keluarkan dari oven, aku sapu unsalted butter atas permukaan roti, sejukkan sekejap dan simpan dalam bekas bertutup.
 
Alhamdulillah kemenjadian yang baik dan percubaan yang sangat berjaya. (Tepuk bahu sendiri). Actually masa uli tu, aku masukkan cheese dalam doh, tu yang nampak cheesy sikit kat belah dalam tu. Tekstur lembut dan sangat gebu segebu pipi Nuha. Amak is happy!
Penerimaan Nuha? Alhamdulillah dia suka. Tak ada penolakan. Perasaan tengok anak makan sungguh-sungguh apa yang kita masak adalah satu kepuasan yang tak dapat diungkap. Rasa dihargai, disayangi dan diperlukan!

Nampak macam lama gilaaaaa nak buat roti ni kan? Baik beli je roti wholemeal je kat kedai. Tapi satu tips yang aku boleh share; Buat pada hari cuti atau malam yang esoknya cuti. Kalau buat hari Sabtu, bancuh tepung selepas solat subuh sebab yang buat kita menunggu lama tu adalah nak memerap tu. At least by 11-12 tengahari, kita dah boleh bakar. Kerja-kerja rumah lain pun siap. 
Kalau buat malam yang esoknya cuti, bancuh doh seawal sebaik sampai rumah dari pejabat. By 10 ke 11 malam, dah boleh bakar. In the mean time, boleh mesin baju, boleh main bola dengan anak dll. Buat roti ni bukannya kau kena hadap dia je samata. 

Sebab percubaan aku ni berjaya, Insya Allah aku nak buat lagi untuk makan sendiri pulak. Yakin bersih, suci dan sihat :)

Mommies, selamat mencuba!

Remedy Batuk Berkahak untuk Nuha


Bsimillah

Last 2 weeks, Nuha was not so well. Demam, sakit tekak, batuk, selesema all in one package. Kami bergilir on leave sebab taknak Nuha dihantar ke rumah Mama. At the same time, aku buat juga home remedy untuk phlegm dia tu.  
Bahan-bahan

1. Kurma merah
2. Kismis
3. Buah singo pear dihiris

Cara-cara

1. Basuh dan masukkan semua bahan ke dalam slow cooker. 
2. Aku set kepada 'auto' dan lepas 2-3 jam, dah nampak la kurma merah dan kismis mula mengembang. 
3. Airnya boleh diminum suam atau sejuk.

Alhamdulillah Nuha suka sangat air ni sebab rasanya macam manis-manis buah gitu. Dia pun tak tahu yang air ni adalah remedy untuk dia. Amak is senang hati.
Selepas 2-3 kali buat, Alhamdulillah batuk berkahak dia dah hilang pun. This is actually the first time Nuha got phlegm. Sebelum ni just demam sikit-sikit dan selesema biasa je.

So mommies out there, boleh la cuba dan ikhtiarkan ya. 

Dhiya

Nuha Food Journey: Bubur Sum Sum Sos Buah Naga


Bismillah

Amak Nuha lamaaa menghilang tenggelam ke dasar laut dalam. Kalau mood takde, kau janganlah suruh aku cerita apa-apa kat blog ni. Material ada, tapi terperuk 'duduk kau kat situ diam-diam'. Tunggu ada mood baru boleh cerita macam-macam. So hari ni mood tengah ada la ni~

So kali ni aku nak share menu pencuci mulut Nuha iaitu bubur sum sum. Bubur sum sum ni antara kegemaran Nuha dan aku jugak. Kalau aku, aku suga akan dengan kuah gula merah. Tapi untuk Nuha, lain-lain sos lah kecuali sos cili dan air gula. 
Bahan-bahan

1. Tepung beras
2. Santan
3. Daun pandan
4. Sos depends pada keinginan. Contohnya; sos manga, sos buah naga, atau puree kurma

Cara-cara

1. Masukkan tepung beras, letak air sikit, masukkan santan
2. Tips: buka api perlahan dan kacau jangan berhenti. Part ni kena sabar
3. Kacau sampai adunan likat, berkilat dan bau lemak-lemak
4. Letak dalam bekas
5. Untuk sos: blend kan sahaja buah pilihan dan tuang ke atas bubur sum sum tu. Tapi untuk buah naga, aku tak suka blend sebab rasa dia pelik. aku suka potong dadu je.

Bubur ni tahan dua ke tiga hari je sebab bersantan. Jangan buat stok sampai seminggu ya. Aku selalu simpan bubur sum sum je. Sos buah tu aku blend waktu nak makan.

Simple!

Selamat mencuba
Dhiya

Travel Tapi Masih Boleh Memasak Untuk Anak


Bismillah

Aku menerima request agar menulis tentang tips memasak ketika travel bercuti. Nahhh macam tau-tau je amak Nuha ni memang kaki travel. Mana tak nya, selain post tentang menu Nuha, amak juga aktif menulis tentang review hotel dan tempat-tempat yang best :p

Jadi dalam entri ni, aku kongsikan 3 tips utama untuk panduan rakan-rakan ibu di luar sana supaya dapat menyediakan makanan kepada anak-anak dan dalam masa yang sama dapat menikmati percutian bersama keluarga.
1. Don't overthink
Dengar je nak travel, kau dah fikir nak bawa macam-macam. Kalau boleh satu peti ais kau nak bawa kan, kan, kan? Elelele mengaku je la sebab dulu aku pun macam ni. Tapi lama-lama kau akan rasa penat dan tak seronok nak travel. Tak ke dah lari matlamat nak bercuti untuk berseronok? Sebab tu jangan overthink dan tolonglah bertenang.
Matlamat utama bercuti adalah untuk bergembira dan meluangkan masa dengan suami dan anak. Jadi jangan musnahkan matlamat asal ni dengan sibuk memasak.

2. Rancang, rancang dan rancang
Dalam banyak entri aku yang lepas-lepas, memang aku emphasize tentang pentingnya merancang. Rancang berapa hari nak pergi bercuti, rancang menu dan rancang alat apa yang perlu dibawa, bahan mana yang perlu dibawa dari rumah dan bahan mana yang boleh dibeli di kedai berdekatan dengan tempat bercuti.
Kami memang kaki travel. Sejak Nuha boleh makan hujung tahun 2018, merata negeri dalam Malaysia kami jelajah. Naik kapal terbang je belum lagi. Insya Allah soon. Bermacam-macam hotel kami masuk dari yang murah sampai la yang boleh tahan harganya.

Benda basic yang wajib ada dalam travel kit (sebuah bakul anyam berbentuk segi empat tepat) aku adalah:
- Mini multicooker Cornell
- Sudip kayu yang boleh mengacau dan cedok kuah sekali (beli kat Daiso)
- Mangkuk stainless steel untuk kukus nasi
- Sepasang sudu & garpu
- Tipuware (bawak dah lapiskan dalam 2-3 macam tu je) Itu pun kadang-kadang aku isi dengan bahan kering
- Papan pemotong nipis beli kat Eco dan 1 pisau
- Food jar. Aku guna yang jenama Tesco je
- Sebotol kecil minyak masak
- Sebotol kecil sabun pencuci dan span kecil

Bahan yang boleh dibawa dari rumah
- Bawang-bawang untuk menumis. Aku tak bawak banyak pun. Kena kira berapa hari nak pergi bercuti.
- Beras, oat, bihun baby semua letak dalam zip lock plastic kecil paket-paketkan kepada portion kecil untuk sekali guna. So senang nak grab
- Serbuk bilis
- Lobak merah, tomato, atau apa-apa sayur segar bergantung pada menu apa yang nak dimasak (keluarkan dari peti, biar kering, jangan ada wap air dulu baru masukkan dalam plastic untuk travel). Sampai je hotel, cepat-cepat masukkan dalam mini bar. Kalau tak ada mini bar, aku letak je di luar suhu bilik. Insya Allah tahan je sebab bilik ada air cond kan.
- Kentang
- Susu full cream kotak kecil

Bahan-bahan yang boleh dibeli di kedai-kedai runcit berhampiran tempat bercuti
- Roti
- Telur. Telur ni memang penyelamat la kalau lets say susah nak menyimpan isi ayam atau daging sebab hotel tak ada peti atau mini bar.
- Buah-buahan on the go macam pisang, buah oren, buah naga, kiwi dll
- Isi ayam (kalau hotel ada mini bar) Ini protein paling senang nak masak compared to daging lembu atau ikan.
- kalau kedai runcit kampung, lagi best. Boleh beli sweet potato, labu dan sayur hijau sikit-sikit. Tak perlu beli sepaket besar.

3. Be simple
During travel, kau janganlah beria nak masak ayam masak lemak kuning berserai, paprik atau kari ayam bersantan segala. Be simple. Even masa Nuha masih baby pun, aku tak bawa hand blender during travel. Aku cuma bawa hand mesher je. Senang~

Contoh travel ke Melaka 3 hari 2 malam.
Day 1: Masak dari rumah; nasi goreng, gulai ayam + kentang simpan dalam food jar (untuk lunch dan dinner), roti telur, buah-buahan sebagai finger food.
Day 2: Sarapan: Roti telur. Lunch dan dinner: Nasi + Sup ayam dengan telur
Day 3: Sarapan: Sweet potato steam, Lunch dan dinner: Nasi + Sayur lemak labu + telur

Contoh travel ke Cameron Highland 3 hari 2 malam
Day 1: Masak dari rumah; roti telur, ikan masak lemak kuning + nasi (untuk dua kali makan, lunch dan dinner), buah-buahan
Day 2: Oat + pisang, nasi + sup telur (untuk dua kali makan), finger food seperti buah-buahan
Day 3: Nasi goreng telur hancur, nasi + masak lemak labu (untuk dua kali makan), finger food seperti buah-buahan

lain-lain menu travel:
- Oat dimasak, lenyek dengan pisang
- Tumis bawang, pecah telur, masukkan oat yang sudah direndam dan serbuk bilis
- Bihun goreng pecah telur dengan sayur
- Nasi goreng telur lenyek dengan labu
- Sweet potato dikukus

Benda simple, buat apa nak complicated sampai serabut kepala. Bawak barang biar cukup-cukup je. Yea aku faham mak mak ni selalu fikir 'Eh biar lebih takpe. Just in case...' Tapi disebabkan pemikiran macam nilah yang akan membuatkan kau bawa the whole peti ais ketika travel. Ingat; Rancang elok-elok. Insya Allah selebihnya akan senang.

So far aku survived dengan cara ni. Antara destinasi percutian kami termasuklah Melaka, Perak, Cameron Highland dan banyak lagi lah. Semuanya stay hotel. Hotel di Cameron Highland masa pergi dengan mak abah aku; takde peti. Tapi takde hal...Nuha masih boleh makan real food hasil kreativiti aku.

Untuk travel balik kampung raya; Kalau balik kampung sendiri, aku takde isu. Haritu yang mencabar sikit apabila kami balik ke kampung nenek sebelah suami aku. Tapi takde hallllllll…Aku kan guna multicooker, jadi taklah berebut dapur gas dengan mak cik-mak cik. Asalkan ada plug aku boleh hidup. Cuma kena pandai-pandailah bawak diri dan tahan telinga kalau orang tanya itu ini. One best part is, bahan basah macam ayam dan sayur tak ada isu sebab peti ais besar gedabak dan aku boleh tumpang atau mintak sikit. Kalau makcik-makcik buat sup tulang, aku akan menyibuk mintak sikit sup nya sebelum ditambah bahan perasa. Hahahahha. Demi anak, aku sanggup!

Demikianlah tips dan perkongsian aku yang diharapkan dapat memberi sedikit idea dan kelapangan dada kepada ibu-ibu di luar sana. Ingat, jangan stress-stress okay. Kita nak travel nak seronok-seronok. Kalau dok serabut otak pasal nak masak apa untuk anak sampai tak boleh senyum, kan dah tak best tu~

Enjoy!

Kalau ada apa-apa persoalan atau tambahan info, bolehlah tinggalkan komen ya.

Dhiya
Amak Nuha yang suka travel.

Nuha Food Journey: Potato Wedges


Bismillah

Rasanya dah pernah buat potato wedges ni untuk Nuha tapi aku malas nak double check samada dah ada resepi ke belum. So I just put the recipe again here for reference.
Insya Allah rasa macam potato wedges KFC, cuma aku belum discover lagi cheesy sauce dia. Tunggu la esok-esok aku bereksperimen untuk resepi tu pulak.

Bahan-bahan

1. 2 biji kentang dibelah 6 atau 8. Agak-agak je supaya jangan tebal sangat, jangan nipis sangat.
2. Tepung gandum Faiza : tepung jagung (4 sudu : 1 sudu)
3. Mixed herbs

Cara-cara

1. Steam kan potongan kentang. Aku guna periuk nasi je.

2. Bila dah lembut (make sure jangan lembut sangat, nanti hancur semasa digoreng), sejukkan sekejap.
3. In the mean time, masukkan tepung dan mixed herbs dalam satu bekas (aku guna tipuware) dan gaul sebati
4. Masukkan potongan kentang ke dalam campuran tepung tu. Ratakan tepung, make sure semua bahagian kentang disaluti tepung
5. Boleh ambil 4-5 ketul untuk digoreng. Goreng pun tak payah lama sebab kentang tu dah masak
6. Baki kentang dalam tepung tadi boleh disimpan untuk dibuat stok dan boleh digoreng esok lusa

Senangnya~
Dahlah senang, boleh buat banyak untuk stok 2-3 hari pulak tu. Bila nak masak, capai dan terus goreng je. 

Selamat mencuba, amak-amak sekalian!

Dhiya