This Week

Bismillah

Lately aku sangat sibuk. Orang cakap "Amende wei hujung tahun pun sibuk. Betul ke sibuk?" Hah. Aku maafkan orang yang ada pemikiran macam tu. Aku anggap dia pegawai tinggi yang duduk atas kerusi empuk dalam bilik air-conded sambil tengok YouTube je~
Our first CM will be on January 2020. So aku sangat sibuk untuk confirmkan venue dan agenda. Now boleh ambil nafas sikit sebab baru je secure venue. Next, kena buat payment dan work closely untuk agenda, materials dan aktiviti. Bunyi macam senang kacang, tapi since CM ni adalah KPI aku, aku kena buat elok-elok supaya during appraisal, aku boleh cakap yang CM is one of my top pitch of the year.

Insya Allah weekend ni kami akan bercuti. Mak abah dan Biha pun dah ada di rumah aku sejak semalam. Nuha pulak aku cutikan dari ke rumah pengasuh sebabMak cakap, kesian pagi-pagi dah diangkat ke pengasuh. Lagipun kalau dia taka ada, kami sunyilah~
'Biar je kat rumah ni. Mak boleh jaga. Hang siapkan je makanan dia' 
Bila aku text Biha, tanya Nuha buat apa- Main je kerjanya sampai tak tidur. Untuk rekod, semalam (Isnin) she only took her nap at 12.40 pm and woke up at 4.30 pm. Pukul 5 pm baru lunch.
Ya Rabbi~
Takpelah Nuha, at least you are at home in a good hand too :)

Minggu ni memang aku relaks sikit Alhamdulillah. Since mak di rumah dan aku tak kalut nak pack makanan Nuha ke rumah pengasuh, aku macam agak tenang. It's good to have mak and abah and also Biha at home, even for only one week. Those yang memang duduk dengan parents, balik kerja dah ada makanan terhidang- Kalau tak bersyukur lagi, memang taktau nak kata apalah~ 
Semoga Allah panjangkan umur mak dan abah dan nanti boleh duduk di rumah baru kami. Amin :)

Real food Nuha masih on, cuma aku jarang ambil gambar dan buat entri. Busy tau! Tak sempat nak fikir benda-benda remeh. Lepas CM nanti Insya Allah aku free sikit, aku tulis entri makanan Nuha, ok! Btw, she's 18 mo now. Memang banyak sangat akalnya. Aku pun jenuh perah akal nak grow her talent and skills yang aku nampak ada dalam diri dia.  Real parenting is on board, D!

Esok aku ada meeting 2 hari di Hilton. Meeting hujung tahun untuk set target awal tahun. Takut oi, tapi dalam kepala otak aku nampak lunch buffet Hilton, hati jadi riang. Eh lantaklah orang nak cakap aku dating for food pun. Bos aku tahu the struggle that I've faced throughout the year and she know I deserve for this reward. Hahahah!

Lots of thing to share. Jangan bimbang, aku akan susun elok-elok dan buat entri untuk korang baca. Aku rindu untuk menulis secara teratur dan berjadual. Tapi tulah, aku bukan fulltime blogger. Jadi tak boleh nak menghadap blog selalu.
Doakan aku jadi pekerja, blogger, amak, isteri yang berjaya di dunia dan di akhirat, memberi manfaat kepada orang ramai dan nilai tambah yang memotivasikan orang lain. Amin.

I'll be back in no time!
Dhiya :)

Cuti Sekolah dah Dekat. Jom Booking Hotel Anda!


Bismillah

School holiday is just around the corner. Jaga-jaga, musim melancong dan cuti-cuti Malaysia sudah tiba! Orang yang paling bekerja kuat untuk cari duit dan dalam masa yang sama berfikir macam mana nak spend (buang) duit tu adalah mak ayah la. (Hahhahaha!)
Macam aku, aku dah selamat book family villa di Perak hujung November nanti. Insya Allah kami sekeluarga akan berkumpul di sana. Nanti aku review okay! Korang dah book ke? Cepat oi...Cuti sekolah, semurah-murah hotel pun boleh fully booked.

Dulu-dulu aku memang tak berani ambil risiko pergi bercuti waktu school holiday. Aku akan seboleh-bolehnya elak. Tapi bila fikir-fikir balik, sampai bila nak elak? Esok kalau Nuha dah sekolah, cuti sekolah je lah masa untuk kami bawa dia berjalan-jalan. 
So sekarang aku baru je try-try book hotel dalam waktu school holiday. It was not too bad. Cuma memang kena awal. Serius kena awal. Jangan last minute and I think now is the best time to book your hotel.


So entri ni aku publish sebagai seruan dan reminder kepada rakan-rakan parents di luar sana supaya cepat-cepat book hotel untuk bawa anak-anak dan keluarga bercuti sempena cuti sekolah ni. Reward yourself, spend a bit and enjoy! Ingat, family first. Kerja sampai mati pun tak habis. Pergi lah bercuti. Insya Allah keluarga kau akan menghargai dan menyayangi kau. Amin.

Boleh klik link di atas untuk jalan-jalan tengok destinasi impian korang. Lepas jalan-jalan, book la wei. Kang gigit jari je tengok orang bercuti, kau kukut daun kering kat halaman je.

Dhiya

Pause


Bismillah

Tak boleh nak pause.

Tak boleh nak pause kerja, pause family and pause myself. Towards end of the year, kerja masih melambak in fact kerja untuk awal tahun depan pun dah kena buat sekarang. Tipu la kalau aku cakap aku tak penat. Penat la wei. Aku pun manusia ada perasaan, bukannya robot gembira sepanjang masa~ 
Sometimes aku just cakap je kat suami aku yang aku penat. Aku nak masa. Dia akan fahamlah yang I need to recharge. Setengah jam atau 45 minit bersendirian dalam bilik pun jadilah. Dia akan bergulung bergumpal dengan anak kat ruang tamu. That's enough for me. Aku cuma taknak diganggu sekejap je. Lepas battery aku charged, aku akan 'waras' balik. Tu je.

Di pejabat, the only time yang aku ada untuk rehat sekejap is during lunch time. Kadang-kadang aku tak makan sebab nak tidur. Bos dan team mate aku faham sangatlah. Cuma kadang-kadang kalau ada team lunch or any special or formal occasions, aku tak boleh nak elak dan join mereka during lunch time.

Pause myself? Freeze and sleep? Yes for sometimes. Kadang-kadang aku rasa nak throw away anything yang ligat berputar dalam kepala. The list goes infinity and sometimes aku rasa fade-up sangat. Hey this is normal for human being. Tapi bila aku fikir balik, kalau aku pause and fade-up, ramai orang akan kecewa and they need me very much; Nuha, apak Nuha and everyone! So the thing that I can do is, rehat dan rancang. Tak dilupa berdoa kepada Allah. Semua orang ada 24 jam, tapi kita kena ada skill untuk urus 24 jam kita.

Aku manusia biasa je. Tak sempurna langsung. Kadang-kadang aku rasa happy. Tapi kadang-kadang memang aku rasa penat dan nak masa. Jangan jadikan aku idola. Aku insan yang lemah :p
Tengoklah, entri baru pun tak ada. Banyak draf je. Ni kalau bonded dengan mana-mana publisher ni, mati aku kena buang kerja. Hahahahah!

Doakan amak sentiasa optimis dan bermotivasi.

Dhiya