Bismillah
Cuti umum 1 Mei lepas saya berpeluang ke Paya Indah Wetlands. Paya Indah Wetlands ni terletak lebih kurang 17km sahaja dari Bangi. Kebetulan saya pun malas nak memandu jauh- Jadi hanya memilih tempat ini :)
Masuk-masuk je, pengawal keselamatan tu minta daftarkan diri dan kenderaan di kaunter informasi. Iyalah~ Takut nanti termasuk dalam kolam buaya- senang nak kesan identitinya. Ok tak lawak. Jangan bimbang, daftar je. Tiada yuran masuk pun. F.O.C!
|
Daftar diri dan kenderaan di sini |
|
Kemudahan yang ada. Surau dia pun ok. Bersih dan selesa. Saya ni kalau berjalan memang akan tengok tandas dan surau dulu. Paling pantang kalau dua benda ni tak sempurna. |
Paya Indah Wetlands juga ada chalet. Kalau tak silap kadar sewanya RM120/malam. Murah la kan? Kalau rasa-rasa nak buat short escape, bolehlah ke Paya Indah Wetlands ni, tidur macam dalam suasana hutan sikit. Sunyi dan aman je~
|
Destinasi pertama. Hahah! Rasa nak tolak je Elis dalam kolam badak ni ha~ |
Mula-mula kami ke kolam ni, tak nampak langsung bayang penghuninya. Dah nama pun berendam dalam air. Memang susah nak tengok dia naik ke darat.
|
Hipo nampak timbul sikit je tu ha. |
Suasana di sini agak lapang dan panas. Tak banyak tempat tarikan sangat pun. Cuma saya suka keadaan dan pemandangan yang menghijau ni. Rasa tenang dan relaks. Lepas tengok hipo yang tak timbul-timbul tu, kami meneruskan perjalanan ke persinggahan seterusnya.
|
Ada menara tinjau, laman fauna, kolam buaya dan family park |
|
Family park pun sunyi sebab masa kami pergi tu agak tengahari. Tapi overall tempat ni memang tak ramai orang pun sebenarnya. Sesuai untuk orang yang memang mencari tempat sunyi untuk berehat. |
|
Kolam buaya. Katanya ada 38 ekor sang bedal dalam kolam ni. Tapi jangan khuatir. Kolam ni elok berpagar, melainkan kau memang sengaja nak terjun tiruk ke dalam tasik tu... |
|
Menara tinjau. Tapi maaflah. Sikit pun tak ada rasa teruja nak naik ke atas tu. Saya ni kan penggayat. Elsi beria sangat ajak saya naik, untuk tengok pemandangan dari atas. Ah. Tak kuasa nak layan~ Gayat tau tak? |
|
Singgah sekejap di kolam buaya. Dari jauh nampak buaya pun tersadai kekenyangan waktu tengahari ni. |
|
Ini bukan buaya. Sesumpah saja. Tak ada buaya yang boleh panjat pagar kolam ni. |
|
Spot the croc~! |
Lama juga kami melepak di kolam ni. Tepi kolam ni teduh. Tu yang rasa sedap je bersantai. Angin pula bukan main lagi membelai. Sikit jam lagi memang boleh terpejam. Silap hari bulan, terjaga je dah ada dalam kolam! Ahhh!
|
Short getaway @ Paya Indah Wetlands |
Kami kembali ke kolam hipo tadi sebab ternampak ada 2 ekor yang tengah naik ke darat untuk makan. Gemuk bukan main lagi. Ini kalau boleh sembelih buat lauk kenduri kahwin kan bagus. Kenyang satu kampung~
|
Dah kenyang- Masuk dalam air balik~ |
Tak lama pun kami di Paya Indah Wetlands ni. Macam bosan pula sebab tak banyak tarikan. Sebelum Asar kami angkat kaki. Lagipun Paya Indah Wetlands ditutup pada jam 6 kalau tak silap.
Short getaway untuk manusia
boring macam kami. Tapi saya suka dengan suasana hijaunya. Sangat. Sejuk dan sunyi. Macam kat kampung!
Salam sayang,
Dhiya
wah menarik ni, kalau bawak ash mesti dia happy ni tengok hippo...
ReplyDeleteFarah,
ReplyDeleteLupa nak tulis, bawa anak2 kecil sgtla digalakkan sebab dorg boleh explore banyak. kawasan pun luas. siap ada yang bawa basikal supaya anak2 boleh main di kwsn lapang, teduh dan berumput...best! nak picnic pun boleh.