Bismillah
Nuha is growing!
As such, kami bersetuju untuk upgrade (read = beli satu lagi) stroller yang lebih compact. Make them two supaya tak payah susah-susah angkut stroller Quinny tu masuk kereta satu lagi in case we want to travel with another car.
All this while, kalau tiba-tiba nak pakai mini, kitorang kena ambil Quinny kat kereta dalam basement dan masukkan dalam mini. Jenuh la juga. Disebabkan kerja-kerja memunggah tu dilakukan oleh suami aku, jadi dia buat keputusan untuk beli lagi satu stroller yang mini untuk diletak dalam mini car kami.
Ingat tak dulu what was our concern masa nak beli stroller? Nah aku recall balik.
Kami nak yang dual facing ( especially yang boleh menghadap parents) tapi at the same time kami nak yang compact. Tapi malangnya you cannot get both of these features sebab selalunya stroller yang dual facing atau menghadap parents ni memang bulky. Masa survey dulu, kami jumpa Quinny yang paling hampir dengan requirement kami. Boleh dual facing, agak compact (yet still bulky and quite heavy). So kami beli Quinny tu. Happy.
Untuk stroller kedua ni, kami nak yang lightweight. Tak apa kalau tak facing parents dah sebab; satu kami dah ada Quinny. Dua sebab Nuha dah besar. Dia dah boleh duduk front facing. Ada beberapa model yang kami tengok antaranya GB Pockit, Babyzen Yoyo, Aldo Compacto, Babythrone dan Tavo. Untuk pengetahuan, semua yang aku sebut ni antara yang ada review baik dan berada dalam kelasnya yang tersendiri. Paling penting, semua requirement yang kami nak ada pada stroller ni cuma tinggal lagi nak consider harga dan experience upon testing.
Suami aku ni pulak sejenis yang akan study habis-habis pasal stroller tu termasuklah baca review, kedai mana yang harga murah dan tengok YouTube. Dasyat kan~
So after sometimes, dia decide untuk hunt for Aldo atau Babythrone. GB Pockit and Babyzen Yoyo agak pricey dan terlalu compact sangat sampai boleh terbang kalau kena tiup angin. Yang tu, kalau kau memang travel naik kapal terbang selalu, boleh lah.
Unfortunately, kedai yang give good review tu tak ada both of this strollers tapi ada Tavo. Dia pun test drive and suddenly dia macam fall in love with this Tavo. Aku pun macam hah legaaaaaaa sebab kalau tak dia akan willing jelajah satu KL untuk cari Aldo atau Babythrone.
So cut the story short, kami akhirnya beli Tavo tu. It's a TAVO Basic Edge R.
Sebelum korang baca review aku, bolehlah tengok video ni dulu;
After watching the video, aku harap korang akan lebih eye opening dengan review aku ni.
1. Boleh lipat kecil siap ada tali kalau nak galas kat bahu. Ini features utama yang aku nak. Nama pun compact. As such, ianya lebih ringan kalau nak dibandingkan dengan Quinny aku.
2. Boleh handle sebelah tangan. Buka, tutup dan tolak stroller boleh guna sebelah tangan je. Tapi buka dan tutup versi aku masih guna dua tangan sebab kudrat aku tak macam kudrat suami aku. Tapi untuk tolak, memang boleh guna satu tangan (malah satu jari) sebab roda dan alignment dia sangat soft.
3. Expandable basket. Bakul kat bawah tu nampak je sempit dan kecil. Sebenarnya ia boleh dibuka besar lagi. Kalau beli dua biji labu, boleh la tumpang letak kat situ. Sorry la Nuha, labu untuk Nuha jugak~
4. Expandable cover. Yang ni best sebab katakana Nuha tengah tidur, kami boleh tarik cover (awning) tu ke bawah lagi supaya dia tak silau. Kita yang tolak stroller ni boleh intai dari atas sebab ada 'tingkap' untuk tengok dekat atas awning tu.
5. Adjustable position with 5-point harness. Kalau anak tidur, boleh baringkan. Kalau duduk, boleh adjust to comfort sitting position
Korang boleh baca all the features in details kat Shopee atau kat mana-mana baby shop website. Yang aku review ni adalah mana yang aku nak emphasize je. Harga rasanya semua standard. Aku beli pada harga RM4++ which is jauh lebih murah dari model-model lain , yet dapat rasa great maneuver macam premium brand lain.
Oh FYI, Tavo is from Korea sebab tu video yang korang tengok tadi tu dalam Bahasa Korea. Aku pernah duduk Korea, so aku rasa aku patut respect juga kualiti produk mereka. Tu je yang aku boleh cakap.
So kepada parents yang sedang berkira-kira untuk beli stroller, aku harap review aku ni berguna okay~
Nasihat aku, takyah kejar brand. Jangan ikut-ikut orang. Test drive sendiri, cari keutamaan dan features yang korang nak. Paling penting, utamakan keselesaan dan keselamatan anak.
Salam sayang,
Dhiya
No comments